Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated 2 weeks, 1 day ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 1 month, 2 weeks ago
Dapur menjadi lengang. Tidak ada lagi bunyi pinggan mangkuk bergeser di basuh. Batu sengkalan ditumbukkan juga tidak kedengaran. Decir minyak panas menggoreng di kuali juga hilang entah ke mana bersama angin yang bertiup di luar.
"Nak ubat macam mana, Lamat tu tak sakit,” Lebai Bahamit serba salah apakala didesak oleh isterinya.
-
"Nampak zahirnya memang tak sakit," ujar Kak Tiah semakin geram kerana suaminya sukar diajak berunding dalam saat demikian. "Tapi, Lamat tu memang sakit," katanya kian gusar apabila kenangkan nasib menimpa adiknya yang menduda semenjak kematian Birah.
"Kalau dah sakit, awak ubatlah," mendengus marah Lebai Bahamit apabila didesak sedangkan dia melihat Lamat Tebong tidak mengalami apapun penyakit.
Disebabkan suaminya tidak mahu mencampuri urusan Lamat Tebong, tidak berani juga Kak Tiah mahu memandai-mandai. Masakan dia boleh meminta bantuan Dukun Sunap sekiranya Lebai Bahamit tidak izinkan.
Bersambung...
Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @BercakapDenganJin.
Lamat Tebong tidak pernah makan sekiranya dia asyik memikat tekukur. Kadangkala berhari-hari dia tidak menjamah nasi, hingga terpaksa dipelawa oleh Kak Tiah datang ke rumahnya untuk makan. Kalau memikat tekukur pun bukannya pernah mengena, selain daripada seharian mengendap di tengah belukar.
Tetapi Lamat Tebong tidak pernah serik. Perkara memikat tekukur bukan perlu dapat memerangkap burung berkenaan, tetapi dia seronok mengendap di tengah belukar habiskan masanya sampai santak senja.
Selepas Utih Berahim beritahu kelakuan Lamat Tebong bercakap seorang diri di perdu pokok enau kepada Dukun Sunap, memang orang tua itu menuduh lelaki itu bercakap-cakap dengan isterinya. Dia percaya Lamat Tebong memang berkahwin dengan orang bunian di belukar berkenaan.
Apalagi kakaknya Kak Tiah sudah beberapa kali melihat dapur rumah Lamat Tebong berasap laksana ada orang sedang memasak. Tetapi Lamat Tebong mengaku dia sendiri tidak tahu menahu mengenai dapur rumahnya berasap itu tatkala dia keluar memikat tekukur.
Puas juga Utih Berahim mendesak Lamat Tebong supaya berubat pada Dukun Sunap, namun dia enggan menuruti nasihat kawannya itu. Berkeras Lamat Tebong memberitahu dia tidak menghidap apa-apa sakit pun. Bukan takat Utih Berahim sahaja mendesak, sedangkan Kak Tiah memujuknya supaya berubat pun dia tidak hiraukan.
Sampailah dia mati tidak seorang pun tahu mengenai punca Lamat Tebong berkelakuan aneh. Hanya Dukun Sunap sahaja agakkan dia berkahwin dengan orang bunian hingga menyebabkan Lamat Tebong asyik habiskan masa di belukar. Pandangan mata kasar sahaja dia memikat tekukur di situ, tetapi Dukun Sunap dapat mengagak tentu Lamat Tebong menemui kaum keluarga isterinya dari kalangan orang bunian itu.
Kalaulah keluarga Lamat Tebong meminta dia pulihkan semangat lelaki itu, memang Dukun Sunap sanggup lakukan. Dia sendiri akan menyusup masuk ke perkampungan bunian menemui penghulunya. Sekiranya mereka berkeras, Dukun Sunap akan bakar perkampungan itu dengan membacakan Ayatul Kursi. Tetapi dia sedia berlembut, sekiranya penghulu bunian mahu berunding untuk membebaskan Lamat Tebong.
Masakan Dukun Sunap mahu memandai-mandai mengubati Lamat Tebong, selagi keluarganya tidak bersuara. Dia tidak akan melanggar bahasa, kalau tidak mendapat keizinan Kak Tiah. Biarlah Lamat Tebong hanyut dalam dunianya, sehingga dianggap oleh orang-orang kampung berkelakuan aneh.
