Why Pay for Entertainment? Access Thousands of Free Downloads Now!

Terkini dan Sensasi Palestin

Description
TELEGRAM TERKINI DAN SENSASI PALESTIN ADALAH SATU-SATUNYA AKAUN TELEGRAM CINTA GAZA MALAYSIA. Ikuti perkembangan terkini berkaitan Palestin!
We recommend to visit

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa setiap hari.

Last updated 1 day, 23 hours ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 2 days, 9 hours ago

My DragonForce
-x Hak Milik Rakyat Malaysia x-

Last updated 1 month, 1 week ago

2 days, 17 hours ago
"Ada teladan buat kita yang berkelana …

"Ada teladan buat kita yang berkelana di rantau orang."

Link pembelian buku Tuan Nadir Al-Nuri https://ezy.la/ulatbuku

2 days, 18 hours ago
Assalamualaikum & salam sejahtera ***⛅️***

Assalamualaikum & salam sejahtera ⛅️
PODCAST CINTA GAZA MALAYSIA

🆕 episod #SemejaBersamaCGM [Misi Musim Sejuk] - "Kami Ditahan Kerana Kamera"

Dengarkan di Spotify atau di Youtube sekarang!

Jangan disangka menjadi jurugambar dan juruvideo di kem pelarian Palestin semudah ABC kerana menurut Cik Puan Syafwa, mereka telah ditahan kerana sebuah kamera!

Ikuti perkongsian pereka grafik, Cik Puan Syafwa Merlyn berkaitan Misi Musim Sejuk di Tiga Negara Arab - Syria, Lubnan dan Turki.

🎧 Spotify: https://shorturl.at/hnpGH
📸 Youtube: https://youtu.be/glqBiSuD7Kk

#podcastCGM
#SemejaBersamaCGM
#weareCGM
#heroes4hope

2 days, 18 hours ago
Seorang pegawai politik tertinggi Hamas, Khalil …

Seorang pegawai politik tertinggi Hamas, Khalil al-Hayya memberitahu pihaknya bersedia untuk gencat senjata selama lima tahun atau lebih dengan Israel.

Jelasnya, Hamas akan meletakkan senjata dan menjadi parti politik jika penubuhan negara Palestin yang merdeka benar-benar dilaksanakan.

Penjelasan terkini Khalil al-Hayya dalam sebuah wawancara di tengah kebuntuan rundingan untuk gencatan senjata di Gaza mendapat perhatian. Idea Hamas untuk melucutkan senjata nampaknya merupakan keputusan penting oleh kumpulan pejuang mujahidin Islam yang jelas komited untuk memusnahkan Israel.

Berita penuh: https://www.cgm.com.my/latest-news/h-bersetuju-dengan-5-tahun-gencatan-senjata-menyokong-penuh-two-state-solution

Sumber: AP News

2 months ago

Kementerian Kesihatan di Gaza
Jumaat,23 Februari 2024
Hari ke-140 serangan kejam Israel ke atas semenanjung Gaza

▪️ Rejim Zionis Israel melancarkan 10 operasi pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di semenanjung Gaza hingga mengakibatkan 104 penduduk syahid manakala 160 yang lain cedera dalam tempoh 24 jam yang lalu.

▪️ Sebilangan mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan raya. Pihak rejim Zionis bertindak menghalang ambulans dan anggota pertahanan awam untuk sampai kepada mangsa.

▪️Angka korban serangan Israel telah meningkat kepada 29,514 syuhada dan 69,616 mangsa yang cedera sejak 7 Oktober lalu.

Sumber: Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza

2 months ago
Menteri Wanita Israel, May Golan, sekali …

Menteri Wanita Israel, May Golan, sekali lagi menunjukkan sikap tidak berperikemanusiaan dengan menyatakan kebanggaan terhadap kemusnahan yang berlaku ke atas Semenanjung Gaza.

“Saya secara peribadi berbangga dengan kemusnahan yang berlaku di Gaza,” kata Golan dalam ucapan di parlimen Israel (Knesset).

“Dan setiap bayi, walaupun 80 tahun dari sekarang, akan memberitahu cucu mereka apa yang dilakukan oleh orang Yahudi…,” tambahnya.

Dia kemudiannya berkata, “Kami tidak malu untuk mengatakan bahawa kami mahu melihat tentera Israel, pahlawan suci kami, menangkap (Yahya) Sinwar dan 'pengganasnya' dan mengheret mereka ke seluruh Semenanjung Gaza ke penjara bawah tanah Pihak Berkuasa Penjara Israel atau ke keranda.”

Maya Golan turut mengecam idea mewujudkan negara Palestin, Golan berkata, "Bukan merpati dan bukan dahan zaitun, hanya pedang untuk memenggal kepala Sinwar, itulah yang akan dia terima daripada kita."

Sumber: The Palestine Chronicles

2 months ago
2 months, 1 week ago
Terkini dan Sensasi Palestin
2 months, 1 week ago
Terkini dan Sensasi Palestin
2 months, 1 week ago
Terkini dan Sensasi Palestin
2 months, 2 weeks ago

“Sesiapa yang membina masjid kerana Allah, Allah membina baginya rumah di syurga kelak (binaan) seumpamanya.” - Riwayat Muslim

Untuk makluman semua, salah satu masjid yang hancur di Gaza adalah Great Omari Mosque yang ditubuhkan pada era awal kedatangan Islam. Masjid itu pada zaman penjajahan Byzantine adalah sebuah gereja yang dibina oleh Permaisuri Eudocia. Tambahan pula, setakat 3/2/2024 sebanyak 264 masjid musnah sepenuhnya dan 183 masjid separa musnah.

Bayangkan jika masjid ini siap dibina nanti, wakaf Tuan/Puan salurkan pada hari ini akan menjadi asbab kepada:
🔺Ruangan aktiviti untuk kegiatan agama untuk penduduk sekitar.
🔺Para jemaah dapat beribadah dengan lebih selesa.
🔺Pelajar tahfiz (anak-anak Palestin) mempunyai kelas hafazan yang lebih baik.
🔺Keselamatan para jemaah lebih terjamin, kemalangan dapat dielakkan.

Untuk kalian yang ingin berwakaf boleh salurkan ke https://emergency4gaza.com/bantupalestin atau salurkan ke akaun Maybank Persatuan Cinta Gaza Malaysia, 5648 1050 7826 dengan (rujukan: wakaf).

#IsraelCuak
#Emergency4Gaza

We recommend to visit

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa setiap hari.

Last updated 1 day, 23 hours ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 2 days, 9 hours ago

My DragonForce
-x Hak Milik Rakyat Malaysia x-

Last updated 1 month, 1 week ago