MFAZ (Fawaid Ilmu)

Description
Laman yang menghimpunkan faedah-faedah ilmu Al-Fadil Ustaz Muhammad Fashan Ahmad Ziadi-حفظه الله-

Dikendalikan oleh Ustaz sendiri dan beberapa orang admin dalam kalangan ahli keluarganya.

نسأل الله يجعلها خالصًا لوجه الله الكريم
Advertising
We recommend to visit

🔴MENGHIMPUNKAN WEBINAR/KURSUS/WACANA/BENGKEL DAN LAIN LAIN. SEMOGA DIPERMUDAHKAN. 😬👌🏻

🔴ISU SEMASA BERKAITAN PENDIDIKAN DAN NEGARA

🔴CHANNEL INI DIWUJUDKAN PADA 28 APRIL 2021

Last updated 4 weeks ago

Software (Windows & MacOs) terkini ( Untuk android/smarphone sila ke @androidappterpilih ). Software keutamaan kepada windows. MacOs atas permintaan sahaja. (Untuk linux sila ke @newbielinux)

@software_application

Dalam group ini Sir Race akan kongsikan banyak tips belajar, ebook, info biasiswa dan macam2 lagi secara PERCUMA.

Jangan share any link dalam group ini, akan diremove and ban. Pandai pandailah hidup nanti.

Last updated 5 months, 2 weeks ago

1 month, 4 weeks ago

Tambahan: Pensyariatan melatih anak-anak kecil untuk berpuasa juga merupakan zahir mazhab Imam Al-Bukhari dalam Sahihnya ketika meletakkan hadis Al-Rubaiyyi' dalam Bab Puasa Kanak-Kanak.

Dalilnya hadis Al-Rubaiyyi' binti Mu'awwiz r.a katanya:

وَنُصَوِّمُ صِبْيَانَنَا، وَنَجْعَلُ لَهُمُ اللُّعْبَةَ مِنَ الْعِهْنِ ، فَإِذَا بَكَى أَحَدُهُمْ عَلَى الطَّعَامِ أَعْطَيْنَاهُ ذَاكَ حَتَّى يَكُونَ عِنْدَ الْإِفْطَارِ.

Kami dahulu (para sahabat Nabi) melatih anak-anak kecil kami untuk berpuasa, kami buatkan untuk mereka mainan daripada bulu yang berwarna, apabila salah seorang dalam kalangan mereka (anak-anak kami) menangis meminta makanan kami memberikan mainan tersebut sehinggalah (mereka sempurnakan puasa) pada waktu iftar.

[ HR Al-Bukhari no: 1960 ]

Kata Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-'Asqalani rahimahullah:

وفي الحديث حجة على مشروعية تمرين الصبيان على الصيام

Dalam hadis ini mengandungi hujjah menunjukkan disyariatkan latihan untuk kanak-kanak berpuasa.

[ Rujuk Al-Fath ]

Difahami juga daripada hadis ini, bagi ibu bapa yang sibuk menyediakan juadah berbuka atau urusan-urusan lain agar memberikan mainan-mainan yang diharuskan bagi memalingkan anak-anak mereka daripada mengganggu atau untuk mengelakkan mereka kebosanan atau keletihan ketika berpuasa.

wallahu'alam.

MFAZ.

1 month, 4 weeks ago

Fawaid Ramadan (2): Ramadan 1445H

Kanak-kanak tidak diwajibkan untuk berpuasa. Tidak juga diqada' puasa yang ditinggalkannya sebelum akil baligh.

Jika anak-anak yang sudah mumayyiz berusia dalam lingkungan 7 tahun dan ke atas, ibu bapa boleh memerintahkannya untuk berpuasa jika anak tersebut mampu sebagai bentuk latihan. Jika anak tersebut berusia 10 tahun boleh dipukul jika dia meninggalkan puasa Ramadan dikiaskan dengan hadis perintah solat untuk anak-anak ketika usia 7 tahun dan pukul ketika 10 tahun.

Imam An-Nawawi dalam Al-Majmuk menyatakan yang sahih anak yang mumayyiz itu tidak ditentukan dengan usia, tetapi ditentukan dengan pemahamannya terhadap khitab (ucapan) dan pemahaman. Sebahagian fuqaha' mengatakan jika dia sudah mampu memakai pakaian sendiri, ke tandas dan istinjak sendiri itulah batasan mumayyiz yang boleh diperintahkan untuk berpuasa.

