Pemburu yang diburu.
Last updated 1 month, 2 weeks ago
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated 2 months ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 1 week, 1 day ago
[Sambutan Tahun Baru Cina, Tarian Singa & Yee Sang di Masjid]
Beberapa tahun lepas, Majlis Agama Islam Selangor Jabatan Mufti Negeri Selangor menjemput saya untuk hadir dalam satu pembentangan berkaitan dengan sambutan masyarakat Cina seperti Tahun Baru Cina, Perayaan Ching Ming, Kuih Bulan dan macam-macam lagi.
Turut dijemput seorang wakil dari MACMA Malaysia yang menyertai menerusi panggilan video selain dari wakil dari Jabatan Agama Islam Selangor - Rasmi & Bahagian Undang-Undang MAIS.
Majlis dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr Khadijah Hambali dari Jabatan Akidah & Pemikiran Islam UM.
Saya membentangkan semua hasil kajian saya dan kemudian wakil dari MACMA memberikan pandangan yang berbeza dalam beberapa aspek.
"Saya tak percaya macam apa yang dibentangkan oleh Bro Firdaus. Kami anggap semua tu hanya budaya sahaja."
Prof Madya Dr. Khadijah bertanya kepadanya;
"Saudara sebagai ahli akademik, ada sebarang rujukan untuk apa yang saudara sebutkan itu?"
Wakil MACMA menjawab; "Tiada. Tapi saya tak percaya begitu kerana..."
Belum sempat dihabiskan ayatnya, Dr. Khadijah bertanya lanjut,
"Saudara tak bawa rujukan untuk apa yang saudara sebutkan tetapi Bro. Firdaus bagi rujukan dari pakar sejarah dengan sumber rujukan dari bahan akademik bukannya dari pandangan peribadi dia. Sebagai ahli akademik mesti saudara tahu nilai sumber rujukan dalam mengemukakan pandangan."
Wakil MACMA tidak membalas.
Selesai mesyuarat, saya dimaklumkan bahawa mana-mana NGO, surau atau masjid yang ingin menganjurkan sambutan Tahun Baru Cina atau Perayaan Kuih Bulan, permohonan mereka tidak akan diluluskan.
Kalau perasan, pasca COVID19, tiada lagi sambutan Tahun Baru Cina atau Pesta Kuih Bulan dianjurkan oleh NGO, surau atau masjid di Selangor.
Apa yang saya bentangkan di dalam majlis itu?
Sambutan Tahun Baru Cina adalah sambutan kebudayaan yang didasari dengan kepercayaan. Tarian singa & Yee sang mempunyai unsur-unsur kepercayaan khurafat.
Saya tidak buat fatwa. Tugas saya hanya bentangkan kajian, berikan rujukan dan mereka buat keputusan.
Tanyalah mana-mana Cina Belum Muslim yang jujur adakah semua itu ada kepercayaan tertentu?
Tanyalah mereka dan minta mereka bagi rujukan kalau mereka jujur. Kenapa tarian singa mesti buat 'eye-dotting' ceremony untuk 'membuka' mata singa?
Tanyalah mereka apakah benar tarian singa tu bukan sekadar budaya tetapi juga dipercayai boleh halau roh jahat dan bawa 'ong' (tuah). Kenapa awal persembahan mesti ketuk gendang 3 kali tak boleh kurang atau lebih?
Kenapa bila diketuk 3 kali gendang, 'singa' tersebut mesti seolah-olah mengangguk/menyembah 3 kali seiring dengan ketukan gendang?
Tanyalah kepada mereka kenapa 'Yee Sang' mesti 7 warna dan 7 jenis? Kenapa tak boleh kurang atau lebih? Kenapa mesti lambung? Tanya mereka tentang Dewi Nuwa dan penciptaan manusia menurut mitologi Cina.
Saya mencadangkan kepada pihak JAIS & MAIS ketika itu bahawa adalah lebih baik kita menganjurkan program Rumah Terbuka Aidilfitri & Aidiladha di surau & masjid kerana kerana kedua-duanya adalah syiar Islam.
Tiada keperluan untuk surau & masjid anjurkan sambutan bukan Islam kononnya atas alasan dakwah tetapi waktu lain, masjid tidak mesra dakwah kepada Belum Muslim.
Latih AJK Masjid/Surau laksanakan dakwah secara konsisten bukan hanya pada waktu perayaan bukan Islam.
Boleh baca lanjut tentang perayaan dan adat budaya masyarakat Cina di dalam buku Cina Kiasu Atau Kiasi. Semua perkara yang ditulis disertakan sekali dengan rujukan akademik.
