Why Pay for Entertainment? Access Thousands of Free Downloads Now!

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

Description
Channel Telegram rasmi Bro Firdaus Wong Wai Hung bagi berkongsi tip dakwah, menjawab persoalan terhadap Islam, perkembangan dakwah dalam dan luar negara.
We recommend to visit

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa setiap hari.

Last updated 1 day, 23 hours ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 2 days, 9 hours ago

My DragonForce
-x Hak Milik Rakyat Malaysia x-

Last updated 1 month, 1 week ago

1 month, 3 weeks ago

Saya baru dihubungi Insp Souffi dari IPD Brickfields.

Saya akan memberikan kerjasama kepada pihak PDRM sebagai pemilik The Merdeka Times yang melaporkan kenyataan Prof. Datuk Dr Teo Kok Seong sehingga Teresa Kok melabel kenyataan Prof. Datuk Dr. Teo sebagai hasutan & rasis.

Saya & The Merdeka Times akan mempertahankan kenyataan Prof. Datuk Dr. Teo yang merupakan fakta.

Cina Muslim mempertahankan Cina Belum Muslim. Di mana rasisnya.

Majoriti ahli politik Melayu masih belum bersuara mempertahankan kenyataan Prof. Datuk Dr. Teo & ini sangat mengecewakan!

Seorang ahli akademik berbangsa Cina belum Muslim mempertahankan Perlembagaan Persekutuan & Rukun Negara tetapi ahli politik Melayu Muslim takut mempertahankannya?

Kerana apa? Kerana takut hilang undi? Takut hilang kerusi?

Saya akan memberi kenyataan kepada pihak PDRM minggu depan, In Sha Allah.. Berani kerana benar!

2 months ago

Pernah seseorang meminta bantuan saya dalam kes yang dikendalikan.

Seperti biasa, saya akan soal bertalu talu bagi memastikan setiap perkara yang dibangkitkan adalah fakta dengan bukti yang jelas.

Dia gagal memberikan saya bukti untuk menyakinkan saya. Namun dia tetap nak minta saya bantu.

Saya enggan. Dia terus merayu untuk saya bantu. Dia minta nasihat apa yang perlu dia buat. Saya berikan beberapa nasihat kepadanya.

Dia angguk tanda faham, setuju dengan nasihat saya & bagitau akan ikut nasihat itu.

Saya masih enggan terlibat dalam kes itu. No evidences no talk. Saya hanya percaya pada bukti bukan airmata atau tuturkata.

Keesokan harinya, semua nasihat saya yang dia setuju malam sebelumnya, dia buat sebaliknya. Apa yang saya suruh dia jangan buat dan dia setuju, dia pergi buat juga.

Kini dia berhadapan dengan tindakan undang-undang & jikalau tiada keajaiban berlaku, dia akan kalah.

Saya tidak kisah membantu sesiapapun tetapi jikalau individu itu bersikap individualistik, tidak suka kerja sebagai pasukan, gilakan perhatian & populariti & tidak boleh ikut strategi & keputusan pasukan, maka saya tidak akan terlibat langsung.

Biar tersilap melepaskan seseorang dari tersilap menghukum seseorang.

Saya tak peduli siapa pun mereka. Bukti bukti bukti. Itu yang Islam ajarkan kepada saya.

Setakat sembang pong pang pong pang, petah bercakap, muka manis, jual airmata, maaf saya tak makan semua tu.

2 months ago

Agenda Freemason sering dibincangkan & masyarakat ditakut-takutkan akan bahayanya Freemason. Barangkali kebimbangan itu berasas.

Namun pada masa yang sama, perkara yang mungkin sama atau mungkin lebih bahaya jarang dibincangkan dan elak dibincangkan. Sesiapa yang membincangkan juga perlu bersedia berhadapan dengan cacimaki & serangan bertalu-talu termasuklah serangan peribadi.

Apa dia?

FREEMAKSUM

Apa tu freemaksum? Freemason pernahlah juga dengar, freemaksum?

Freemaksum ini ialah apabila individu atau kelompok dimaksumkan secara 'percuma' oleh masyarakat yang lahir dari ketaasuban pada populariti, kepetahan, kecantikan/ketampanan, kebaikan dan pelbagai lagi sebab lain yang ditonjolkan di medsos.
Kita tidak tahu apakah individu atau kelompok yang dimaksumkan itu berniat mahu dimaksumkan atau tidak dan itu kita serahkan urusan mereka kepada Allah.