"Dia tu kesal tak sudah agaknya," Lebai Bahamit menduga apabila isterinya Kak Tiah mendesak supaya Lamat Tebong diubati. Bila-bila sahaja Dukun Sunap sanggup mencuba sekiranya dia sendiri meminta pertolongan.
"Kesal macam mana pula?" ujar Kak Tiah mendengus lemah.
"Dulu dia tak pedulikan Birah," tegas Lebai Bahamit mencebek bibir semacam mengejek. "Bila mati Birah, dia rasa bersalah," dia menjelaskan perlahan.
"Habis, dapurnya tu berasap macam ada orang memasak, kesal juga?" gerutu Kak Tiah melepaskan geram dengan sikap suaminya. "Nanti awak juga kesal tak sudah sebab tak pedulikan Lamat!" dia menambah sambil mencemik muka mengerling Lebai Bahamit.
Terkebil-kebil mata Lebai Bahamit dimarahi isterinya. Dia sendiri tidak dapat mencari punca. Kalau Lamat Tebong kesal dengan kematian isterinya disebabkan dia tidak ambil berat kesihatan Birah, kenapa pula jiran-jiran terserempak bayangan orang memasak di dapur rumah tatkala Lamat Tebong keluar memikat tekukur?
Bukan sekali dua jiran-jiran terserempak, malah sudah berulang kali semenjak kematian Birah. Sekalipun Lebai Bahamit tidak pernah bersua dengan kejadian berkenaan, tetapi isterinya Kak Tiah mengakui dia pernah mengendap tatkala asap melabun di atap dapur.
Perlahan-lahan Kak Tiah bersama Andak Lijah merapati bahagian dapur rumah Lamat Tebong. Terkejut benar mereka apakala melihat bayangan perempuan mememasak. Mereka nampak air beras dicurahkan di pelantar, sekalipun bayangan perempuan itu tidak jelas kelihatan. Apabila mereka menegur dari penjuru dapur, serta merta sahaja bunyi orang memasak tidak kedengaran lagi.
Setelah melihat keadaan rumah berkenaan yang atapnya sudah banyak yang tiris, dengan lantai dan dindingnya juga reput, tidaklah jadi saya mahu menyewa rumah peninggalan Lamat Tebong. Tetapi jauh di lubuk hati saya teringin juga mahu mengetahui daripada Mijun mengenai diri arwah Lamat Tebong itu.
Kalau dikatakan dia memelihara hantu raya menyebabkan kerapkali kelihatan menjelma selepas kematiannya, emak Mijun tentu lebih mengetahui mengenai adiknya itu. Tetapi Kak Tiah tahu sangat adiknya Lamat Tebong tidak pernah menuntut amalan memelihara hantu raya.
Datuknya Aki Mihin juga tidak mengamalkan apa-apa, kecuali menjadi tukang kayu sahaja. Masakan datuknya mewariskan hantu raya kepada Lamat Tebong kalau dia sendiri tidak tahu menahu mengenai amalan tersebut. Apalah gunanya Aki Mihin memelihara hantu raya kerana dia tidak mempunyai harta untuk dikawal oleh suruhan demikian?
"Arwah Lamat Tebong dulu nikah dengan bunian," beritahu Utih Berahim tatkala saya bersama Mijun mengunjungi dia di rumahnya. Utih Berahim sama-sama memikat tekukur dengan Lamat Tebong sampai jauh ke pinggir hutan mengendap di tengah belukar.
Beberapa kali Utih Berahim mengintai kawannya dari balik belukar apakala mendengar Lamat Tebong berbual. Dia sekadar melihat Lamat Tebong bercakap seorang diri mengadap ke perdu pokok enau tersergam di tengah belukar. Mahu sahaja dia menyergah dari belakang, tetapi bimbang pula kawannya itu akan tersinggung.
Kadangkala hampir setengah jam dia melihat Lamat Tebong berbual di situ seorang diri. Hingga santak senja barulah dia meninggalkan belukar mencapai sangkar denak terus balik ke rumah tidak menoleh ke belakang lagi.
"Apa yang kau bualkan di belukar, Lamat?" sengaja Utih Berahim mendesaknya semasa berjalan kaki balik ke rumah.
"Kau gila, aku berbual dengan siapa pula?" tersengih-sengih Lamat Tebong kehairanan dengan soalan kawannya itu.
