Pemburu yang diburu.
Last updated 3 months, 2 weeks ago
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated 1 month, 3 weeks ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 2 months, 1 week ago
𝗞𝗲𝘂𝘁𝗮𝗺𝗮𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗺𝗯𝗮𝗰𝗮 𝗔𝗹-𝗤𝘂𝗿'𝗮𝗻 𝗱𝗶 𝗠𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗥𝗮𝗺𝗮𝗱𝗵𝗮𝗻
Bersungguh-sungguhlah dalam membaca Al-Qur'an di malam hari lebih dari kesungguhanmu di siang hari.
Ibnu Rajab Al-Hanbali rahimahullah dalam kitab Latha'if al-Ma'arif (hal. 315) menjelaskan dalam hadits Ibnu Abbas radhiyallahu 'anhuma bahwa:
"𝗦𝗲𝘀𝗶 𝘁𝗮𝗱𝗮𝗿𝘂𝘀 𝗮𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮 𝗡𝗮𝗯𝗶 ﷺ 𝗱𝗮𝗻 𝗝𝗶𝗯𝗿𝗶𝗹 𝗯𝗲𝗿𝗹𝗮𝗻𝗴𝘀𝘂𝗻𝗴 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗺𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗵𝗮𝗿𝗶"
Hal ini menunjukkan anjuran untuk memperbanyak membaca Al-Qur'an di malam Ramadhan, karena pada malam hari berbagai kesibukan terhenti, semangat berkumpul, serta hati dan lisan lebih mudah selaras dalam merenungi maknanya.
Sebagaimana firman Allah Ta’ala:
"𝗦𝗲𝘀𝘂𝗻𝗴𝗴𝘂𝗵𝗻𝘆𝗮 𝗶𝗯𝗮𝗱𝗮𝗵 𝗱𝗶 𝘄𝗮𝗸𝘁𝘂 𝗺𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗸𝘂𝗮𝘁 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗮𝗿𝘂𝗵𝗻𝘆𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝘁𝗲𝗽𝗮𝘁 𝗯𝗮𝗰𝗮𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮."
(QS. Al-Muzzammil: 6)
RUGI KALAU TAK SOLAT TARAWIH 😢
Ramadhan Bulan Adanya Solat Sunat Tarawih
Setiap daripada kita pasti memahami dan mengetahui bahawa solat sunat Tarawih hanya dilakukan pada bulan Ramadan sahaja. Mereka yang jarang menunaikan solat sunat lain pasti tidak akan melepaskan peluang untuk merebut peluang mendapatkan ganjaran pahala menunaikan solat sunat Tarawih.
Ramadan yang telah dianugerahkan oleh Allah SWT bagi mereka yang mendirikan malam-malamnya dengan penuh kesungguhan dan pengharapan. Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Maksudnya: “Sesiapa yang mendirikan malam bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan, maka akan diampunkan baginya dosa-dosa yang lalu”.
Riwayat Muslim
Mendirikan malam pada bulan Ramadan yang dimaksudkan dalam hadis di atas merupakan solat sunat Tarawih.
Tarawih memberi maksud sebagai istirahat dan ini kerana kebiasaan mereka yang melakukannya dengan memanjangkan berdiri kemudian beristirahat pada setiap kali empat rakaat. Umat Islam disunatkan untuk melakukannya secara berjemaah. Solat sunat Tarawih dilakukan secara berjamaah sejak Khalifah Umar al-Khattab menjadi khalifah.
Di sana ada beberapa persoalan berkaitan solat Tarawih :
Berapakah jumlah rakaat solat sunat Tarawih. Menurut mazhab Syafi’e dan jumhur ulama, bilangan rakaat tarawih adalah dua puluh rakaat berserta sepuluh salam tidak termasuk solat sunat witir. Walau bagaimana pun solat seseorang itu tetap sah dan diterima jika mengerjakannya kurang daripada dua puluh rakaat. Dari sudut ganjaran pahala, ia tetap mendapat ganjaran pahala solat sunat tarawih mengikut kadar bilangan rakaat yang dilakukan.
