EZMY #MutiaraIlmuIlahi

Description
REZEKI TAK DISANGKA-SANGKA

Siapa yang memegang hati manusia?
Siapa yang pegang REZEKI kita?

Semestinya Allah SWT

https://aboutme.style/evaaisyah 🤍
Advertising
We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 6 days, 9 hours ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 2 days, 14 hours ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 2 weeks, 3 days ago

2 days, 7 hours ago
Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.
Selamat Pagi korang 🌹

Jika kau rasa dunia ini membuatkan kau letih, sedih,
pedih dan tersisih...

Maka banyakkanlah bersujud...

Kerana di sana kau akan temukan ketenangan,
kedamaian dan kekuatan...

Ketika itu, doamu ketika Sujud itu sampai kepada Allah...

Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.

"Keadaan seorang hamba yang paling dekat dari Rabbnya adalah ketika dia sujud, maka perbanyaklah doa." ( HR Muslim)

Sesiapa yang sering berdoa ketika sujud akan mengetahui betapa mustajabnya doa.

Ketika sujud jiwa kita begitu hampir kepada Allah, maka perbanyakkan doa semasa sujud.

#islamitu_indah #UtamakanKeberkatan #DealWith4Everything #SampaikanWalau1Ayat #DakwahSunnahRasullulah

3 days, 1 hour ago

ALLAH GANTI CASH RM15,000 DALAM MASA YANG SAMA 👆👆😭😭😭BAIKNYA ALLAH

3 days, 1 hour ago

BELIAU HALALKAN HUTANG RM300 ALLAH GANTI CASH RM15,000 😭😭😭

Ini bukan cerita dongeng ini cerita benar tepat jam 2.30 pm tadi zaa terima message nie👇👇 sambil baca sambil nangis 😭😭😭

Zaa, maaf lambat update. Kak send ni time rehat kerja tengahari lepas solat zohor.

Kak tak pasti nak cerita bagaimana tp apa yg kak dapat hasil baca FTR (dengan hati) - maka tersedar betapa ralitnya kita ini sebagai manusia, tidak keruan seharian fikirkan nak kaya shj.

Rupanya kita sedang tersesat di alam nyata, hati kotor mengaku ingat Allah tp tak faham apa itu ingat Allah yg sebenar2nya.

Alhamdulillah lepas sh baca FTR kak bersihkan hari dulu, perasan marah pada adik beradik yg menyakitkan hati kak buang jauh2. Redho dengan sales yg slow dan redho dengan desakan supplier minta payment. Kak kata pd Allah, ya Allah aku ni hambamu yg lemah. Ampunkanlah dosaku yg telah lalu dan kembalikanlan aku ke jalanMu yg benar. Tiada dayaku membayar semua hutang yg sudah aku buat, tolonglah selesaikan utk aku, sesunggunya aku ini hanyalah hambamu yg lemah, mengerdip mata pun juga bukan dengan dayaku.

Lepas seminggu kak blm betul2 amal apa yg task zaa bg tp ada 3 perkara yg kak maintain buat - selawat, istigfar dan zikir 300x tu.

Suatu hari, kak betul2 kena byr rm4k - refund kpd customer kak yg cancel order tiba2.

Allahuakbar, duit dlm acc hanya tinggal rm22 shj - tak pernah duit kak tinggal banyak tu dlm acc. Dia nak kak bank in sblm pkl 4 ptg. 🤔 Macam mana tu ?

Tapi kak tenang2 saja. Pkl 2 ptg, sambil berzikir dan sedang memasak utk buka puasa (kak masak awal supaya ada masa lebih lepas asar boleh lama2 solat dan baca zikir dan quran) - tiba2 masuk wasap dr sepupu kak dulu dia ada pinjam rm300 dia kata lepas raya br blh byr. Dia kata adik dia tiba2 kena stroke, dia kena ulang alik ke hospital jaga adik dia. Allahuakbar terus kak tak fikir apa kak kata dekat dia “tak apalah duit hutang tu kak halalkan” tanpa fikir panjang2.

