Pertubuhan Mukmin Perintis

Description
Pertubuhan Mukmin Perintis
Non-Governmental Organisation (NGO)
No Pendaftaran: PPM-017-10-25112024
Advertising
We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 1 day, 13 hours ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 2 weeks, 2 days ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 1 month, 2 weeks ago

2 weeks, 2 days ago
JAKARTA - Pasukan pendakwah muda PMP …

JAKARTA - Pasukan pendakwah muda PMP dari Zon Borneo telah mengadakan Jaulah 2024 ke Jakarta bagi bersilaturrahmi dengan organisasi dakwah di sana & berinteraksi dengan tokoh.

Jauh mengembara, luas pandangan, terbuka pemikiran dan bertambah kenalan, kesemua ini harapan daripada jaulah kali ini agar peserta memiliki horizan yang luas dan jauh apabila belajar dari pengalaman pendakwah lain.

Terasa ruh kesepakatan ummah apabila rombongan disambut dengan sangat hangat dan mesra oleh tokoh-tokoh di sana.

Semoga kita semua terus belajar dan belajar untuk merintis lebih banyak peluang dakwah dan islah di Negara tercinta.

https://t.me/pmperintis

2 weeks, 2 days ago
Alhamdulillah, sebahagian aktivis PMP sempat mendengar …

Alhamdulillah, sebahagian aktivis PMP sempat mendengar perkongsian daripada al-Fadhil Ust Muhammad Fauzi Asmuni, Presiden Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP).

Antara topik yang disentuh adalah perkembangan terkini konflik Asia Barat dan beberapa analisa luar kotak dari perjuangan penentangan rejim Zionis di Gaza.

Umat islam adalah umat yang kuat jika bersepakat dan memainkan peranan secara strategik dalam pelbagai lapangan mengikut potensi, kelebihan dan kemampuan masing-masing.

Semoga pertemuan dan interaksi yang erat ini akan melonjakkan lagi usaha untuk menyumbang kepada islam.

https://t.me/pmperintis

2 weeks, 3 days ago
Salam Jumaat

Salam Jumaat

Semoga dimudahkan urusan kita semua, dikurniakan kesempatan untuk melaksanakan tujuan hidup kita.

https://t.me/pmperintis

3 weeks ago
SEPANG - Sebahagian aktivis PMP dari …

SEPANG - Sebahagian aktivis PMP dari kalangan para akhawat (muslimah) telah menjayakan Hari Sukan 2024 buat julung-julung kalinya.

Hari sukan ini diharapkan dapat mengukuhkan ukhuwah dan menjadi batu lonjatan kepada amal tarbiah, dakwah dan islah ke seluruh Negara.

Mukmin yang kuat lebih dicintai oleh Allah berbanding Mukmin yang lemah

Ikuti Mukmin Perintis untuk lebih banyak tawaran program yang menarik untuk anda.

https://t.me/pmperintis

3 weeks, 1 day ago

MUKMIN PERINTIS

Bahagian 1: Kenapa Mukmin?

Beberapa Arab Badwi datang dan mengatakan mereka telah beriman. Namun Allah swt melalui wahyu-Nya meminta Rasulullah membetulkan dakwaan mereka itu.

قَالَتِ ٱلۡأَعۡرَابُ ءَامَنَّاۖ قُل لَّمۡ تُؤۡمِنُواْ وَلَٰكِن قُولُوٓاْ أَسۡلَمۡنَا وَلَمَّا يَدۡخُلِ ٱلۡإِيمَٰنُ فِي قُلُوبِكُمۡۖ

[Surah Al-Ḥujurāt: 14]

Orang-orang " A'raab" berkata: " Kami telah beriman". Katakanlah (wahai Muhammad): "Kamu belum beriman, tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: ` kami telah Islam '...

Pengakuan "telah beriman" mereka telah diluruskan oleh al-Quran. Jawapan Allah, "katakanlah, kami telah islam" ... Buat kali pertama petunjuk dari al-Quran membezakan iman dan islam.

Apakah bezanya?

"... kerana iman belum masuk ke dalam hati kamu!"

Zasss.