Bolehkah kita qada’ solat tarawih dan sunat witir jika kita tertinggal. Imam al-Nawawi menyebut secara umum bahawa sunat qada solat sunat yang memiliki waktunya (solat sunat al-Muaqqat). Teks asalnya seperti berikut:
وَلَوْ فَاتَ النَّفَلُ الْمُؤَقَّتُ نُدِبَ قَضَاؤُهُ فِي الْأَظْهَرِ
Maksudnya: “Jika luput waktu solat sunat yang telah ditetapkan waktunya, maka sunat untuk qada menurut pandangan yang muktamad”.
Begitu juga solat sunat witir boleh diqada’. Rasulullah bersabda :
مَنْ نَامَ عَنْ الْوَتْرِ أَوْ نَسِيَهُ فَلْيُوتِرْ إِذَا ذَكَرَهُ أَوْ اسْتَيْقَظَ
Maksudnya: “Sesiapa yang tidur sehingga terlepas waktu solat Witir atau terlupa menunaikannya, maka lakukanlah apabila dia mengingatinya atau setelah dia bangun daripada tidur”.
Riwayat al-Tirmizi (465)
لا تمنعوا إماءَ الله مساجدَ الله، ولكن لِيَخرُجْنَّ وهنَّ تَفِلاتٌ
Maksudnya: “Janganlah kamu melarang hamba-hamba Allah dari kalangan wanita untuk pergi ke masjid, tetapi mereka boleh keluar dalam keadaan tidak memakai wangi-wangian.”
Riwayat Abu Daud
Mari kita berlumba-lumba untuk memperbanyakkan solat sunat pada bulan yang penuh barakah ini terutamanya solat sunat tarawih.
Tidak perlu berdebat sama ada untuk melakukan 8 rakaat atau 20 rakaat. Laksanakanlah mengikut kemampuan masing-masing dengan penuh keikhlasan dengan hanya mengharapkan rahmat Allah serta keampunanNya.
Kematian tak kenal umur
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Lama tak menulis life kat hospital. Tapi sebenar nye hampir tiap hari aku monolog dalaman berkaitan kematian ni. Tapi tak bercerita. Bukan apa, tak sempat nak cerita. Kang cerita kat wife muram je suasana dalam rumah. Dalam rumah kena happy environment. Haha.
Kat ed ni macam2 jenis kematian ada.
1️⃣24tahun sampai2 nadi da xde. Taktau sebab. Known case of asthma je. Buat cpr 30min still nadi takde. Announce death. Thats it. Kalau aku ditakdirkan mati umur 24tahun, aku taktau apa je jasa yang aku dah buat. Im not judging others, just talking about myself.
2️⃣baby 1year old sawan sampai sejam tak berhenti2 terpaksa intubate takut brain injury. Kalau lama sgt sawan otak kurang oksigen bole jadi cacat/disturbed development. I dont know what happen then to this baby. I hope baby is well.
3️⃣Baby 5months old datang unconscious. Team paramedic dah start cpr 10minit. History dari babysitter baby tersedak susu. Cpr 30minit. No sign of life. Annouced death. Anak sulung. Parents menangis teresak2.
4️⃣pakcik datang nadi 28 je. Sikit lagi nadi nak kosong. Nadi kosong means no heart beat. Normal range 60-100. Bagi treatment tiba2 nadi hilang. Pacik unconscious. Start cpr. 10saat cpr tiba2 terkejot. Nadi dtg balik. Hebat Allah. Jantung da stop beating pun Dia boleh datangkan balik dalam 10saat je.
5️⃣Pacik 60tahun unconscious. Cpr ongoing. Cubaan untuk intubate x3 fail. Langsung tak nampak ruang untuk masuk ETT(endotracheal tube). Baru perasan kesan jerut di leher. Rupa nye pacik jerut leher untuk bunuh diri.
6️⃣Adik 16tahun. Kawan bonceng motor. Adik terjatuh ke belakang kepala terhantuk jalan. Tak pakai helmet. Datang ke ED pupils dilated 4mm. Tanda dah ada brain injury yang agak serius. Ct brain memang ada intracranial bleed. Agak besar. Cerebral edema, otak nampak bengkak. Transfer ke hospital sg buloh untuk pembedahan otak emergency. Belum sempat ke ot adik pulseless (tiada bacaan nadi) di ED hosp sg buloh. Cpr 30mins. Asystole. Announced death.
