Pemburu yang diburu.
Last updated 4 days, 14 hours ago
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated 2 weeks, 5 days ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 1 month, 2 weeks ago
::Belajar Tajwid dulu, Baru Datang Kembali Padaku::
Ada sebuah kisah unik yang disebutkan oleh Yaqut Al-hamawi rohimahulloh dalam kitab beliau yang berjuudul Mu'jam Al-Udaba. Sebuah kisah antara Ibnu Mujahid Al-Muqri' sang pengarang kitab As-Sab'ahyang masyhur dan seorang ahli fiqh yang bernama Abu Said Al-Humdaiji rohimahumalloh.
Diceritakan bahwa Abu Said kerap mengunjungi Ibnu Mujahid yang selalu dikelilingi oleh murid-murid yang hendak talaqqi. Setiap kali datang, Ibnu Mujahid selalu memberikan perlakuan istimewa kepada ahli fiqih satu ini karena keilmuannya. Hingga tiba suatu masa dimana Abu Sa'id tak lagi sanggup membendung keinginannya untuk talaqi kepada sang Muqri'.
Mendengar permintaan tersebut, Ibnu Mujahid lantas berkata:
"Jika engkau memang hendak talaqqi kepadaku, maka silahkan mengambil posisi layaknya seorang penuntut ilmu yang hendak belajar".
Tak ingin menyia-nyiakan kesempatan tersebut, Abu Sa'id bergegas duduk dihadapan Ibnu Mujahid layaknya seorang murid yang akan memperdengarkan bacaannya.
Abu Said lalu memulai tilawahnya. Namun tanpa disangka, baru beberapa detik membaca basmalah, Ibnu Mujahid langsung menegurnya.
"Apakah seperti ini bacaan Al-Quranmu?" tanyanya dengan penuh keheranan
Ternyata bacaan Abu Sa'id tak jauh berbeda dengan orang awam yang kurang memahami ilmu tajwid. Menyadari hal tersebut, Ibnu Mujahid lantas mengarahkannya kepada salah satu muridnya:
"Pergilah kepada orang disana itu, ia akan mengajarimu (tahsin). Barulah setelah itu kembali kepadaku untuk talaqqi"
Kejadian tersebut sukses membuat Abu Said tersipu malu. Terlebih lagi, sejak detik itu Ibnu Mujahid mencabut perlakuan istimewanya kepada Abu Sa'id lantaran mengetahui kualitas bacaannya.
=================================
Banyak faidah yang bisa kita ambil dari kisah singgkat diatas, diantaranya ialah:
- Saat hendak beguru kepada seseorang, seyogyanya kita memposisikan diri sebagai murid. Meskipun bisa jadi orang yang menjadi guru kita adalah teman sebaya atau bahkan lebih muda dari kita. Sebab, seorang penuntut ilmu diharuskan untuk menghiasi diri dengan berbagai adab mulia.
- Fokus dalam satu bidang ilmu bukan berarti meninggalkan bidang ilmu lain secara total. Sebab seorang muslim dituntut untuk memahami berbagai bidang ilmu dengan kadar tertentu. Seorang ahli fiqih diharuskan untuk memahami ilmu tajwid dengan baik. Sebab Allah ta'ala memerintahkan setiap muslim untuk membaca Al-Quran dengan tartil. Sama halnya dengan seseorang yang fokus belajar ilmu qiroat, ia juga dituntut untuk memahami fiqh agar ibadah yang ia kerjakan sesuai dengan apa yang Nabi Muhammad shollallohu 'alaihi wasallam contohkan.
Wallahu a’lam.
Adakah faidah lain yang antum dapat dari kisah diatas?
Sidi Afwit
Kelebihan Mencintai Al Quran
.
1. Tidak nyanyuk sampai tua.
.
2. Orang tua yang mengamalkan Al Quran walau di umpama Al Quran buruk, lunyai, hancur tetap di sayangi, tetap di hargai. Orang masih menghormati dan mencintainya serta meletakkan dia di tempat yang baik2.
.
