Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated 2 weeks, 1 day ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 1 month, 2 weeks ago
Assalamualaikum
Sebagaimana diceritakan dalam hadits, di antara kemahiran tipu daya Dajjal ialah kemampuannya menyulap' kebenaran dengan kebatilan. Begitu pula sebaliknya. Dajjal disebutkan keluar membawa air dan api
Sedangkan, apa yang dilihat manusia sebagai air, sebenarnya adalah api.
Kita dah sampai zaman yang amat ditakuti Baginda Rasulullah saw. Baginda risau akan ummatnya.
Pengakhiran dunia akan memperlihatkan penguasaan Dajjal di dunia dengan sejumlah pengikut yang ramai. Dajjal adalah fitnah terbesar yang akan dihadapi oleh manusia akhir zaman.
Rasulullah SAW berkali-kali memperingatkan umatnya agar mempersiapkan diri untuk menghadapai fitnah Dajjal.
Dajjal memiliki kemampuan yang sangat hebat untuk menipu manusia. Digambarkan ia mampu menghidupkan orang mati, menurunkan hujan, menumbuhkan tanaman, membawa makanan dan minuman kepada orang sedang kelaparan dan lainnya.
Manusia yang menyahut seruannya akan hidup dalam kebahagiaan dan kenikmatan manakala yang menentangnya berada dalam kesengsaraan dan kesempitan. Nabi SAW bersabda maksudnya: "Sesiapa yang mempercayai dan mengikutinya maka tidak berguna amal ibadat yang dia lakukan sebelum itu. Sesiapa yang mendustakannya maka dia tidak akan diseksa dengan amal perbuatannya sebelum itu." Hadis Riwayat Ibn Khuzaimah
Begitu lah serba sedikit memanjangkan apa yang selalu dipesan Rasulullah saw.. semoga kita dapat memperbaiki iman dan taqwa mempersiapkan diri dan keluarga..?
السلام عليكم
Fardhu ain itu umpama tapak. Fardhu kifayah pula ialah bangunan di atas tapak. Bangunan akan lemah, kalau tapak bermasalah.
Tidak payah bersentuhan tangan, kerana
mereka sudah bersentuhan hati. Tak payah berbalas kerlingan mata kerana mereka sudah pun berbalas-balas doa.
Teringat saya amaran daripada Imam al-Ghazali, bahawa jika solat dipersembahkan kepada Allah tanpa ada sebarang rasa, sama keadaannya dengan mempersembahkan bangkai yang tidak bernyawa.
Jika ingin membaiki dunia, kita perlu baiki manusia. Dan untuk baiki manusia kita perlu baiki hatinya. Untuk membaiki hati, kita mesti bermula dengan memperbaiki solat.
Secara mudah kebahagiaan itu ialah memiliki hati yang tenang dalam menghadapi apa jua ujian dalam kehidupan.
Saidina Ali berkata, "Orang bijak bukan sahaja dapat membezakan antara kejahatan dengan kebaikan, tetapi dapat mencari kebaikan antara dua kejahatan.
Rezeki yang berkat, sedikitnya cukup dan banyaknya boleh diagihkan. Ia harta yang memberikan ketenangan. Sebaliknya harta yang tidak berkat, sedikitnya tidak cukup, dan banyaknya tetap tidak memuaskan hati. Ibarat meminum air laut, semakin minum, makin bertambah haus.
Pahrol Mohd Juoi,
السلام عليكم
Ilmu laduni merupakan ilmu yang diturunkan langsung oleh Tuhan tanpa melalui sebuah perantara. Semua ilmu itu diterima oleh jiwa dan secara murni.Adapun ciri-ciri orang yang memiliki Ilmu laduni sebagai berikut;
Pertama, orang yang dirahmati ALLAH untuk memiliki ilmu laduni akan memiliki kepekaan secara intuisi.
Kedua, pemilik ilmu laduni merasa tidak memiliki ilmu tersebut kerana yang dia rasakan hanya menjalani hidup apa adanya.
Ketiga, orang yang diberkahi dengan ilmu laduni biasanya selalu rendah hati dan tawaduk.
Keempat, pemilik ilmu biasanya juga tidak percaya diri saat mendapat petunjuk langsung dari ALLAH.
Kelima, tidak merasa miliki kelebihan ataupun indera keenam, serta sering tidak selesa dengan sebutan orang pintar dan hebat.
Keenam, selalu takut untuk berbuat kesalahan terlebih jika berbuat salah kepada ALLAH SWT.
Ketujuh, ilmu yang dimilikinya merupakan buah kesabaran atas ujian dan ketentuan yang telah ALLAH berikan.
Kelapan, pemilik ilmu laduni tidak perlukan dan gila pamer, kerana sudah paham bahwa segalanya berasal dari ALLAH SWT.
Kesembilan, membuat orang lain merasa aman, nyaman dan tercerahkan jika sedang bersama pemilik ilmu laduni.
Demikian ulasan tentang ciri-ciri orang yang memiliki ilmu laduni. Wallahualam.
Credit : Sugianto Bondowoso net
Antara nikmat menjadi umat Islam ketika akhir zaman ini ialah menyebarkan dakwah kepada yang muslim dan bukan muslim. Hidayah milik ALLAH dan kitalah yang kena berusaha menjemput hidayah. Semoga kita mati di atas jalan jihad fisabilillah. Semoga akan mati dengan sewaktu berbuat apa-apa kecintaan dan kesukaan kita ketika itu.
?