Kita ni muda2 terlalu nak enjoy. Konon hidup masih panjang. Padahal berapa ramai mati muda tanpa sebab. Dah mati its either 2 je tempat kita. Lepastu 24h kita sibuk dgn kerja la cari duit la famili la entertainment etc
So try to make 24h meaningful. Solat jgn tinggal aurat jaga maafkan semua org jgn panjang2kan gaduh buang ego . Benda ni semua no use. Menyusahkan kehidupan kita lepas mati je. Kalau 24h sibuk kerja niatkan kerja kita tu lillahitaala nak tolong org nak tolong famili or apa2 niat yg baik. Berapa ramai pergi balik kerja tanpa apa2 niat so kerja hanya dtgkan gaji takdtgkan pahala. Gaji habis kejap je. Pahala tu je yg kita bole buat bekalan.
Selamat malam kawan2. Saya doakan semua berjaya dunia dan akhirat.
Faiz Mashood
Doctor l Student l Writer
Tips untuk mendapatkan aura positif di waktu pagi:
Mulakan dengan Doa dan Syukur
Bangunlah dengan lafaz syukur kepada Allah atas nikmat kehidupan. Mulakan hari dengan solat Subuh dan berdoa untuk keberkatan hari itu.
Bangun Awal
Bangun sebelum Subuh memberi anda masa untuk bersedia dengan tenang dan elakkan tergesa-gesa. Waktu pagi awal juga memberi peluang untuk menikmati suasana yang damai.
Minum Air Kosong
Amalkan minum segelas air kosong sebaik bangun. Ia membantu tubuh anda kekal terhidrat dan meningkatkan tenaga.
Senaman Ringkas
Lakukan regangan atau senaman ringan seperti berjalan atau yoga. Ia merangsang peredaran darah dan meningkatkan mood.
Dengar Zikir atau Muzik Tenang
Pilih zikir, bacaan Quran, atau muzik instrumental untuk mengiringi pagi anda. Ia membantu menenangkan minda dan menyebarkan aura positif.
Rancang Hari Anda
Ambil masa untuk tuliskan perkara penting yang perlu dilakukan hari itu. Fokus pada yang paling utama supaya tidak stres.
Nikmati Sarapan Berkhasiat
Pilih sarapan yang sihat seperti buah-buahan, bijirin penuh, atau protein untuk memastikan tubuh anda bertenaga sepanjang pagi.
Elakkan Gajet Sebaik Bangun
Hindari melihat telefon atau media sosial terlalu awal kerana ia boleh mengganggu ketenangan dan mencetuskan tekanan.
Berikan Senyuman
Mulakan hari dengan senyuman kepada keluarga atau rakan sekerja. Senyuman adalah cara mudah untuk mencipta suasana positif.
Setkan Niat Positif
Tetapkan niat untuk menyebarkan kebaikan dan menjadikan hari anda produktif. Fokus pada perkara yang menggembirakan anda.
KENAPA RAMAI YANG BERZIKIR TETAPI SEMAKIN DIA BERZIKIR SEMAKIN DEKAT DIA DENGAN SYAITAN?
Seorang Murid Bertanya Kepada GURUnya (Imam Al Ghazali)
“Syeikh, “ Bukankah zikir boleh
Membuat Seorang Beriman Lebih Dekat Dengan Allah Ta’ala
Dan Syaitan Akan Berlari Jauh Darinya ?
“Benar,”
Jawab Imam al-Ghazali.
“Namun Kenapa Ada Orang Yang Semakin Rajin Berzikir Justeru Malah Semakin Jauh dari Allah malah bertambah Dekat Dengan Syaitan ?” Lanjut Sang Murid.
Gurunya Yang Diberi Gelar
Hujjatul Islam Ini pun Bertutur.
“Bagaimana Pendapatmu,
Jika Ada Orang Yang Mengusir Anjing, Namun Dia Masih Menyimpan Tulang Dan Berbagai Makanan Kesukaan Anjing Disekitarnya ?”
“Tentu, Anjing Itu Akan Kembali
Datang Setelah Diusir.”
Jawab Sang Murid.
Imam al-Ghazali Menjelaskan,
Demikian Juga Dengan Orang-Orang Yang Rajin Berzikir
Tapi Masih Menyimpan Berbagai Penyakit Hati Dalam Dirinya.
Syaitan Akan Terus Datang
Dan Mendekat Bahkan Bersahabat Dengannya.
