Pemburu yang diburu.
Last updated 1 day, 13 hours ago
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated 2 weeks, 2 days ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 1 month, 2 weeks ago
Insya-Allah jika ada ruang yang lain, saya cuba untuk berkongsi secara live di sosmed saya berkenaan tajuk ini.
Salam sayyidul ayyam semua. Semoga bermanfaat ✨
Sebelum ini saya pernah berkongsi tadabbur ayat 1-11 Surah Al-Mukminun dengan tajuk, Kejayaan Yang Disalaherti.
Jemput semua untuk dapatkan nota saya pada pautan di bawah ya✨:
https://drive.google.com/drive/folders/1cACzxpSPlwX-19lwCLd5FRSpTOHc1kM_?usp=sharing
Bagaimana kalau kali ini terluka lagi?
Kadang-kadang kita terus terhimpit dengan banyak persoalan dan kebimbangan setelah apa yang berlaku di masa lalu sehinggakan untuk melangkah menuju perkara baru, kita jadi ragu-ragu bahawa kita mungkin akan mendapat luka yang sama sekali lagi.
Tanpa kita sedar, ketakutan itu sebenarnya telah membunuh banyak peluang yang layak kita gapai. Bagaimana kalau sebenarnya kali ini, tak lagi terluka? Kita takkan pernah tahu kemungkinan apa yang akan berlaku di masa hadapan. Kalau kita boleh memikirkan nanti akan terluka, cuba pula bayangkan bahawa kali ini akan baik-baik saja. Tuhan takkan biarkan kita sendiri, Dia lebih tahu perihal hamba-Nya, lebih dari kita mengenali diri sendiri.
قُل لَّن يُصِيبَنَآ إِلَّا مَا كَتَبَ ٱللَّهُ لَنَا هُوَ مَوْلَىٰنَا ۚ وَعَلَى ٱللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ ٱلْمُؤْمِنُونَ ٥١
Maksudnya: Katakanlah (Muhammad), “Tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung kami, dan hanya kepada Allah bertawakallah orang-orang yang beriman.”
(At-Taubah: 51)
Perlahan-lahanlah belajar meletakkan sepenuh pengharapan kita kepada Allah SWT, kerana tiada daya dan upaya kita melainkan dengan kuasa-Nya. Jika Allah menemukan kita pada jalan itu, maka Allah juga akan bantu kita melaluinya.
Kepercayaan yang utuh kepada tuhan itulah yang akan mengubah kembali perspektif kita, membenarkan kita melawan segala ketakutan dan fikiran-fikiran jahat, kerana pada akhirnya kita sedar bahawa kita tak akan pernah sendiri, Allah akan sentiasa ada. Kita belajar melepaskan dan menyerahkan segalanya mengikut aturan Allah kerana kita tahu sekuat apa pun dunia cuba untuk buat kita terluka lagi, Allah akan tetap ada untuk kita luahkan semua benda.
Wallahua'lam.
Kredit: Owner
Maaf ya, tengah-tengah malam pula saya menulis sesuatu sebagai pesanan.
Teruntuk semua,
Sederhana sahaja ya dalam meletakkan sesuatu di hati.
Sederhana sahaja ya dalam menyayangi.
Sederhana sahaja ya dalam berekspektasi.
Kalau nanti kita hilang salah satunya, hati kita tak terlalu sakit saat melepaskannya.
Catatan al-Kahfi 4: Tatkala Realiti Sebenar Berbeza Dengan Apa yang Kita Lihat
“Macam mana 10 ayat terawal surah al-Kahfi melindungi kita daripada fitnah Dajjal kelak?”
Ini antara persoalan yang bermain di fikiran saya tatkala membaca hadis kelebihan surah al-Kahfi.
Saya percaya pasti ada sesuatu pada 10 ayat terawal ini sehinggakan orang yang membacanya (juga memahami dan mengamalkannya) akan dilindungi daripada ujian terbesar dalam sejarah manusia.
Persoalan ini akhirnya membawa saya untuk merenungi apa sebenarnya yang terkandung dalam 10 ayat terawal surah al-Kahfi.
Sebelum itu, saya rasa kita perlu memahami maksud kalimah ‘Dajjal’ dalam bahasa Arab.
