Pemburu yang diburu.
Last updated 3 days, 9 hours ago
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated 6 days, 2 hours ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 2 weeks ago
Hargailah ibu, wanita pertama dalam hidup kita semua. Bila dia sudah tiada, hidup tak akan lagi sama seperti dulu kala. Sayangi dan cintailah dia dengan sungguh-sungguh.
Tulisan diatas saya abadikan dalam buku terbaru saya. Doakan saya ya ??✨
Saya nak buat giveaway buku baru. Jom komen dan share ✨
https://www.instagram.com/p/C6yhP0QRaHs/?igsh=bWlyNWNjMzBhd25k
Sedar tak sedar, kita sudah berada di penghujung Ramadan. Rasa sekejap betul Ramadan berlalu tahun ini. Tahun ini juga, ramai yang mengeluh rasa teruji dari segi rezeki. Ada juga yang diuji kesihatannya dan tak dilupakan ada yang diuji dengan pemergian orang tersayang.
Banyak perkara yang kita tak ingin lepaskan. Tetapi masa akan terus berlalu. Ramadan juga akan beransur meninggalkan kita. Sama ada kita manfaatkannya atau tidak, Ramadan tetap akan pergi.
Duhai selasih janganlah tinggi,
Kalaupun tinggi berdaun jangan,
Duhai kekasih janganlah pergi,
Kalaupun pergi bertahun jangan.
Semoga segala amalan kita sepanjang bulan ini diterima oleh Allah swt. Dan semoga kita dipanjangkan umur untuk bertemu lagi dengan Ramadan seterusnya yang bakal tiba. Moga satu bulan yang mulia ini, mampu mendidik kita selama 11 bulan kehadapan ❤️✨
Maaf saya kurang aktif kebelakangan ini. Terlalu sibuk dengan urusan kerja hakiki dan masa pun terhad kerana bangun awal dan tidur lebih awal bulan Ramadan ini. Walaupun begitu, tidak menghalang saya untuk menghasilkan sesuatu untuk kalian, yang sentiasa mendoakan dan menyokong saya ✨
Doakan saya. Saya target karya terbaru ini akan diterbitkan untuk PBAKL24 nanti. Untuk komik Sinbad, saya maklumkan disini, tak mampu saya siapkan buat masa terdekat. Doakan andai ada kesempatan, hujung tahun ini. Buku terbaru ini, sangat istimewa bagi saya. Harap sabgat kalian suka.
Tentang apa? Tak mampu saya ceritakan lagi. Cukup saya bagi emoji sebagai tanda 'hint' tema karya yang akan datang kelak ☺️.
???????
Terima kasih buat yang masih disini. Saya mohon doakan, jika mampu dan lapang, boleh kongsikan mana sahaja posting saya yang kalian suka. Mungkin dapat bantu saya walau sedikit ??✨
https://www.instagram.com/reel/C5OL4cqx1Lv/?igsh=MTd5YW13eG9vOHhhNQ==
“Ya Allah, Kau berkatilah kepada kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan Kau berkatikanlah (pertemukan kami dengan bulan Ramadhan) kepada kami pada bulan Ramadhan”.
Tak lama lagi kita akan bertemu dengan bulan Ramadhan yang mulia. Sudahkah kalian persiapkan diri untuknya? Jom sama-sama kita cuba perbaiki diri kita sentiasa insyaAllah ??✨
Pemburu yang diburu.
Last updated 3 days, 9 hours ago
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated 6 days, 2 hours ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 2 weeks ago