(Bahasa arab) اللغة العربية مع فصيح

Description
Belajar bahasa Arab secara mudah
We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 1 month ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 1 month, 2 weeks ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 2 months, 2 weeks ago

3 days ago

KALIMAH HARI INI كَلِمَةُ اليَوم

Adakah anda tahu bahawa MAHLAN- MAHLAN مهلًا مهلًا bermaksud PERLAHAN-LAHAN?

Isi masa lapang anda dengan membaca buku cerita dwibahasa Arab-Melayu 'Makanlah Wahai bajuku كلي يا ثيابي ' terbitan Faseeh Empire.

Sesuai untuk semua peringkat umur dan paling penting ia sangat menarik! 😃

https://shopee.com.my/product/83242537/7580080736?smtt=0.83244014-1616117711.3

3 days ago
(Bahasa arab) اللغة العربية مع فصيح
1 week, 2 days ago

BEZA DI ANTARA نَظَـرَ فِي DENGAN نَظَـرَ إِلَى

Salam semua 🙆🏻‍♀️

Tahukah anda?
Walaupun secara umumnya kalimah نَظَـرَ bermaksud 'lihat/ pandang/ tinjau', tetapi..

Apabila kalimah ini digandingkan dengan salah satu huruful jar, ia memberikan makna yang sedikit berlainan seperti:

🌿 Kalimah نَظَـرَ فِي bermaksud: Pertimbang/ urus/periksa/ fikir dengan akal

Contohnya:

نَظَـرَ فِي المُـشْكِـلَـةِ =
Pertimbangkan, menguruskan atau memikirkan masalah dengan akal

Ia bermaksud:
🌿 Manakala kalimah نَظَـرَ إِلَى pula bermaksud: melihat, pandang kepada (dengan mata)

Contohnya:
نَظَـرَ إِلَى السَّفِـينَـةِ =
Melihat kapal (dengan mata)

Dalam al-Quran kalimah نَظَـرَ فِي ada disebutkan dalam surah al-A'raf ayat 185:

أَوَلَمْ (يَنظُرُوا فِي) مَلَكُوتِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَا خَلَقَ اللَّهُ مِن شَيْءٍ وَأَنْ عَسَىٰ أَن يَكُونَ قَدِ اقْتَرَبَ أَجَلُهُمْ ۖ فَبِأَيِّ حَدِيثٍ بَعْدَهُ يُؤْمِنُونَ

Terjemahan:
Dan apakah MEREKA TIDAK MEMPERHATIKAN (dengan akal fikiran) kerajaan langit dan bumi dan segala apa yang diciptakan Allah, dan kemungkinan telah dekatnya waktu (kebinasaan) mereka? Lalu berita mana lagi setelah ini yang akan mereka percayai?

Juga dalam al-Quran kalimah نَظَـرَ إِلَى ada disebutkan dalam surah Ali-Imran ayat 77:

إِنَّ الَّذِينَ يَشْتَرُونَ بِعَهْدِ اللَّهِ وَأَيْمَانِهِمْ ثَمَنًا قَلِيلًا أُولَـٰئِكَ لَا خَلَاقَ لَهُمْ فِي الْآخِرَةِ وَلَا يُكَلِّمُهُمُ اللَّهُ (وَلَا يَنظُرُ إِلَيْهِمْ) يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلَا يُزَكِّيهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

Terjemahan: Sesungguhnya orang-orang yang memperjualbelikan janji Allah dan sumpah-sumpah mereka dengan harga murah, mereka itu tidak memperoleh bahagian di akhirat, Allah tidak akan menyapa mereka, TIDAK AKAN MEMANDANG mereka pada hari Kiamat, dan tidak akan menyucikan mereka. Bagi mereka azab yang pedih.

Semoga bermanfaat 🙆🏻‍♀️

1 week, 2 days ago
(Bahasa arab) اللغة العربية مع فصيح
2 weeks ago

AT-TAUKID AL-LAFZI التوكيد اللفظي
BAHAGIAN 3

Salam semua 🙆🏻‍♀️

Masih ingat lagi apa itu AT-TAUKID AL-LAFZI التوكيد اللفظي?

