🔴MENGHIMPUNKAN WEBINAR/KURSUS/WACANA/BENGKEL DAN LAIN LAIN. SEMOGA DIPERMUDAHKAN. 😬👌🏻
🔴ISU SEMASA BERKAITAN PENDIDIKAN DAN NEGARA
🔴CHANNEL INI DIWUJUDKAN PADA 28 APRIL 2021
Last updated 2 weeks, 2 days ago
Software (Windows & MacOs) terkini ( Untuk android/smarphone sila ke @androidappterpilih ). Software keutamaan kepada windows. MacOs atas permintaan sahaja. (Untuk linux sila ke @newbielinux)
@software_application
TAWADUK
Kata Fudail bin 'Iyadh rahimahullah apabila ditanya tentang tawaduk:
أن تخضع للحق وتنقاد له، ولو سمعته من صبي قبلته، ولو سمعته من أجهل الناس قبلته
" Engkau tunduk kepada kebenaran dan menyerahkan diri kepadanya, sekalipun engkau mendengarnya (yakni: kebenaran itu) daripada seorang kanak-kanak engkau tetap menerimanya, dan sekalipun engkau mendengarnya daripada orang yang paling jahil engkau turut menerimanya".
[ Al-Tawaduk wa al-Khumul Ibn Abi al-Dunya hal 118, Hilyah al-Awliya' no:11639, Al-Ihya' 3/362 ]
Catatan:
Tawaduk sebagaimana ditakrifkan oleh salaf bermaksud tunduk dan menerima kebenaran walaupun daripada sesiapa pun yang membawa dan mengatakannya tanpa meremehkan kedudukan penyampai kebenaran tersebut. Ada juga ulama yang mengatakan tawaduk itu adalah kesedaran seseorang bahawa dirinya sendiri tidak lebih mulia atau lebih bagus daripada orang lain.
Tawaduk hari ini semakin jarang diamalkan apabila manusia menjadikan tembok pangkat, jawatan, harta benda, gelaran, pengaruh dan status sosial sebagai neraca utama untuk menerima kebenaran. Termasuklah dalam jawatan ilmu dan agama, betapa ramai mereka yang bergelar Profesor, Dr, Mufti dan Ustaz yang apabila sampai kepadanya kebenaran daripada mereka yang lebih rendah statusnya daripada dirinya lalu dia menolak kebenaran tersebut. Mereka yang selamat adalah sesiapa yang dirahmati Allah.
Tawaduk juga susah diamalkan apabila manusia melihat kebenaran itu hanya dimiliki oleh kumpulannya, partinya, penyokong atau gengnya sahaja. Ini juga menyebabkan ramai yang tidak boleh menerima kebenaran apabila kebenaran itu datang daripada lisan musuh atau seterunya.
Tawaduk adalah natijah tauhid dan tahqiqnya. Semakin seorang hamba mentauhidkan Allah maka semakin dirinya akan tawaduk kepada kebenaran. Sebaliknya semakin seseorang meremehkan tauhid dan perhambaannya kepada Allah maka semakin dia akan jauh daripada tawaduk.
Perkataan Fudail dan salaf tentang tawaduk ini sebenarnya berlegar kepada hadis Nabi ﷺ yang bermaksud: " Sombong itu adalah menolak kebenaran dan meremehkan manusia lain". Kerana lawan kepada tawaduk adalah al-Kibr (sombong).
Wallahualam.
MFAZ.
MEMBELA DAN MENYELAMATKAN ORANG YANG DIZALIMI ADALAH IBADAH YANG AGUNG
Apabila ada pihak dalam kalangan umat Islam membongkar kesesatan ajaran sesat, membantu orang yang dizalimi dalam kalangan mereka yang terperangkap dalam kesesatan masih ada golongan buta yang mendakwa sebaliknya.
Golongan ini seakan-akan hanya melihat ibadah itu terbatas dengan ritual zikir yang khusus semata-mata. Mungkin bagi mereka zikir "Hu" lebih agung berbanding membantu orang yang dizalimi, atau mencium tangan tuan guru, membaca kisah wali dan bertabarruk dengan jubah dan serban tuan guru itu lebih besar fadilatnya berbanding membantu orang yang dizalimi dan dalam kesusahan.