Penyakit - Penyakit Hati Itu Ialah :
Seperti Kesombongan,
Irihati, Dengki, Syirik,
Bersikap /berucap Kasar, Riya,
Merasa Sholeh, Merasa Suci,
Ghibah, Marah, Mengadu domba
Dan Berbagai Penyakit Hati Lainnya.
Ketika Penyakit-Penyakit Itu Menghinggapi Diri Seorang Hamba, Maka Syaitan Terlaknat
Akan Senantiasa Datang,
Mengakrabkan Diri,
Kemudian Menjadi Sahabat Karibnya.
Muhammad Abdul Wahhab [Perbezaan yang ketara di antara pendekatan Ibnu Taymiyyah dan Muhammad Ibn Abdul Wahhab ialah: (i) Ibnu Taymiyyah tidak memaksa orang lain mengikut pendapatnya dengan pedang dan kuasa, ini adalah berbeza dengan pendekatan Muhammad Ibn Abdul Wahhab; (ii) Ibnu Taymiyyah juga tidak bersepakat dengan bukan Muslim untuk menjatuhkan saudara Islamnya]
d. "Sheikh" Abdul Aziz Ibn Bazz
e. Nasiruddin al-Albani
f. "Sheikh" Soleh Ibn Uthaimin
g. "Sheikh" Soleh Fawzan al-Fawzan [Secara peribadi, penulis mendengar dengan telinga dan melihat dengan mata sendiri di Madinah, Dr. Soleh Fawzan al-Fawzan, Rektor, Universiti Islam Madinah pada waktu tersebut menyatakan bahawa ulama' Al-Asha'irah dan al-Maturidiyyah bukanlah daripada "golongan yang terselamat dari api neraka" (al-firqah al-najiyah)."]
Sering mewar-warkan untuk kembali kepada al-Quran dan Hadis (tanpa menyebut para ulama’, sedangkan al-Quran dan Hadis sampai kepada umat Islam melalui para ulama’ dan para ulama’ jua yang memelihara al-Quran dan Hadis untuk umat ini)
Sering mengkritik Imam al-Ghazali dan kitab “Ihya’ Ulumiddin”
Masih lagi menggunakan kitab al-Tawhid oleh Imam Ibnu Khuzaimah walaupun Imam al-Bayhaqi telah menyatakan bahawa Imam Ibnu Khuzaimah telah pun menarik semula dan bertaubat daripada penulisannya itu. Ini dinyatakan oleh Imam al-Bayhaqi di dalam Kitab al-Asma' dan al-Sifat.
PENGKHIANATAN MEREKA KEPADA UMAT ISLAM
Bersepakat dengan Inggeris dalam menjatuhkan kerajaan Islam Turki Usmaniyyah
Melakukan perubahan kepada kitab-kitab turath yang tidak sehaluan dengan mereka
Ramai ulama’ dan umat Islam dibunuh sewaktu kebangkitan mereka
Memusnahkan sebahagian besar kesan-kesan sejarah Islam seperti tempat lahir Rasulullah saw, jannat al-Baqi’ dan al-Ma’la [makam para isteri Rasulullah SAW di Baqi’, Madinah dan Ma’la, Mekah], tempat lahir Sayyiduna Abu Bakr dll, dengan hujah perkara tersebut boleh membawa kepada syirik.
Di Malaysia, sebahagian mereka dahulu dikenali sebagai Kaum Muda atau Mudah [kerana hukum fiqh mereka yang mudah, ia merupakan bentuk ketaatan bercampur dengan kehendak hawa nafsu].
Antara nama/seruan yang pernah digunakan/dilaungkan oleh mereka di Malaysia dahulu ini ialah Ittiba’ Sunnah. Pihak Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-14 yang bersidang pada 22-23 Oktober 1985 telah pun mengeluarkan fatwa menyatakan kesesatan ajaran Ittiba’ al-Sunnah ini.
