Ust Muhammad Fauzi Asmuni

Description
Satu perkongsian ....
Advertising
We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 1 week ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 2 weeks, 1 day ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 1 month, 2 weeks ago

4 weeks, 1 day ago
Ust Muhammad Fauzi Asmuni
4 weeks, 1 day ago
Ust Muhammad Fauzi Asmuni
1 month ago

Alhamdulillah selesai semalam sesi latihan untuk penceramah isu Palestin di Johor Baru. Peserta rata-rata orang muda. Amat bersemangat dan nampak bertenaga. Terima kasih kepada Tuan Pengarah program, Dr Muslim. Terima kasih juga kepada Ketua Perhubungan Isma Negeri Johor, Tuan Haji Tahir yang turut hadir memberikan ucaptama. Ustaz Wan Azli dan Tuan Haji Bariman dan isteri masing-masing serta beberapa orang lagi yang tak sempat saya tuliskan namanya di sini, orang lama Johor turut hadir memeriahkan program dan memberikan semangat kepada peserta muda.

#kemenanganuntukpalestin

6 months, 4 weeks ago

Kuliah Maghrib di Masjid Bukit Jelutong. Memahami Two State Solution.

6 months, 4 weeks ago

https://www.facebook.com/share/v/mZNxPNTgFDdZJLnd/?mibextid=WC7FNe

Facebook

Log in or sign up to view

See posts, photos and more on Facebook.

8 months, 3 weeks ago

Percaya dan Menyumbanglah

  1. Beberapa peristiwa yang berlaku memberi kesan banyak kepada sumbangan masyarakat terhadap rakyat Palestin. Antaranya kes Aman Palestin dan cadangan penggubalan undang-undang kawalan lebih ketat terhadap kutipan awam oleh mana-mana badan berdaftar bawah ROS. Selain itu beberapa usaha pihak berwajib yang seolah-olah cuba me'monopoli' saluran sumbangan ke Palestin juga memberi kesan terhadap isu ini.

  2. Seorang kenalan dari sebuah badan antarabangsa yang menguruskan sumbangan ke Palestin menyebut kepada saya ketika ziarahnya ke pejabat Isma bahawa tahun ini amat ketara pengurangan sumbangan dari Malaysia ke Palestin. Tidak seperti sebelum ini, sumbangan dari pelbagai ngo Malaysia ke Palestin agak besar dan banyak. Saya menjelaskan kepadanya perkembangan di dalam negara yang menyumbang ke arah itu.

  3. Suasana di sana amat kritikal dari hari ke hari. Untuk lebih 2 juta penduduk Gaza, mereka memerlukan sekurang-kurangnya 500 kontena makanan setiap hari. Tetapi yang masuk mungkin hanya puluhan sahaja sehari. Serangan yang berlanjutan memburukkan lagi keadaan. Fasiliti perubatan yang rosak menjadikan keadaan lebih mendukacitakan. Ditambah dengan suhu yang tidak menentu di pertukaran musim sejuk ke musim panas sekarang ini. Ramadhan tidak lagi menjadi bulan yang menggembirakan buat penduduk di sana. Sambutan Syawal pula masih kelam.

  4. Kami di GSPP sentiasa mencari mekanisme terbaik untuk penyaluran sumbangan ke Palestin. Ada beberapa pilihan yang ada sekarang dan ianya masih diperhalusi.

Untuk sementara GSPP menggunakan platform beberapa ngo di antaranya Kelab Perwira dengan kerjasama badan di dalam Gaza untuk saluran sumbangan ini. Setakat ini sudah banyak bantuan air dan makanan yang sampai ke sana dalam tempoh perang ini walau pun dengan seribu kesukaran yang terpaksa dihadapi.

  1. Saya merayu kepada rakyat Malaysia untuk kembali menyumbang bagi memenuhi keperluan penduduk Gaza khasnya dan warga Palestin di merata tempat umumnya. Di dalam harta kita ada hak mereka sepertimana yang Allah sebutkan di dalam al-Quran:

وَفِي أَمْوَالِهِمْ حَقٌّ لِّلسَّائِلِ وَالْمَحْرُومِ

"Di dalam harta mereka terdapat hak bagi orang yang meminta dan orang yang tiada sumber pendapatan." (Az-Zariyat: 19)

  1. Saya serahkan kepada rakyat Malaysia untuk menyumbang kepada siapa sahaja melalui cara yang diyakini oleh masing-masing. Tetapi menyumbanglah dan jangan berhenti.

Jika ada secebis kepercayaan kepada GSPP, menyumbanglah melalui Kelab Perwira dan mana-mana ngo yang bekerjasama di dalam gabungan ini. GSPP akan usahakan sebaiknya agar sumbangan itu sampai kepada warga Palestin yang memerlukannya.

  1. Kita yakin Israel akan jatuh. Tetapi yang akan ditanya oleh Allah kepada kita adalah sumbangan kita sebagai individu. Kejatuhan Israel tidak akan meringankan hisab ke atas kita jika tiada sumbangan yang kita berikan dalam hidup kita.

وَلَا يَحْسَبَنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا سَبَقُوا إِنَّهُمْ لَا يُعْجِزُونَ

Wallahul Musta'an

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP)

We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 1 week ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 2 weeks, 1 day ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 1 month, 2 weeks ago