Lihat sahaja sikap golongan tersebut ketika pihak yang mereka tuduh sebagai "Wahhabi" mula membongkar ajaran sesat ini, mereka pula seperti acuh tidak acuh bahkan masih ada beranggapan isu ajaran sesat ini tidak serius, bagi mereka golongan "Wahhabi" yang mula membongkar kesesatan GISBH ini lebih merbahaya daripada kesesatan GISBH itu sendiri. Wallahul Musta'an.
Kata Sahabat Nabi yang mulia, Al-Baraa' bin ' Azib r.a :
أَمَرَنَا بِاتِّبَاعِ الْجَنَائِزِ، وَعِيَادَةِ الْمَرِيضِ، وَإِجَابَةِ الدَّاعِي، وَنَصْرِ الْمَظْلُومِ،
Kami diperintahkan (Rasulullah ﷺ) untuk mengiringi jenazah, menziarahi orang yang sakit, menyahut jemputan dan membantu orang yang dizalimi..
[ HR Al-Bukhari no: 1239 ]
Kata Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah:
مِنْ أعظم العبادات :سدُّ الفاقات ، وقضاء الحاجات ، ونصر المظلوم ، وإغاثة الملهوف.
Antara ibadah yang paling besar: Menutup kesusahan (orang lain), memenuhi keperluan, menolong orang yang dizalimi dan menyelamatkan orang yang dalam kesusahan.
[ Majmuk al-Fatawa 28/243 ]
Wallahualam.
MFAZ.
ANTARA DUA SEBAB SESEORANG TIDAK MAHU MENERIMA KEBENARAN
Kata Al-'Allamah Syeikh Abd Rahman bin Yahya Al-Mu’allimi, rahimahullah:
بعض أسباب عدم الاعتراف بالحق منها :
١- أن يرى الإنسان أن اعترافه بالحق يستلزم اعترافه بأنه كان على باطل.
٢- أن يكون قد صار له في الباطل جاه وشهرة ومعيشة، فيشق عليه أن يعترف أنه باطل فتذهب تلك الفوائد.
Sebahagian sebab seseorang itu tidak mahu mengakui kebenaran adalah:
Seseorang itu melihat bahawa pengakuannya terhadap kebenaran akan membawa kepada pengakuan bahawa dia sebelum ini berada dalam kebatilan.
Seseorang itu telah mendapat kedudukan, kemasyhuran, dan kehidupan dunia daripada kebatilan tersebut, maka dia merasa sukar untuk mengakui bahawa itu adalah kebatilan kerana takut kehilangan manfaat-manfaat tersebut.
[ Al-Tankil Jil 2, hal 180 ]
Wallahualam.
MFAZ.
ELAKKAN MENJADIKAN MIMPI SEBAGAI MODAL UNTUK MENARIK PERHATIAN RAMAI ATAU DEMI KANDUNGAN DI MEDIA SOSIAL
Antara perkara merbahaya yang sering dipandang remeh oleh sebahagian pembuat kandungan dan pengamal media adalah bermain-main dengan mimpi. Mimpi manusia dijadikan sebagai modal cerita yang disebarkan seakan-akan ia adalah seperti isyarat istimewa atau dengan niat baik sebagai pengajaran.
Dalam syariat, mimpi jika ia baik maka tidak boleh diceritakan melainkan hanya kepada orang terdekat yang dicintai dan dipercayai, atau alim yang nasih (menasihati). Jika ia mimpi yang buruk maka jangan sesekali menceritakan kepada sesiapa pun serta mintalah perlindungan kepada Allah nescaya ia tidak boleh memudaratkan.
Nabi Yaakub a.s menasihati Yusuf agar tidak menceritakan mimpinya kepada saudara-saudaranya sendiri kerana ia akan membawa kepada hasad dengki dan tipu daya daripada mereka. Jika saudara terdekat pun tidak dibenarkan untuk menceritakan mimpi bagaimana boleh disebarkan kepada seluruh khalayak?.
