Pemburu yang diburu.
Last updated 1 day, 13 hours ago
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated 2 weeks, 2 days ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 1 month, 2 weeks ago
**Tak taulah macam mana dia nak hadap arwah mama kalau ada apa-apa yang jadi kat Aira. Dalam hati, dia mengucapkan syukur terhadap tuhan.
Airan meletakkan Aira perlahan-lahan di atas katil. Sempat dia pesan dengan Audia untuk meletakkan ubat pada lebam Aira. Audia hanya mengangguk faham.
"Jaga adik aku."
Wajah Airan bertukar dingin. Ingat dah mati orang tua tu. Rupanya, masih hidup lagi.
Airan menekan tombol rahsia yang terdapat pada dinding tersembunyi di banglo itu. Kayrul berada di belakang. Muncullah satu elevator yang menghubungkan lantai tempat mereka berada dengan lantai bawah tanah.
Di situlah mereka akan seksa mangsa mereka. Dian melihat Airan dan Kayrul yang baru tiba.
Tanpa disuruh, air yang berisi ais batu itu dituangkan ke kepala Kasyar.
"Apa ni?!"**
p/s maaf tau tak berapa best :(
❥ @dunianovels ??
꒰ Hers ꒱
#Hers07
**Kereta milik Kayrul memecut laju. Hana baru saja menghantar signal kepada dia. Berarti mereka berdua selamat.
Setibanya jejaka itu di destinasi yang dituju, dia terus meletakkan keretanya di kawasan yang tertutup. Pistol setia di tangan.
"Kau datang. Sendirian." Kayrul melihat Aira yang berada di tangan musuhnya itu. Kasyar Irfan. Ayah kandung Aira dan Airan. Tetapi perangai sebijik seperti binatang.
"Lepaskan Aira." Kayrul memberi amaran. Aira yang tidak sedarkan diri tadi sudah bangun. "Ayah?"
Aira terkejut. Kasyar sepatutnya sudah mati. Seketika dia tersedar kepalanya tidak ditutupi dengan apa-apa.
"Allah! Lepas!" ucap Aira.
"Kau jangan banyak gerak!" jerkah Kasyar. Tubuh Aira direntap menggunakan besi. Air mata mula mengalir deras. 'Ya Allah, bantulah hambaMu ini.'
Kayrul melihat Hana yang matanya ditutup dengan kain berwarna hitam. "Aku nak nyawa kau." Kasyar masih dengan wajah angkuhnya. Tidak peduli dengan Aira yang meraung kesakitan.
Ketika diri sudah dikuasai dendam, darah daging sendiri pun menjadi mangsa.
Kayrul melihat sekeliling. Sekilas, matanya menangkap susuk tubuh seseorang di bahagian atas tempat itu. Kayrul diberi isyarat untuk tunduk.
Rasa ragu-ragu bersarang di hati. Dia tidak tahu sama ada orang yang berada di sini musuh atau orang yang boleh dia percaya.
Bunyi sniper bergema. Kaki kanan Kasyar menjadi sasaran. Kasyar melepaskan Aira yang menjadi tawanannya.
Bang!
Kali ini, kaki kiri lelaki tua itu pula di target kan. Darah mula mengalir deras. Kayrul dengan segera mengambil Aira yang sudah tidak sedarkan diri itu. Orang yang membantu dia tadi telah menghilang dirinya.
"Aku akan deal dengan kau nanti," kata Kayrul dingin sebelum matanya teralih kepada Hana. Ikatan pada tangan wanita itu dibuka. Yang lain tu biarlah wanita itu urus sendiri.
Kayrul mengarahkan Hana untuk membawa Kasyar. Aira pula diangkut masuk ke dala kereta. "Hai!" Dian menjerkah dari belakang. Kayrul tidak memberikan reaksi.
Lelaki pondan ni rupanya.
Kayrul dengan muka dinginnya berpisah tiada. Dian memasuki kereta milik Kayrul melalui pintu belakang kereta Kayrul.