Syarat "kemampuan" bagi kanak-kanak mumayyiz tersebut untuk diperintahkan berpuasa adalah menurut pendapat Imam Al-Zuhri, Qatadah, Ata, Hasan Al-Basri, Ibnu Sirin, Imam Al-Syafi'i rahimahumullah.

Menurut Imam Al-Awzaie dilihat pula keadaan kanak-kanak yang mumayyiz itu, jika dia mampu berpuasa tiga hari berturut-turut tanpa rasa letih, mengeluh dan lemah maka dia mampu untuk berpuasa sebulan penuh. Jika tidak mampu, tidak perlu diperintahkan. Jika separuh hari atau sehari sahaja dia bertahan, ada keluhan, letih dan lemah maka tidak perlu diperintahkan untuk kanak-kanak tersebut untuk berpuasa.

Wallahualam.

MFAZ.

1 month, 4 weeks ago

Fawaid Ramadan (1): 1 Ramadan 1445H

Suhur : (perbuatan bangkit untuk makan sahur). Sahur : makanan atau minuman yang dimakan pada waktu sahur.

Suhur/Sahur adalah sunnah yang digalakkan dan tidak berdosa bagi sesiapa yang meninggalkannya dengan ijmak Ulama.

Sabda Nabi ﷺ :

تَسَحَّروا فإنَّ في السحور بركة

Bersahurlah kerana sesungguhnya pada sahur itu adanya keberkatan.

[ HR Al-Bukhari & Muslim ]

Sabda Nabi ﷺ :

السحور أكله بركة فلا تدعوه، ولو أن يجرع أحدكم جرعة من ماء فإن الله وملائكته يصلون على المتسحرين

Bersahur itu, makannya adalah berkat maka jangan kalian meninggalkannya, walaupun dengan meneguk seteguk air kerana sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (mendoakan) kepada orang yang bersahur.

[ HR Ahmad no:11086, Sahih Al-Jaami' no:3683: hasan ]

Sabda Nabi ﷺ :

فصل ما بين صيامنا وصيام أهل الكتاب : أكلة السحر

Pembeza antara puasa kita dan puasa ahli kitab adalah makan sahur. [ HR Muslim ]

Disunnahkan melewatkan sahur dalam kadar bacaan 50 ayat Al-Quran yang pertengahan sehinggalah azan subuh, tiada penetapan khusus waktunya. Yang penting semakin lewat semakin bagus untuk memberikan kekuatan pada badan untuk berpuasa. Difahami juga daripada hadis tentang sunnah melewatkan sahur, makanan sahur para sahabat Nabi r.a adalah makanan yang mudah penyediaannya seperti kurma dan air, adapun uruf setempat kita makan dengan makanan yang perlu disiapkan dengan agak lama (seperti nasi, lauk pauk) tiada masalah untuk makan apa sahaja yang dihalalkan dan mudah asalkan sampai maksud sunnah melewatkan sahur tersebut. Digalakkan juga untuk banyak berdoa dan beristighfar dalam waktu sahur berdasarkan ayat 17 Surah Ali-Imran dan 18 Surah Al-Dzariyat.

Wallahualam.

MFAZ.

2 months ago

Ahad || 29 Syaaban 1444H/ 10 Mac 2024

Pengunguman & Peringatan:
Kuliah Akidah: Syarh Al-Sunnah lil Barbahari (Siri ke 43 ( sambungan syarah Matan [16] Beriman dengan azab kubur, malaikat Munkar dan Nakir di Akademi Sunnah (online, youtube live Akademi Sunnah) jam 8:30 pagi.

- Admin laman Telegram MFAZ (Fawaid Ilmu)

2 months ago

Jika kita tidak mentahzir pelaku zina yang zalim atau terang-terangan menzahirkannya yang tidak bertaubat dengan taubat nasuha atau yang berbangga pula membuat fitnah terhadap ulama Ahli Sunnah lalu diangkat dan dibiarkan pula golongan ini menjadi pengkhutbah, penceramah dan guru agama bagaimana kaum muslimin yang lain akan berwaspada dan terselamat daripada dosa yang keji dan dampak buruk dosa ini terhadap keadilan dan agamanya?.

Wallahualam.

MFAZ.

2 months ago

FAEDAH TADABBUR: DOSA ZINA LEBIH BESAR DARIPADA QAZAF!