"Aku nampak kau berbual di perdu pokok enau," kata Utih Berahim tetap mengesyaki sesuatu kejadian buruk berlaku ke atas diri kawannya itu.
"Masa bila pula aku di perdu pokok enau ni?" sahut Lamat Tebong tidak percaya dengan dakwaan Utih Berahim. "Kau tak nampakkah aku mengendap dekat pokok cenerai," jelasnya seolah-olah cuba berdalih.
Tetapi Utih Berahim memang melihat kawannya itu tercegat di perdu pokok enau berbual berbisik-bisik laksana berhadapan dengan perempuan. Puas dia memerhati sekeliling, tidak ada siapa pun dilayan berbual dengan Lamat Tebong di situ.
Beberapa kali juga Utih Berahim cuba mengamati perbualan Lamat Tebong, tetapi dia tidak dapat mendengar dengan jelas biji butirnya. Bagaimanapun dia dapat mengagak memang Lamat Tebong bagaikan sedang bercakap dengan isterinya Birah. Kadangkala sewaktu melintas di halaman rumahnya tatkala malam pun, Utih Berahim mendengar Lamat Tebong berbisik-bisik dengan perempuan.
Bukan Utih Berahim sahaja menyedari kejadian aneh berlaku terhadap diri Lamat Tebong, malah Kak Tiah juga beberapa kali terserempak dapur rumah adiknya berasap seperti ada orang memasak nasi. Hairan juga dia dengan keadaan dapur rumah adiknya disebabkan Lamat Tebong tidak ada di rumah.
Apabila diintai oleh Kak Tiah dia melihat periuk nasi terjerang di tungku. Setelah Lamat Tebong balik ke rumah tidak bertangguh Kak Tiah memberitahu mengenai periuk nasi terjerang sewaktu dia keluar memikat tekukur. Sewaktu Kak Tiah naik ke rumah bersama Lamat Tebong, tidak ada pula kesan orang memasak. Periuk yang terjerang juga tertangkup di bawah dapur dengan puntung kayu tersusun rapi.
Selepas kematian Lamat Tebong, beberapa kali juga Kak Tiah melihat dapur rumah itu berasap laksana orang memasak. Bukan Kak Tiah sahaja yang melihat kejadian itu, malah jiran-jiran juga tersermpak. Sebab itulah mereka tidak berani melintas di halaman rumah peninggalan arwah Lamat Tebong.
"Masa hidupnya juga banyak kejadian aneh pada dirinya, ustaz," jelas Utih Berahim apabila kenangkan kelakuan kawannya itu.
Masakan menjadi kesalahan kalau dia memuji kejelitaan Siti Dinah yang terkedek-kedek menjinjang bakul berisi kain basuhan. Tetapi gadis itu tidak mahu menyahut apabila ditegur ramah oleh Lasah Tepok. Sebab itu tidak bertangguh Lasah Tepok menghadang jalannya biar dia dapat menatap wajah Siti Dinah.
Disebabkan marah benar dihadang oleh Lasah Tepok, lantas Siti Dinah meludah ke tanah meluahkan rasa meluat yang terpendam. Biar Lasah Tepok sedar, selamanya dia tidak sudi didampingi oleh lelaki yang mengada-ngada tidak sedarkan diri sendiri tepok sampai melangkah goyah tidak bertenaga.
Memang tersinggung benar Lasah Tepok diludah Siti Dinah. Meludah ke tanah pun samalah macam meludah ke muka dia juga. Alangkah malunya dia dihina demikian oleh Siti Dinah. Apalagi Mail Repol dan Mat Jimin melihat sendiri dia diludah macam sampah tidak berguna di tepi longkang.
Selepas diludah Siti Dinah itulah Lasah Tepok meninggalkan kampung halamannya terus ke Pahang. Tahu sangat Mak Sunah tentu anaknya ke Telemong membawa diri ke rumah bapa saudaranya di sana. Aki Cubin juga terkilan apabila diberitahu dengan kejadian cucu saudaranya diludah anak gadis di hadapan orang.
"Kau kena cari air mata duyung," tegas Aki Cubin mendesak Lasah Tepok supaya berusaha menebus malu. Pantang datuk nenek moyangnya diludah perempuan kalau tidak bertindak balas biar sampai melutut meminta maaf.
