Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated 2 weeks, 1 day ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 1 month, 2 weeks ago
Jangan lari bila ada masalah mahupun ujian, tapi belajarlah hadapi sehingga kamu temui jalan penyelesaian.
Makin kamu lari, makin banyak yang akan kamu pikul kelak. Malah akan jadi lebih berganda-ganda.
Belajar jadi matang untuk harungi setiap masalah. Bukan jadi pengecut dan penakut.
Salam 6 Ramadan. ❤️
Hidup di dunia, memang tempat ujian. Bukan tempat untuk kita semua bersenang-lenang.
Terkadang, ujian itu melelahkan jiwa dan raga. Ada yang sampai rasa nak putus asa dari terus meneruskan kehidupan.
Ini semua kerana rasa beratnya beban yang ditanggung. Sakitnya perasaan yang dipendam sekian lama.
Malah ujian setiap daripada kita lain-lain. Pelbagai bentuk dan kisah jika kita gali dari setiap insan. Memeritkan dan juga memenatkan.
Namun itulah namanya kehidupan. Takkan pernah sunyi dan sepi dari datangnya dugaan.
Ini semua untuk menguatkan diri dan menjadikan kita lebih dewasa menuju hari ke depan nanti.
Saya terbaca sepotong ayat alquran sebentar tadi yang membawa maksud,
" Sesungguhnya, pertolongan Allah itu dekat."
Ya, saat kita diuji dengan masalah—kita boleh cari Dia untuk minta diberi bantuan. Minta Dia salurkan kemudahan memberi petunjuk atas segala sesuatu.
Kerana Allah itu dekat dengan kita—untuk mendengar setiap rintihan rasa, tangisan air mata juga jeritan suara kita semua.
Pastinya, Allah tolong hamba-hamba Dia. Kerana Tuhan uji tanda Dia sayang dan cinta kita.
Hitunglah hikmah di sebalik ujian, pasti kelak kita bakal tersenyum.
Salam 2 Ramadan. ❤️
- sigadiskuat
Selamat Berpuasa kepada semua. ❤️✨
Moga ramadhan ini menjadikan kita lebih dekat kepada Tuhan dan ramadhan yang lebih baik dari sebelumnya.
Seeru Ala Barakatillah. ?
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated 2 weeks, 1 day ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 1 month, 2 weeks ago