Firman Allah Taala:

وَٱلَّذِینَ لَا یَدۡعُونَ مَعَ ٱللَّهِ إِلَـٰهًا ءَاخَرَ وَلَا یَقۡتُلُونَ ٱلنَّفۡسَ ٱلَّتِی حَرَّمَ ٱللَّهُ إِلَّا بِٱلۡحَقِّ وَلَا یَزۡنُونَۚ وَمَن یَفۡعَلۡ ذَ ٰ⁠لِكَ یَلۡقَ أَثَامࣰا

Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya.

[ Al-Furqan: 68 ]

Kata Imam Tabiin, mufti Kufah di zamannya, Masruq bin Al-Ajda' Al-Hamadani Al-Wadi'i rahimahullah (wft:63H):

إنِّي لَأَعْجَبُ مِمَّن يقول: إنّ القذفَ أشدُّ مِن الزِّنا، وقد قَرَنَ اللهُ الزِّنا بالقتل والإشراك. قال الله: ﴿والذين لا يدعون مع الله إلها آخر ولا يقتلون النفس التي حرم الله إلا بالحق ولا يزنون﴾

Sesungguhnya aku sangat hairan dengan mereka yang mengatakan: Qazaf (menuduh orang dengan zina) lebih berat berbanding zina sedangkan Allah telah menyebut zina seiringan dengan pembunuhan dan kesyirikan. Firman Allah: maksudnya: Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina.

[ Tafsir Ibnu Abi Hatim 8/2729 ]

Catatan:

  1. Masruq bin al-Ajda' termasuk Tabiin yang mulia, beliau merupakan anak murid utama sahabat Nabi Abdullah bin Mas'ud r.a, beliau antara tabiin yang melazimi Ummul Mukminin Aisyah r.a sehingga Aisyah memanggil beliau sebagai "Anakku". Ali bin Al-Madini menyebutkan antara kelebihan Masruq adalah beliau pernah solat di belakang Saidina Abu Bakr Al-Siddiq, pernah bertemu Umar bin Al-Khattab dan Ali bin Abi Talib dan Masruq pernah mendengar dan meriwayatkan daripada Zaid bin Thabit r.a.

  2. Jika kita membaca sirah para sahabat, tabiin dan salaf, kita akan mendapati orang-orang mulia dalam kalangan mereka telah berbaiah kepada Nabi ﷺ untuk tidak mensyirikkan Allah dan tidak berzina. Bahkan betapa banyak kalam daripada Sahabat dan Tabiin yang menyatakan mereka tidak pernah berzina sama ada ketika Jahiliyyah atau setelah Islam. Ini menunjukkan betapa besarnya dosa zina di sisi Salaf al-Soleh, dan dijauhkan diri daripada dosa zina itu adalah kemuliaan, sedangkan kita di akhir zaman ini berbeza sama sekali, dosa zina dipandang remeh malah dianggap dosa yang kecil atau normal dan tidak perlu dianggap besar. Lebih menyedihkan apabila ramai yang cuba menormalisasikannya dengan alasan selagi tidak syirik maka tidak mengapa. Wallahul Musta'an.

  3. Masruq memahami ayat penyebutan zina disekalikan dengan syirik dan pembunuhan sebagai satu bentuk taghlidz (ancaman yang berat) dituruti dengan ancaman balasan dosa iaitu dicampakkan dalam lembah dalam neraka Jahannam pada akhir ayat menunjukkan dosa zina adalah termasuk kabirah minal kabaair al-zunuub (dosa-dosa yang paling besar). Oleh sebab itulah Masruq menyatakan beliau pelik ada orang yang beranggapan Qazaf lebih berat berbanding zina. Maksudnya ada orang meringankan dosa zina kemudian meringankannya dengan beranggapan qazaf lebih berat. Bagi Masruq hal tersebut adalah kejahilan dan sesuatu yang menghairankan.

  4. Antara tanda-tanda kiamat dalam kategori tanda-tanda yang telah berlalu dan akan sentiasa berterusan yang dikhabarkan oleh Nabi kita ﷺ adalah tersebarnya zina, ini menunjukkan ramai yang akan terlibat dan terpalit dengannya kecuali orang-orang yang beriman dan dirahmati Allah sehinggalah golongan hari ini ramai yang menormalisasikan zina lantas beranggapan ia hanyalah dosa peribadi dan tidak perlu diancam, dianggap berat atau diwaspadai lalu mereka memberi alasan dosa qazaf lebih berat berbanding zina.