TASAWWUF DAN TAREQAT
Sering mengkritik aliran Sufi dan kitab-kitab sufi yang mu’tabar
Sufiyyah dianggap sebagai terkesan dengan ajaran Budha dan Nasrani
Tidak dapat membezakan antara amalan sufi yang benar dan amalan bathiniyyah yang sesat
⚠️⚠️⚠️Perhatian:
Sebahagian daripada ciri-ciri di atas adalah perkara khilafiyyah. Namun sebahagiannya adalah bercanggah dengan ijma’ dan pendapat mu’tamad empat mazhab. Sebahagian yang lain adalah perkara yang sangat kritikal dalam masalah usul (pokok) dan patut dipandang dengan serius.Ini adalah sebahagian daripada ciri-ciri umum golongan Wahhabiyyah yang secara sedar atau tidak diamalkan dalam masyarakat kita. Sebahagian daripada ciri-ciri ini adalah disepakati di antara mereka dan sebahagiannya tidak disepakati oleh mereka. Ini adalah kerana di dalam golongan Wahhabiyyah ada berbagai-bagai pendapat dan mazhab dalam berbagai peringkat. Apatah lagi apabila setiap tokoh Wahhabiyyah cuba berijtihad dan mengenengahkanb pendapat masing-masing sehingga sebahagiannya terpesong terlalu jauh dari aliran Ahlus-Sunnah
Menolak konsep sembahyang menghormati waktu [li hurmah al-waqt]
Doa, Zikir dan Bacaan al-Quran
Menggangap doa beramai-ramai selepas solat sebagai bid’ah
Menganggap zikir dan wirid beramai-ramai selepas sembahyang atau pada bila-bila masa sebagai bid’ah
Mengatakan bahawa membaca “Sodaqallahul-‘azim” selepas bacaan al-Quran adalah bid’ah - Fatwa Ibn Baz
Menyatakan bahawa doa, zikir dan selawat yang tidak ada dalam al-Quran dan Hadis sebagai bid’ah. Sebagai contoh mereka menolak Dala’il al-Khayrat, Selawat al-Syifa’, al-Munjiyah, al-Fatih, Nur al-Anwar, al-Taj, dll, bahkan dikatakan semua itu bertentengan dengan Aqidah Islam
Menganggap amalan bacaan Yasin pada malam Jumaat sebagai bid’ah yang haram - dengan alasan "Jangan diiktikadkan wajib"
Mengatakan bahawa sedekah atau pahala tidak sampai kepada orang yang telah wafat
Mengganggap penggunaan tasbih adalah bid’ah
Mengganggap zikir dengan bilangan tertentu seperti 1000 (seribu), 10,000 (sepuluh ribu), dll sebagai bid’ah, tetapi kalau tidak berzikir atau lalai (al-ghaflah) tak mengapa pulak??!!!
Menolak amalan ruqiyyah shar’iyyah dalam perubatan Islam seperti wafa’, azimat, dll
Menolak zikir isim mufrad: Allah Allah
Melihat bacaan Yasin pada malam nisfu Sya’ban sebagai bid’ah yang haram
Sering menafikan dan mempertikaikan keistimewaan bulan Rajab dan Sya’ban
Sering mengkritik kelebihan malam Nisfu Sya’ban
Mengangkat tangan sewaktu berdoa’ adalah bid’ah
Mempertikaikan kedudukan solat sunat tasbih
Berusaha mengharamkan wirid-wirid yang terkandung di dalam "Majmu' Sharif."
Menyatakan bahawa mencium al-Quran adalah bid'ah terkeji - Fatwa Soleh Uthaymin
Pengurusan Jenazah dan Kubur
Menganggap amalan menziarahi maqam Rasulullah SAW, para anbiya’, awliya’, ulama’ dan solihin sebagai bid’ah dan solat tidak boleh dijama’ atau qasar dalam ziarah seperti ini
Mengharamkan wanita menziarahi kubur
Menganggap talqin sebagai bid’ah
Mengganggap amalan tahlil dan bacaan Yasin bagi kenduri arwah sebagai bid’ah yang haram
Tidak membaca doa’ selepas solat jenazah
Sebahagian ulama’ mereka menyeru agar Maqam Rasulullah SAW dikeluarkan dari masjid nabawi atas alasan menjauhkan umat Islam dari syirik
Menganggap kubur yang bersebelahan dengan masjid adalah bid’ah yang haram
Doa dan bacaan al-Quran di perkuburan dianggap sebagai bid’ah.
CIRI CIRI SALAFIYYAH WAHABIYYAH (WAHABI)...4
Majlis Sambutan Beramai-ramai
Menolak sambutan Mawlid Nabi; bahkan menolak cuti sempena hari Mawlid Nabi; bahkan yang lebih teruk lagi menyamakan sambutan Mawlid Nabi dengan perayaan Kristian bagi nabi Isa a.s.