Menurut Imam Ibn Faris, kalimah Dajjal berasal daripada kalimah دَجْلٌ yang bermaksud ‘penutupan dan penyembunyian’.
Kalimah dajlun bermaksud menyembunyikan hakikat sesuatu dan menzahirkan rupa yang berbeza dengan hakikat yang sebenar.
Orang Arab menamakan pedang besi yang disalut emas sebagai al-Saif al-Mudajjal (pedang yang diperindahkan).
Sebab hakikat sebenar mata pedang yang berasal daripada besi telah diperindahkan dengan salutan emas.
Orang yang melihat pedang itu akan menyangka ia dibuat daripada emas, tapi sebenarnya ia dibuat daripada besi.
Begitu juga orang yang berbohon dinamakan juga dajjal sebab dia menutup dan merahsiakan perkara sebenar dengan pembohongan.
Bahkan dia memperindahkan perkara itu dengan berbohong.
Reality distortion atau pemesongan realiti.
Inilah fitnah Dajjal. Realiti sebenar akan dipesongkan dengan dahsyat.
Apa yang kita nampak berbeza dengan hakikatnya yang sebenar.
Antara salah satu tipu daya Dajjal ialah kemampuan dirinya untuk mengawal sumber makanan dan minuman.
Siapa yang beriman kepada Dajjal, akan diberikan makanan.
Siapa yang tidak beriman, akan dihalang dan diazab.
Dalam ayat ٧ surah al-Kahfi, Allah SWT ada jelaskan realiti yang sebenar:
“Sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang di atas bumi menjadi tanah yang tandus dan kering.”
Allah SWT jelaskan kepada kita bahawa Dialah yang sebenarnya mengawal dan mentadbir bumi ini.
Di sebalik alam material yang kita lihat, sebenarnya ada Tuhan yang mengawal dan menyusun segala-galanya.
Ketika manusia melihat Dajjal menurunkan hujan, menumbuhkan tanaman, mengalirkan sungai, namun pada realitinya semua adalah dengan keizinan Allah SWT.
Maka orang yang beriman ketika berhadapan dengan fitnah Dajjal perlu meminta bantuan Allah SWT dan bukan daripada Dajjal.
Dalam 10 ayat terawal ini juga ada disebutkan permulaan kisah Ashabul Kahfi.
Ketika para pemuda ini berlindung ke dalam gua, mereka memohon rahmat Allah SWT (ayat 10).
Doa ini ialah kemuncak kebergantungan mereka kepada Allah SWT.
Mereka telah berlepas diri daripada kekuatan diri sendiri.
Mereka sedar realiti yang sebenar tentang ketidakmampuan mereka dan bergantung hanya kepada Allah SWT.
Jadi ini adalah antara rahsia kenapa 10 ayat terawal surah al-Kahfi menjadi perlindung kita kepada fitnah Dajal.
Dengan kita sedar tentang realiti di sebalik alam material ini dan sentiasa bergantung kepada Allah SWT.
Kredit: Ustaz Fakhri Fadzli
إذا مُتُّ٫ فاغفرلي
If I die, forgive me
Kita juga manusia biasa — yang lembut hatinya, yang penuh dengan ketidakdayaan dan juga pernah runtuh kala beban tak terbawa pundak. Yang cuma dilihat orang, cumalah sisi kuat kita. Realitinya, ada sahaja sisi-sisi air mata kita jatuh kala dicemuh, fikiran…
Al-Quran sentiasa punya pelbagai cara untuk mengagumkan kita tentang keindahan dan kehebatannya.
Rupanya keindahan al-Quran bukan hanya pada yang disebutkan dalam ayat, tetapi juga pada apa yang tidak disebutkan. Bagaimana?
Misalnya dalam firman Allah SWT tentang perbuatan bani Israil:
۞ وَلَقَدْ جَآءَكُم مُّوسَىٰ بِٱلْبَيِّنَـٰتِ ثُمَّ ٱتَّخَذْتُمُ ٱلْعِجْلَ مِنۢ بَعْدِهِۦ وَأَنتُمْ ظَـٰلِمُونَ
“Sesungguhnya Musa telah datang kepadamu membawa bukti-bukti kebenaran (mukjizat), kemudian kamu jadikan anak lembu (sebagai sembahan) sesudah kepergiannya, dan sebenarnya kamu adalah orang-orang yang zalim.” (al-Baqarah: 92)
Ayat ini jika diterjemahkan secara literal:
ثُمَّ ٱتَّخَذْتُمُ ٱلْعِجْلَ
“Kemudian kamu jadikan anak lembu”
Jadikan sebagai apa? Al-Quran tidak sebutkan.