Dalan Perjalanan Berdakwah, Apa Ujian Paling Besar?
Sokong usaha dakwah MRM
MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353
*Beli buku "Cina Kiasu atau Kiasi : Tamak Hidup, Takut Mati?"
Berdosakah Kalau Saya Tak Sampaikan Islam kepada Jiran Non Muslim?
Sokong usaha dakwah MRM
MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353
Tok Kadi pula bersuara, "Apa saya cakap tadi? Saya kata JANGAN SESIAPA BERSUARA KETIKA MAJLIS BERJALAN!"
Saya menjawab; "Haji, dah nampak apa dia buat tak betul tu kita tak boleh bersuara untuk betulkan kah?"
Tok Kadi menjawab: "Saya dah buat benda ni 10 tahun dah."
Dah buat 10 tahun ke 20 tahun ke bukan penanda benda yang dibuat tu betul!
"Kalau awak tak puashati, saya boleh je batalkan majlis pernikahan ini dan suruh depa pi nikah kat pejabat agama je."
Wahh.. Main ugut-ugut pula. Saya yakin ini bukan prosedur yang ditetapkan Jabatan Agama Islam Negeri Kedah. Saya kenal dengan Mufti Kedah, Dato Sheikh Fadzil Awang yang suka memudahkan urusan orang. Kami menunaikan Haji bersama pada 2018.
Saya sendiri juga bernikah di Kedah dan menghadiri banyak majlis pernikahan di Kedah. Tiada adegan buli. Tidak perlu memecat tetapi menegur mereka agar mengikut prosedur dan jangan menyulitkan urusan orang lain.
Saya keluar dari bilik. Rupa-rupanya, isteri saya dan beberapa tetamu telahpun keluar lebih awal sebelum saya menegur lagi kerana mereka juga tidak puas hati dengan pembulian yang berlaku.
Selepas majlis, saya mendekati ibu pengantin lelaki dan ayah pengantin perempuan untuk meminta maaf kepada mereka. Saya ingatkan mereka marah tapi mereka jawab;
"Takpe. Ini orang lama dah buat style gitu lama dah. Takde orang berani nak teguq depa selama ini tu yang depa buat pesyen tu juga. Saya ok je tadi Firdaus tegur dia sebab saya pun dah habaq toksah tanya lagi dah tapi dia nak tanya lagi."
Sahabat semua, ingatlah sabda Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam;
"Barangsiapa yang menyelesaikan kesulitan seorang mukmin dari berbagai kesulitan-kesulitan dunia, nescaya Allah akan memudahkan kesulitan-kesulitannya pada hari kiamat. Barangsiapa yang memudahkan orang yang sedang kesulitan nescaya akan Allah mudahkan baginya di dunia dan akhirat."
(HR. Muslim, no. 2699)
Ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi telah sempurna dan memudahkan untuk semua orang. Adakalanya yang membuatkan agama Islam ini rumit dan hodoh bukan kerana ajaran Islam tetapi penganutnya yang baru sahaja diberikan sedikit kuasa suka menyusahkan orang lain untuk menunjuk kuasa yang dimiliki.
Benarlah apa yang Adi, abang pengantin beritahu kepada saya; "Tengok peel depa tu, sebab tu orang muda malas nak mai masjid. Depa tu kadang-kala ingat masjid tu bapa depa yang punya. Tak mesra pastu bengis."
Laporan akan dibuat kepada Jabatan Agama Islam Negeri Kedah agar imej agama Islam tidak dicemari karektor pembuli seperti itu.
**Buku terbaru saya, Cina 'Kiasu' Atau 'Kiasi' telah dibuka untuk pre-order dengan tawaran eksklusif untuk Pre-Order :
Boleh buat pesanan dan pembayaran di link di bawah???????????
https://tinyurl.com/BukuCina
TOK KADI PEMBULI PENGANTIN
"Apa saya cakap tadi? Jangan keluarkan suara ketika majlis berjalan. Kalau awak tak puas hati, saya boleh batalkan dan minta mereka pergi nikah di pejabat Jabatan Agama je."
Kami sampai lebih kurang 12.45pm di sebuah masjid di Sungai Petani, Kedah untuk penikahan sepupu (sebelah isteri). Beberapa jemaah menyapa mesra kehadiran kami bila diketahui kami ini bersama rombongan pengantin lelaki.
Isteri saya, ibu saudara (ibu pengantin), tetamu dan anak perempuan saya berada di luar ruang solat terpinga-pinga mencari di manakah tempat solat Muslimah sebab kali pertama di situ.