"Apa kau buat ni?" tanya Kayrul. Dian mengangkat sebelah keningnya. Eh eh, mamat ni. Aku dah selamatkan, banyak songeh pula. Tapi dia hanya mampu kutuk dalam hati je lah hahaha!
Cakap depan-depan kang kena tembak pula. Kayrul masih memandang. Dian tidak puas hati. Malas nak cakap banyak. "Aku nak ikutlah. Tak baik berduaan dengan perempuan tau!" ceramah Dian.
"Habis Hana?" tanya Kayrul mendatar.
"Dia ikut sinilah. Mana ada aku bawa kereta hehe." Dian tersengih bagaikan kerang busuk.
"Aku tak nak mayat hidup tu kat kereta aku," tegas Kayrul. Dian mengeluh seketika. Beberapa saat berlalu, akhirnya Dian mengalah. Sebelum Kayrul berlalu pergi, Dian menasihati bosnya itu untuk terus pulang.
Kayrul menyampah. Macamlah dia nak berdua lama-lama dengan adik Airan ni. Tak pasal-pasal nanti dia yang kena cekik siscon tu.
"Bawa mayat tu ke basement terus." Sempat Kayrul memesan sebelum kereta miliknya meluncur laju ke membelah jalan raya.
"Hana, are you okay?" tanya Dian prihatin selepas Kayrul pergi. Hana tidak bereaksi apa-apa. Dua kali lima je dengan Kayrul.
"Berat sia mayat ni. Tolonglah aku." Hana merungut. Dian dengan segera membantu Hana mengangkut Kasyar ke bonet kereta.
Tak naklah dia mayat hidup tu kat tempat duduk dia. Bau busuk!
Kayrul melihat Aira yang berada di tempat duduk penumpang itu.
"Cantiknya,"
"Apa aku buat ni?" Seketika, dia tersedar Aira yang tidak berbalut tudung. Terus saja dia mengambil jaketnya untuk menutuo kepala gadis itu.
Setibanya mereka di rumah, Kayrul bertembung dengan Airan dan Audia yang baru balik dari Sabah. Tanpa melengahkan masa, Airan meluru mendapatkan adik perempuannya yang masih tidak sedarkan diri.
"Kenapa Aira ni?" tanya Airan cemas. Badan Aira dipenuhi lebam.
"Bapak kau," terang Kayrul ringkas. Airan dengan segera mengangkat Aira ke dalam. Risau dengan keadaan adik perempuannya itu.**
– meh la join channel nie !
– ade banyak ayat twitter yang menarik dan best ii hehe ?*?***
Telegram
𝒂𝒚𝒂𝒕 𝒕𝒘𝒊𝒕𝒕𝒆𝒓 !
ミ ꒰ banyak ayat twitter yang menarik ꒱ . ミ ꒰ helper : @budakktwitter\_bot ꒱ . ミ ꒰ pfp : @pfpnovels\_bot ꒱ .
**Dia menuju restoran tempat Aira dan Hana berada sebentar tadi. Barang-barang,beg tangan mereka masih ada. Pistol yang berada di dalam beg tangan Hana pun masih ada.
Bagaimana mereke berdua kena culik jika ramai yang memerhati? Kayrul meliarkan matanya. Seketika, bibirnya mengukir senyuman sinis.
Barangan Aira dan Hana segera diangkat keluar dari shopping mall itu. Beberapa minit berlalu, Kayrul sudah berada di tempat letak kereta.
Sekali lagi, dia mencuba mendail Hana. Kesunyian yang melanda di tempat letak kereta itu memudahkan kerjanya.
Let it go!
Suara telefon Hana dikenal pasti.
Ktak! Pistol sedia berada di tangan.
Kayrul menjaga jaraknya. Mereka yang menculik Hana dan Aira masih berada di sini.
Sekali lagi dia mendail nombor telefon Hana. Diangkat. "Serahkan diri kau kalau nak dua orang ni selamat."