Antara petunjuk Salaf yang boleh diamalkan dalam berinteraksi dengan mimpi adalah apa yang diungkapkan oleh Imam Muhammad bin Sirin rahimahullah. Beliau pernah ditanya tentang sebuah mimpi, lalu kata beliau:
ﺍﺗﻖِّ ﺍﻟﻠﻪ ﻓﻲ ﺍﻟﻴﻘﻈﺔِ ﻻ ﻳﻀُﺮُّﻙَ ﻣﺎ ﺭﺃﻳﺖَ ﻓﻲ
ﺍﻟﻤَﻨﺎﻡ!
Bertakwalah kepada Allah dalam keadaan sedarmu, nescaya apa yang engkau lihat dalam mimpimu itu tidak akan memudaratkanmu!
[ Hilyah al-Awliya' 2/273 ]
Maksudnya sibukkan dengan ketaatan di alam nyata, istiqamah di atas tauhid dan sunnah bukan hanya sibuk bermimpi!
Lalu jawab Imam Ahmad:
الرؤيا تسر المؤمن ولا تغره قد كان يُرى لفلان ماتقول وهو اليوم يَرى رأي الخوارج
" Mimpi itu menggembirakan seorang mukmin, bukan memperdayakannya, dahulu orang ramai juga bermimpi melihat si fulan seperti apa yang kamu katakan (dia dalam syurga) sedangkan dia hari ini berpandangan seperti pandangan Khawarij!".
[ Siyar 'Alam an-Nubala' 11/227 ]
Maksudnya jangan sesekali terpedaya dengan mimpi sesiapa pun, termasuk mimpi diri sendiri, fokuskan kepada ketaatan, melazimi tauhid dan sunnah serta memperbaiki diri dan menyibukkan diri dengan perkara yang bermanfaat untuk dunia dan akhirat bukan hanya lena dibuai mimpi!
Wallahualam.
MFAZ.
SEBAB UTAMA KESYIRIKAN KAUM NABI NUH DAN PENTINGNYA ILMU TAUHID
Soalan:
Salam Ustaz, ustaz ada sebut dalam daurah pagi tadi punca utama berlakunya syirik dalam umat Nabi Nuh a.s bukan semata-mata kerana mereka membuat patung?, jadi apakah punca utamanya, dan apakah maksud ilmu dilupakan dalam athar Ibnu Abbas r.a itu?
Jawapan:
Antara beberapa faedah yang ditekankan dalam daurah Kisah Nabi Nuh a.s anjuran Karya Pis/Akademi Sunnah pagi tadi adalah pemahaman yang benar terhadap athar Ibnu Abbas r.a iaitu athar:
فلم تُعبد حتى إذا هلك أولئك، ونسخ العلم، عبدت .
Patung-patung orang soleh itu pada awalnya tidak disembah, sehingga apabila orang-orang (soleh) yang mula-mula meletakkan patung-patung itu meninggal dunia, dan ilmu mengenainya dilupakan, patung-patung itu disembah.
[ Rujuk Al-Bidayah wa An-Nihayah Kisah Nabi Nuh, hal 62/63 cetakan Karya PiS Sdn Bhd ]
Apakah maksud Ibnu Abbas apabila ilmu mengenainya dilupakan?
Maksud ونسخ العلم ini dalam lafaz lain dengan ungkapan وتنسخ العلم.
Kata Syeikh Abd Aziz al-Rajhi:
يعني زال العلم من قوله : نسخت الشمس الظل يعني أزالته، وفي لفظ آخر ونسي العلم.
Maksudnya, ilmu telah hilang, berasal dari ungkapan (arab): “Matahari menghilangkan bayang-bayang,” yakni matahari telah menghilangkannya. Dalam lafaz yang lain, disebut “dan ilmu telah dilupakan.”
