novelis ♡ ꜝꜝ ݈݇-

Description
૮ ♡ new gαrden coming ! ૮ ˶• 0 •˵ ა
🧩 — α lot of novels with
different genres
connected ⨾ @thdbook @thdloob
@thdzyne

ꤠ kitten dαy ⨾ ꒰ 23/12/2020 ꒱

ꤠ αnything? ⨾ ꒰ @thenmp_bot ꒱

ꤠ pfp ⨾ ꒰ @thdpfp_bot ꒱

⠂⠄♡ ⠂⠁♡ ⠂⠄♡⠂⠁♡⠂⠄♡⠂⠂
We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 2 months, 3 weeks ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 3 weeks, 6 days ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 1 month, 2 weeks ago

4 Monate, 2 Wochen her
4 Monate, 2 Wochen her

" aku tanya satu lagi soalan "

" apa dia? "

" kenapa anak bab 1 tunduk apabila berjalan dengan mak dia ? "

" sebab dia malu mak dia bab 1? "

" salah! "

" jawapan dia.. sebab dia malu dapat ayah macam kau "

Luca ketawa sehingga pecah perut. Renungan dari beberapa orang yang lalu lalang tidak dipedulikan.

" bangka "

" ehhh.. tahu bahasa iban pulak "

" kau ingat aku melayu ke? "

" tapi nama kau Daniel? "

" sebab aku... "

◃───────────▹

Beberapa minit kemudian, Marcus sedar. Dia membuka mata. Kepala rasa berdenyut dipicit perlahan.

" mana Luca? " Marcus terus bertanya perihal adiknya usai sedar.

" Luca keluar kejap tadi " Hayla menjawab soalan yang diajukan Marcus.

Marcus kaku mendengar suara lunak itu. Dia melihat ke arah Hayla. Senyuman manis diberikan. Buah tangan yang dibawa olehnya dan Tuan Hussein sebentar tadi dihulurkan kepada Marcus. Buah tangan itu disambut Marcus dengan senyuman tercalit di bibir.

Melihat kemesraan antara Hayla dan Marcus, rasa cemburu terbit di hati Azzura. Jejaka idamanya bermesra dengan perempuan lain di hadapanya.

Marcus tidak peduli dengan pandangan Azzura. Dia tahu perempuan itu sedang menahan rasa cemburu. Dia ingin melihat sejauh mana rasa cemburu menguasai diri Azzura sekarang ini.

" Mike, abang Asy... Az minta diri dulu " Azzura keluar dengan gelinangan air mata. Dia cuba senyum tetapi hambar. Sejak itu dia bertekad untuk melupakan Marcus dan setuju dengan lelaki pilihan ayahnya.

◃───────────▹

Suasana pagi itu indah dihiasi embun pagi. Udara segar dihirup. Rasa tenang menguasai dirinya sekarang ini. Tapi itu tidak kekal lama. Telefon miliknya berdering menandakan mesej masuk. Tangan dikepal tanda tidak puas hati dengan tindakan tersebut.

Kenalan ditekan. Nombor Shyra didail. Selepas dua deringan tidak dijawab akhirnya deringan ketiga diangkat.

" Shyra, aku nak kau sediakan peguam yang terbaik untuk aku "

" ok Mike...I will inform you in four hours later " kedengaran suara Shyra di hujung corong.

" morning papa " William datang dari dalam rumah berlari ke arah ayahnya. Dengan serta merta panggilan ditamatakan oleh Marcus.

" awalnya anak papa bangun. hari ini kan cuti kenapa bangun awal? " badan William digendong kemas.

" Will mimpi sesat kat hutan. lepastu Will panggil papa tapi papa tak jawab pun. Will nangis sebab papa tinggalkan Will sorang kat dalam hutan. Papa janji jangan tinggalkan Will tau.. Will tiada siapa lagi selain papa kat sini. Will sayang papa "

" papa pun sayang Will. Papa janji takkan tinggalkan Will "

" pinky promise? " William mengangkat jari kelinking.

" promise sayang " William dipeluk erat.

4 Monate, 2 Wochen her

" saya cuma risau je. kalau perempuan tu tak suka dia nanti bagi je lah dengan saya "
Ketawa tercetus di antara Mike dan Azzura. William memandang wajah papanya kehairanan. Wajah Azzura ditenung lama. Mulut William ditekup..

" omo omo..auntie Lina! " William teruja melihat Azzura di hadapannya.

" kenapa dengan Will? " Mike bertanya kepada anak lelakinya.