"Sebab itu aku cari aki ni," sahut Lasah Tepok seolah-olah orang mengantuk disorongkan bantal apabila datuk saudaranya itu sudah memberikan jalan.
"Kau mesti tahan diuji," beritahu Aki Cubin mengusap muka dengan dua belah tapak tangannya. Kalau dia diludah Siti Dinah, memang gadis itu sengaja mencari nahas. Tidak perlu dia gunakan air mata duyung direnjiskan ke tubuh Siti Dinah, memadai sahaja tepuk bantal di tengah malam.
Di Telemong memang seisi kampung tahu sangat mengenai Aki Cubin tatkala mudanya kalau dicabar perempuan. Limah Janda balik dari bekerja di estet berkali-kali dicubanya tidak juga mahu mengalah apabila ditegur sapa, lantas sahaja dilambungnya bantal di tengah malam.
Bersambung...
Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @BercakapDenganJin.
Lama juga bayi itu terkejang baru dapat dipulihkan. Malim Geceh tetap sabar menghadapi dugaan apabila anaknya diserang demam panas yang membahang. Biarlah emak mertuanya Uda Kijah menceceh salahkan dirinya, Malim Geceh tetap jaramkan air daun pulasan itu ke seluruh tubuh anaknya.
Tidak lama selepas bayi itu sembuh daripada terkejang tidak sedarkan diri, Malim Geceh pula ditimpa sakit perut cirit birit sepanjang hari. Tiga hari dia menghidap cirit birit itulah Malim Geceh meninggal dunia setelah berak darah tidak berhenti.
Memang Uda Kijah menuduh menantunya bertukar nyawa akibat badi biawak yang menimpa anak kecilnya, sekalipun Lebai Besar ingatkan bahawa Allah Subhanahu Wata'ala tidak pernah menukar nyawa sesiapa pun.
Akibat demam panas yang menimpa Lasah Tepok itulah menyebabkan dia tepok apabila membesar hingga sebelah kakinya goyah tatkala melangkah. Uda Kijah percaya sangat malang yang menimpa cucunya itu memang berpunca daripada sikap arwah menantunya Malim Geceh cabuh pantang. Geruh badi biawak yang ditetak paha itulah yang menyebabkan Lasah Tepok terpaksa menanggung padah.
"Sebab aku tepok, orang nak hinakan aku!" Lasah Tepok menggertap bibir sambil mengurut-urut kakinya yang tepok.
"Perasaan kau aje macam tu," sahut Mak Sunah mengerling anaknya yang terlentang di tempat tidur dengan dua tangan terlanggung di kepala.
"Biarlah mereka nak cakap apapun, bukannya kau rugi apa-apa," dia menambah dengan tersengih-sengih.
"Aku akan ajar mereka," ujar Lasah Tepok mencemik muka bagai menyimpan dendam yang membara.
"Siapa yang kau marahkan sangat ni?" sengaja Mak Sunah mahu menguji hati anaknya yang bergejolak dengan perasaan marah itu.
"Ah, semua orang kampung pun sama," jelas Lasah Tepok merenung kasau atap rumah lantas meletakkan dua tangannya ke dada pula.
"Agaknya kau marahkan Mail Repol, Juki Bular, Mat Jimin?" Mak Sunah tersenyum mengusik anaknya.
Tetapi Lasah Tepok tidak menyahut. Dia mencebek bibir menahan perasaan marah yang meluap-luap. Sebesar hama pun dia tidak berdendam dengan Mail Repol, Juki Bular atau Mat Jimin. Tidak ada sebab dia berdendam kalau sekadar Mail Repol mampu menarik kerbau membajak di sawah sampai sejenjang habis, atau Juki Bular gagah mengheret manau sepuluh kabung di lereng bukit, atau Mat Jimin bergayut pantas meniti dahan petai di tengah hutan.
Satu-satunya yang terbuku di hati Lasah Tepok memang Siti Dinah yang tidak mahu berpaling pun menatap mukanya di mana sahaja terserempak. Sombong benar anak gadis Pak Kubir itu, seolah-olah di dalam kampung tidak seorang pun anak muda layak meminangnya.