Dialog dan maklum balas al-Quran ini telah membuka kefahaman baharu akan iman dan islam. Terutamanya perbedaan iman dan islam ketika zaman Madinah dan seterusnya.

Iman adalah ketika ia masuk ke dalam hati. Setelah iman, keyakinan, pemikiran, ajaran-ajaran dan syariah yang di bawa islam masuk ke dalam hati. Selagi belum masuk, kamu hanya baru "islam".

Kefahaman ini bertepatan dengan konsep perumpamaan agama itu seperti sibghah iaitu celupan. Dalam satu ayat al-Quran, Allah swt menyatakan:

صِبۡغَةَ ٱللَّهِ وَمَنۡ أَحۡسَنُ مِنَ ٱللَّهِ صِبۡغَةٗۖ
[Surah Al-Baqarah: 138]

Celupan Allah; dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah?..

Menurut para mufassir, sibghah atau celupan di sini merujuk kepada ad-din iaitu agama.

Satu perumpamaan yang bijak dan tepat!

Apabila agama itu ibarat celupan, maka akan ada dua jenis cara celupan.

Ada yang mencelup agama itu sekadar luaran dan ada yang mencelup sehingga ke dalam, menyerap basahan celupan sehingga ke dalam dirinya.

Celupan luaran ibarat Arab Badwi tadi. Ia tidak masuk sampai ke dalam hati. Ia sekadar di luaran dan di pinggiran. Mungkin yang "basah" dan bertukar barulah luarannya, namanya, sedikit perubahan pakaiannya dan beberapa ritual ibadahnya.

Tetapi belum sampai ke aspek pemikiran. Belum sampai ke aspek keyakinan, perasaan, emosi dan bahagaimana ia menimbang sesuatu perkara.

Kesan celupan yang terserap ini hanya dapat dibuktikan apabila diperah dan diuji. Ketika diperah dan diuji, adakah muslim celupan islam itu mengeluarkan air warna sibghah Islam atau lain-lain?

Kerana itu tidak mudah membuat pengakuan iman.
Itulah impian dan matlamat kami dan kita semua. Iaitu ingin menjadi mukmin yang sebenar-benarnya beriman

Nantikan bahagian 2: Kenapa Perintis

Pertubuhan Mukmin Perintis
Tarbiah Imaniah
Merintis Kebangkitan Umat
https://t.me/pmperintis

3 weeks, 1 day ago
بسم الله الرحمن الرحيم

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan namaNya yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Mengambil insipirasi hadis pemimpin dan tauladan kita Rasulullah SAW:

من سن سنة حسنة فله أجرها وأجر من عمل بها 
Barangsiapa yang merintis sunnah dan amalan yang baik dalam islam, baginya ganjaran atas usaha berkenaan dan ganjaran bagi setiap yang beramal dengan kebaikan berkenaan.

Dikongsikan berita penubuhan rasmi Pertubuhan Mukmin Perintis (PMP) dengan iringan doa dan harapan akan melonjakkan usaha dakwah, tarbiah dan perbaikan (islah) untuk umat tercinta.

Jemput mengikuti, berkenalan, menyokong dan bersama dalam usaha ini. Nantikan pelbagai inisiatif yang akan dikongsi dari masa ke masa.

Pertubuhan Mukmin Perintis
Merintis Islah Bersama
https://t.me/pmperintis

4 months ago
Panggilan kepada pencinta masjid dan lelaki …

Panggilan kepada pencinta masjid dan lelaki yang ingin menghidupkan malamnya.

Susah untuk bangun bila bersendirian kan? Jom kita QUM yakni bangun bersama!

Sertai dengan daftar QUM:

https://forms.gle/Ms8XJm5zk4zGrUcd6
https://forms.gle/Ms8XJm5zk4zGrUcd6
https://forms.gle/Ms8XJm5zk4zGrUcd6

5 months, 1 week ago
5 months, 1 week ago
Pertubuhan Mukmin Perintis
5 months, 1 week ago
Pertubuhan Mukmin Perintis
We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 1 day, 13 hours ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 2 weeks, 2 days ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 1 month, 2 weeks ago