Pemburu yang diburu.
Last updated 2 months, 1 week ago
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated 2 weeks, 1 day ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 1 month ago
Had a great evening getting to know Shaykh Joe Bradford from the US, who is also a graduate of the Faculty of Shariah, Islamic University of Madinah. He shared some interesting insights on issues in Usul Fiqh and Islamic finance, including his current PhD research at IIUM. We also shared a common research interest related to the wisdom, impact, and manath in Islamic finance.
كتابي #مائة_مسألة_متعلقة_بالصيام باللغة العربية ومترجم إلى اللغة الملايوية
Bagaimana memperbaiki diri ?
Kata Ibnu al-Qayyim, seseorang perlu memulakan muhasabah diri tentang perkara wajib. Kalau ada kekurangan, cepat-cepat perbaiki, sama ada dengan menggantikan atau memperbaikinya.
Kemudian, periksa pula larangan Syarak yang mungkin telah dilanggar. Kalau ada dosa, segera bertaubat, beristighfar, dan buat amal kebaikan sebagai penebus.
Seterusnya, muhasabah tentang kelalaian. Kalau pernah lalai daripada tujuan sebenar hidup, cuba atasi dengan berzikir dan lebih mendekatkan diri kepada Allah.
Akhir sekali, fikirkan setiap perkataan yang diucap, langkah yang diambil, perbuatan tangan, dan apa yang didengar. Apa niat di sebalik semua itu ? Kenapa dilakukan ? Bagaimana cara ia dilakukan?
Ingat, setiap pergerakan dan kata-kata akan dicatat dalam dua bentuk catatan: satu bertanya kenapa dilakukan, dan yang satu lagi bertanya bagaimana ia dilakukan. Pertama adalah soal keikhlasan, dan kedua berkaitan sejauh mana ia selari dengan ajaran Islam.
Dari Kitab Ighāthah al-Lahfān min Maṣāyid al-Shayṭān
Debat, muzakarah dan perbincangan ilmiah pada hari ini, siapa pemenangnya?
Bagi saya, menentukan kemenangan dan dominasi satu pihak dalam debat atau muzakarah adalah satu benda yang sangat subjektif.
Dengan kata lain, seorang pendebat akan dinilai menang atau dominant pada pandangan 'fan', mereka. Tetapi pada pandangan 'seteru', mungkin berbeza.
Mungkin seteru cenderung bahawa kemenangan adalah pada pihak pendebatnya, pointnya lebih tepat, hujjahnya lebih kuat dan lain-lain.
Dalam beberapa kes, pendebat atau panel yang banyak diam, suara tidak lantang sering dikategorikan sebagai 'terciduk', 'terumbang ambing' dan lain-lain. Manakala orang yang cenderung lantang boleh dikatakan sebagai dominant atau berjaya.
Dalam subjek 'qawadih al-qiyas' kami beberapa sem lepas, sheikh kami ada mengkritik berkenaan method perdebatan ilmiah pada hari ini kerana ia tidak menepati kaedah ulama-ulama terdahulu berdebat. Kerana perdebatan dahulu yang kita baca melalui sirah dahulu lebih kepada menegakkan hujjah dan berlaku dalam beberapa minit sahaja kemudian bersurai (ada banyak lagi point tapi lupa).
Sedangkan pada hari ini, ia dibuat lebih lama, dibentangkan benda yang sudah tidak perlu dibentang dan lain-lain. Saya juga banyak belajar melalui kelasnya tentang method berdebat disisi ulama dahulu, termasuk yang berada dalam buku-buku klasik.
Ya, kita boleh untuk tidak menerima bulat-bulat pandangan sheikh saya sepertimana saya pun cenderung untuk berlaku sebegitu, namun ada manfaat juga daripada pandangan sheikh kami ini. Kata-kata sheikh ini sentiasa bermain di minda saya setiap kali berlakunya perdebatan ilmiah di tanah air saya.
Justeru, perdebatan ilmiah sepatutnya bukan ditujukan bagi menentukan pendominasi. Bahkan ia adalah untuk mendengar hujah-hujah setiap pembentang. Mindset sebegini sering kita dapati pada setengah orang walaupun tidak semua. Maka apa kesannya?
Kesannya adalah orang yang mendapat khabar bahawa si fulan 'menang', dominan dan lain-lain akan terima bulat-bulat atau kagum. Lebih bahaya lagi mereka tertipu dengan dakwaan sebegitu.
INI LEBIH BERBAHAYA JIKA DAKWAAN TENTANG DOMINANT SI FULAN DALAM DEBAT DICERITAKAN TANPA BUKTI DAN SUMBER.
Kerana itu, saya adalah antara seorang yang tidak percaya bulat-bulat jika seorang penulis menceritakan bahawa Imam ini telah mengalahkan imam ini dalam debat. Ya, kita akui kejujuran penulis, tapi kita perlu lebih kritis. Jika dia kalah sekalipun, itu tidak mengurangkan kredibilitinya. Itu cerita zaman dahulu. Zaman kini? Qiyaslah sendiri.