Hampa juga hati Mail Repol apabila pinangannya ditolak setelah tepak sirih diusung ke rumah Pak Kubir. Tetapi Mail Repol tidak ambil hati sangat apabila peminangan ditolak oleh Pak Kubir. Apa sangat dia mahu harapkan Siti Dinah kalau sudah bukan jodohnya!
Sebab itu Mail Repol meminang Mahawa berkulit hitam manis yang mempunyai hubungan kekeluargaan dua pupu dengannya. Memang sudah jodohnya dengan Mahawa, dia rela menerima Mail Repol menjadi suaminya.
"Buat apa kau jadi pungguk rindukan bulan," ejek Mail Repol nasihatkan Lasah Tepok disebabkan berkeras sangat dia mahu memikat Siti Dinah. Kalau anak muda tampan lagikan Siti Dinah tidak sudi menjeling mata pun, masakan Lasah Tepok boleh diterimanya.
"Kau fikir aku tepok, tak ada perempuan mahu?" gerutu Lasah Tepok geram kerana diejek demikian.
"Sedarlah sikit diri kau tu, tepok!" sengaja Mat Jimin menyakiti hati Lasah Tepok yang tidak mahu mengalah kalau bertegang leher di manapun. "Nak memikat Siti Dinah konon, lembu betina pun belum tentu sukakan kau," katanya keras menyebabkan Lasah Tepok benar-benar tersinggung.
Marah Lasah Tepok tidaklah tertumpu pada Mat Jimin, tetapi dendamnya membara setiap kali kenangkan Siti Dinah meludah ke tanah tatkala dia menegurnya dengan ramah. Tidak patut gadis itu menghina dia, kalau sekadar mahu bertegur sapa apabila terserempak di tengah jalan.
Kalau tidak disebabkan Lasah Tepok dihinggapi demam panas sewaktu usianya dua bulan, Mak Sunah percaya anaknya tidak tepok demikian. Ketika bayi kecil itu terkejang dengan badan meruap panas, Dukun Simek sudah beritahu dia mengenai badi biawak yang mencari geruh.
Memang salah suaminya Malim Geceh membunuh biawak dengan menetak bahagian kaki hingga terkulai tidak dapat merangkak, sewaktu dia tengah sarat mengandungkan Lasah Tepok. Marah benar Malim Geceh disebabkan biawak berkenaan menyusup masuk ke dalam tarang induk ayamnya tengah galak mengeram. Habis telur ayam di dalam tarang digonggong biawak laknat itu.
Masakan dia dapat menahan sabar dalam saat demikian, kecuali mencapai parang panjang. Terhendap-hendap dia di bawah rumah mendekati tarang ayam mengeram biar biawak berkenaan tidak dapat lari ke mana. Tetapi biawak laknat itu mudah sahaja tercium bau manusia. Sempat dia terjun ke tanah sebelum Malim Geceh mendekati tarang tersebut.
Sebab itu Malim Geceh tidak bertangguh menghayun parang panjang yang tergenggam erat di tangan. Dia tidak peduli di mana pun mata parangnya singgah asal sahaja biawak itu tidak dapat melepaskan diri. Kepantasan Malim Geceh juga bukan kepalang, hingga tetakannya tidak sia-sia begitu sahaja. Sekali gus mata parangnya hinggap di bahagian paha biawak menyebabkan binatang itu tidak mampu bergerak pantas setelah pangkal pahanya terkibak.
Dalam saat biawak itu terkial-kial merangkak, Malim Geceh sekali lagi menghayun mata parang menetak di bahagian tengkuk biar kepala biawak terpenggal. Tidak sia-sia dia mengasah mata parang panjang penebas itu setiap hari sehingga tajam tidak bersisa. Sekali tetak sahaja kepala biawak tersebut terpenggal sampai terkulai macam batang mengkudu ditebas tengah belukar.
Memang badi biawak itulah yang menjadi geruh bayi kecil baru dua bulan dilahirkan itu. Marah benar emak mertuanya pada Malim Geceh disebabkan membunuh biawak tatkala isteri sendiri sedang sarat mengandung. Sudah dipantangkan oleh orang tua-tua supaya tidak membunuh binatang semasa isteri sarat mengandung kerana bimbang badi akan menimpa bayi dalam kandungan. Disebabkan Malim Geceh melanggar pantang larang orang tua-tua itulah bayinya yang baru lahir dua bulan ditimpa bencana geruh. Terkejang bayi itu dengan air liur meleleh hingga mata terbalik putih. Menggeleng kepala Dukun Simek setelah melihat air di dalam geluk kerana bayi itu ditimpa geruh badi biawak.
