Pemburu yang diburu.
Last updated 4 months, 2 weeks ago
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated 2 months, 3 weeks ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 3 months, 1 week ago
Bacaan hadis-hadis puasa dari kitab Riyad Al-Salihin karangan Imam Al-Nawawi bersama saya jam 5.20 petang ini di laman FB Muhammad Fahmi Rusli 💡
Ramai yang pada awal-awal melakukan maksiat, perasaannya berlegar di antara gerun dan takut.
Namun lama kelamaan, dosa-dosa dianggap biasa.
Ini kerana, selepas bermaksiat dia mendapati tiada sebarang keburukan yang berlaku kepada dirinya.
Berhati-hatilah dengan ujian ini.
Kata Al-Imām Ibn Qayyim Al-Jauziyyah رحمه الله (w. 751 h) :
لا تغتر إذا لم تر أثر ذنبك حينه ، فقد تجد أثره بعد أربعين سنة
Terjemahan : Janganlah kamu terpedaya tatkala kamu tidak melihat kesan (buruk) dari dosa kamu serta merta (setelah melakukannya). Boleh jadi kamu akan melihat kesan buruk akibat dosa kamu selepas empat puluh tahun !
Rujukan Al-Dā’ wa al-Dawā’, Ibn Al-Qayyim (Hlm. 130)
✍🏻 Muhammad Fahmi Rusli
Suatu hari, Nabi SAW keluar pada waktu yang baginda tidak pernah keluar padanya. Dan tidak ada seorang pun yang bertemu dengan Rasulullah pada waktu tersebut. Lalu Abu Bakr رضي الله عنه datang kepada baginda, dan baginda bertanya : “Apa tujuan kamu datang wahai Abu Bakr?”
Abu Bakr menjawab :
خَرَجْتُ أَلْقَى رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم وَأَنْظُرُ فِي وَجْهِهِ وَالتَّسْلِيمَ عَلَيْهِ
Terjemahan : Aku keluar untuk bertemu dengan Rasulullah SAW, melihat wajahnya, serta mengucapkan salam kepadanya.
Riwayat Al-Tirmizi (2369)
Dalam sebuah riwayat yang lain dari Abu Hurairah رضي الله عنه, Rasulullah SAW bertanya kepada Abu Bakr : Apakah yang menyebabkan kamu keluar pada waktu ini wahai Abu Bakr ?
Lalu Abu Bakr menjawab :
الشَّوْقُ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ ﷺ، وَالنَّظَرُ إِلَى وَجْهِهِ
Terjemahan : Aku keluar kerana rindukan Rasulullah SAW dan untuk aku memandang ke arah wajahnya.
Rujuk Al-Zuhd oleh Mu’āfa bin ‘Imrān (314)
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين
✍🏻 Muhammad Fahmi Rusli
Dahulu, pada zaman Nabi SAW terdapat seorang lelaki dari kalangan bangsa arab yang telah melampaui batas ke atas dirinya (banyak melakukan dosa).
Sebaik sahaja Rasulullah SAW wafat, lelaki ini meninggalkan dosa-dosanya serta memperbanyakkan amal ibadah.
Maka dikatakan kepadanya :
لَوْ فَعَلْتَ هَذَا وَالنَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَيٌّ لَفَرِحَ بِكَ
“Alangkah bagusnya jika kamu melakukan semua ini semasa Rasulullah S.A.W. masih hidup, nescaya baginda akan gembira dengan kamu.”
Lelaki itu pun berkata :
كَانَ لِي أَمَانَانِ، فَمَضَى وَاحِدٌ وَبَقِيَ الْآخَرُ
“Aku dahulunya mempunyai dua keamanan. Yang pertama telah pergi, namun yang kedua masih berbaki.”
Beliau seraya membaca firman Allah S.W.T :
وَمَا كَانَ الله لِيُعَذِّبَهُمْ و َأَنْتَ فِيْهِمْ وَمَا كَانَ اللهُ مُعَذِّبَهُمْ وَهُمْ يَسْتَغْفِرُون
Terjemahan : Dan tidaklah Allah mengazab mereka dalam keadaan kamu (wahai Muhammad) berada dalam kalangan mereka. Dan tidaklah Allah mengazab mereka dalam keadaan mereka sentiasa beristighfar.
Surah Al-Anfāl (33)
Rujukan Al-Jāmi’ li Ahkām Al-Qurān, Al-Qurtubī (7/399)
Rasulullah S.A.W telah tiada, maka perbanyakkanlah istighfar.
✍? Muhammad Fahmi Rusli
Imam Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani (w. 852 h.) menukilkan kata-kata ‘Abdullah bin Hisyām R.A :
كَانَ أصْحَابُ رسول الله صلى الله ُ عليهِ وسلَّم يتعلَّمونَ الدُّعَاءَ كما يتَعَلَّمونَ القرآنَ إذا دخل الشَّهْرُ أو السَّنة
Terjemahan : Para sahabat Rasulullah SAW mempelajari doa (berikut) sebagaimana mereka mempelajari Al-Quran apabila masuknya bulan baharu atau tahun baharu :
اللهمَّ أَدْخِلْهُ عَلَينَا بالأَمْنِ والإِيمَانِ ، والسَّلَامَةِ والإِسْلَامِ ، وَجِوَارٍ مِنَ الشَّيطَانِ ورِضْوَانٍ من الرَّحْمَن
Terjemahan : Ya Allah, masukkanlah ia (bulan atau tahun baharu) kepada kami dengan keamanan dan keimanan, kesejahteraan dan Islam, mendapat perlindungan daripada syaitan, serta mendapat keredaan daripada Al-Rahmān.