[ Minhah al-Malik al-Jalil syarh Sahih Muhammad bin Ismail 8/1127 ]
Maksud ilmu di sini ada dua: Iaitu:
1) Ilmu tentang tauhid. Iaitu hak Allah ke atas para hamba. Dan ilmu inilah yang diwasiatkan oleh Nabi Adam a.s kepada Nabi Syits dan zuriat keturunannya sehinggalah Nabi Nuh a.s diutuskan. Dan inilah ilmu yang dimaksudkan oleh Allah taala bila menceritakan kepada kita seruan dan dakwah Nabi Nuh a.s sehinggalah Nabi Muhammad ﷺ.
2) Ilmu tentang tujuan utama orang-orang soleh itu membuat patung-patung orang soleh sebelumnya adalah untuk mengingatkan dan memotivasikan mereka dalam amalan soleh dan bukan untuk disembah. Namun maksud kedua ini tidak bertepatan dengan maksud dan tujuan utama penceritaan dakwah Nabi Nuh a.s iaitu Tauhid.
Jadi jika kita dapat faham maksud sebenar ilmu telah hilang atau dilupakan adalah maksud yang pertama iaitu ilmu tentang Tauhid. Iaitu Tauhid Uluhiyah yakni mengesakan Allah dalam ibadah.
Dan daripada pemahaman ini kita dapat simpulkan punca utama berlaku kesyirikan adalah apabila ilmu tentang tauhid dilupakan dan diabaikan sehingga ia semakin hilang dalam dada manusia lalu mereka bersikap melampaui batas terhadap orang soleh dan membuat patungnya untuk disembah. Buktinya jelas, Ibnu Abbas r.a dalam athar tersebut menyebutkan generasi pertama yang membuat patung-patung tersebut tidak menyembahnya namun setelah generasi berikutnya mengabaikan ilmu tauhid sehingga ia dilupakan barulah ia disembah.
Faedahnya kita dapat lihat dalam sejarah setelahnya sehinggalah pengutusan Nabi kita Muhammad ﷺ punca kesyirikan ini berlaku adalah sikap melampaui batas (ghuluw) terhadap orang soleh. Dan realiti ini kita tidak mungkin boleh ingkari dalam masyarakat kita hari ini pun sudah ada yang menyembah orang soleh atau wali dengan mengalihkan peribadatan kepada selain Allah.
Justeru betapa pentingnya menghidupkan ilmu Tauhid yang sahih dalam masyarakat bermula dengan diri kita sendiri dan dalam keluarga kita sendiri agar ia tidak diabaikan dan dilupakan kerana kejahilan tentang Tauhid adalah sebab utama berlakunya kesyirikan.
Wallahualam.
MFAZ.
MENDAHULUKAN URUTAN TASBIH KE ATAS TAKBIR DAN TAHMID DALAM ZIKIR
Soalan:
Bolehkah urutan hadis yang sebut urutan zikirnya dengan takbir dahulu, tasbih dan tahmid diucapkan dengan urutan lain contohnya tasbih dahulu (Subhanallah), tahmid (Alhamdulillah) kemudian takbir (Allahu Akbar) dan seumpamanya?
Jawapan:
Boleh untuk mendahulukan mana-mana dahulu lafaz sama ada takbir dahulu, atau tasbih dahulu atau tahmid dahulu. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Samurah bin Jundab r.a bahawa Nabi ﷺ bersabda:
أَحَبُّ الكَلامِ إلى اللهِ أرْبَعٌ: سُبْحانَ اللهِ، والْحَمْدُ لِلَّهِ، ولا إلَهَ إلَّا اللَّهُ، واللَّهُ أكْبَرُ، لا يَضُرُّكَ بأَيِّهِنَّ بَدَأْتَ.
Perkataan yang paling dicintai oleh Allah ada empat: Subhanallah (tasbih), dan Alhamdulillah (tahmid), dan Laa Ilaaha Illallah (tahlil) dan Allahu Akbar (takbir), tidak memudaratkanmu dengan mana satu (lafaznya) yang kamu mulakannya.
[ HR Muslim no: 2137, Ibnu Majah no:3811 ]
Kata Ibnul Malik:
يعني بدأت بسبحان الله أو بالحمد لله أو بلا إله إلا الله أو بالله أكبر جاز
Yakni, jika kamu mulakan (dahulu) dengan subhanallah atau dengan alhamdulillah atau dengan laa ilaaha illallah atau dengan Allahu Akbar ia adalah harus.