Masyarakat yang memaksumkan individu/kelompok tertentu pula sanggup bermati-matian memuji secara melampau walaupun mereka menafikan, mempertahankan tokok individu atau kumpulan sehingga sanggup mencaci maki mana-mana pihak yang mengkritik mereka manakala tokoh individu/kumpulan itu hanya perlu berdiam diri melihat pendokong freemaksum mempertahankan mereka.

Apakah ciri-ciri ahli freemaksum ini?

a) Ahli 'freemaksum' cepat melenting sehingga sanggup mencaci maki & menghina pihak lain apabila tokoh/kumpulan dikritik

b) Ahli 'freemaksum' akan mudah membuat kesimpulan apabila yang mengkritik tokoh/kumpulan adalah orang yang mereka memang tidak suka atau bermusuh

c) Ahli 'freemaksum' akan mudah mensucikan tokoh/kumpulan apabila adanya suatu tuduhan terhadap tokoh/kumpulan yang mereka maksumkan walaupun mereka berkemungkinan besar tidak tahu A-Z

d) Ahli 'freemaksum' akan sangat istiqomah mempertahankan tokoh/kumpulan yang mereka maksumkan siang dan malam di medsos & menyerang mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengannya

e) Ahli 'freemaksum' akan terus bermudah-mudahan menuduh orang lain memfitnah tokoh/kumpulan yang mereka maksumkan tanpa mereka sendiri siasat sendiri dengan alasan seperti,

"dia tu baik, popular, keturunan sekian-sekian, ada kelayakan sekian-sekian, takkan dia nak buat/cakap macam tu?"

Apa yang diungkapkan di atas hanyalah andai & sangkaan ahli 'freemaksum' yang emosional tanpa sebarang sandara bukti.

f) Apabila diminta membuktikan andai mereka seperti di atas, ahli 'freemaksum' kebiasaannya akan menjawab;

"Awak carilah sendiri. Saya tahulah. Siapa nak atau tak nak percaya, sudah. Nak bukti cari sendiri."

Adakah masyarakat kita tanpa sedar atau dengan sedarnya telah menjadi ahli 'freemaksum' dengan memaksumkan mana-mana individu/kumpulan?

Kita mungkin ingin menafikan kita tidak memaksumkan sesiapa tetapi tepuk dada, tanyalah iman adakah kita mempunyai ciri-ciri sebegitu?

Sebagaimana masyarakat kita didedahkan dengan bahaya freemason, kita juga perlu meningkatkan kesedaran masyarakat kita tentang gejala 'freemaksum' ini.

Yang maksum hanyalah Muhammad Bin Abdullah , Baginda Rasulullah Sallalahu Alaihi Wasalam.

3 months, 3 weeks ago
Firdaus Wong Wai Hung Telegram
3 months, 3 weeks ago
Firdaus Wong Wai Hung Telegram
3 months, 3 weeks ago

HEBAHAN JAWATAN KOSONG

Jawatan: Pemandu

MRM mencari seorang pemandu, kriteria calon yang dicari adalah seperti berikut;

• Menjaga solat 5 waktu
• Mempunyai sikap yang baik
• Komited dan menepati masa
• Tidak merokok
• Pembersih
• Memastikan kenderaan yang dipandu berada dalam keadaan yang baik, selamat dan bersih.
• Bertanggungjawab ke atas penyelenggaraan kenderaan termasuk menjaga kebersihan kereta, servis dan pembaikan kereta.
• Boleh bekerja untuk masa yang panjang, termasuk hujung minggu (Jumaat dan Sabtu) dan Cuti umum.
• Tiada rekod jenayah
• Kesihatan yang baik
• Mahir selok belok jalan di lembah klang. Tidak bergantung sepenuhnya pada applikasi tunjuk arah seperti Waze.
• Sentiasa mengekalkan “Private and Confidential” dalam segala urusan yang diamanatkan.

Jika anda berminat dan menepati kriteria yang ditetapkan, sila hantarkan CV ke career@my-mrm.org, anggaran gaji dan lesen yang dimiliki.

3 months, 4 weeks ago
Firdaus Wong Wai Hung Telegram
3 months, 4 weeks ago
Firdaus Wong Wai Hung Telegram
3 months, 4 weeks ago
Firdaus Wong Wai Hung Telegram
5 months, 3 weeks ago
Nama saya disebut di Parlimen semalam …

Nama saya disebut di Parlimen semalam tentang Islamofobia. In Sha Allah, video respon menyusul di TikTok.

We recommend to visit

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa setiap hari.

Last updated 1 day, 23 hours ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 2 days, 9 hours ago

My DragonForce
-x Hak Milik Rakyat Malaysia x-

Last updated 1 month, 1 week ago