3. Orang yang mencintai Al Quran tidak perlu susah hati dengan usia tua, kalau tidak ada anak yang dapat menjaga, tetap akan ada orang yang Allah datangkan untuk menjaganya kerana ini adalah janji Allah kepada hamba2Nya yang menjunjung kemuliaan mukjizat. Golongan ini dalam pengawasan para malaikat.
.
4. Orang yang junjung Al Quran di dalam dirinya akan di jaga keselamatannya oleh Allah di dunia, di dalam kubur dan pada hari akhirat. Walaupun di dunia dia di benci oleh orang tapi Allah tetap menjanji keselamatan dalam dirinya, sepertimana Al Quran yang Allah sediakan para malaikat untuk menjaga setiap hurufnya.
.
5. Wajahnya bercahaya cahaya dan mesra untuk di dekati.
.
6. Orang yang membaca Al Quran tidak di hina. Dia tidak akan menjadi peminta sedekah atau makan sampah di jalanan, misalnya.
.
7. Pengamal Al Quran hidupnya tampak sederhana tetapi sebenarnya dia kaya dengan sumber rezeki yang tidak diduga. Inilah lambang keberkatan yang Allah hadiahkan padanya.
.
.
Ustaz Abdullah Mahmood
Majalah Anis
MAZHAB KADAR MAD MUTTASIL
Mazhab kadar mad muttasil ada dua iaitu mazhab Imam al-Dani RH dan mazhab Imam Syatibi RH.
Mazhab Imam al-Dani RH
Kadar mad muttasil menurut mazhab al-Dani RH seperti berikut;
2.Qiraat Asim 5 harakat.
Qiraat Ibn Amir dan al-Kisaei 4 harakat.
Riwayat Qalun, Qiraat Abu Amru, Qiraat Ibnu Kathir 3 harakat.
Mazhab Imam al-Syatibi RH
Riwayat Warsy dan Qiraat Hamzah 6 harakat.
Riwayat Qalun, Qiraat Ibnu Kathir, Riwayat Duri Abi Amru, Qiraat Ibnu Amir, Qiraat Asim, Qiraat al-Kisaei 4 harakat.
البدور الزاهرة
TG Tirmizi Taha حفظه الله تعالى
TAHUN 3
TAJWID : PIRAMID HUKUM NUN SAKINAH DAN TANWIN
# Link PDF :
https://drive.google.com/drive/folders/1gtmU0bV2JPnY8Bwha0vYTPmql68JUuqU
Cara penerangan :
1) Nun Sakinah & Tanwin ada 5 org anak
2) - Anak pertama bernama iqlab
- Iqlab mempunyai seorang anak
3) - Anak kedua bernama idgham bila ghunnah
- Idgham bila ghunnah mempunyai 2 orang anak
# begitu lah seterusnya...
#designbyustazahzulaikhaskbb
#disediaPNGbolehprintyaaaa
#SemogaBermanfaat
BUAT GURU-GURU TASMIK.
(Catatan Ust Zarimi Shubrawi )
Guru tasmik bukan sekadar dengar kelancaran hafazan pelajar tetapi WAJIB tegur dan betulkan kesalahan tajwid pada bacaan pelajar.
Jika guru tasmik bukan bidang tahfiz maka guru tersebut semestinya melalui proses Talaqqi bacaan Al quran supaya hukum hakam tajwid dikuasainya
Bagaimana seorang guru yang tidak menguasai hukum hakam tajwid dan guru tersebut mahu betulkan hukum hakam tajwid pelajar nya.
Maka proses perlu dilalui dan dilakukan untuk guru tersebut menguasai hukum hakam tajwid. Antaranya melalui Talaqqi Al Quran dihadapan Syeikh serta mengikuti kelas pengajian tajwid dan teori
Inilah yang dikatakan "bertalaqqi lah walau anda seorang guru Al quran."
Untuk kemenjadian bacaan pelajar berkualiti. Bukan hanya fokus kelancaran hafazan dgn meninggalkan hukum tajwid.
Dalam keadaan begitu Pon kita tidak menafikan ada juga guru tahfiz yg lemah penguasaannya dalam hukum hakam tajwid, makanya tidak kira la.. walau die dari bidang tahfiz maka tetap perlu melalui proses Talaqqi dan belajar tajwid.
