ঌ #Tumblr Pictures #Tumblr Quotes
ঌ # TeN TiME : @LZLLL - @PPPJP
بوت حجز تمويلات @fpbot
- قناة التمويلات | @ossss .
- لطلب التمويل | @sssso .
Last updated 2 hours ago
القناة الأكبر لزوامل المنشد المجاهد #عيسى_الليث
للتواصل مع ادارة القناه @OdaygholyBot
https://telega.io/c/zwamlallaith
قناة ميوزك الرماس 🔜🎵
التردد الجديد لقناة ميوزك الرماس 10971 - H
المدير : #حسن_سامي💛 🔚
للعلانات المموله والتجاريه 👇🏻
https://t.me/mumool
قناتي و يومياتي حسن سامي👇
https://t.me/hassan_sami25
Last updated 1 day, 11 hours ago
ZIKIR HARI ISNIN
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ
Lahaula wala Quwwata Illa Billah
Maksud: Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلٰى اٰلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
سُبْحَانَ اللَّه
الْحَمْدُ لِلَّه
لَا إِلٰهَ إِلَّا اللَّه
اللَّهُ أَكْبَرُ
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ
حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ
"Tenang Malammu, Berkat Pagimu"
"Sujud malam adalah rahsia para pencinta Allah, dan doa di sepertiga malam terakhir adalah kunci pembuka pintu-pintu rahmat." Malam bukan hanya waktu untuk beristirahat, tetapi saat terbaik untuk bermuhasabah, mendekatkan diri kepada Allah, dan memperbaharui niat untuk hari esok.
"Barangsiapa mendekati Allah sejengkal, Allah mendekatinya sehasta." (HR Bukhari dan Muslim). Setiap langkah kita menuju ketaatan, Allah SWT akan mendekatkan kita lebih banyak lagi kepada-Nya.
Malam yang dihidupkan dengan solat dan zikir akan mendatangkan ketenangan hati. Ingatlah, "Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang." (Surah Ar-Ra’d, 13:28). Bangunlah sebentar di sepertiga malam, kerana doa di waktu itu diangkat tanpa hijab.
Jadikan setiap malam sebagai peluang untuk memohon ampun dan rahmat-Nya. Semoga kita bangun esok pagi dengan hati yang bersih dan tekad yang kuat untuk terus melangkah di jalan-Nya.
MasyaaAllah..
Kebiasaan kita tengok kat mana-mana ada. Baik realiti dan dalam drama. Ustaz sebut nabi larang wanita iring jenazah. Hukum MAKRUH. Walau si mati ibubapa, anak dan suami sekalipun, tak perlu ajak kluarga wanita iring.
Wanita ni tugas mandi dan kafan kan sahaja. Tugas solat jenazah dan iring jenazah ke kubur tu tugas lelaki. Tak perlu kita wanita ni nak sibuk-sibuk pi solat jenazah dan pi iring jenazah.
Adapun ziarah jenazah tu sunat. Nak sangat pi kubur. Biar dah selesai semua urusan kebumi. Lelaki yang ramai-ramai tu balik belaka dah. Haa pi lah nak pi pun.
Saya cakap ni REAL. Sebab bila kita nasihat. Bukan sahaja org awam menolak. Tapi ada yg tukang mandi jenazah pun bgtau takpe boleh je wanita pi iring jenazah ahli keluarga. Aduhai.
Macam ni lah. Sebab bende ni macam jadi budaya. Bila ada kematian. Ahli keluarga wanita sibuk pi iring. Tu belum lg iring dgn pakai pun ketat, duduk dekat2 dgn org laki.
Molek la pihak pngurusan surau kampung/taman, selit tazkirah berkenaan ini. Ada yg kata alaa makruh je, bukan haram. Makruh ni dari perkataan كره (benci). Dah tu nak buat ke perkara yg dibenci Allah?
Bila kita ajak sama2 masuk kelas. Ikut pandai lah kita kene ejek terpaling fardhu ain. Dah mmg WAJIB belajar tauhid, fekah dan tasawwuf. Mmg kene terpaling lah. Ke guane?
Hatta ustaz ustazah pun mmg kita sama pakat kene masuk semula kelas dari awal. Tak kata org lain. Saya sendiri tauhid sifat 20 belum lulus lg. Tak malu nak ngaku. Takpe korang jangan malu2. Jom sama2 belajar. Fardhu ain wajib. Amal sunat tu sunat. Jangan tertipu dgn setan syok tambah amal sunat. Tapi fardhu ain yg wajib kita ignore.
Dalam keadaan langit terbuka, ramai Tuan Guru, Baba, Ustaz, Buya yang buat kelas online...kerana ia menjadi keperluan buat ummah yang kebanyakan masanya hadir di alam maya...
Tiada dah alasan duduk rumah takda kenderaan tak dapat pergi belajar agama...lagi-lagi perempuan yang banyak halangan nak keluar rumah...
Seiring dengan teknologi yang semakin canggih, kita umat Islam juga seharusnya pandai memanfaatkan peluang yang ada...
Banyak saja Masyaikh, asatizah yang hadir di alam maya...manfaatkanlah...nak tunggu dapat pergi ke pondok atau masjid untuk belajar, entah bila lah tu...sementara nak dapat, ambil peluang belajar online ni...MasyaaAllah
Mantapkan Ilmu Fardhu Ain Tauhid, Feqah dan Tasawuf...berhentilah dari kekal di takuk lama...tambah ilmu setiap hari...
Nak berjalan menuju Allah subhanahuwata'ala, ikutilah jalanan Imam Al-Ghazali rahimahillahu Ta'ala...kena ada bekal ilmu...permulaannya adalah dengan belajar ilmu had Fardhu ain...