Di sinilah terzahir kemukjizatan al-Quran.
Keindahan bahasa al-Quran ialah pada apa yang disebut dan pada apa yang tidak disebut.
Dalam bahasa Arab, perkataan ٱتَّخَذْتُمُ memerlukan dua maf’ul bih (objek/sesuatu yang dilakukan).
Namun dalam ayat ini hanya disebutkan satu sahaja iaitu ٱلْعِجْلَ (anak lembu).
Manakala maf’ul bih (objek/sesuatu yang dilakukan) yang kedua tidak disebutkan ialah إلَهًا (tuhan).
Jadi asalnya ayat ini dalam bahasa Arab adalah seperti ini:
ثُمَّ ٱتَّخَذْتُمُ ٱلْعِجْلَ (إلَهًا)
“Kemudian kamu jadikan anak lembu (sebagai tuhan)”
Seperti yang kita baca dalam terjemahan.
Persoalannya kenapakah objek yang kedua ini dihapuskan dalam ayat ini dan tidak disebutkan?
Hikmahnya menurut Imam Ibn ‘Asyur ialah لِظُهُورِهِ وعِلْمِهِمْ بِهِ ولِشَناعَةِ ذِكْرِهِ (kerana kejelasan makna, pengetahuan mereka tentang itu dan betapa buruknya disebut perbuatan itu).
Jika kita lihat kembali kisah bani Israil ini kita akan faham betapa teruknya perbuatan mereka menjadikan anak lembu sebagai sembahan.
Bilakah mereka lakukan perbuatan ini?
Setelah mereka dibawa keluar dari Mesir oleh Nabi Musa a.s.
Mereka telah menyaksikan segala mukjizat Nabi Musa a.s.
Antaranya tongkat yang menjadi ular, tangan yang menjadi putih dan ahli sihir Firaun yang tunduk beriman selepas melihat mukjizat.
Bahkan mereka melihat mukjizat baginda a.s yang terbesar iaitu Laut Merah yang terbelah buat menyelamatkan mereka.
Sekarang selepas mereka selamat daripada kekejaman Firaun dan melihat kekuasaan Allah SWT dengan mata kepala mereka, mereka menyembah tuhan selain-Nya!
Bagaimana orang yang melihat mukjizat di hadapan mata mereka tergamak untuk jadikan anak lembu sebagai sembahan?
Tidak terbayang di akal fikiran yang waras.
Maka untuk menggambarkan keburukan perbuatan mereka, al-Quran tidak menyebut perkataan إلَهًا ini.
Inilah keindahan al-Quran dalam menyebutkan sesuatu dan tidak menyebutkan sesuatu.
Semuanya dilakukan dengan penuh bertujuan dan ketepatan.
Al-Quran ialah kalamullah yang bermukjizat.
Kredit: Ustaz Fakhri Fadzli
___
Insya-Allah saya akan huraikan tentang keindahan al-Quran dalam siri kelas Lataif Quraniyyah yang akan dibuka pendaftarannya pada hari Jumaat 26/4/2024 jam 8:00 malam.
Berbaki 4 hari sahaja lagi sebelum pendaftaran dibuka.
Saya nak ajak anda semua untuk kita sama-sama meneroka keindahan dan keajaiban al-Quran.
Daftar waiting list di sini: ezy.la/lataif.
Hari ini saya ingin terus kongsikan tentang bagaimana satu huruf dalam al-Quran dapat berikan satu perspektif yang sangat menakjubkan.
Dalam surah al-Zumar, Allah SWT menceritakan tentang keadaan orang kafir dan orang beriman di hari akhirat kelak.
Bagaimana mereka akan diiringi secara beramai-ramai oleh para malaikat ke tempat masing-masing.