⚠️Sebelum kita teruskan dengan dua contoh yang terakhir bagi AT-TAUKID AL-LAFZI التوكيد اللفظي, mari kita ulangkaji dahulu apa itu AT-TAUKID AL-LAFZI التوكيد اللفظي.

🌴AT-TAUKID AL-LAFZI التوكيد اللفظي bermaksud lafaz penguat yang lafaznya diulang-ulang iaitu dengan mengulangi lafaz muakkad (yang diperkuatkan).

🌴 Ia terdiri daripada 6 bahagian iaitu:
1) Kata nama الاسم
2) Kata ganti diri الضمير
3) Kata kerja الفعل
4) Isim Fi'il اسم الفعل (lafaz yang merujuk kepada perbuatan tetapi tidak mempunyai tanda fi'il padanya)
5) Huruf الحرف
6) Jumlah الجملة

👨‍🏫 KITA LIHAT CONTOH BAGI الحرف DAN الجملة PULA PADA BAHAGIAN KETIGA INI.

a) Huruf الحرف, contohnya:

الحرف: لنْ لنْ أكذبَ!
Aku tidak akan, tidak akan berbohong!

🌴 Perkataan لنْ yang kedua adalah TAUKID توكيد kepada لنْ pertama yang merupakan MUAKKAD مؤكّد.

b) Jumlah الجملة seperti:

(( فإنّ مع العسر يسرا إنّ مع العسر يسرا)) : الشرح : 5-6

Maka sesungguhnya beserta kesulitan disertai kemudahan, Sesungguhnya beserta kesulitan disertai kemudahan.

🌴 Ayat إنّ مع العسر يسرا yang kedua adalah TAUKID توكيد kepada إنّ مع العسر يسرا pertama yang merupakan MUAKKAD مؤكّد.

Semoga bermanfaat 🙆🏻‍♀️

2 weeks, 6 days ago

AT-TAUKID AL-LAFZI التوكيد اللفظي
BAHAGIAN 2

Salam semua 🙆🏻‍♀️

⚠️Sebelum kita teruskan dengan dua contoh yang lain bagi AT-TAUKID AL-LAFZI التوكيد اللفظي, mari kita ulangkaji dahulu apa itu AT-TAUKID التوكيد.

👨‍🏫 AT-TAUKID التوكيد adalah lafaz penguat dimana i'rabnya mengikuti muakkad (yang diperkuat), bertujuan menghilangkan keraguan dan menguatkannya, samada dengan mengulangi lafaz muakkad pada ayat atau dengan menggunakan makna kata khusus.

👨‍🏫 AT-TAUKID التوكيد terbahagi kepada dua iaitu:

1) AT-TAUKID AL-LAFZI التوكيد اللفظي
2) AT- TAUKID AL-MAKNAWI التوكيد المعنوي

🌴AT-TAUKID AL-LAFZI التوكيد اللفظي bermaksud lafaz penguat yang lafaznya diulang-ulang iaitu dengan mengulangi lafaz muakkad (yang diperkuatkan).

🌴 Ia terdiri daripada 6 bahagian iaitu:
1) Kata nama الاسم
2) Kata ganti diri الضمير
3) Kata kerja الفعل
4) Isim Fi'il اسم الفعل (lafaz yang merujuk kepada perbuatan tetapi tidak mempunyai tanda fi'il padanya)
5) Huruf الحرف
6) Jumlah الجملة

👨‍🏫 KITA LIHAT CONTOH BAGI الفعل DAN اسم الفعل PULA PADA BAHAGIAN KEDUA INI.

a) kata kerja الفعل, contohnya:

صَمَّمَ صَمَّمَ الطَّالِبُ عَلَى حِفْظِ القُرْآن 💪🏻 👨‍🎓
Pelajar lelaki itu telah bertekad, telah bertekad untuk menghafal al-Quran.