Tut!
"Fuck!" Tidak lama selepas itu, muncul message whatsapp daripada Audia. Lokasi Hana dan Aira berada.
Jauh. Kayrul sekali lagi menghela nafas panjang. Bala betul.
Ktak!
Tiba-tiba, seseorang menghalakan pistol ke kepala Kayrul. Kayrul mengangkat tangannya. "Kau siapa?"**
P/s: selamat hari raya semua! <3
❥ @dunianovels ??
꒰ Hers ꒱
#Hers06
⚠️ CURSE WORDS
**Airan menilik dokumen yang diberi oleh wanita yang tidak dikenali tadi. Audia pula sibuk mencari maklumat tentang wanita tadi.
"Damia Karina Stewards. 23. Mix Malaysia-Amerika. Bekerja sebagai setiausaha di salah satu syarikat ternama. Tapi itu semua hanyalah pekerjaan untuk menutup semua kerja haram dia."
Airan memberhentikan perbuatannya. Nafasnya turun naik melihat gambar yang berada di dalam dokumen itu. Tangan digenggam kuat sehingga menampakkan lagi urat lengan yang sememangnya sudah ada.
Audia berdiri lalu merampas gambar yang berada di tangan Airan. Dia juga terkejut bercampur marah. Patutnya manusia itu sudah mati. Tetapi kenapa bayang-bayang lelaki itu masih ada di atas muka bumi ini lagi.
"Tak guna!" Airan meraup rambutnya sehingga kusut-masai. Kemudian, dia kembali melihat Audia. "Kau dah call Kay ke?"
Audia menggeleng. "Dia tak angkat." Airan mengangkat keningnya. Tak pernah pernah Kayrul tutup telefonnya. Ada masalah ke?
Sementara itu, Kayrul yang penat melayan kerena Hana dan Aria masih tidak perasan Airan dan Audia call dia banyak kali.
"Bos, tengok ni!" panggil Hana. Sudah kali keberapa Hana memanggil dia mahu minta belanja. Barang Aira pun tak banyak mana. Dia yang melebih.
Kayrul bergerak malas.
"Korang tak lapar ke?" Aira mengangguk. Hana pun berbuat sedemikian. Terus Kayrul mengajak mereka makan ke restoran berdekatan.
Salah satu alasan untuk merehatkan diri daripada teman dua orang wanita itu. Lenguh kaki dia berdiri dari tadi. Telefon yang berada di poket belakang dicapai.
25 missed call from Monyetran?*
12 missed call from Monyet 2?*
13 messages from Monyetran?*
4 messages from Monyet 2?*
Dah kenapa dorang call ni? Ada problem ke?
Message Airan ditekan. Monyetran?*
Wei, angkat jap
Weh, babi
Ada prob kat sana ke weh?
Kayrul Farish, kau kena tengok ni.*
Kayrul membuka fail yang dihantar oleh Airan berjam-jam yang lalu. Kayrul memicit kepalanya. Budak perempuan tu dalam bahaya!
Dengan segera matanya meliar mencari kelibat Aira dan Hana tetapi hampa ketika dia hanya menemukan barangan yang mereka beli tadi.
Nombor Hana didail.
The number you've dail is not available. Please-
Tit!
Kayrul meraup rambutnya. Aaa, serabut! Dengan pantas, nombor Airan ditekan.
"Kay!"
"Ray!"
Airan terdiam mendengar suara cemas Kayrul. Baru pertama kali dia mendengar suara atasannya itu gelisah.
"Aira dan Hana hilang!"
"Ha? Macam mana boleh hilang?" Suara Airan naik seoktaf. Kayrul melepaskan nafas berat. Asalnya, dia boleh je detect Aira dengan senang tetapi Hana bersama dia. Jika Hana yang antara terhandal daripada mereka pun boleh hilang tanpa jejak, macam mana dia nak detect?
