Pemburu yang diburu.
Last updated 3 months, 1 week ago
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated 1 month, 2 weeks ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 2 months ago
Ada sebuah doa yang kebanyakkan orang tak nampak kelebihannya, sebab kita selalu baca, rasa macam doa yang biasa-biasa.
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
"Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka.”
Doa yang ringkas, tapi padat dan cukup lengkap.
Allamah Tuan Guru Baba Haji Ismail
Nasihat buat diri saya sendiri terlebih dahulu,
Kita ini banyak hidup dengan mindset besarkan segala jenis nafsu dan keinginan untuk dunia.
Kita masih kat dunia tau.
Belum di akhirat lagi.
“Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan; dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir.”
(Surah Al-An’aam ayat : 32)
Ayat ini menegaskan tentang gambaran kehidupan dunia dan akhirat yang mana kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah diumpamakan sebagai tempat permainan, hiburan semata-mata.
Dan bagi orang yang bertaqwa fokus utama adalah akhirat.
Kehidupan dunia hanyalah kesenangan sementara, sebaliknya kesenangan yang kekal abadi adalah di negeri akhirat nanti.
You only live once.
Di dunia ini, sekali ini saja.
Temporary je dunia ni. Kita akan mati. Mungkin sekejap lagi, mungkin esok, mungkin lusa, mungkin tak sempat pun Ramadan.
Tak ada siapa pun boleh tahu dia boleh hidup berapa lama. Tapi kehidupan kita yang sentiasa seronok dengan segala maksiat ni seolah-olah kita confirm masuk syurga kalau kita mati sekejap lagi.
Kita kena selalu ingatkan diri kita hidup ini bukan untuk seronok seronok.
Hidup kita yang sekali saja ini berusahalah untuk mempersiapkan diri dengan amal kebaikan dan ketaatan sebaik mungkin kepada Allah agar kita termasuk golongan yang berjaya di akhirat nanti.
Nak masuk syurga, kena betul betul ada mindset ke syurga. Walaupun mungkin kalian tidak melakukan maksiat , jangan sesekali menyokong dan jadi sebahagian daripada mereka.
Kalau kita masih tidak berusaha dan menzahirkan sikap ketegasan terhadap apa yang berlaku di sekeliling kita, lebih-lebih lagi yang menyentuh isu Islam serta umat Islam,
boleh bayangkan tak kehidupan generasi akan datang nanti?
Abu Said al-Khudri RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ، وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ
Maksudnya: “Sesiapa di antara kamu melihat sesuatu kejahatan, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya, sekiranya tidak sanggup hendaklah dengan lisannya, dan sekiranya tidak sanggup hendaklah dengan hatinya yang demikian itu (mengingkarkan dengan hati) adalah selemah-lemah iman.”
Syahirah Omar.
Ya Allah, pertemukanlah kami dengan Ramadan yang akan datang. Kurniakanlah kepada kami rezeki yang halal lagi diberkati, kekuatan dan kesabaran dalam menempuh dugaan.
Rasulullah Saw diutuskan bukan sahaja sebagai Rasul tetapi Baginda juga adalah contoh terbaik untuk semua manusia dari cara hidupnya. Marilah kita bersama ikuti dan meneladani.
Semoga kita diizinkan untuk menyambut bulan Ramadhan yang mulia pada tahun ini.
Benarlah, sebaik-baik perhiasan di dunia adalah akhlak mulia.
Jika kita tidak beradab sedangkan kita berilmu, maka ertinya ilmu itu tidak berupaya mentarbiah diri kita.
Seseorang yang beradab padahal dia tidak berilmu maka itu lebih baik berbanding seorang yang berilmu tetapi tiada beradab.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah Saw bersabda:
"Tiada yang lebih berat dalam timbangan seorang Mukmin pada hari kiamat daripada keindahan akhlak. Dan Allah benci kepada orang yang keji mulut dan kelakuan." (Hadis Riwayat at-Tirmizi dan Abu Daud)
Sepanjang perjalanan Tarbiah Sentap di Pesta Buku tahun 2024, terima kasih semuaaa! Ada rezeki kita jumpa lagi ?
Semoga kita semua dikurniakan rezeki seluas langit dan bumi, rezeki yang bermanfaat, rezeki yang halal dan berkat, rezeki yang mampu membawa kita ke syurga, rezeki yang tak putus putus seperti air yang mengalir, rezeki yang sentiasa merendahkan hati dan dijauhi dari sifat angkuh ??
Pemburu yang diburu.
Last updated 3 months, 1 week ago
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated 1 month, 2 weeks ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 2 months ago