Tetapi Malim Geceh tetap percaya anaknya tidak ditimpa badi geruh biawak yang menceroboh tarang ayamnya. Bukan binatang laknat itu sahaja wajar dibunuh, kalau manusia juga menceroboh dia perlu bertindak balas. Tidak ada sebab dia mesti tunduk dengan bencana geruh badi, sekiranya biawak laknat itu menceroboh ternakannya.
Malim Geceh percaya , bayinya itu ditimpa demam panas meruap seluruh badan. Dia sendiri jaramkan kepala anaknya dengan air daun pulasan biar sejuk menusuk ke kulit. Kalau harapkan jampi serapah Dukun Simek sahaja belum tentu demam panas itu boleh sembuh betul.
"Kenapa kau jaram dengan air daun pulasan?" gerutu emak mertuanya Uda Kijah apabila Malim Geceh tidak pedulikan air ubat Dukun Simek siap dijampi. Air di dalam geluknya sudah dicampur dengan bunga raya tujuh kuntum dan mayang pinang muda tujuh urai. Apabila Dukun Simek sudah jampikan bunga raya di dalam geluk air, bermakna dia sudah berubat air tawar besar.
Tentu badi biawak itu sudah semakin pasang menyebabkan Dukun Simek berubat air tawar besar. Sebab itu dia pantangkan tidak boleh memasak barang yang boleh kecut dalam tempoh tiga hari; tidak boleh memanggil dari tengah halaman, dilarang menghalau binatang dengan bersuara! Pantang larang ini mesti dipegang oleh seisi rumah.
Biar apapun pantang larang ditetapkan oleh Dukun Simek, tidak dipedulikan langsung oleh Malim Geceh. Biarlah anaknya cabuh pantang kalau dia jaramkan dengan air daun pulasan untuk membuang wap panas di dalam tubuh anaknya. Tersinggung juga Dukun Simek dengan sikap Malim Geceh seolah-olah tidak menghargai jasa baiknya.
Tamat bab 148.
Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @BercakapDenganJin.
Semasa Tok Aji bisikkan supaya segera membuka mata, sekali gus saya bagaikan tercampak semula ke tengah pusaran air. Lama tenggelam di dasar air barulah saya dapat membuka mata. Cepat-cepat pula Tok Aji hembuskan ubun-ubun saya dengan membacakan tiga kali al-Fatihah.
"Tidak pernah saya tengok cara pengubatan Tok Aji," tersengih-sengih Malim Melano beritahu mengenai kehairanannya apabila Tok Aji tidurkan saya hingga rebah ke lantai. Dia melihat Tok Aji bagaikan bercakap dengan saya tatkala tengah tidur tidak sedar apa-apa.
"Perkara ni dah lama diamalkan orang tua-tua dulu," ujar Tok Aji tersenyurn lantas meminta saya beritahu mengenai penyakit yang dihidapi oleh Tok Ompek.
Setelah diberitahu Tok Ompek kudis yang membengkak pada buku bukan gangguan ilmu hitam, perlahan-lahan dia mengeluh lantas mengesat pelupuk matanya. Memang menuduh Surip Labang membalas dendam setelah bertahun-tahun mendongkol perasaan akibat diperangkap di halaman rumahnya.
Tentu Surip Labang tidak puas hati setelah tidak dapat membolos masuk ke rumahnya mengganggu Anjang Siyah. Apabila meninggalkan kampung halaman lantas sahaja Surip Labang mahu membalas dendam.
Tetapi Tok Ompek dengar juga mengenai Surip Labang sudah lama meninggal dunia, apabila mengidap resdung hingga hidungnya rompong tidak bersisa. Manalah dia mahu percaya mengenai malang yang menimpa lelaki berkenaan kalau takat mendengar khabar angin semata-mata. Siapa pun tidak pernah menjengah mayat Surip Labang terkejang akibat penyakit resdung hingga hidung rompong tidak bertahan.