Dalam dua ayat itu, Allah SWT bezakan keadaan orang kafir dan orang yang beriman dengan menggunakan satu huruf sahaja iaitu huruf و:
حَتَّىٰٓ إِذَا جَآءُوهَا فُتِحَتْ أَبْوَٰبُهَا
“Sehingga apabila mereka sampai ke neraka itu, dibukakan pintu-pintunya”
حَتَّىٰٓ إِذَا جَآءُوهَا وَفُتِحَتْ أَبْوَٰبُهَا
“Sehingga apabila mereka sampai ke syurga itu, dan pintu-pintunya telah terbuka.”
(Surah al-Zumar: 71 & 73)
Kenapa ketika menceritakan tentang pintu syurga Allah SWT guna kata sendi و (dan), namun ketika menceritakan tentang pintu neraka tidak ada kata sendi ini?
Sebabnya neraka adalah seperti penjara bagi orang yang zalim dan jahat.
Pintu penjara tidak akan dibuka melainkan ketika para penjahat sampai ke pintu tersebut.
Dengan cara ini akan ada elemen kejutan buat mereka.
Dari jauh mereka diiringi ke neraka oleh malaikat-malaikat yang bengis dan tegas, namun mereka tidak tahu apa yang berada di dalamnya.
Mereka hanya dengar tentang neraka selama ini, tetapi tidak pernah tahu bagaimana keadaan sebenarnya di dalamnya.
Akhirnya ketika mereka sampai ke pintu neraka, barulah pintu itu dibuka di hadapan wajah mereka.
Apakah yang mereka akan rasa pada waktu itu? Mereka pasti terkejut melihat azab seksaan di neraka buat mereka.
Mereka tidak mampu lagi untuk melarikan diri dan terus dihumban ke dalamnya.
Betapa sadisnya pengakhiran untuk penghuni-penghuni neraka.
Namun keadaan berbeza dengan syurga yang menjadi anugerah kepada orang yang bertakwa.
Kata sendi و pada kalimah فتحت untuk menunjukkan keadaan pintu syurga yang telah siap sedia terbuka sebelum penghuni syurga dimasukkan ke dalamnya..
Menjadi kebiasaan untuk orang yang menyayangi seseorang, dia akan membuka pintunya sejak awal untuk menyambut insan tersebut.
Seperti seorang anak yang disambut pulang oleh kedua ibu bapa yang telah siap sedia membuka pintu ketika mengetahui anak mereka akan sampai ke rumah.
Bahkan syurga lebih agung daripada itu kerana ia adalah syurga milik al-Rahman - Tuhan yang menyayangi kita lebih daripada kasih sayang ibu bapa.
Di hari akhirat kelak, penghuni syurga dari jauh akan dapat melihat nikmat-nikmat syurga yang Allah SWT sediakan buat mereka.
Hati mereka meronta-ronta untuk masuk ke dalamnya. Rasa teruja tidak mampu dikawal.
Mereka reda dengan kurniaan Allah SWT dan Allah SWT pula reda dengan mereka.
Dengan bayangkan suasana diiringi ke syurga ini sudah cukup menggentarkan dan membangkitkan rasa rindu kita kepada syurga.
Dan makna ini kita dapat fahami dengan hanya merenungi satu huruf sahaja dalam al-Quran iaitu kata sendi و.
Betapa indahnya syurga dan betapa indahnya kalam Allah SWT yang kita baca ini.
Moga-moga Allah SWT jadikan kita dalam kalangan ahli syurga yang diiringi ke pintu syurga dan melihat dari kejauhan nikmat yang disediakan buat kita.
Ameen.
Kredit: Ustaz Fakhri Fadzli
____
Insya-Allah Ustaz Fakhri Fadzli akan berkongsi banyak lagi keindahan al-Quran seperti ini dalam siri kelas Lataif Quraniyyah yang akan dibuka pendaftarannya nanti.
Pendaftaran akan dibuka pada Jumaat 26 April 2024 jam 8:00 malam.
Beliau juga ingin ajak semua untuk sama-sama terokai keindahan al-Quran yang kita baca selama ini.
Jemput sertai waitinglist di sini ya: ezy.la/lataif
Pemburu yang diburu.
Last updated 1 day, 13 hours ago
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated 2 weeks, 2 days ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 1 month, 2 weeks ago