Pemburu yang diburu.
Last updated 1 day, 13 hours ago
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated 2 weeks, 2 days ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 1 month, 2 weeks ago
Resepi Nasi Biryani Versi Admin
A.
1. Bwg merah besar 3 biji
2. Serai
3. Serbuk kayu manis kisar 2 sudu kecil
4. Serbuk ketumbar 1 sudu besar
5. Buah pelaga 5 biji
6. Lada hitam 20 biji
7. Bunga cengkih 8 biji
8. Bunga lawang 3 biji
9. Serbuk buah pala 2 sudu kcik
10. Bwg putih 4 sudu besar
Blend Bhgian A td ..masuk minyak masak 3 sudu besar +butter 2 sudu besar +myk sapi 3 sudu besar then tumis bhgian A serta msukkan daun bay +garam 2 sudu kecik + kiub ayam 1 sudu besar.. kacau pecah myk pastu msukkan beras dan air sckupnya . Dah siap msak msukkan pewarna safron 3 sudu kcik dan biarkan dlm 10 minit
Harnie rase nok makan gulai daging....rindu menu kenduri kawen pantai timur ..
lawan nasi Puteh + acor + sambal lada + ikan kering
? Resepi Gulai Kawoh ?
?Daging sekilo ( boleh rebus dahulu )
?Rempah gulai kawoh 50gm
?Kerisik paket kecil..
?Santan ( kin guna santan kotak kara kecil saja )
?Air asam jawa
?Kentang belah 4
?Nisan
?Garam kasar ( utk rase padu guna garam kasor ye )
Bahan blend
? bwg merah
? bwg putih
? halia
? lengkuas
? kunyit hidup
? belacan ckit....
Bahan tumis
?4sekawan
?cili kering ( blend )
?Daun pandan ( xde pun xpe )
tumis bhn tumisan hingga naik bau masuk bhn blend dgn bancuhan rempah ...
msk dgg renehkan dgn air dahulu ( mati air org Tranung panggil )
..agak kering ...masuk santan + kerisik + nisan....kalau pekat tambah air ckit lgi....masak bagi agak pekat ..kalau nak cair boleh tambah santan cair ?
Saya guna rempah gulai kawah Terengganu ye....rempah boleh beli kat shopee ...
Selamat mencuba resepi air tgn anok Tranung kite ??
Alhamdulillah..selamat sampai kampung..buat Nasi Minyak sikit..cuaca pulok mendung molek...
Resipi Nasi Minyak Tganu
1. Beras Basmathi Jasmin Parboil 1.8 kg. Direndam 40 minit dan kemudian ditoskan air.
2. Utk tumisan:
-Rempah 4 sekawan
-bwg besar 1biji dimayang
- bwg putih 2 biji dimayang
- daun pandan 2 helai disimpul
-minyak masak
- minyak sapi
3. Kismis
4. Susu cair 1/2 tin
5. Sos tomato 5 sb
6. Garam
7. Pewarna kuning telur 1 sudu teh
8. Halia 2 inci (diketuk)
Cara membuat:
Panaskan periuk elektrik..masuk minyak masak dan minyak sapi..tumis sampai naik baunya..masukkan semua bahan tumis..sampai wangi..masukkan dulu separuh je air dari sukatan beras...bila air dah mendidih...masukkan beras yg ditoskan..gaul rata...masukkan air...klau beras jasmin parboil ni..yg telah direndam..sukatan air sama dgn sukatan beras ..air paras2 beras shj..masuk halia..masukkan susu cair..sos tomato..garam dan pewarna kacau rata..bila dah masak nasi tu..masukkan biji kismis..bila nasi dah masuk...kacau nasi tadi perlahan lahan...biarkan lg 20 minit utk nasi masak dan kering sepenuhnya..siap
Resipi Gulai Daging/ Khemok Daging
1- Daging 1 kg
- Daging tulang 1.5 kg
2. Bahan perapan daging
- bwg besar 4 biji
- bwg merah 8 biji
- halia 2 inci
- lengkuas 2 inci
- bwg goreng 4 cwn
Bhn di atas dikisar halus
- rempah gulai cap bunga ros 2 pek kecil
- rempah masak cap bunga ros 2 sb
- sos tomato 5 sb
- susu cair 1/2 tin
- biji badam 6 biji disangai dan ditumbuk halus..masuk dlm perapan daging tujuan bagi rasa lemak pada kuah kita..
* semua bahan di atas disatukan dan diperap dgn daging dlm 30 minit.
3. Susu cair 1/2 tin
4. Gula melaka
5. Garam secukup rasa
6. Bahan tumisan
- bwg besar 1 biji dimayang
- daun pandan 2 helai disimpul
- rempah 4 skwan
- cili boh 4 sb
- serai 2 batang diketuk( optional..tak suka tak payah letak)
- minyak masak
7.kentang 4 biji (dipotong)
Cara membuatnya:
Tumiskan bahan tumisan hingga wangi...dan sampai pecah minyak..masukkan daging yg diperap tadi..tutup periuk..biar keluar semua air daging dan rempah sebati...masukkan 3 cwn air...renihkan daging dgn api sederhana..masukkan gula melaka ..garam ..secukup rasa..masak sampai daging empuk..jika daging blum empuk tambah air dan susu cair..masak smpai kuahnya jadi pekat( boleh tmbah air jika terlalu pekat)..siap utk dihidangkan...
Resipi Ayam Masak Merah
1. Ayam 1 ekor ( dibersihkan dilumur kunyit dan garam dan digoreng hingga separuh msk atau masak)
2. Bahan tumis
- rempah 4 sekawan
- cili kering dikisar 6sb
- serai 2 btg diketuk
- daun kari 1 pelepah
- bwg besar 1 biji dimayang
- bwg putih 2 biji dimayang
3. Bahan kisar
- bwg merah 8 biji
- halia 1 inci
- bwg putih 4 biji
4. Lada merah dan hijau 2 biji utk hiasan
5. Sedikit daun bwg utk hiasan
6. Tomato puri 1 tin kecil
7. Sos tomato 4 sb
8. Sos cili 5 sb
9. Sos tiram 1 sb
10. Kicap manis 2 sb
11. Garam
12. Gula melaka
13. Perasa
14. Tomato 2bj
15. Bwg holland 1 biji dipotong bulat utk hiasan
Cara membuatnya
Panaskan minyak..masukkan bahan tumis..tumis hingga naik bau..masukkan cili kisar..tumis hingga pecah minyak...masukkan bahan kisar kacau sebati tumis hingga pecah minyak lg..masukkan tomato puri...masukkan segala jenis sos dan kicap..masukkan ayam yg sudah digoreng...cili merah dan hijau..masak hingga kuah pekat..masukkan garam dan gula melaka..perasa..dan akhir sekali masukkan bwg holland dan daun bwg utk hiasan.
Resipi acar nenas:
Bahan2
1. Nenas 1 biji dikupas kulitnya dan dipotong nipis
2. Gula melaka 1/2 keping
3. Cuka mkn 4 sb
4. Air 1 cwn
5. Cili boh 3 sb
6. Garam secukup rasa
Cara membuatnya;
Masukkan cili boh kacau dgn api perlahan...masukkan air smpai mendidih masukkan gula melaka..bila pekat skit masukkan cuka...garam..tutup api.Bila dah sejuk masukkan nenas..siap
Resipi sambal belacan
1. Cili besar merah 4 biji
Pemburu yang diburu.
Last updated 1 day, 13 hours ago
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated 2 weeks, 2 days ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 1 month, 2 weeks ago