Telegram adalah sebuah ide tentang kebebasan dan privasi, memiliki banyak fitur yang mudah digunakan.
Last updated 4 months ago
COPAS/REPOST WITHOUT CR? DENDA 500k.
join : https://t.me/bulolwithyuchat
promosi berbayar chat : @ofcbulolwithyu
laporan/kritsar/izin : @binimarkrobot
Request di @hatersrbot
Last updated 1 month ago
Drama Korea Sub Indonesia.
Update 1 Season tiap hari.
Paid Promote @sultankhilaf
grup
@drakor_dramakorea_indo
Ikuti saluran Drakor Drama Korea Sub Indo di WhatsApp: https://whatsapp.com/channel/0029VakqKxXCHDyeALNv2m2q
Last updated 1 day, 23 hours ago
Kau kuatlah.
Ya, kuat kerana Allah.
Jika tidak,
Mana mungkin kau mampu bertahan sehingga hari ini?
Iya,
Semuanya mendewasakan kau.
Yang membuatkan kau bahagia dalam menikmati ujian Tuhan.
Kerana terlalu indah aturannya.
Terlalu banyak hikmah yang dibentangkan.
Kan?
perbanyakkan selawat tau semua !!
اللهم صلى على سيدنا محمد ?
Menghidupkan Malam Ramadan
Menghidupkan malam Ramadan dengan pelbagai amal ibadah kepada Allah SWT hukumnya adalah sunnah muakkadah (ditekankan). Rasulullah SAW bersungguh-sungguh dalam beribadat apabila tibanya Ramadan, begitu juga diamalkan oleh para Khulafa’ al-Rasyidin dan juga para sahabat yang lain.
Sewajarnya setiap kita sentiasa merebut peluang untuk memperbanyakkan amal ibadah pada malam-malam di bulan Ramadan yang penuh dengan kelebihan antaranya kerana ia menjadi penghapus dosa yang lalu.
Rasulullah SAW bersabda:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa mendirikan Ramadan (menghidupkan malam dengan solat sunat, tilawah, iktikaf, zikir dan lain-lain) kerana iman dan penuh keikhlasan (mengharap rahmat Allah), maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu" (HR Bukhari No: 36)
Al-Hafiz Ibn Hajar berkata ketika memberi makna “Barangsiapa yang menghidupkan Ramadan” adalah kita menghidupkan malam-malamnya (Ramadan) dengan bersolat. Selain itu, beliau menyebut bahawa Imam al-Nawawi memberi maksud menghidupkan Ramadan adalah dengan solat Tarawih
Mendirikan atau menghidupkan malam Ramadan bukanlah satu perkara yang wajib tetapi ia merupakan sunnah yang dituntut.
Menghidupkan malam dengan solat tarawih merupakan satu juzuk daripada menghidupkan atau mendirikan malam Ramadan. Selain itu, kita juga dituntut agar memperbanyakkan ibadah-ibadah yang lain seperti solat-solat sunat, berzikir, membaca al-Quran, beristighfar dan lain-lain lagi. Hal ini semua termasuk di dalam menghidupkan dan mendirikan malam-malam Ramadan.
Antara contoh amalan solat malam salafusoleh terdahulu:
• As-Saib bin Yazid berkata: Umar bin Al Khaththab memerintahkan Ubay bin Ka’ab dan Tamim Ad-Dari mengimami manusia pada malam Ramadan (dalam solat tarawih). Kemudian imam membaca 200 ayat, hingga kami bersandar kepada tongkat-tongkat kerana lamanya berdiri, tidaklah kami selesai dari solat kecuali telah mendekati waktu subuh. (HR. Al-Baihaqi).
• Dari Malik bin ‘Abdillah bin Abi Bakr: Aku mendengar ayahku berkata: Dahulu kami selesai dari solat malam pada bulan Ramadan, kami pun bersegera mempersiapkan makan kerana takut datangnya waktu subuh. (HR. Malik dalam Al Muwaththa’).
• Dari Dawud bin Al-Hushain, dari ‘Abdurrahman bin Hurmuz, dia berkata: Para qari’ (para imam tarawih) dahulu membaca surat Al-Baqarah dalam 8 rakaat. Maka ketika para para imam membacanya dalam 12 rakaat, orang-orang melihat bahwa para imam tersebut telah meringankan bacaan untuk mereka. (HR. Al Baihaqi)
• Nafi’ berkata: Ibnu ‘Umar tinggal di rumahnya pada bulan Ramadan. Ketika orang pulang dari masjid, beliau mengambil sebuah wadah yang berisi air kemudian keluar menuju masjid, lalu beliau tidak keluar dari masjid sampai waktu solat subuh di masjid tersebut. (HR. Al Baihaqi)
• Dari Nafi’ bin ‘Umar bin Abdillah, : aku mendengar Ibnu Abi Mulaikah berkata: Dahulu aku pernah mengimami manusia pada bulan Ramadan, aku membaca pada suatu rakaat surat Fathir (54 ayat) dan yang semisalnya. Tidak sampai kepadaku bahwa ada seorang pun yang merasa keberatan dengannya. (HR. Ibnu Abi Syaibah)
• Dari ‘Imran bin Hudair, Dahulu Abu Mijlaz tinggal di sebuah perkampungan, pada bulan Ramadan, beliau mengkhatamkan Al-Quran setiap tujuh hari. (HR. Ibnu Abi Syaibah)
• Dari Abdus Samad, : Abul Asyhab telah memberitakan kepadaku, dia berkata: Dahulu Abu Raja’ mengkhatamkan Al-Quran ketika mengimami kami pada solat malam bulan Ramadan setiap sepuluh hari.
Mari kita muhasabah amalan malam kita di bulan Ramadan kali ini.?
lupa nak wish
selamat berpuasa semuaaa !!?
NISFU SYA'ABAN
Nisfu Sya’aban adalah antara malam yang dinantikan oleh umat Islam
Daripada Abu Musa al-Asy’ari RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
إِنَّ اللَّهَ لَيَطَّلِعُ فِي لَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ
“Sesungguhnya Allah SWT melihat pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan semua makhluk-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan”. [Riwayat Ibn Majah, no. Hadith 1380]
Jom kita sama-sama perbanyakkan berdoa pada bulan Syaaban ini.
Semoga Allah swt kurniakan buat kita kekuatan dan kembalikan semula penghayatan kita untuk lebih giat beribadah nanti di bulan ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi, in Shaa Allah
Hari ini hari Jumaat, dan malam ni adalah malam 1 Rejab.
Malam mustajabnya doa,
maka perbanyakkan berdoa, istighfar, mohon perlindungan, ketenangan, kejayaan dan kemudahan dalam urusan hidup dunia akhirat.?**
Telegram adalah sebuah ide tentang kebebasan dan privasi, memiliki banyak fitur yang mudah digunakan.
Last updated 4 months ago
COPAS/REPOST WITHOUT CR? DENDA 500k.
join : https://t.me/bulolwithyuchat
promosi berbayar chat : @ofcbulolwithyu
laporan/kritsar/izin : @binimarkrobot
Request di @hatersrbot
Last updated 1 month ago
Drama Korea Sub Indonesia.
Update 1 Season tiap hari.
Paid Promote @sultankhilaf
grup
@drakor_dramakorea_indo
Ikuti saluran Drakor Drama Korea Sub Indo di WhatsApp: https://whatsapp.com/channel/0029VakqKxXCHDyeALNv2m2q
Last updated 1 day, 23 hours ago