Seorang ibu ni, bukan sahaja jadi pembantu suami, juga jadi pengurus rumahtangga, jika saya lebih merasakan menjadi penasihat kepada suami, anak menantu, ibu bapa, mertua,adik beradik, ipar duai, bila salah seorang dari mereka mengandung. Nak atau tidak kita terpaksa pula jadi bidan terjun dalam pakar motivasi, pakar akhlak, pakar pemakanan,pakar kesihatan,bidan wanita,pakar kanak-kanak, doktor, jururawat,ustazah,dan sebagainya. Kita tak boleh lari jika anak kita atau saudara mara atau rakan kita pilih kita untuk bertanyakan soalan atau memohon pendapat. Semua itu Allah yang gerakkan.Tiada persoalan, tanpa merungut, tanpa berkeluh kesah, hanya meraikan. Pengalaman hidup adalah ilmu yang boleh disampaikan selain apa-apa ilmu kitab atau pendidikan yang kita telah pelajari.
Akhir zaman ni kalau tak jadi ahli yang ikhlas di jalan ALLAH, ahli Eskatology, ahli Alquran, ahli Dakwah, ahli Tahajjud, ahli Sedekah, ahli Ibadat, seseorang lelaki dan wanita yang sangat menjaga ibu bapa,keluarga dan mendidik keluarga dengan sepenuh hati, kita akan menjadi golongan yang rugi kerana ketinggalan dari orang-orang yang sedar. Jangan kita menjadi golongan yang tidur.. Semoga kita bangkit dalam golongan Ghuraba yang Soleh.. Wallahualam.
☝️ALLAHUAKBAR
Assalamualaikum ?
Nikmat hidup yang paling tinggi ialah iman islam, boleh sujud di hadapan ALLAH. Puji syukur atas nikmatMU pada kami YA ALLAH.
Manusia itu tugasnya bersyukur atas apa pun yang ALLAH bagi. Jangan juga cuba ingin merubah sesuatu yang ALLAH kehendaki. Ia mendatangkan murkaNYA.Banyak kejadian alam dan tanda alam untuk kita ambil pelajaran dan syukuri.
Satu orang nak keluar agama, sejuta orang nak masuk agama Islam. - Nabil.
Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan dosa.(Qs Hud Ayat 114)
Akhir zaman ini kena bergaul, mencari ilmu dari golongan Ghuraba dan menjadi golongan Ghuraba supaya kita juga boleh mendidik diri kita untuk bersedia mental emosi, persediaan Tauhid untuk diri sendiri dan ahli keluarga lebih utama dari yang lain-lain.Jangan ketinggalan dengan situasi yang terjadi di belakang tabir dan konspirasi-konspirasi sisi gelap dunia. Wallahualam.
Assalamualaikum
Allahumma Sholli 'Ala Sayyidina Muhammad,
Wa' Ala Ali Sayyidina Muhammad.
Selalulah jadi peribadi yang baik jadi lilin yang menerangi sekelilingnya,mesti lilin itu terbakar dan meleleh.
Sesiapa yang berfikir dengan benar, dengan izin Allah akan menemukan jalan dan istiqamah.
Orang yang bijak pandai yang akhirnya mendapat hidayah, orang yang biasa mendapat hidayah, kedua sisi sama sahaja, kecantikan atau ketampanannya serta bijak mengatur hidup,jaga lah hubungan dengan Allah, jangan pandang dunia sangat, inshaallah Allah jaga hidup akan jadi lebih baik.
Sewaktu pertama kali mula menulis di chanel,dan di mana-mana medan sosial, saya selalu tetapkan niat. Supaya ia seumpama menjadi laman, kebun, taman, medan, untuk meraih kebaikan dan redha Allah. Dengan setiap orang yang membaca dan melihatnya akan mengingati Allah dan mendapat manfaat ilmu agama walaupun hanya satu orang yang membaca dan mengambil manfaat, ia baik buat kita bersama.
بسم الله الرحمن الرحيم. اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد.❤️
السلام عليكم.❤️
"Raga manusia mudah rosak, namun jiwa dan semangat selalu abadi."
"Jadilah anak muda dan dewasa yang baik dan berbakat berbuat kebaikan, hingga ke akhir hayat tetap ingin menebar hal positif untuk semua."
"Betapa indahnya dunia jika kita semua bersatu dalam doa."
"Sesungguhnya setiap yang bernyawa pasti akan mati. Selalulqh ingat kan kematian agar kita selalu berbenah dan menyiapkan bekal untuk ke negeri kekal abadi."
"Datangnya ajal, ada bebrapa orang yang boleh merasakannya, dan beberapa juga orang sekeliling yang turut mendapat rasa. Ada juga beberapa orang yang telah merasakannya beberapa tahun atau hari-hari sebelumnya. Di situ tandanya kita siap untuk dipanggil, mengakui bertaubat atas segala dosa bahkan mereka juga siap untuk saling berpesan-pesan. Dan Allah Yang Maha Kuasa akan punya cara menghibur keluarga yang ditinggalkan."
"Semoga kita dan keluarga adalah individu yang dikurniakan sentiasa taat kepada Allah."
"Semakin ramai yang susah, tertekan dan mengambil jalan mudah membunuh diri, semoga pemimpin mengambil berat hal ini dan cepatlah undur diri atau diangkat Allah untuk tidak menjadi pemimpin. Jika mereka tidak ingin meminta hidayah, semoga kita cepat dikurniakan pemimpin beriman kelak yang boleh menjadi tauladan ummat. Keadaan negara yang rosak datang dari pimpinan dan tauladan yang rosak akhlak, Wallahualam.
سبحان الله تبارك الله ... بارك الله هو فيك.❤️
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated 2 weeks, 1 day ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 1 month, 2 weeks ago