Maha Suci Allah, pada masa yg sama - terus masuk satu mesej dari customer kak yg agak besar juga - agak lama dia tak order tp tiba2 dia bg mesej “Salam kak”

Mesej ni masuk betul2 lepas kak send pasal halakan hutang tadi..( bukti ada di gambar yang zaa screen short )

Customer tu mesej lagi - “Order macam biasa ya - 5k pcs” (dia buat skincare dengan kak)

Allahuakbar, zaa dia terus tt rm15k zaa. (bukti ada digambar yang zaa screen short)

Dia mesej kak betul2 sejam sebelum duit yg kak kena refund tu bagi time dekat kak.

Pada masa ni apa yg kak rasa - Allah sudah makbulkan doa aku - aku niat nak jadi hamba, seluruh anggota ku ini akan aku gunakn sbg ibadah kepada Allah semata2 dan yg lain2nya Allah shjlah yg selesaikan.

Kak rasa sangat bertuah dapat baca buku FTR dan kak dapat rasa gelombang kebaikan yg Cg Nora cuba sebarkan, membetulkan dan memberi faham tentang matlamat kita yg sebenar hidup dimuka bumi ini, keikhlasan dalam berdakwah, memberi sedar dari tidur dan tipu daya dunia - duit bukanlah segalnya - Allah juga adalah segalanya.

Sebab itu zaa, kak minta utk jd ejen sebab bukan pasal bisnes lagi dah, ia bertujuan menyebarkan kebaikan dan memberi faham kepada semua muslim supaya tahu letak duduk diri masing2 dan memperbetulkan apa yg salah pernah dilakukan sebelum2 ini.

Alhamdulillah terima kasih kpd Zaa dan smpaikan juga salam buat Cg Nora - semoga kita akan berjiran di dalam syurga nanti. Jika ada kesempatan kak ingin jumpa dengan zaa dan juga cg nora.

Alhamdulillah. Buat masa skrg ini shj yg kak dpt share ya jika ada kak share lagi 🤗

-Puan N

Tak percaya okey boleh lihat bukti yang zaa screenshort 👇👇👇👇

1 week, 1 day ago
EZMY #MutiaraIlmuIlahi
1 week, 2 days ago

Habib Umar menceritakan bahwa beliau telah mendengar sebuah kisah yang telah disampaikan oleh seorang ulama' Syria padanya.

Ulama' itu menceritakan kepadaku,

“Seorang wanita telah datang kepadaku sambil menangis tanpa henti. Aku ingatkan mereka telah menyakitinya atau membunuh bapa dan anak-anaknya. Sehinggalah dia berhenti menangis, dan aku pun bertanya,

“Kenapa kamu menangis?”

Kemudian wanita itu menjawab,

“Sudah 3 hari berlalu tanpa aku melihat Rasulullah.”

Jadi aku pun bertanya lagi,

“Jadi ini sebabnya kamu menangis?”

Wanita itu berkata,

“Ya, sudah 3 malam diriku tidak berjumpa Rasulullah.”

Aku pun bertanya lagi,

“Jadi sebelum ini setiap malam kamu berjumpa Rasulullah?”

Wanita itu menjawab,

“Ya, setiap malam aku berjumpa Rasulullah. Tapi ketika ini sudah 3 malam berlalu, aku tidak tahu bala apa yang menimpaku atau dosa apa yang telah aku lakukan. Aku bertaubat, aku menangis kerana hal ini.”

Aku bertanya lagi,

“Berapa banyak kamu berselawat kepada Rasulullah setiap hari?”

Wanita itu menjawab,

“15,000 kali.”

*Wanita itu sudah biasa berselawat sehari 15,000 kali, kerana itu dia diizinkan oleh Allah untuk melihat Rasulullah setiap malam.