[ Mirqah al-Mafatih 4/1593 ]
Kata Al-'Allamah Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin rahimahullah:
يعني أن الترتيب ليس بشرط فيمكن أن تقول الله أكبر ولا إله إلا الله والحمد لله وسبحان الله يمكن أو تخالط بينها المهم أن تقولها وإنما نص الرسول عليه الصلاة والسلام على ذلك لئلا يكلّف الإنسان نفسه في مراعاة الترتيب
Maksudnya urutan bukanlah syarat (untuk mendapatkan pahala zikir tersebut). Maka, boleh kamu menyebut “Allahu Akbar”, “La ilaha illallah”, “Alhamdulillah”, dan “Subhanallah” dalam mana-mana urutan, atau kamu boleh mencampurkan (urutan) antara ungkapan-ungkapan tersebut. Yang penting ialah kamu menyebutnya. Rasulullah ﷺ menyebut susunan itu hanya supaya manusia tidak memberatkan diri mereka dalam menjaga susunan dan urutan tertentu.
[ Syarh Bulugh al-Maram 28/10 ]
Wallahualam.
MFAZ.
FAEDAH ILMU HADIS: MAKSUD 'AN (عن) DI SISI ULAMA MUTAQADDIMIN.
Dalam kuliah sirah Nabi ﷺ baru-baru ini saya ada menjelaskan tentang beberapa tanda-tanda (alamat atau dalail) yang tidak sahih diriwayatkan berkenaan peristiwa kelahiran Nabi ﷺ antaranya bergegarnya tiang-tiang istana Kisra (Raja Parsi) serta terpadamnya api majusi di kuil-kuil di sekitarnya ketika kelahiran Nabi ﷺ.
Saya menegaskan tentang ada riwayat yang tidak sahih daripada sudut riwayat (hadis kerana tidak menepati syarat-syarat kesahihan) namun ia diterima dari sudut perkhabaran, hikayat dan penceritaan dari sudut tarikh (sejarah) atau tanda-tanda kenabian (Dalaail an-Nubuwwah).
Contoh yang lain riwayat Hasan bin Tsabit r.a tentang bintang Ahmad yang dilihat oleh ulama Yahudi pada malam-malam sebelum atau semasa kelahiran Nabi ﷺ adalah hasan riwayatnya, namun jika ia diteliti tetap sama daripada sudut ia diterima bukan semata-mata berdasarkan satu riwayat namun ia disokong oleh syawahid lain.
Contoh yang lain riwayat Ali bin Abi Talib r.a daripada datuknya Abdul Mutallib tentang peristiwa yang berlaku sebelum kelahiran Nabi Muhammad ﷺ yang ada padanya Dalaail an-Nubuwwah (tanda-tanda kenabian) antaranya penemuan dan penggalian semula telaga zam-zam setelah ia tertimbus zaman berzaman sehinggalah ditemui semula oleh Abdul Mutallib.
Jika diteliti riwayat tersebut ia jelas ada inqita' (terputus sanadnya) antara Ali dan datuknya Abdul Mutallib. Namun ia tetap diterima kerana bukan semua sighah 'An (عن) itu dimaksudkan oleh Salaf sebagai maksud riwayat secara tahdis (iaitu menurut syarat periwayatan hadis).
Kata Al-Hafiz Ibnu Rajab al-Hanbali rahimahullah:
كان القدماء كثيرا ما يقولون "عن فلان"، ويريدون الحكاية عن قصته، والتحديث عن شأنه، لا يقصدون الرواية عنه
" Ulama Salaf terdahulu (para sahabat dan tabiin) banyak mereka menyebutkan " 'An fulan" " Daripada Fulan", dan yang mereka maksudkan adalah hikayat tentang kisahnya, dan penceritaan tentang urusan atau peristiwanya bukan mereka maksudkan riwayat daripadanya".
[ Syarh 'Ilal al-Tirmidzi 1/380 ]
Wallahualam.