" auntie Lina cantiklah..nak peyuk " dengan lantas Azzura memeluk badan William.

" comotlah Will ni...habis muka kotor " sisa susu yang disalut dengam donut tadi dibersihkan dari pipi William.

" auntie, gawai nanti ikut Will balik kampung. Papa ajak balik kampung nanti " William cuba membuat muka manja. Dia cuba memujuk Azzura untuk mengikuti mereka balik kampung.

Azzura melihat ke arah Mike. " awak tiada kes? "

" dalam masa beberapa bulan ini belum ada lagi. masih dalam keadaan selamat. dia bukannya selamat sangat cuma kes yang ada belum memerlukan khidmat kami. Tuan Hussein bagi kebenaran cuti. Maklumlah dah berapa tahun tak balik gawai "

" mesti awak rindu kampung "

" lebib rindu lagi dengan arwah. kalau sempat saya akan bawa Will balik ziarah dia tapi...kalau sebaliknya saya nak berterima kasih kepada Tuhan sebab hadirkan William semula kepada saya untuk melepaskan rindu beberapa bulan ini "

Azzura memandang ke arah William. William sedang lena tidur di sebelah Marcus. Usai kenyang dia terus menidurkan diri di sebelah pak ciknya.

" Milia. Dia bagi surat tuntutan dari mahkamah. Dia nak tuntut balik hak penjagaan William. Dia ada semua bukti yang William tu memang anak kandung dia. Dengan mudah dia akan ambil William nanti. Apakan daya saya, William bukan darah daging saya. Saya cuma jaga dia sejak kecil sahaja. Dia berhak kembali kepada ibu kandung dia yang sebenar. Dia memerlukan kasih sayang seorang ibu " tak dijangka air mata Mike membasahi pipi.

William di sebelah Marcus dirangkulnya. Seluruh bilik itu penuh dengan suara tangisan Mike. Dia kelihatan tidak berdaya lagi. Bahunya disentuh azzura menggunakan pen. Mike langsung menoleh.

" kau nak lepaskan William macam tu je? kau sanggup? jangan lupa Mike, kau yang jaga dia sejak masih bayi lagi. sejak dia keluar dari perut perempuan tak guna tu kau yang jaga dia. kau yang jadi ibu dan ayah pada masa yang sama untuk William. Pernah kau suka dengan budak-budak sebelum ini? tidak Mike. Kau hati batu tapi kedatangan William sedikit sebanyak menghiburkan hati kau kembali. Ingat William yang ubati luka kau bukan penyondol tak guna itu. takkan kau nak mengalah macam tu je? kau kena lawan balik Mike. " Azzura cuba memberi kata-kata semangat untuk Mike kembali bangkit.

" kalau kau tak berani lawan kami ada. Mike, kami sedia membantu dan sentiasa ada untuk kau setiap masa " Tuan Hussein masuk ke dalam bersama dengan Hayla, Luca, Fattah dan Daniel.

" termasuk kalau dia sembelit pun kita ikut dia pergi ke jamban? " Luca menanyakan soalan bodoh kepada Tuan Hussein.

Tukk!!

kepala Luca selamat diketuk Fattah menggunakan perasaan hp nya.

" woi! korang ni memang tak suka dengan kepala aku ke? haritu Dom ketuk pakai sudip sekarang Tuan Asy pulak ketuk pakai hp " kepala yang diketuk tadi diramas sedikit.

Fattah memandang tajam ke arahnya.

" abang kau dah tak mereng lagi jangan kau pulak yang nak menambahkan lagi mereng kat otak tu "

" ok fine ! aku keluar "

" saya ikut dia ye " Daniel meminta izin untuk menemani Luca keluar.

Daniel memgikuti langkah Luca dari belakang. Dia melihat Luca duduk di taman.

" kau ok ke? "

" kau nampak muka aku ni? mestilah ok. kalau kena macam tadi tak kesah sangat. aku cuma kisah pasal abang aku dan family aku "

" lah.. mati-mati aku ingat kau marah tadi "

" takdelah...aku seorang yang happy good lucky "

" dulu pun Marcus cakap macam tu..akhirnya ini dia berubah pulak "

" aku nak tanya kau boleh? "

" tanyalah.. "

" kenapa watak kau kerap muncul sekarang ni? "

" mana aku tahu dah konsep dia macam tu "

4 Monate, 2 Wochen her

#mf33

" Will cepat, kita dah lambat nak pergi hospital " Mike menyusun barang ke dalam beg untuk dibawa ke hospital.