Cadangan saya untuk pendengar dalam perdebatan ilmiah adalah:
Tidak menerima bulat-bulat dakwaan bahawa si fulan mengalahkan si fulan walaupun ia dinukilkan dalam sirah, lebih-lebih lagi jika berlaku antara dua alim disegani, ia boleh mengurangkan kredibiliti.
Jadikan apa-apa perdebatan yang kita dengan adalah untuk belajar, mendengar hujjah. Buang jauh-jauh mindset mencari siapa lebih dominant. Jika kita berbuat sedemikian, kita akan cenderung mendengar pihak yang kita 'sangka' dia menang dan menolak 100% hujjah orang lain.
WAallahua'lam. Sekian.
- Muhammad Murabbi Al-Solihin,
Riyadh, Arab Saudi.
*Mungkin tulisan ini jika ada keperluan akan dilanjutkan jika saya rasa ada yang perlu ditambah atau diperbetulkan.
Telegram
Markaz Su'Oud Sharing
Debat, muzakarah dan perbincangan ilmiah pada hari ini, siapa pemenangnya? Bagi saya, menentukan kemenangan dan dominasi satu pihak dalam debat atau muzakarah adalah satu benda yang sangat subjektif. Dengan kata lain, seorang pendebat akan dinilai menang…
Jika kita ingin memperbaiki kekurangan dan memajukan diri, mulakanlah sekarang, walaupun dengan sesuatu yang kecil. Ramai yang Allah bukakan jalan kepada mereka, walaupun pada usia yang lewat.
Biarlah Islam yang kita pelajari membimbing kita dalam semua aspek kehidupan
MAMPU KE KITA CAPAI TAQWA ?
? Kerap kita dengar bahawa tujuan berpuasa adalah capai Taqwa, dan kita rasa ianya sukar dicapai (overwhelmed).
? Taqwa adalah perkataan yang berat. Syaitan pula bekerja keras untuk menganggu sekuriti Taqwa kita dan berusaha meyakinkan bahawa Taqwa bukan milik kita.
?”Ia hanya milik orang-orang yang bertaqwa”.
? Terdapat beberapa kategori Taqwa yang sesuai dengan keadaan diri manusia, antaranya ;
? Taqwa orang berdosa yang bertaubat.
? Taqwa orang yang memerangi kejahatan dengan melakukan kewajipan.
? Taqwa orang yang sentiasa meningkatkan amalan soleh.
? Taqwa orang yang meninggalkan perkara harus (mubah) bagi dirinya, kerana mahukan kebaikan di Akhirat.
Keempat-empat kategori Taqwa ini boleh dibentuk menerusi ibadat Puasa.
? Demikian itu, yakinlah bahawa Ramadhan sentiasa menyediakan sesuatu bagi manusia ; harapan dan peluang bekerja untuk semua orang, ke arah memperolehi satu matlamat iaitu Taqwa.
? Alih bahasa daripada catatan Ustaz Suhaib Web
Nota Fiqh Al-Quran (9)
ALLAH UNGKIT CERITA SEJARAH
? Surah al-Baqarah ayat 48-60 ungkit kembali sejarah jasa-jasa Allah kepada Bani Israel suatu ketika dahulu, seperti berikut ;
? Ketika Firaun giat aktif dengan projek penghapusan Bani Israel menerusi berbagai pengaiban, seksaan dan pertumpahan darah, Allah tidak putus-putus selamatkan mereka.
? Laut dibelah yang berlaku kali pertama tersebut, adalah untuk selamatkan nyawa Bani Israel, dan agar mereka baiki kesilapan.
? Selepas dibantu dengan belahan laut pun, mereka tetap degil dan kembali dengan memuja patung sapi selepas Nabi Musa pergi munajat di Tursina.
? Pulang dari Tursina, Nabi Musa sampaikan kitab Taurat agar mereka faham bahawa ikut kebenaran dan tinggalkan kebatilan adalah urusan serius dengan Allah.
? Kezaliman syirik sebahagian mereka yang menyembah patung sapi itu, Allah bagi peluang bersihkannya dengan penyesalan taubat dan hukuman bunuh sesama mereka.
? Walaupun Allah bagi peluang saksikan proses penurunan Taurat di bukit Tursina, mereka degil dan bagi alasan melampau, iaitu mahu lihat Allah dengan mata kasar dahulu, sebelum benar-benar beriman.
? Selama tempoh 40 tahun dihukum sesat di padang pasir, Allah masih beri perlindungan awan sebagai teduhan dari panas terik, turunkan makanan Syurga dan keperluan lain.
? Bila sudah terdesak perlukan air minuman, mereka datang merayu bantuan Nabi Musa juga sehingga Allah keluarkan sumber air dari batu yang dipukul oleh baginda.
? Refleksi beserta ulasan berdasarkan Tafsir al-Quran bi al-Quran oleh Dr Taha Jabir al-‘Alwani
Pemburu yang diburu.
Last updated 2 months, 1 week ago
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated 2 weeks, 1 day ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 1 month ago