Memang orang-orang di kampung tidak melihat mayat Surip Labang. Mereka sekadar diberitahu sanak saudaranya yang tidak sempat menjengah. Setelah berbulan-bulan Surip Labang meninggal dunia baru sanak saudaranya dapat dihubungi. Sebab itu Tok Ompek tidak percaya sangat mengenai Surip Labang meninggal dunia apabila kakinya tiba-tiba sahaja gatal merenyam-renyam.
Puas digaru sepanjang malam berdebar sangat hati Tok Ompek apabila melihat kudis mula membengkak. Kulit kaki juga bertukar menjadi hitam sama macam jelmaan Surip Labang tatkala menceroboh masuk ke rumah mangsa. Sebab itu dia percaya tentu amalan ilmu hitam Surip Labang yang mengganggu dirinya.
"Boleh jadi awak ni kena kencing manis, Tok Ompek," jelas Tok Aji dengan meminta Malim Melano mencuba daun betik kecut kekuningan seperti saya beritahu tatkala ditidurkan.
Memang saya sendiri tidak tahu mengenai penyakit kudis yang dihidapi oleh Tok Ompek, selain melihat bayangan daun betik kekuningan itu apabila didesak Tok Aji. Setelah rebuskan air daun betik berkenaan dengan tiga cawan hingga menjadi satu cawan sahaja, Tok Ompek meneguknya setiap pagi dan malam hingga berturut-turut tujuh hari.
Selepas diamalkan minum air rebus daun betik kecuk kekuningan itulah Tok Ompek merasa sakit-sakit di seluruh badannya beransur hilang. Bengkak pada buku lali kakinya juga mengecut. Sewaktu saya berpindah meninggalkan kampung halamannya memang Tok Ompek sudah sembuh betul, tetapi dia masih juga amalkan minum air rebus daun betik berkenaan.
Hinggalah bertahun-tahun tidak pernah lagi jengah ke kampung berkenaan saya terserempak Mat Sudi sewaktu sama-sama menghantar anak masuk di pusat pengajian. Segera Mat Sudi perkenalkan dirinya setelah saya cam mengenai ayahnya Malim Melano serta datuknya Tok Ompek yang sudah lama meninggal dunia.
Setelah beberapa kali bertemu selepas itu, Mat Sudi tiba-tiba sahaja beritahu mengenai ayahnya baru sahaja keluar dari hospital. Tatkala saya menjengah ke kampungnya keadaan Malim Melano sudah bertenaga semula. Dia tunjukkan ibu jari kakinya yang hitam lebam kembali pulih setelah amal kan meneguk air rebus daun betik kecut kekuningan itu.
"Saya ingat lagi masa ustaz beritahu mengena ubat arwah bapa mentua saya Tok Ompek dulu,' tersengih-sengih Malim Melano jelaskan mengenai dia meneguk air rebus daun betik itu.
Sudah lama sangat kejadian tersebut manalah saya ingat apabila Tok Aji tidurkan saya tatkala Tok Ompek harapkan kakinya yang membengkak dapat diubati. Saya sendiri tidak tahu penyakit sebenar yang dihidapi Tok Ompek ketika itu.
Setelah seisi kampung tahu mengenai amalannya tidak bertangguh Surip Labang meninggalkan kampung halaman. Dia tidak mahu jejak lagi kaki menjengah muka Malim Melano apabila terperangkap di halaman rumah Tok Ompek. Siapa pun tidak peduli lagi ke mana pun Surip Labang menghilang asal sahaja dia tidak menceroboh lagi!
"Nasib orang merantau memang begitu," tutur Malim Melano apabila kenang seisi kampung menuduh dia amalkan amalan menjelma menjadi lembaga hitam tidak berpakaian itu, lantas mengerling isterinya Anjang Siyah.
"Ustaz pun merantau sekarang ni," segera Anjang Siyah ingatkan suaminya tatkala mula-mula saya berpindah ke kampung mereka.
"Tak sama ustaz merantau dengan saya merantau," jelas Malim Melano tersengih-sengih menatap muka saya. Memang dia mengakui kejadian yang berlaku ke atas Surip Labang itu sudah lama berlalu. Malah dia juga sudah lama berkahwin dengan Anjang Siyah setelah disuruh oleh Tok Ompek.
Sewaktu saya menetap di kampung berkenaan, Mat Sudi juga sudah berkahwin. Sama-sama tekun usahakan sawah padi datuknya Tok Ompek yang terkejang mengidap kudis membengkak pada buku lali. Puas juga dipupuk ubat oleh Malim Melano, tetapi penyakit Tok Ompek tidak juga mahu sembuh.