MFAZ.
PANTAI KESELAMATAN DAN OMBAK HAWA NAFSU
Kata Al-Hafiz Imam Ibnu Rajab al-Hanbali rahimahullah:
الاِستِقامَةُ والثَّبات لا قُدرَةَ للعبدِ عليهِ
بنَفسِه، ولِذلِك يحتاجُ أن يسألَ ربَّهُ الثّبات؛ كَمْ مِنْ عامِلٍ يَعملُ الخَيْر، إذا بقِيَ بيْنهُ وبيْنَ الجنَّة ذِراع، وشارَفَ مَركَبهُ ساحِلَ النَّجاة، ضرَبهُ مَوجُ الهَوَى فغَرِق
“ Istiqamah dan keteguhan tidak dapat dicapai oleh hamba dengan usahanya sendiri. Oleh itu, dia sentiasa memerlukan untuk memohon kepada Tuhannya keteguhan.
Berapa ramai orang yang melakukan kebaikan, apabila dia hampir sampai ke syurga, antara dia dan syurga hanya tinggal sehasta sahaja, dan dia sudah hampir ke pantai keselamatan, tiba-tiba dia dipukul oleh ombak hawa nafsu lalu dia tenggelam.”
[ Majmuk Rasaail al-Hafiz Ibnu Rajab 1/339 ]
Wallahualam.
MFAZ.
DOA TABIIN: HAJATKU AGAR ALLAH AMPUNIKU
Seorang tabiin yang mulia, Amir bin Abd Qays al-Tamimi rahimahullah ketika waktu pagi beliau akan mengucapkan:
اللَّهُمَّ إِنَّ النَّاسَ قَدْ اِنْتَشَروُا لِحَوَائِجِهِمْ ،
وَإِنَّ حَاجَتيِ أَنْ تَغْفِرَ ليِ
Ya Allah, sesungguhnya manusia bertebaran untuk mendapatkan hajat-hajat mereka,
dan sesungguhnya hajatku (pula) adalah agar Engkau mengampuniku.
[ Al-Zuhd li Ibn Abi 'Asim hal 225 ]
Catatan:
Abu 'Amr Amir bin Abd Qays al-Tamimi al-Anbari al-Basri. Beliau digelarkan oleh Kaab al-Ahbar sebagai " Rahib umat ini". Kata Al-Zahabi: Qudwah (contoh ikutan), Wali, Zahid (seorang yang zuhud). Beliau wafat pada zaman pemerintahan Muawiyah bin Abi Sufyan r.a.
Padankan mafhum doa beliau ini dengan salah satu lafaz zikir pagi yang sering diucapkan oleh baginda Nabi kita Muhammad ﷺ iaitu antaranya adalah doa memohon keampunan iaitu وأبوء لك بذنبي فاغفرلي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت. Iaitu pengakuan dosa dan permohonan keampunan.
Fadilat memulakan zikir, doa dan amalan pekerjaan di waktu pagi antaranya dengan memohon keampunan serta melazimi lafaz dan pemahaman terhadap zikir-zikir nabawi.
Fiqh dan pemahaman Salaf antaranya mereka melihat keampunan Allah lebih diharapkan berbanding rezeki dan hajat-hajat lain. Kerana ia adalah pembuka kepada seluruh hajat. Hal ini diisyaratkan oleh Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah dan Ibnul Qayyim dalam karya-karya mereka.
Wallahualam.
MFAZ.
🔴MENGHIMPUNKAN WEBINAR/KURSUS/WACANA/BENGKEL DAN LAIN LAIN. SEMOGA DIPERMUDAHKAN. 😬👌🏻
🔴ISU SEMASA BERKAITAN PENDIDIKAN DAN NEGARA
🔴CHANNEL INI DIWUJUDKAN PADA 28 APRIL 2021
Last updated 2 weeks, 2 days ago
Software (Windows & MacOs) terkini ( Untuk android/smarphone sila ke @androidappterpilih ). Software keutamaan kepada windows. MacOs atas permintaan sahaja. (Untuk linux sila ke @newbielinux)
@software_application