🌴 Perkataan صَمَّمَ yang kedua adalah TAUKID توكيد kepada صَمَّمَ pertama yang merupakan MUAKKAD مؤكّد.

b) Isim Fi'il اسم الفعل (lafaz yang merujuk kepada perbuatan tetapi tidak mempunyai tanda fi'il padanya) seperti:

(هَيْهَاتَ هَيْهَاتَ لِمَا تُوعَدُونَ) : المؤمنون : 36
Jauh, jauh sekali (dari kebenaran) apa yang diancamkan kepada kamu itu

🌴 Perkataan هَيْهَاتَ yang kedua adalah TAUKID توكيد kepada هَيْهَاتَ pertama yang merupakan MUAKKAD مؤكّد.

------

Buku cerita dwibahasa Arab-Melayu 'Makanlah Wahai bajuku كلي يا ثيابي' terbitan Faseeh Empire menanti anda untuk dibaca. Anda pasti berpuas hati setelah membacanya 🤗.

Maklumat lanjut boleh lihat di

https://shopee.com.my/product/83242537/7580080736?smtt=0.83244014-1616117711.3

3 weeks, 1 day ago

AT-TAUKID AL-LAFZI التوكيد اللفظي
BAHAGIAN 1

Salam semua 🙆🏻‍♀️

⚠️Sebelum kita mengenali apa itu AT-TAUKID AL-LAFZI التوكيد اللفظي, mari kita memahami dahulu apa itu AT-TAUKID التوكيد.

👨‍🏫 AT-TAUKID التوكيد adalah lafaz penguat dimana i'rabnya mengikuti muakkad (yang diperkuat), bertujuan menghilangkan keraguan dan menguatkannya, samada dengan mengulangi lafaz muakkad pada ayat atau dengan menggunakan makna kata khusus.

👨‍🏫 AT-TAUKID التوكيد terbahagi kepada dua iaitu:

1) AT-TAUKID AL-LAFZI التوكيد اللفظي
2) AT- TAUKID AL-MAKNAWI التوكيد المعنوي

Insya Allah jelas ya setakat ini... Toyyib 🤗

👨‍🏫 Sekarang kita nak kenali apa itu AT-TAUKID AL-LAFZI التوكيد اللفظي.

🌴AT-TAUKID AL-LAFZI التوكيد اللفظي bermaksud lafaz penguat yang lafaznya diulang-ulang iaitu dengan mengulangi lafaz muakkad (yang diperkuatkan).

🌴 Ia terdiri daripada 6 bahagian iaitu:
1) Kata nama الاسم
2) Kata ganti diri الضمير
3) Kata kerja الفعل
4) Isim Fi'il اسم الفعل (lafaz yang merujuk kepada perbuatan tetapi tidak mempunyai tanda fi'il padanya)
5) Huruf الحرف
6) Jumlah الجملة

👨‍🏫 KITA LIHAT CONTOH BAGI الاسم DAN الضمير DAHULU PADA BAHAGIAN PERTAMA YA.

1) KATA NAMA الاسم, seperti dalam surah al-Fajr ayat 22

وَجَآءَ رَبُّكَ وَٱلْمَلَكُ صَفًّا صَفًّا
Dan datanglah Tuhanmu sedang malaikat berbaris-baris.

🌴 Perkataan صَفًّا yang kedua adalah TAUKID توكيد kepada صَفًّا pertama yang merupakan MUAKKAD مؤكّد.

2) KATA GANTI DIRI الضمير. Contoh ayat:

استمعتُ أنا للنصيحة منكَ أنتَ!
Saya telah mendengar nasihat dari awak!

🌴 Kata ganti diri أنا (saya) adalah TAUKID توكيد kepada kata ganti diri تُ (saya) pada kalimah استمعتُ yang merupakan MUAKKAD مؤكّد. Begitu juga kata ganti diri َأنت (awak) ialah TAUKID توكيد kepada kata ganti diri َك pada kalimah منكَ yang merupakan MUAKKAD مؤكّد.

Nanti kita sambung lagi... 👨‍🏫

Semoga bermanfaat 🙆🏻‍♀️

We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 1 month ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 1 month, 2 weeks ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 2 months, 2 weeks ago