Habib Umar bin Hafidz ~

Kalam Ulama

#islamitu_indah
#Selawat
#DakwahSunnahRasullulah

1 week, 3 days ago

Dunia tempat MENINGGAL ,
Akhirat tempat TINGGAL

Hidup tempat BERAMAL ,
Kubur tempat di SOAL

Syurga tempat ASAL ,
Neraka tempat MENYESAL

Ingat!

Jangan hidup macam tak ada TUHAN . Walaupun KAYA HARTA 7 keturunan.

- Pu Amin

============

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.
Salam Jumaat Barokah.
Selamat Pagi Sahabat Fillah 🌹

Jom wakaf ilmu dihari Jumaat Barokah ,sini ya ⬇️
https://bit.ly/FTRwakafTerbaik

2 weeks, 1 day ago

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.
Selamat Pagi korang 🌹

===========

Zikir pagi adalah sangat penting dan dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Terdapat banyak hadis sahih yang menunjukkan amalan zikir ini bukan sahaja menjadi sunnah, tetapi juga membawa keberkatan dan ketenangan kepada kehidupan seseorang Muslim.

Anjuran Zikir Pagi oleh Rasulullah SAW:

  1. Hadis Sahih Riwayat Muslim:
    Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, Rasulullah SAW bersabda:

"Barang siapa yang mengucapkan di waktu pagi dan petang: 'Bismillahilladzi la yadhurru ma’asmihi shay’un fil-ardi wa la fis-sama’i wa huwa as-sami’ul alim' sebanyak tiga kali, maka tidak akan ada sesuatu yang membahayakan dirinya."
(HR Muslim)

  1. Ketenangan Jiwa dan Perlindungan:
    Zikir pagi dan petang menjadi perisai bagi seorang Muslim daripada segala keburukan dan bahaya. Selain itu, ia mendekatkan diri kepada Allah SWT dan memberi ketenangan jiwa sepanjang hari.

  2. Al-Quran Menyebut Zikir:
    Allah SWT juga berfirman dalam surah Al-Ahzab ayat 41-42:

"Wahai orang-orang yang beriman! Berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya, dan bertasbihlah kepada-Nya pada waktu pagi dan petang."

Faedah Zikir Pagi:

Ketenangan jiwa: Amalan zikir membantu seseorang merasa lebih tenteram dan yakin.

Perlindungan daripada bahaya: Rasulullah SAW menjamin perlindungan kepada mereka yang mengamalkannya.

Keberkatan dalam kehidupan: Ia membuka pintu rezeki dan mengukuhkan hubungan dengan Allah SWT.

MasyaAllah, amalan yang mudah seperti zikir pagi ini memberi manfaat yang besar. Oleh itu, kita digalakkan untuk mengamalkannya setiap hari sebagai usaha mencari keredhaan dan perlindungan Allah SWT.

Wallahu'alam.

Jom Wakaf yuuk
https://bit.ly/FTRwakafTerbaik

2 weeks, 1 day ago
EZMY #MutiaraIlmuIlahi
2 weeks, 1 day ago
"Ftr bagi saya lebih kepada proses …

"Ftr bagi saya lebih kepada proses Detox hati. 😘
Hati dah bersih, senang Doa nak makbul. Terperanjat dgn Rezeki Allah bagi."🤲🏻

https://ezy.la/RahsiaMagnetRezeki

3 weeks, 1 day ago
Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.
Selamat Pagi 🌹

Jom buat apa yang Allah suka, wakaf ilmu
#backtoAllah disini ⬇️
https://bit.ly/FTRwakafTerbaik

Jazakumullahu khairan kathira buat yang sudi berkongsi rezeki
(Semoga Allah membalas segala kebaikan keatas kalian) 🤲

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
آمين اللهم آمين يا رب.

We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 6 days, 9 hours ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 2 days, 14 hours ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 2 weeks, 3 days ago