4 months ago

JAWAPAN FAQIH

Abdullah bin Abdul Aziz Al-Umari rahimahullah merupakan cicit kepada Umar bin Al-Khattab radhiyallahu anhuma.

Beliau dikenali sebagai seorang tokoh yang soleh dan zahid.

Az-Zahabi rahimahullah mensifatkan Abdullah Al-Umari rahimahullah ini dengan berkata:

قليل الرواية، مشتغل بنفسه، قوال بالحق، أمار بالمعروف، لا تأخذه في الله لومة لائم

"Sedikit meriwayatkan hadis, sibuk dengan dirinya (beribadah), bercakap dengan hak, sangat bersungguh-sungguh menyuruh manusia melakukan kebaikan, tidak kisah celaan orang yang mencelanya jika apa yang dibuat kerana Allah ta'ala"

Apabila beliau bercakap, maka semua orang takut dengannya. Ada wibawa padanya.

Mus'ab Az-Zubairi rahimahullah berkata:

ما أدركت بالمدينة رجلا أهيب منه ... وقدم الكوفة ليخوف الرشيد بالله، فرجف لمجيئه الدولة، حتى لو كان نزل بهم من العدو مائة ألف، ما زاد من هيبته ، فرد من الكوفة ، ولم يصل إليه .

"Aku tidak pernah bertemu dengan orang yang lebih digeruni daripada Abdullah Al-Umari rahimahullah... Beliau pernah menuju ke Kufah untuk memberikan peringatan kepada Ar-Rasyid Billah. Maka, kerajaaan ketika itu menjadi kecoh dengan kedatangannya. Lebih kecoh daripada kedatangan 100 ribu musuh dan lebih kerana kewibawaannya. Lalu, Abdullah Al-Umari dihalang daripada Kufah dan akhirnya beliau tidak sampai ke Kufah.

Kewibawaan yang ada padanya tidak dihairankan kerana beliau pernah berkata:

من ترك الأمر بالمعروف خوف المخلوقين، نزعت منه الهيبة

"Sesiapa yang meninggalkan amar makruf kerana takutkan makhluk, dicabut kewibaannya daripada dirinya".

كتب العمري إلى مالك وابن أبي ذئب وغيرهما، بكتب أغلظ لهم فيها، وقال: أنتم علماء تميلون إلى الدنيا، وتلبسون اللين، وتدعون التقشف. فجاوبه ابن أبي ذئب بكتاب أغلظ له. وجاوبه مالك جواب فقيه

Abdullah Al-Umari rahimahullah pernah menulis surat kepada dua orang tokoh ulama Madinah Imam Malik dan Ibnu Abi Zi'b dan selain mereka berdua.

Dalam surat-surat tersebut, Abdullah Al-Umari rahimahullah menulis dengan kasar (tegas) kepada mereka.

Beliau berkata: Kamu adalah ulama yang cenderung kepada dunia, memakai pakaian yang lembut dan meninggalkan hidup kasar.

Ibnu Abi Abi Zi'ib rahimahullah membalas surat tersebut dengan jawapan yang kasar (tegas) juga.

Imam Malik rahimahullah pula menjawab dengan JAWAPAN FAQIH.  

Imam Malik rahimahullah ta'ala menjawab surat tersebut dengan berkata:

إن الله قسم الاعمال كما قسم الارزاق، فرب رجل فتح له في الصلاة، ولم يفتح له في الصوم، وآخر فتح له في الصدقة ولم يفتح له في الصوم، وآخر فتح له في الجهاد.

"Sesungguhnya Allah ta'ala membahagikan amalan sebagaimana Dia membahagi rezeki. Ada orang yang dibukakan (dimudahkan untuk) solat (sunat) tetapi tidak dibukakan (dimudahkan untuk) puasa (sunat).

Ada orang lain pula dibukakan (dimudahkan untuk) bersedekah tetapi tidak dibukakan (dimudahkan untuk) untuk berpuasa (sunat).

Ada orang lain pula, yang dibukakan (dimudahkan untuk) berjihad".

Imam Malik rahimahullah menambah lagi balasannya kepada Abdullah Al-Umari rahimahullah:

فنشر العلم من أفضل أعمال البر، وقد رضيت بما فتح لي فيه، وما أظن ما أنا فيه بدون ما أنت فيه
وأرجو أن يكوك كلانا على خير وبر

"Menyebarkan ilmu agama termasuk amalan kebajikan yang paling utama.