Menguasai perkara ini perlu kepada mujahadah dan akan ambil masa juga, die sebagai satu latihan dan ibarat kursus kepada guru untuk kemantapan anak² pelajar. Juga perlukan komitmen kewangan kerana kita sudah faham keadaan semasa.
Saya bukan yg terbaik. Cuma hanya mahukan yg terbaik buat pelajar² saya di Maahad Tahfiz Al Istiqamah dalam masa yg sama juga mahukan semua Maahad² tahfiz beri penekanan kepada perkara yg disebut di atas. Mudir/pengeursi perlua ambil berat.
Belum lagi lihat sistem murajaah DLL. Mohon maaf atas kekurangan. Mari kita berganding bahu untuk memastikan pelajar kita benar² dapat mengusai bacaan yang terbaik. Ini bacaan Al quran, Kalamullah bukan kitab/buku lain.
سيروا على بركة الله
11 Ebook (PDF) karya Prof. DR. Mahmud bin Ahmad Ad-Dausary, yang wajib (menurut kami) dibaca oleh segenap guru dan pengajar Al-Qur'an, penghafal Al-Qur'an, Pimpinan Lembaga Al-Qur'an, Para Santri dan Pelajar Al-Qur'an. Alhamdulillah sudah diterjemahkan (semoga Allah membalas kebaikan penerjemah dengan pahala yang banyak)
...
www.alukah.net
Menghafal Al-QUR`AN Adab dan Hukumnya (حفظ القرآن: آدابه – أحكامه) (PDF)
<p><img style="display: block; margin-left: auto; margin-right: auto;" ...
????? ???????
HALAQAH AL-QURAN ONLINE
Bersama YBhg Ust Dr Azizul bin Hassan.
InsyaAllah, Halaqah Al- Quran online bakal bermula pada MEI 2024. Program ini berfokuskan bacaan Qiraat Asim untuk kedua² riwayat Hafs & Syu'bah, maklumat program sebagaimana berikut:
?️ Tasheeh Bacaan 30 Juzuk
?️ Penerangan perbezaan Usul bagi Riwayat Hafs & Syu'bah
?️Taujih Bacaan
?️Menggunakan Mushaf karya Syeikh Dr Tawfiq Dhamrah
? Keistimewaan Program
? E- Mushaf
? E- Rakaman
? E- Sijil Penyertaan
? Info Program
▪️Hari: Jumaat
▪️Tarikh: Bermula Mei 2024
▪️Waktu:
10.30 - 12.30 T/hari (P)
2.30 - 4.30 Petang (L)
▪️Medium: Zoom meeting
▪️Yuran: Rm 150/bulan
▪️Anggaran kelas: 6-7 Bulan
? Pendaftaran
017-6393930 atau klik sahaja link ini http://www.wasap.my/+60176393930/HalaqahAlQuran
Anjuran:
Taisir Al-Quran Online Centre (TAOC)
Tasmi', Sabqi' dan Murajaah'
Ramai orang termasuk sahabat2 bertanya tentang sistem hafazan dan murajaah yang baik. Di sini akan saya nyatakan secara umum. Mungkin lain orang lain caranya. Lain pelajar lain gurunya. Justeru anggaplah ini satu perkongsian kecil dari saya untuk perbincangan bersama.
Sistem hafazan dan murajaah saya bahagikan kepada tiga . Pertama dinamakan tasmi’, kedua sabqi dan ketiga muraja’ah. Saya perincikan sebagaimana di bawah.
