Infinite Entertainment, Zero Cost: Get Your Free Books, Music, and Videos Today!

Ustaz Muhammad Fahmi Rusli

Description
#SebarManfaat #FawaidAgama

https://t.me/joinchat/VGlxXJ4tXjpKxnPx
Advertising
We recommend to visit

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa setiap hari.

Last updated 2 weeks, 4 days ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 2 weeks, 4 days ago

My DragonForce
-x Hak Milik Rakyat Malaysia x-

Last updated 1 month, 3 weeks ago

2 недели, 3 дня назад
2 недели, 3 дня назад

Kita biasa dengar sebahagian orang berkata : “tak apa, Allah ada”, “jangan risau, kita ada Allah”.

Ucapan-ucapan sebegini, hakikatnya merupakan suatu bentuk sangka baik (husn al-zan) kepada Allah.

Sangka baik kepada Allah ini merupakan antara ibadah paling utama yang turut diamalkan oleh para Rasul. Nabi Musa A.S berkata :

إِنَّ مَعِيَ رَبِّي سَيَهْدِينِ

Maksudnya : Sesungguhnya bersama denganku adalah Tuhanku, nescaya Dia akan memberi petunjuk kepadaku.

Al-Syu’ara’ (62)

Akhirnya, sangka baik ini mendatangkan pertolongan Allah SWT serta menatijahkan keselamatan kepada Nabi Musa AS. Allah SWT berfirman :

‎وَأَنجَيْنَا مُوسَىٰ وَمَن مَّعَهُ أَجْمَعِينَ

Maksudnya : Dan Kami selamatkan Musa dan seluruh yang bersama dengannya.

Al-Syu’ara’ (65)

Demikian juga yang diungkapkan oleh Rasulullah SAW kepada sahabatnya Abu Bakar Al-Siddiq saat mereka berada di dalam Gua Tsaur :

لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا

Maksudnya : Jangan bersedih, sesungguhnya Allah ada bersama kita.

Al-Taubah (40)

Maka sangka baik ini juga mendatangkan ketenangan serta menatijahkan pertolongan Tuhan. Allah SWT berfirman :

‎فَأَنزَلَ اللَّهُ سَكِينَتَهُ عَلَيْهِ وَأَيَّدَهُ بِجُنُودٍ لَّمْ تَرَوْهَا

Maksudnya : Lalu Allah pun menurunkan ketenangan-Nya ke atas Baginda serta menguatkan Baginda dengan tentera-tentera yang kalian tidak dapat melihatnya.

Al-Taubah (40)

Sangka baik kepada Allah mendatangkan ketenangan. Seterusnya menatijahkan bantuan dan pertolongan. Sungguh, Allah “bersama” dengan kita menurut sangkaan kita terhadap diri-Nya. Seperti yang Dia firmankan :

أنا عند ظن عبدي بي

Maksudnya : Aku menurut sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku …..

Riwayat al-Bukhari (7505).

✍🏻 Muhammad Fahmi Bin Rusli

3 недели назад
2 месяца, 3 недели назад

𝐃𝐎𝐀 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐑𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐔𝐍𝐓𝐔𝐓 𝐈𝐋𝐌𝐔

Dalam perjalanan menuntut ilmu, ada dua doa yang kita perlu lazimi pembacaannya. Ini sebagaimana yang disebutkan oleh Rasulullah SAW :

سَلُوا اللَّهَ عِلْمًا نَافِعًا وَتَعَوَّذُوا بِاللَّهِ مِنْ عِلْمٍ لاَ يَنْفَعُ

Maksudnya : Mintalah kepada Allah ilmu yang bermanfaat serta berlindunglah kamu kepada Allah daripada ilmu yang tidak bermanfaat.

Riwayat Ibn Majah (3843)

Doa meminta ilmu yang bermanfaat ialah seperti yang diajarkan oleh Rasulullah SAW :

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا

Maksudnya : Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat.

Riwayat Ibn Majah (925)

Manakala doa berlindung daripada ilmu yang tidak bermanfaat juga telah diajarkan oleh Rasulullah SAW iaitu :

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عِلْمٍ لاَ يَنْفَعُ

Maksudnya : Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan dengan-Mu daripada ilmu yang tidak bermanfaat.

Riwayat al-Nasa’ie (5537)

Ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang menambah iman serta amal soleh. Ilmu yang membentuk peribadi dalaman serta diterjemahkan menerusi keperibadian luaran.

Manakala ilmu yang tidak bermanfaat pula ialah ilmu yang tidak menambahkan iman dan amal soleh pada diri seseorang.

✍🏻 Muhammad Fahmi Rusli

2 месяца, 3 недели назад

Antara faktor utama kemustajaban doa ialah شِكَايَةُ الحَالِ iaitu mengadu kepada Allah SWT akan keadaan diri semasa berdoa meminta sebarang hajat. Hakikatnya, inilah yang diamalkan oleh para Nabi semasa berdoa.

Nabi Musa A.S dalam doanya menyebut :

رب إِنِّي لِمَا أَنزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيرٌ

Maksudnya : Wahai Tuhan, sesungguhnya aku amat berhajat kepada segala kebaikan yang Kau turunkan kepadaku.

Surah al-Qasas (24)

Begitu juga doa Nabi Ayyub A.S seperti firman Allah SWT :

وَأَيُّوبَ إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُ أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ

Maksudnya : Dan Ayyub ketika dia menyeru (berdoa kepada) Tuhannya : Sesungguhnya diriku ini telah ditimpa kemudaratan. Sedang Kau adalah Tuhan yang Maha Penyayang dari kalangan yang penyayang.