" sabar papa, hospital bukannya boleh lari. hospital bukannya ada kaki " William menjawab cakap Mike sambil mulutnya penuh dengan donat. Sudah habis kueh donat dimakan dia berlari ke ruang tamu tetapi balik semula ke dapur untuk mengambil donut satu lagi. Bekas makanan bewarna merah jambu muda digapai.

Mike menggelengkan kepala melihat keletah anaknya. Semakin besar semakin petah mulutnya bebicara.Dia terus menangkap William sebaik anak kecil itu berlari ke arahnya sambil membawa bekas tuppaware oenuh dengan donut.

" Will bawa donut banyak sangat ini untuk siapa? " Tuppaware bewarna merah jambu muda itu diambil dari tangan William lalu dimasukkan ke dalam bakul tangan.

" untuk uncle dua biji, selebihnya untuk Will " William mengusap perutnya. Mike tersenyum melihat William berlari anak ke arah kereta. " larat ke nak habis nanti? "

" laratlah.....kalau tak larat papa habiskan " William senyum, menampakkan giginya yang tersusun rapi.

Enjin kereta dihidupkan. Kereta BMW milik Mike laju keluar dari perkarangan rumahnya.

" kenapa nak bagi papa habiskan. itukan kueh Will, takkan papa nak makan.. nanti Will mengamuk " stereng kereta dipusing ke arah kanan untuk menuju ke hospital.

" Cikgu Will cakap, kalau kami tak dapat habiskan makanan, ibu bapa akan jadi rubbish untuk kita orang. Tapi Will tiada mama... jadi papa yang kena habiskan" William membuat tanda peace.

" Allah. Siapa cikgu Will tu? pandai-pandai je dia cakap macam tu "

" Miss Arvina. Dia cantik tapi garang. Tak suka kita. Baru je Will nak banyangkan Miss Arvina jadi mama Will tapi tengok dia marah kawan haritu habis air liur kena muka. Pokok pun tumbang dengar suara dia "

" bukan maen lagi Will kutuk cikgu kat belakang. Tak boleh cakap macam tu. Cikgu marah bersebab. Cikgu tak garang tapi strict . Kalau dia garang, ada tak dia masuk lepastu marah Will dan kawan yang lain lalu dipukul. Ada? "

William menggelengkan kepala. " nope. Miss selalu buat jokes kalau masuk kelas. Cuma kadang-kadang yang tak siap kerja rumah dia marah "

" nah kan...cikgu takkan marah tanpa sebab. kalau madam Arvina selalu buat joke maksudnya dia tak garang. Dia nak semua anak murid dia dengar arahan dan tak membantah. Tak siap homework dikira membantah arahan guru "

" ye ke papa!? nasib baik Will selalu siap homework maksudnya..Will budak baik "

" ye sayang..Will memang budak baik " kepala William diusap manja. cuma mak bapak kau yang tak baik. pandai buat tapi tak pandai jaga. apa pun yang terjadi, Will tetap anak papa. Papa sayang Will separuh nyawa. Jangan tinggalkan papa ye sayang.

Sesampai di hospital, Mike bertanyakan number ward. Nurse di kaunter menunjukkan bilik ward yang diduduki pesakit yang ditanyakan oleh Mike tadi.

◃───────────▹

Panggg!!

makanan yang dihantar oleh nurse sebentar tadi jatuh menyembah bumi.

" pergi! aku cakap pergi tu pergilah! tak faham bahasa ke? "

" saya takkan pergi selagi saya belum record purata kesihatan mental awak " Azzura cuba menenangkan Marcus dengan bantuan dua orang jururawat lelaki.

" arghhh! " Marcus mengerang. Ubat penenang berjaya disuntikkan ke dalam badan Marcus.

Pintu diketuk dari luar, Mike dan William masuk sambil membawa makanan untuk Marcus.

" Az, macam mana keadaan dia? " William diletakkan di atas kerusi.

" doktor cakap kepala dia cedera sedikit. Ada beberapa jahitan dan ia menyebabkan parut di kepala Marcus akan kekal "

" thanks sebab sudi tolong jaga dia kejap "

" takpa, dia masih lagi pesakit saya dan bakal makmum saya juga " Azzura cuba bergurau.