Menolak amalan marhaban
Menolak amalan barzanji.
Berdiri ketika bacaan mawlid adalah bid’ah
Menolak sambutan Ma’al Hijrah, Isra’ Mi’raj, dll.
Haji dan Umrah
Cuba mengalihkan "Maqam Ibrahim a.s." namun usaha tersebut telah dipatahkan oleh al-Marhum Sheikh Mutawalli Sha'rawi apabila beliau pergi bertemu dengan Raja Faisal ketika itu.
Menghilangkan tanda telaga zam-zam untuk dielak oleh orang yang bertawaf ketika bertawaf [Dengar khabar, sekarang tanda tersebut hendak dibuat semula]
Mengubah tempat sa'ie di antara Sofa dan Marwah yang mendapat tentangan ulama' Islam dari seluruh dunia [Terbaru - dan Khilafiyyah di antara para ulama' kontemporari].
Nama "Hajar Ismail" bagi bahagian sisi Ka'bah adalah bid'ah dan tidak harus - Fatwa Soleh Uthaymin
PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
Ramai para professional menjadi ‘ustaz-ustaz’ mereka..Protaz(di Malaysia)
Ulama’ yang sering menjadi rujukan mereka adalah:
a. Ibnu Taymiyyah
b. Ibnu al-Qayyim
c.
AJARAN WAHABI.
Beriktiqod/berpegang/meyakini bahawa ALLAH berada di langit. (fahaman Ahlus sunnah wal jamaah berpegang bahawa ALLAH wujud tanpa bertempat)
Memahami al quran dan hadis dengan zahir sahaja
Memusuhi fahaman ASWJ Asyairah dan Maturidiah
Suka membidaahkan amalan khilafiah
Bagi mereka, bidaah adalah bidaah dholalah sahaja. Tidak ada bidaah hasanah.
Mensyirikkan tawassul, tabarruk, istighasah, ziarah kubur, qasidah dsb
Menolak hadis dhaif
Menolak majlis maulid. Mengatakan maulid bidaah, tahlil bidaah, talkin bidaah, solat terawih 20 rakaat bidaah, wirid beramai-ramai bidaah, bacaan yasin malam jumaat bidaah dsb
Memusuhi para habaib (habib-habib)
Memusuhi orang sufi
Menuduh ASWJ sebagai syiah
Suka mendakwa diri pengikut salaf dengan slogan kembali ke manhaj salaf tapi berakidah ALLAH di langit
Menolak takwil
Menolak ulama dengan alasan kembali kepada al quran dan hadis (sedangkan para ulama lebih faham al quran dan hadis daripada kita semua)
Menuduh orang yang ziarah kubur sebagai penyembah kubur
Mensyirikkan orang yang memakai logo capal
Suka melabel orang yang berfahaman ASWJ dengan label capaliyun, kuburiyyun, ahli bidaah, ahli syirik dsb
Tidak mengaku mereka berfahaman wahabi. Bila dikata wahabi, mereka akan tanya "wahabi tu apa", "wahabi tu sebenarnya takda, hanya fitnah dan propaganda belaka"
Suka merujuk kepada syeikh usaimin, syeikh albani, syeikh bin baz, imam ibnu taimiah dan lain-lain
Banyak lagi ciri-ciri mereka. Tapi cukuplah sedikit ini sebagai panduan untuk kita berhati-hati. Jika ada ciri-ciri di atas, maka jauhilah sekalipun mereka membawa dalil daripada Al Quran dan Hadis untuk membenarkan fahaman mereka.
Fahaman wahabi ni bahaya,ia menyebabkan umat saling berbalah, memusuhi ulama, lebih teruk lagi ia merosakkan akidah, menyamakan ALLAH dengan makhluk Jangan sampai terpengaruh Jangan risau, kita pun ada dalil Sekali pandang, seakan-akan mereka yang betul sebab itu ramai yang terpengaruh Tapi jika diperhalusi, maka fahaman mereka itu sangat radikal Dan menyimpang
Fahaman ASWAJA
Pemburu yang diburu.
Last updated 3 months, 2 weeks ago
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated 1 month, 3 weeks ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 2 months, 1 week ago