Surah al-Anbiya’ (83).

Demikian juga kita dapati Nabi Yunus AS turut mengadu tentang keadaan diri baginda dalam doanya :

لَّا إِلَٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Maksudnya : Tidak ada Tuhan melainkan-Mu, Maha Suci Kamu, sesungguhnya aku tergolong dalam kalangan orang yang menzalimi diri sendiri.

Surah al-Anbiya’ (87)

Padanya kalimah tauhid, padanya tasbih, serta padanya pengiktirafan terhadap kesilapan dan kesalahan diri yang dilakukan.

Ketiga-tiga doa ini, dimustajabkan oleh Allah SWT. Hasil istiqra’ (pembacaan teliti) inilah para ulama mengatakan bahawa menyebut, mengadu, serta menceritakan keadaan diri sendiri semasa berdoa, merupakan salah satu faktor mustajabnya doa.

Faedah daripada al-Syaikh Soleh Al-Munajjid hafizahullah.

✍🏻 Muhammad Fahmi Rusli

2 месяца, 4 недели назад

Masuk Islam Kerana Mendengar Bacaan Al-Qurān

Al-Imām Al-Hāfiz ‘Abdul Ghani Al Maqdisi (w. 600 h.) رحمه الله berkata :

أضافني رجل بأصبهان، فلما قمنا إِلَى الصلاة، كَانَ هناك رجل لَمْ يصل، فقيل: هُوَ شمسي - يَعْنِي: يعبد الشَّمْس - فضاق صدري،

Terjemahan : Suatu hari aku menjadi tetamu kepada seorang lelaki di Asbahan. Sebaik sahaja kami ingin mendirikan solat, terdapat di sana seorang lelaki yang tidak solat. Lalu dikatakan bahawa lelaki itu merupakan seorang syamsi - iaitu : Dia menyembah matahari. Maka dadaku pun terasa sempit.

Kemudian ketika sampai waktu malam, aku pun mendirikan solat, dan penyembah matahari itu mendengar bacaanku. Selang beberapa hari, lelaki penyembah matahari itu pun datang kepada tuan rumah tempat aku bertamu.

Tuan rumah memberitahu : Lelaki penyembah matahari ini hendak memeluk Islam. Maka aku pun pergi ke arahnya dan dia pun memeluk agama Islam. Lalu dia berkata :

من تلك الليلة لما سمعتك تقرأ الْقُرْآن، وقع الإِسْلام فِي قلبي

Terjemahan : Semenjak dari malam itu, ketika aku mendengar kamu membaca Al-Quran, Islam telah mula terpaut di dalam hatiku.

Rujuk Zayl Tabaqāt Al-Hanābilah, Abu Al-Faraj Ibn Rajab Al-Hanbali (3/16)

✍🏻 Muhammad Fahmi Rusli

5 месяцев назад

Falsafah Kehidupan

Kebaikan yang kecil sama sekali tidak akan disia-siakan.
Kejahatan yang kecil sama sekali tidak akan dibiarkan.

Ada lelaki yang masuk syurga kerana memberi minum kepada anjing.
Ada perempuan yang masuk neraka kerana tidak memberi minum kepada kucing.

Firman Allah SWT :

فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ ، وَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ

Terjemahan : Sesiapa yang melakukan kebaikan sebesar zarah nescaya dia akan melihatnya (ganjaran di akhirat), dan sesiapa yang melakukan kejahatan sebesar zarah nescaya dia akan melihatnya (balasan di akhirat).

Al-Zalzalah (7-8)

*Zarah = Habuk yang halus sekali

✍🏻 Muhammad Fahmi Rusli

5 месяцев, 2 недели назад
5 месяцев, 3 недели назад

Biasa kita lihat ada mahasiswa lepasan Timur Tengah, yang menggunakan nisbah di hujung namanya seperti Al-Dimasyqi, Al-Yamani, dll.

Ada noktah menarik daripada ‘Alauddin Ibn Al-‘Attar, yang mana beliau kongsikan kata-kata ‘Abdullah bin Al-Mubarak rahimahullah :

من أقام في بلدة أربع سنين نُسِبَ إليها

Terjemahan : Sesiapa yang menetap pada sesebuah negara selama 4 tahun, dia dinisbahkan kepada negara tersebut.

  • Kata-kata Ibn Al-Mubarak ini diriwayatkan oleh Al-Hakim Al-Naisaburi dalam kitabnya Tarikh Naisabur.
6 месяцев, 2 недели назад
JADUAL PENGAJIAN ILMU BULAN NOVEMBER 2023

JADUAL PENGAJIAN ILMU BULAN NOVEMBER 2023

Jadual kali ini agak berbeza kerana disertakan sekali tajuk atau kitab rujukan yang diguna pakai di setiap majlis pengajian.

Rasulullah SAW bersabda :

مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ

Terjemahan : Sesiapa yang melalui suatu jalan untuk dia mencari ilmu, Allah SWT akan mempermudahkan baginya jalan menuju ke syurga.

Riwayat Al-Tirmizi (2646).

Ayuh hadiri majlis ilmu bersama saya bagi yang berhampiran dan berkelapangan.

We recommend to visit

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa setiap hari.

Last updated 2 weeks, 4 days ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 2 weeks, 4 days ago

My DragonForce
-x Hak Milik Rakyat Malaysia x-

Last updated 1 month, 3 weeks ago