Kayrul memeriksa last seen whatsapp Hana dan semua media sosialnya. Baru sebentar tadi mereka berdua melangkah kaki ke restoran sebelahnya.
Airan yang berada di talian menerangkan segala-galanya tentang kejadian yang mereka alami di sana. Kayrul pasti benda tu ada kena-mengena.
Audia yang handal menggodam kena godam begitu saja. Airan sendiri tidak mampu bertindak sebarangan. Hana yang sepatutnya handal mempertahankan diri pula tiba-tiba hilang.
"Balik ke sini semula. Ada mayat bangkit dari kubur." Selesai memberi arahan, Kayrul mematikan telefonnya.**
**Tok! Tok! Tok!
"Masuk."
Seorang wanita berbaju melayu masuk ke dalam bilik itu. Dia menunduk sedikit lalu menyerahkan sekeping dokumen. Airan dan Audia melirik sesama sendiri.
"Dokumen apa ni?" tanya Audia. Wanita itu diam tidak berganjak. Audia bergerak dari tempat duduknya.
"Hei, aku tanya ni."
Wanita tadi masih tidak berganjak. Audia mula hilang sabar. Kakinya melangkah mendekati wanita itu. Airan perasan sesuatu yang pelik. Kenapa tangan kiri wanita itu di belakang?
"Audia, hati-hati!"
Wanita itu menghunuskan pisau yang berada di tangannya. Nasib baik Audia sempat elak. Audia berundur ke belakang. Airan sudah mula berdiri.
"Kau siapa?" soal Airan marah. Wanita itu tersenyum sinis. "Kau tak perlu tahu siapa aku." Selesai mengucapkan ayatnya, wanita tadi berlari keluar.
Airan yang ingin mengejar wanita itu ditahan oleh Audia. "Asal?" Audia tanpa membuka mulut mengeluarkan laptop yang sudah menjadi peralatan menggodam sejak dia mula belajar lagi.
Mereka berdua tekun melihat wanita tadi berlari keluar daripada bangunan syarikat Kayrul. Wanita tadi menanggalkan baju kurung dan wig yang dipakai. Terserlah baju ketat berwarna hitam yang dipakainya dan rambut berwarna hitam pekat.
Tiba-tiba, wanita itu memandang ke arah cctv mereka lalu mengenyitkan sebelah mata sambil mulutnya berbicara.
"Korang kalah." Setelah itu, skrin laptop Audia menjadi gelap.
"Bodoh!" maki Airan. Rambutnya diraup ke belakang.
"Call Kay. Ada beruk yang cari pasal." Audia mengangguk faham.**
❥ @dunianovels ??
꒰ Hers ꒱
#Hers05
**Airan dan Audia memandang sesama sendiri sebelum berpecah. Permintaan mereka pada kali ini bukan permintaan yang biasa tetapi sangat luar biasa.
Mereka diminta untuk menghapuskan CEO syarikat H.D. Sdn. Bhd yang sekarang sudah meningkat tua. Apa yang lebih teruk, anak CEO tu sendiri yang meminta mereka menyingkirkan ayahnya.
"Dah hack ke?" tanya Airan di sebalik peranti kecil itu. Audia tidak menjawab. Tangannya ralit menekan papan kekunci di hadapan.
"Okay!"
"Roger." Airan menghalakan sniper SPR-2 itu. Dia hanya menunggu masa untuk orang tua itu keluar dari bangunan mewah itu. Tidak lama kemudian, Airan memusat renungannya pada susuk tubuh yang baru keluar dari bangunan besar yang terpampang di hadapan.
"Target dah masuk kereta." Airan memberi isyarat. Audia kembali menekan papan kekuncinya. Tidak lama kemudian, kereta yang dinaiki oleh target mereka tadi hilang kawalan. Airan mengambil peluang untuk menembak kepala lelaki tua itu.
Dush!
Lalu terbabaslah kereta berwarna putih itu ke tiang lampu yang berada di situ. Airan melepaskan nafas lega. Nasib kena target, kalau tak maunya Kayrul goreng dia hidup-hidup.