Tasmi’ :
Merupakan hafazan baru yang akan anda perdengarkan setiap hari kepada guru anda. Tasmi’ juga dikenali dengan nama “ sabaq ”. Ia bermaksud hafazan baru. Hafazan baru adalah bergantung kepada kemampuan dan keupayaan seseorang pelajar. Kebiasaanya adalah satu atau dua muka. Bagi yang mampu mendapatkan dua muka ( sehelai ) untuk setiap hari secara istiqamah, saya golongkan dalam golongan yang excellent. Bagi yang mampu istiqamah semuka saya kira sebagai golongan sederhana dan bagi yang mendapat kurang daripada itu boleh dikelaskan sebagai lemah
Sabqi :
Merupakan i’adah atau ulangan pada juzu’ yang sedang anda hafaz. Bagi pelajar Darul Quran, seringkali pelik dengan istilah ini apabila saya sebutkan kepada mereka. Teknik ini terkadang tidak popular dan tidak digunakan secara rasmi di sesetengah Maahad Tahfiz. Namun bagi saya ia adalah bahagian yang sangat penting. Contoh mudah untuk anda faham ; sekiranya anda sedang menghafaz juzuk 5 mukasurat ke 8 iaitu helaian yang keempat, maka muka surat 1 sehingga muka surat ke 7 dinamakan sebagai Sabqi. Ia juga dikenali dengan nama “ para sabaq ”.
Muraja’ah :
Merupakan ulangan anda bagi juzuk2 yang telah anda hafaz. Contohnya anda sedang menghafaz juzuk 5, maka juzuk 1 sehingga 4 dinamakan sebagai murajaah. Ia juga dikenali dengan nama “ i’adah ”dan “ manzil ”.
MEMAHAMI KEPENTINGAN TASMI’, SABQI DAN MURAJA’AH
Sebagai seorang penghafaz Al-quran , ketiga2 sistem di atas merupakan perkara wajib yang akan dilalui oleh anda. Justeru, di peringkat permulaan saya nyatakan , adalah teramat penting untuk seorang penghafaz Al-Quran itu memahami sejelas2nya tentang kepentingan setiap sistem tersebut.
Kepentingan Tasmi’ :
Perkara asas yang sedia dimaklumi oleh semua penghafaz Al-Quran. Jika tiada hafazan baru, bagaimana untuk menamatkan hafazan 30 juzu’. Cuma persoalannya adalah sama ada cepat atau lambat, banyak atau sikit dan rajin atau malas.
Bagi saya, kadar yang paling baik adalah sederhana atau pertengahan. Jangan terlalu ghairah untuk tergesa2 dan menghantar tasmi’ dengan begitu banyak. Jangan pula terlalu lembab atau ‘penakut’ dengan menghantar tasmi’ ‘ala kadar’ sahaja.
Manusia sebenarnya diciptakan dengan sifatnya yang sentiasa menyukai benda baru. Sentiasa pula inginkan sesuatu yang baru dan mudah jemu dengan yang lama. Ini tiada kaitan dengan poligami ye ( selingan ). Lumrah dan sifat ini seringkali mendorong seseorang penghafaz Al-Quran itu untuk menambah dan menghantar hafalan barunya sebanyak mungkin. Saya tidak katakan ianya negatif. Mungkin juga ia satu fenomena bersifat positif dan membina. Tetapi saya tekankan, ianya sangat2 negatif bilamana penghafaz Al-Quran itu mula mengabaikan murajaah dan hanya ghairah mengejar hafalan baru. Hasilnya? Semakin banyak dihafaz semakin banyak yang dia lupa.
Kepentingan Sabqi atau Para Sabaq :
Komponen atau sistem dalam hafazan yang sangat jarang diambil berat dan paling kerap diabaikan oleh sejumlah penghafaz Al-Quran. Antara faktornya ialah
Tidak tahu tentangnya
Merasakan ianya tidak penting
Menyamakan ianya dengan muraja’ah, manzil atau i’adah
Secara peribadi saya nyatakan, Sabqi amat2 penting dan WAJIB diambil berat oleh para penghafaz Al-Quran. Sabqi TIDAK SAMA dengan muraja’ah.Antara faktor kenapa anda gagal mendapat muraja’ah dan i’adah dengan baik adalah disebabkan anda tidak menitikberatkan persoalan Sabqi. Saya menjalani sistem ini dan sangat memberi perhatian kepada ulangan Sabqi saya sehingga tamat hafal.
Imam Ibnu Jazarī RH diberi gelaran sebagai Syamsuddin kerana nama beliau diawali dengan "Muhammad".