Sesungguhnya aku reda dengan apa Allah ta'ala telah bukakan (mudahkan) untukku.

Aku tidak menganggap keadaanku LEBIH RENDAH kedudukannya daripada keadaaan yang engkau berada padanya.

Aku berharap KITA SEMUA dalam KEBAIKAN DAN KEBAJIKAN” [Siyar A’lam an Nubala 8/114, 8/374]

Semoga Allah ta'ala sentiasa menetapkan kita dalam kebaikan dan kebajikan.

Ya Allah, jadikanlah kami kunci-kunci pembuka kepada kebaikan dan kunci-kunci penutup kepada kejahatan.

Ya Allah, jangan jadikan kami kunci-kunci penutup kepada kebaikan dan kunci-kunci pembuka kepada kejahatan.

07012024

ARAR

4 months ago

Tanbih:

Riwayat athar yang dinisbahkan kepada sighar Tabiin iaitu Zubaid al-Yami berkenaan beliau dan jamaahnya beriktikaf di masjid-masjid mereka ketika Mahrajan dan Nairuz (perayaan majusi) itu yang tepat ia tidak sahih.

Kerana dalam sanad athar tersebut adanya perawi yang bernama Ziyad bin Abdillah atau Ibn Ubaid Abu al-Sakan, bukan Ziyad bin al-Sakan.

Ziyad ini dihukum tidak tsiqah oleh Imam An-Nasaie, juga Yahya bin Ma'in sebagaimana yang dinyatakan Al-Hafiz Al-Zahabi dalam Mizan al-'Itidal 2/95, Al-Hafiz Ibnu Hajar dalam Lisan al-Mizan 2/499 juga turut mengisyaratkan perawi ini iaitu Ziyad Abu al-Sakan yang dinilai tsiqah oleh Ibnu Hibban dalam al-Tsiqaat zahirnya adalah individu yang sama.

Dalam Tarikh Al-Kabir 3/358 tahqiq al-Mu'allimi, Imam Al-Bukhari menyebutkan Abu al-Sakan itu adalah kunyah bagi bapa Ziyad iaitu Abdillah atau (Ubaid). Ziyad bin Abu al-Sakan. Demikian juga Al-Khatib Al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad 9/47 turut sama menukilkan penilaian An-Nasaie dan Yahya bin Ma'in terhadap Ziyad.

Wallahualam.

MFAZ.

4 months ago

Ilmu pengetahuan berkenaan Nama-Nama dan Sifat-Sifat Allah adalah tujuan dan matlamat utama penciptaan bagi seluruh makhluk kerana hanya dengan mengenali Allah dengan sebenar-benarnya mereka dapat merealisasikan ibadah yang benar, tidak semua ilmu dalam agama ini bersifat ghayah (matlamat) kebanyakannya adalah bersifat wasilah (penyampai) kecuali Ilmu berkenaan Nama-Nama dan Sifat-Sifat-Nya. Oleh sebab itulah Ilmu ini adalah semulia-mulia ilmu dan matlamat utama bagi penciptaan.

Firman Allah Taala:

ٱللَّهُ ٱلَّذِی خَلَقَ سَبۡعَ سَمَـٰوَ ٰ⁠تࣲ وَمِنَ ٱلۡأَرۡضِ مِثۡلَهُنَّۖ یَتَنَزَّلُ ٱلۡأَمۡرُ بَیۡنَهُنَّ لِتَعۡلَمُوۤا۟ أَنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَیۡءࣲ قَدِیرࣱ وَأَنَّ ٱللَّهَ قَدۡ أَحَاطَ بِكُلِّ شَیۡءٍ عِلۡمَۢا

Allah yang menciptakan tujuh petala langit dan Dia menciptakan bumi seperti itu, perintah Allah turun (dan berlaku) terus menerus di antara langit dan bumi. (Berlakunya yang demikian) supaya kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu, dan bahawa sesungguhnya Allah tetap meliputi ilmu-Nya akan segala sesuatu.

[ Al-Talaq:12 ]

Wallahualam.

MFAZ.