Kayrul membuka peti ais untuk melihat makanan yang berada di dalam. Maklumlah, tukang masak dorang tengah kerja. Aira melihat Kayrul yang menggaru kepala yang gatal atau tidak itu.
Baru hari ni nampak muka mamat ni. Biasanya kerja je.
"Cari apa tu?" tanya Aira. Kayrul menoleh sambil menunjukkan tomyam yang berada di tangan. Aira mengangguk kepalanya.
"Kau nak?" Kayrul mengeluarkan suara. Aira dengan pantas mengangguk kepala lagi. Kayrul meminta Aira untuk duduk dahulu sementara dia memanaskan tomyam hasil tangan Airan itu.
Aira memandang belakang Kayrul yang sedang memasukkan tomyam tadi ke dalam oven. Kacak juga mamat ni. Eh, apa aku merepek ni?
Aira menggelengkan kepalanya. Kayrul yang sudah habis mengeluarkan tomyam itu memandang Aira pelik. Dah kenapa perempuan ni?
"Kau dah kenapa?"
"Tak adalah. Thank you!" ucap Aira sambil mengambil makanan itu di tangan Kayrul.
Satu saat.
Dua saat.
Tiga saat.
Aira membunyikan tangannya. Bila ada Airan, bukan main lagi dua orang ni bising tak cukup tanah. Ni dah awkward dah kenapa.
Kayrul masih menyuapkan makanan ke dalam mulutnya. Dia juga merasa kekok dengan keadaan sekarang ini. Kali pertama pula tu diam macam lelaki melayu terakhir depan perempuan.
Biasanya, banyak idea keluar daripada mulutnya untuk memecah keheningan pada sesuatu keadaan.
Hana melihat situasi mereka berdua yang seperti pasangan baru kahwin. Patut dia tolong ke? Hana berfikir seketika kemudian kembali meneruskan perjalanannya ke kolam renang. Masa muda...
Kayrul dan Aira masih berada dalam keadaan kekok.
"Kau nak jalan-jalan tak?" tanya Kayrul sebelum dia menampar mulut sendiri. Dia sendiri yang cari masalah. Aira memberhentikan kegiatannya lalu memandang tepat ke arah Kayrul.
"Boleh ke?" Kayrul mengangguk. Aira berfikir seketika.
"Bawa Hana?" tanya Aira lagi. Lagi sekali, Kayrul mengangguk. "On."
Kayrul menghela nafas lega. Kalau Airan dapat tahu, tak ke abang Aira tu tanam dia hidup-hidup? Takpelah, janji gadis itu happy.
"Siap sebelum jam 8."
Aira mengeluarkan thumbs-up. Kayrul membawa langkah ke kolam renang. Dia tau Hana selalu mandi di situ waktu-waktu macam ni.
"Siap sebelum jam 8. Kita nak jalan," kata Kayrul mendatar.
"Ada kerja ke?" soal Hana pelik. Kayrul menggelengkan kepalanya.
"Budak tu nak jalan-jalan." Sepatah-sepatah Kayrul bercakap. Nasib Hana dah biasa. Hana memandang Kayrul pelik. Bos aku ni dah jatuh cinta ke?
"Sebelum kau cakap apa-apa yang tak guna, baik aku tidur. Cau." Hana tersengih menampakkan giginya yang putih. Kayrul sekali lagi melangkah masuk ke dalam rumah itu. Entah berapa hari dia tak tidur sebab kena urus projek di syarikatnya.
Sementara itu, Airan dan Audia yang berada di Sabah terpaksa menguruskan cawangan mereka di sana untuk seketika. Airan mengeluarkann keluhan besar.
"Rindu adik dialah tu." Audia menghentikan lamunannya. Airan menjeling tajam. Suka hati je dia nak kacau.**
Pemburu yang diburu.
Last updated 1 day, 13 hours ago
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated 2 weeks, 2 days ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 1 month, 2 weeks ago