Jika ada ulama' gelarannya (bukan kunyah) dengan Syihabuddin maka nama dihadapannya adalah "Ahmad".
Jika ada ulama' gelarannya Nuruddin maka dihadapannya adalah "Ali".
Tuan Guru Haji Jusoh Bin Ismail ( Ayoh Su Kamsuhaya) Bukit Payong ( 1936 - Kini )
Oleh : Tengku Yusuff
Tuan Guru Haji Jusoh Bin Ismail dilahirkan pada tahun 1936 di Terengganu. Beliau merupakan adik kepada Tuan Guru Dato' Haji Awang Ahmad Bin Ismail - Imam Masjid Abidin & Jurunikah Seluruh Negeri Terengganu (menantu Tuan Guru Haji Mat Lintar). Tokoh ini lebih mesra dengan panggilan Ayah Su.
Beliau mendapat pendidikan peringkat awal di Sekolah Agama Zainal Abidin pada tahun 1951 hingga 1957. Pada waktu itulah, Ayah Su tinggal di rumah seorang ulama al-Quran yang sangat terkenal pada waktu itu bernama Tuan Guru Haji Muhammad Bin Awang Kecik atau lebih terkenal dengan panggilan Haji Mat Lintar. Yang memperkenalkan dan membawa Ayah Su bertemu Tuan Guru Haji Mat Lintar ini ialah abangnya, Dato' Haji Awang Ahmad yang juga merupakan murid kepada Tuan Guru Haji Mat Lintar.
Ayah Su sangat akrab dengan Tuan Guru Haji Mat Lintar sehingga beliau menjadi anak angkat kepada gurunya tersebut. Beliau diajar pelbagai ilmu dari Tuan Guru Haji Mat Lintar khususnya ilmu berkenaan al-Quran dan taranum.
Selain daripada itu, beliau juga belajar daripada Tuan Guru Haji Ahmad Bin Mat Som Pergau dan Tuan Guru Haji Yusof Kedondong. Gurunya, Tuan Guru Haji Yusof Kedondong ini adalah ulama yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan, merupakan ayah kepada Tuan Guru Haji Daud Meranti dan Qari Diraja Kelantan. Semua guru-gurunya ini adalah ulama dalam bidang al-Quran dan bacaan berlagu.
Dalam pengajian berkitab pula, beliau sempat belajar dengan Tuan Guru Ayah De Haji Mad Rusila. Tuan Guru Ayah De Haji Mad merupakan ulama lepasan Mekah al-Mukaramah. Pakaian beliau biasa saja, hanya kain serban atas bahu, kadang-kadang tidak berbaju. Namun begitu, baginda Sultan Terengganu sangat memuliakan beliau.
Ayah Su ketika mudanya pernah mewakili Terengganu dalam Musabaqah Peringkat Kebangsaan. Oleh kerana kealiman beliau dalam ilmu al-Quran, Tuan Guru telah dilantik menjadi Hakim Musabaqah Kebangsaan selama 22 tahun bermula pada 1987 hingga 2007. Bersama beliau ketika itu ialah Allahyarham Tan Sri Haji Hassan al-Azhari dan Tuan Guru Dato' Haji Nik Jaafar.
Semasa Ayah Su dilantik menjadi Hakim Musabaqah, beliau bersama sahabat-sahabatnya yang lain sempat bertalaqqi dengan Syeikh Mahmud Khalil dan Syeikh Mustafa Ismail, namun tidak sempat khatam.
Selain daripada itu, beliau juga merupakan jurulatih qari-qariah bagi negeri Terengganu selama bertahun-tahun.
Kini Ayah Su sudah berusia 86 tahun dan diuji dengan sakit tua. Beliau merupakan di antara ulama sesepuh Terengganu yang masih ada. Ayah Su menetap di Kampung Seberang, Bukit Payong, Terengganu.
Moga Allah Taala mengurniakan kesihatan yang baik kepada Tuan Guru. Amin.
Persatuan Qurra' Terengganu
Pemburu yang diburu.
Last updated 4 days, 14 hours ago
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated 2 weeks, 5 days ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 1 month, 2 weeks ago