Akibat kudis membengkak itu Tok Ompek terasa sakitnya berdenyut-denyut sampai ke paha. Kadangkala dia merungut disebabkan seluruh badannya bagaikan ditusuk jarum hingga tidak dapat bertahan. Bimbang juga Tok Ompek sekiranya diganggu amalan ilmu hitam semata-mata mahu membalas dendam terhadap dirinya.
"Pandai awak berdalih fasal ustaz merantau," lantas Anjang Siyah mengejeknya apabila Malim Melano kata saya jejak kaki ke kampungnya bukanlah merantau sangat.
"Ustaz merantau dalam Semenanjung, tapi saya merantau dari seberang," Malim Melano menjelaskan kenapa tidak sama dia merantau dengan saya. "Lagi pun ustaz ke sini bertugas, saya ke sini mencari tempat berteduh," dia menambah suara merendah.
Memang Malim Melano bangga benar tatkala saya mengajak Tok Aji menjengah situ. Perlahan dia mengesat pelupuk mata diberitahu mengenai Tok Aji juga lama meninggalkan Bukittinggi sebelum ke Pekanbaru terus ke Semenanjung. Lantas sahaja Malim Melano memeluk Tok Aji bagaikan keluarga yang lama berpisah.
Tetapi saya tahu benar perangai Tok Aji, asal sahaja menemui sesiapa yang baru jejak kaki ke Semenanjung mudah sangat mesranya dia. Tok Aji sudah menganggap Malim Melano sama juga macam keluarganya. Semasa Malim Melano beritahu mengenai bapa mentuanya Tok Ompek mengidap kudis membengkak pada buku lali, segera Tok Aji menjengahnya.
Tiga kali Tok Aji jentik kepala lutut Tok Ompek dia sekadar merungut-rungut sahaja tidak menentu. Kemudian dia menggamit saya duduk di sisinya terus menepuk ubun-ubun saya tiga kali. Selepas Tok Aji hembus ke muka saya tiga kali perlahan dia bacakan:
Allahhu yatawaffal anfusahina mau-tiha wallati lam-tamut fi-manamiha fayumsikul lati qodo 'alaihal mauta wayursilul ukhra ila ajalim musammam inna fi-zalika la-ayatin liqaumiy yatafakkarun.
Apabila Tok Aji biarkan badan saya rebah ke lantai, saya sekadar menyedari pergelangan tangan saya dipegangnya. Ketika ini saya dengar Tok Aji berbisik menyuruh saya mencari punca penyakit yang dihidapi Tok Ompek. Perlahan-lahan pula saya terasa bagaikan keluar ke permukaan air terus melayang ke udara.
Tatkala saya melihat buku lali kaki Tok Ompek membengkak dengan kudis membusuk, saya bagaikan melihat hama berkumpul di situ. Sebaik sahaja dihembus dengan tiga kali al-Fatihah hama yang berkumpul itu berpusar laksana semut terapung di tengah air, Memang saya dapat mengagak tentu tidak ada gangguan syaitan hingga kaki Tok Ompek membengkak.
(Bab 148 bahagian 2)
Sebaik sahaja diberitahu pada Tok Aji mengenai hama yang banyak di buku lali kaki yang membengkak, saya mendengar Tok Aji berbisik carikan ubat yang sesuai dengan membacakan tujuh kali surah al-Kautsar. Setelah saya bacakan surah al-Kautsar lantas menghembus ke udara, ketika ini saya melihat seolah-olah daun betik kecut kekuningan berombak-ombak ditiup angin.
Lembaga tidak berkepala itu tersungkur lemah menjadi debu hitam. Ketika suami perempuan itu masuk ke bilik dia hairan melihat selonggok debu hitam di atas katilnya. Bagaimanapun, dia terpaksa juga menemani isterinya ke hospital setelah urusan dibuat oleh pihak hotel.
Sewaktu meninggalkan bilik hotel keesokan paginya, kami tidak sempat menemui lelaki kulit putih dan isterinya yang menginap di bilik sebelah.
Tamat bab 140.
Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @BercakapDenganJin.
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated 2 weeks, 1 day ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 1 month, 2 weeks ago