Pemburu yang diburu.
Last updated 10 months, 2 weeks ago
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated 8 months, 3 weeks ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 9 months, 1 week ago
Hi Assalamualaikum semua. Dah lama juga tk update kat sini disebabkan kekangan masa untuk byk hal. Btw ni planner Ramadan 2025 😊
_BOLEHKAH NIAT PUASA ENAM DAN PUASA GANTI SECARA SERENTAK? ?_
“Sesiapa yang puasa Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari Syawal, maka seolah-olah dia berpuasa setahun."
(Riwayat Muslim, Abu Daud, al-Turmuzi, Al-Nasaie, Ibn Majah, Ahmad dan lain-lain)
29 hari Ramadan + 6 hari Syawal = 1 tahun
KHILAF PARA ULAMA' KEPADA 2 PENDAPAT:
1️⃣ SAH
Hukumnya sah dan terjadi kepada kedua-duanya. Ini pendapat imam Ibn Hajar al-Haitami, Syeikh Muhammad Ramli, Imam al-Barizi, Syeikhul Islam Syeikh Zakaria al-Ansari dan kebanyakan ulama mutakhirin
2️⃣ TIDAK SAH
Tidak sah tetapi terhasil yang fardhu sahaja iaitu puasa qada' tidak kepada puasa sunat Syawal. Ini pendapat Imam al-Asnawi, Syeikh Ibn al-Salah, Abu Makhramah. Hujah mereka tidak boleh digabungkan dua jenis ibadah dalam satu ibadah.
RINGKASAN ?
✅ Mengikut pendapat yang muktamad, afdhal (lebih baik) mengasingkan niat puasa enam di bulan Syawal dengan puasa qadha.
✅ SAH jika menggabungkan niat puasa 6 di bulan Syawal dengan puasa qadha serta
mendapat ganjaran pahala kedua-duanya mengikut pendapat yang dhaif (lemah).
✅ Dibolehkan puasa 6 terlebih dahulu jika:
1. Dibimbangi tidak sempat untuk puasa 6 jika didahului puasa qada.
2. Sihat walafiat untuk puasa qada selepas itu.
✅ Menyegerakan untuk menggantikan puasa terlebih dahulu adalah sikap yang terpuji dan dituntut oleh syarak terutama kepada sesiapa yang meninggalkan puasa tanpa uzur yang dibenarkan syarak.
Pemburu yang diburu.
Last updated 10 months, 2 weeks ago
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated 8 months, 3 weeks ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 9 months, 1 week ago