Rujuk Mu’jam Al-Sahābah, Al-Baghawi (3/543), Al-Isābah fī Tamyīz al-Sahābah, Ibn Hajar (4/218)
✍? Muhammad Fahmi Rusli
Orang awam jika merokok, dosanya tidak sama dengan agamawan yang merokok.
Orang awam ramai yang tidak tahu dalil dan juga wajh al-dalālah pengharaman merokok.
Agamawan bukan setakat tahu dan hafal dalilnya. Bahkan dia juga mengetahui wajh al-dalālah, juzuk serta surahnya.
Orang awam akan berhujah bahawa ini si fulan seorang ulama, ustaz, kiyai, pendakwah, atau pelajar kuliah syariah juga merokok, maka apa salahnya kalau saya pun merokok ?
Sedar tidak sedar agamawan ini menjadi penyebab untuk masyarakat awam berterusan melakukan dosa.
Sekiranya orang awam yang menghisap rokok itu hukumnya haram, para agamawan yang menghisap rokok itu adalah jauh lebih besar haramnya dan dosa-dosanya.
نسأل الله العفو والعافية
✍? Muhammad Fahmi Rusli
Musim cuti sekolah ini, para ayah bawalah anak-anak yang telah mumayyiz - lebih utama lagi yang sudah bāligh - hadir ke masjid dan surau. Dapat solat berjemaah bersama, duduk mendengar majlis ilmu bersama.
Rasulullah SAW pernah menceritakan tentang seorang lelaki soleh yang diangkat darjatnya di dalam syurga. Lelaki itu bertanya kepada Allah SWT : “Wahai Tuhan, bagaimana aku memperoleh kelebihan ini ?”.
Maka Allah SWT menjawab :
بِاسْتِغْفَارِ ولدِكَ لَك
Terjemahan : Disebabkan istighfār anak kamu untuk kamu.
Riwayat Ibn Mājah (3660)
Mudah-mudahan usaha ibu bapa mentarbiah anak-anak mereka hadir ke masjid dan surau, dapat membentuk peribadi anak-anak tersebut menjadi insan beriman dan beramal soleh, yang akan sentiasa mendoakan keampunan Allah SWT buat ibu bapa mereka meski setelah mereka meninggal dunia.
✍? Muhammad Fahmi Rusli
Suatu hari, ada beberapa orang lelaki bertanya kepada Al-Imām ‘Abdullāh bin Al-Mubārak (w. 181 h.) :
إِذَا أَنْتَ صَلَّيْتَ لِمَ لاَ تَجْلِسُ مَعَنَا
“Apabila kamu telah selesai solat, mengapa kamu tidak duduk bersama dengan kami ?”
Ibn Al-Mubārak menjawab :
أَجلِسُ مَعَ الصَّحَابَةِ وَالتَّابِعِيْنَ، أَنْظُرُ فِي كُتُبِهِم وَآثَارِهِم، فَمَا أَصْنَعُ مَعَكُم? أَنْتُم تَغْتَابُوْنَ النَّاسَ
Terjemahan : “Aku duduk bersama dengan para sahabat dan tabi’īn, aku menekuni kitab-kitab serta atsār mereka. Apa yang dapat aku lakukan bersama kamu ? Kamu selalu mengumpat orang”.
Rujuk Siyar A’lām Al-Nubalā’, Al-Zahabi (7/377)
✍? Muhammad Fahmi Rusli
Kata Al-Imām Ibn Al-Qayyim (w. 751 h) :
وكان إذا جلس عليه في غير الجمعة، أو خطب قائمًا في الجمعة، استدار أصحابه إليه بوجوههم، فكان وجهه قبلتهم وقتَ الخطبة
Terjemahan : Rasulullah SAW apabila duduk di atas minbar pada selain Jumaat, atau apabila baginda berdiri menyampaikan khutbah pada hari Jumaat, para sahabat menumpukan perhatian kepada baginda dengan wajah mereka. Wajah Rasulullah SAW merupakan kiblat mereka semasa khutbah.
Rujuk Zād Al-Ma’ād, Ibn Al-Qayyim (1/538)
✍? Muhammad Fahmi Rusli
Seorang wanita mengangkat kes perbalahannya bersama suaminya kepada Al-Qādi Syuraih. Kemudian wanita itu pun menangis.
Al-Sya’bi berkata : Aku merasakan yang wanita ini dizalimi.
Kata Al-Qādi Syuraih :
إن إخوة يوسف جاؤا أباهم عشاء يبكون وكانوا ظالمين
Terjemahan : Adik beradik Yusuf dahulu pun mereka datang kepada bapa mereka (Nabi Ya’qub) pada waktu malam dalam keadaan menangis-nangis. Namun sebenarnya, merekalah yang menzalimi Yusuf.
Rujuk Rabī’ Al-Abrār wa Nusūs Al-Akhyār, Al-Zamakhsyari (2/70)
Tangisan belum tentu menjamin kebenaran.
✍? Muhammad Fahmi Rusli
Pemburu yang diburu.
Last updated 4 months, 2 weeks ago
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated 2 months, 3 weeks ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 3 months, 1 week ago