4 months, 1 week ago

Faedah Tadabbur: Antara Makna "Tidak Takutkan Celaan orang Yang Mencela" adalah Tasallub (menjadi tegas dan keras) dalam pegangan Agama di saat ia dipermudah-mudahkan sehingga membawa kepada penzahiran perkara syirik, bidaah, kemungkaran dan maksiat.
Firman Allah SWT:

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ مَن یَرۡتَدَّ مِنكُمۡ عَن دِینِهِۦ فَسَوۡفَ یَأۡتِی ٱللَّهُ بِقَوۡمࣲ یُحِبُّهُمۡ وَیُحِبُّونَهُۥۤ أَذِلَّةٍ عَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِینَ أَعِزَّةٍ عَلَى ٱلۡكَـٰفِرِینَ یُجَـٰهِدُونَ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ وَلَا یَخَافُونَ لَوۡمَةَ لَاۤىِٕمࣲۚ ذَ ٰ⁠لِكَ فَضۡلُ ٱللَّهِ یُؤۡتِیهِ مَن یَشَاۤءُۚ وَٱللَّهُ وَ ٰ⁠سِعٌ عَلِیمٌ﴿ ٥٤ ﴾

Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya.

[ Al-Ma'idah: 54 ]

Kata Imam Al-Alusi rahimahullah:

أنَّهم جامِعُونَ بَيْنَ المُجاهَدَةِ والتَّصَلُّبِ في الدِّينِ

Mereka (golongan para sahabat Nabi itu) menghimpunkan antara Al-Mujahadah dan Al-Tasallub (keras dan tegas) dalam (pegangan) agama.

[ Rujuk Ruhul Ma'ani ]

Kata Imam Ibnul Qayyim: Ada tiga golongan (dalam mempraktikkan makna ayat ini) :

  1. Orang yang celaan (orang yang mencela itu) menghalangnya daripada perkara yang dicintai Allah (untuk menegakkan agama): Ini keadaan orang yang lalai dan leka.

  2. Orang yang tidak gentar dan takut dengan celaan orang yang mencela dalam mencapai kecintaan kepada Allah (menegakkan agama): Ini golongan yang pertengahan, cemerlang dan terbaik. Dan ini mukmin yang kuat.

  3. Mereka yang sanggup menzahirkan sesuatu yang dicela (oleh para pencela iaitu perkara yang dibenci Allah) semata-mata untuk menyembunyikan perlaksanaan perkara yang dicintai Allah: Mereka ini mukmin yang lemah.

Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah berbanding mukmin yang lemah.

Ada tiga pula jenis para pencela ahli kebenaran dan mereka ini sangat ramai.

  1. Munafik
  2. Mukhazzil Mufattir lil himmah (Pengkhianat dan si lemah yang futur (cepat berputus asa) dalam semangat mempertahankan kebenaran)
  3. Murjif Mud'if lil quwwah wal qudrah ( Golongan yang mudah goyang (tidak tetap pendirian), lemah dalam kemampuan dan kudrat)

[ Rujuk Tafsir Imam Ibnul Qayyim ]

Catatan:

Mereka yang berpaling tadah daripada Manhaj Salaf dan Manhaj para sahabat di zaman ghurbah (keterasingan dalam agama) tidak terlepas daripada golongan pertama dan ketiga atau ketiga-tiga golongan yang terakhir. Wallahul Musta'an.

Semoga Allah menetapkan hati kita dengan Al-Tasallub fi Al-Din di saat ramai golongan yang bermudah-mudah dalam agama dan berpaling daripada kebenaran.

MFAZ.

We recommend to visit

🔴MENGHIMPUNKAN WEBINAR/KURSUS/WACANA/BENGKEL DAN LAIN LAIN. SEMOGA DIPERMUDAHKAN. 😬👌🏻

🔴ISU SEMASA BERKAITAN PENDIDIKAN DAN NEGARA

🔴CHANNEL INI DIWUJUDKAN PADA 28 APRIL 2021

Last updated 4 weeks ago

Software (Windows & MacOs) terkini ( Untuk android/smarphone sila ke @androidappterpilih ). Software keutamaan kepada windows. MacOs atas permintaan sahaja. (Untuk linux sila ke @newbielinux)

@software_application

Dalam group ini Sir Race akan kongsikan banyak tips belajar, ebook, info biasiswa dan macam2 lagi secara PERCUMA.

Jangan share any link dalam group ini, akan diremove and ban. Pandai pandailah hidup nanti.

Last updated 5 months, 2 weeks ago