Allahul musta'an 🤲❤️
"Duduk seketika di dalam majlis ilmu agama, lebih afdal daripada 70 rakaat sembahyang sunat."
"Duduk dalam majlis ilmu, nak beri faham ilmu TAUHID, lebih afdal daripada 700 rakaat sembahyang sunat".
MasyaAllah...💚
.
.
Jangan pernah merasa RUGI/BUANG MASA duduk dalam majlis ilmu.
Besar ganjaran/pahalanya.
Selamat dunia akhirat.. insyaAllah.
Moga ALLAH permudahkan perjalanan kita menuntut ilmu dlm mengenal ALLAH serta menambah baik amal ibadah.. insyaAllah.
Sollallahu A'la Muhammad ☘️
Jangan merasa diri kita ” Baik ” walaupun kita solat cukup 5 waktu serta tepat pada waktunya.
Jangan merasa diri kita ” Baik ” walaupun kita bersedekah setiap hari malah lebih banyak nilai disedekahkan.
Jangan merasa diri kita ” Baik ” walaupun hari hari kita nasihat dan tegur orang lain yang berbuat silap.
Jangan merasa diri kita ” Baik ” walaupun kita sudah pakai jubah,berserban, bertutup litup menutup aurat dengan sempurna.
Jangan merasa diri kita ” Baik ” walaupun setiap malam kita jaga solat Tahajjud, Witir, Hajat dan amalan sunat lain.
Jangan merasa diri kita ” Baik ” walaupun hari hari kita ke masjid atau surau untuk beribadah dan menambah ilmu.
Jangan merasa diri kita ” Baik ” walaupun setiap saat kita update status berunsur nasihat dan dakwah.
Jangan merasa diri kita ” Baik ” walaupun setiap masa kita menolong orang lain.
Allah berfirman didalam al-Quran, surah an-Najm ayat 32 ;
فلا تُزٓكُّوْا آنْفُسٓكُمْ هُوٓ آعْلٓمُ بِمٓنْ اتّٓقٓى
“Janganlah kamu menganggap diri kamu suci(orang baik) kerana Allah-lah yang lebih mengetahui siapa yang benar-benar bertaqwa
Sayyidatina Aisyah (ra) ditanya orang ” Siapakah orang yang buruk?” dijawab olehnya ” iaitu orang yang merasa dirinya baik”.
Beliau ditanya lagi “Siapakah orang yang baik?”, maka dijawab “Iaitu orang yang merasa dirinya buruk”.
Aku Pendosa😌
Diantara tanda kita kasih kepada الله ialah kita mendahulukan apa yg syarak suruh atas mendahulukan apa yg nafsu kita suka , umpamanya syarak menyuruh(mewajibkan) menuntut ilmu Fardu’ain bagi muslim dan muslimat duhulu hingga selesai , sedangkan nafsu kita suka mendengar ceramah2 yg menyedapkan halwa telinga(ilmu yg bukan kewajipan Fardu’ain atas kita) , tanda kita kasih akan الله , kita akan dahulukan apa yg syarak suruh(yakni belajar Fardu’ain duhulu hingga selesai) dan meninggalkan dahulu apa yg nafsu suka(yakni mendengar ceramah2 yg bukan kewajipan atas kita) , jika masih meneruskan apa yg nafsu suka(halnya meninggalkan tuntutan yg wajib atas kita yg menyebabkan kita berdosa) , itu bukan kasih akan الله , bahkan itulah kasih akan nafsu diri .. ~ فناور باكي هاتي .
" Orang yang Allah swt berkehendak kebaikan pada dirinya, nescaya Allah akan bagi kefahaman kepada agamanya...
Maksudnya....
Allah akan bagi kefahaman kepadanya dalam urusan agama. Sebab itu lah kita kena minta pada Tuhan untuk bagi kita kefahaman.
Perkara faham ini tidak boleh minta pada diri sendiri, kalau usaha macam mana sekali pun, tapi tidak minta doa kepada Tuhan supaya Tuhan bagi faham...
Tetap tidak akan faham.
Jadi, masa kita mengaji ini kita kena banyakkan berdoa supaya Allah bagi kita faham.
" Ya Allah bagi lah aku faham"
Walaupun kita masih rasa 'blur' (samar-samar/kabur) dan masih tidak faham. Teruskan berdoa minta Allah bagi kita faham lagi...
Kadang-kadang Allah buka hati kita untuk kita faham itu bukan waktu sekarang tetapi ada masanya...
Apabila kena dengan masanya, kita akan betul-betul faham maka waktu itu kita akan duduk mengaji dan kita akan rasa tidak puas mengaji pula...
Sebab apa???
Sebab kita sudah faham.
Jadi, nak dapat faham ini bukan lah satu perkara yang senang maka ia perlukan kepada Mujahadah...
USTAZ WAN MUHAMMAD AMIR
ঌ #Tumblr Pictures #Tumblr Quotes
ঌ # TeN TiME : @LZLLL - @PPPJP
بوت حجز تمويلات @fpbot
- قناة التمويلات | @ossss .
- لطلب التمويل | @sssso .
Last updated 2 hours ago
القناة الأكبر لزوامل المنشد المجاهد #عيسى_الليث
للتواصل مع ادارة القناه @OdaygholyBot
https://telega.io/c/zwamlallaith
قناة ميوزك الرماس 🔜🎵
التردد الجديد لقناة ميوزك الرماس 10971 - H
المدير : #حسن_سامي💛 🔚
للعلانات المموله والتجاريه 👇🏻
https://t.me/mumool
قناتي و يومياتي حسن سامي👇
https://t.me/hassan_sami25
Last updated 1 day, 11 hours ago