Tiba-tiba datang seorang lelaki tua menaiki motor. Isteri saya ucapkan salam dan bertanya dengan nada yang sopan;
"Pakcik, di mana tempat solat Muslimah ya"
Tanpa sebarang provokasi, pakcik itu meninggikan suara,
"BUKAN SINI. MASUK HAT SITU. INI RUANG SOLAT LELAKI!"
Rupa-rupanya, dia muazzin masjid dan kemudian dia pula menjadi imam. Selepas solat Zohor, dia tanya kepada abang pengantin;
"Ada apa?"
Abang pengantin menjawab; "Ada akad nikah sat lagi."
Pakcik tu menjawab, "Nikah? takde siapa habaq pun. Takde dalam rekod."
Tiba-tiba seorang lelaki masuk menyapa, "Tok kadi pi kenduri. Lepas kenduri dia mai"
Pakcik tu pula menyampuk;
"Nikah tu buat kat dalam bilik mesyurat. Hat sana tu."
Takpe la. Janji pun pukul 2pm.
Kami masuk ke dalam bilik mesyuarat, masuk pula lelaki lain dalam pertengahan usia,
"Perempuan pi duduk sana. Ini bahagian lelaki. Tu perempuan duduk sana"
Menghalau pula. Dia tak nampak ke bahagian perempuan tu dah penuh dengan 20 lebih orang manakala lelaki tak sampai pun 10. Tok kadi melangkah masuk dalam 2 lebih. Lewat, takde minta maaf atas kelewatan apa, terus bagi tazkirah.
Bagi tazkirah bukan kepada pengantin tetapi kepada tetamu. Antara yang dia sebut,
"Semasa majlis berlangsung, jangan ada sesiapa bersuara kah apa. Biar ja kami buat kerja kami. Jangan ada yang nak menyampuk."
Lepas itu dia baca Surah Al-Isra 17:32 dan kemudian Surah An-Nisa 4:1. Kemudian Tok kadi serahkan kad pengenalan pengantin lelaki kepada pakcik tu. Ya pakcik tu. Dia jadi saksi dengan lelaki tadi yang halau perempuan tu.
Dalam hati saya kata; "Jangan dia cuba nak buli pengantin"
Kebimbangan saya menjadi realiti. Bertalu-talu soalan ditanya sedangkan semua soalan itu telah ditanya oleh ayah kepada pengantin perempuan. Siap tanya;
"Set salinan pakaian ada berapa? Ada berapa? Bila pi kursus kahwin? Kenapa 3 bulan bukan sekali. Baca syahadah, baca fatihah, selawat. Baca kuat sikit tak dengaq"
Saya dah tengok wajah ibu pengantin lelaki menahan geram. Mengeleng kepala beberapa kali. Dialah antara wanita yang kenali yang sangat penyabar tetapi dapat melihat reaksi kekecewaan dan geramnya. Saya memanggil abang pengantin yang bertindak sebagai jurugambar;
"Adi, apa benda saksi tu tanya benda macam tu? Bapa pengantin perempuan dah tanya semua tu dah. Habaq kat bapa pengantin perempuan suruh saksi tu berhenti la buli pengantin lelaki."
Dia menjawab dengan suara yang kuat sikit agar mereka dapat mendengar; "Tak patut buat begitu." Lalu dia pergi mendekati bapa pengantin lelaki sambil bapa pengantin perempuan mengangguk-angguk kepada tanda setuju.
Bapa pengantin perempuan mencuit saksi yang buli pengantin lelaki tu sambil berkata,
"Toksah dah tanya. Nikahkan je."
Pakcik tu pula menjawab;
"Takpe ah. Hang sabaq sat. Aku nak tanya sikit je lagi."
Maaf la. Waktu itu hati saya dah sangat panas tapi saya tahan lagi. Dia suruh pengantin lelaki ulang lafaz nikah.
"Kena ada terima nikahNYA. Ada NYA kat situ. Tau? ada NYAAAA. Hat tak boleh setakat aku terima nikah je.. Kena ada NYAAA."
Saya terus menyampuk,
"Pakcik, dia belum habis cakap pakcik asyik menyampuk. Pakcik nak buli dia pasaipa. Pakcik tanya soalan yang bakal bapa mertua dia dah tanya. Bakal bapa mertua dia pun dah minta pakcik toksah tanya dah. Bagi nikah je. Awat pakcik nak buat susah benda yang mudah? Tadi Tok Kadi habaq kita mudahkan benda yang halal ni hat pakcik susahkan."
Pemburu yang diburu.
Last updated 1 month, 2 weeks ago
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated 2 months ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 1 week, 1 day ago