" hah!? jangan main-main Az. Saya tahu awak obses dengan dia tapi tak lama lagi dia akan kahwin. tak tahu siapa bakal isteri dia, yang tahu cuma Luca dan mami je "

" kenapa boleh tak tahu bakal isteri? bahaya tau...nanti isteri tu tua, jahat, burik lagi macam mana? "

" jangan risaulah Az...tak mungkin mami akan jodohkan dia dengan perempuan macam tu "

4 Monate, 2 Wochen her
4 Monate, 2 Wochen her

" maksud kau, kahwin 1 Jun? berapa minggu je lagi " Luca melepaskan nafas lega. Rahsia itu belum lagi diketahui Marcus. Dia berdoa kenapa Engkau belum berikan petunjuk kepadanya lagi? bukankah hal ini terlalu perit untuknya tanggung nanti? aku harap Dom tetap tabah dengan pendiriannya tika mengetahui hal ini nanti

" habis kau fikir gawai bila? " Mike bertanya kepada Luca.

" jadi....peluang kita jadi dj waktu gawai tinggi kan? Yessssss!! tak sabarnya dapat kakak ipar "

Tukkk!!

kepala Luca diketuk. " aku cakap mami dah jumpa calon untuk aku kahwin bukan aku setuju dengan perkahwinan ini. aku belum sedia terima mana-mana perempuan. aku takut nanti macam Asy. Bagi effort banyak last" kena tinggal"

" kau gila langgar cakap mami? kau tak takut dengan mami ke? syurga kita di bawah tapak kaki ibu takkan kau nak derhaka dengan mami "

" aku tak kesah kalau mami minta apa-apa dengan aku..memang aku sebagai anak harus berbakti dengan orang tua untuk menghargai jasa mereka setelah dewasa. pulau pun sanggup aku dapatkan demi mami tapi kahwin.. aku belum sedia. aku still nak enjoy hidup seorang macam ini. aku takkan kahwin selagi Del belum muncul. Aku nak Del faham tak!? aku nak Del.. Kalau Del takda kau tengoklah nasib perempuan tu nanti biar dia malu sebab setuju dengan perkahwinan ini " Marcus meninggalkan mereka bertiga. Dia bukannya masuk ke dalam rumah malah keluar meninggalkan perkarangan rumah.

Bahu Luca dipegang Mike dan Fattah dari arah belakang.

" Sabar Luc.. satu hari nanti dia akan tahu apa yang dia nantikan adalah sia-sia "

" tapi abang Asy.. Luc rasa berdosa sangat sebab rahsiakan hal ini dari dia. Dia abang Luc, abang kandung Luc sendiri. Gamak Luc tipu dia " air mata Luca mengalir deras. Dia tidak mampu menipu isi hatinya. Dia berasa terseksa dengan rahsia yang ia simpan daripada Marcus.

8 Monate, 2 Wochen her
8 Monate, 2 Wochen her

Kanopi berdiri megah di depan rumah pengantin. Semua sedang sibuk mengambil tempat duduk.

Tema perkahwinan itu tidak tumpah seperti buddiesnya impikan. “ macam kenal je jenis tema ni ” Fattah bertanya kepada Alia. Aulia hilang entah ke mana.

“ kak ngah tahu ke siapa pengantin lelaki? ”

“ tengok sendiri. akak tak kenal sangat tapi kalau kak Aulia kenal ”

Mereka berdua melihat kelibat Aulia membawa minuman ke arahnya.

“ korang tak minum ke? ” Aulia bertanya ke arah adik-adiknya.

“ jom masuk ke dalam ”

**

Dari arah belakang, Fattah mengamati figura pengantin lelaki. Lalu dipandannya Amisha. Di sebelah Amisha duduk seorang gadis tinggi lampai.

Dia kenal dengan perempuan itu. Shyra.
kalau Shyra ada kat sini maksudnya pengantin itu....

Pengantin lelaki berpusing ke belakang. Dia terkejut melihat Fattah berdiri di depan pintu masuk.

Dengan cepat dia berdiri lalu menabik Fattah. Semua tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan itu melongo. Mereka tidak percaya dengan apa yang dilihat.

Amisha lalu berdiri dan bertanya kepada bakal suaminya “ kenapa abang tabik kepada penganggur tu? ”

“ Amisha jaga sikit mulut kau tu. Aku sendiri tak pernah cakap dia penggangur jangankan kau hanya rakyat biasa ”

Ibu Amisha datang menerpa.
“ Shyraf kalau kau masih tak berhenti tabik dengan penganggur ni, ibu akan hentikan perkahwinan ini ”

Datin Afyra datang ke arah anaknya
“ aku sanggup batalkan pernikahan anak kita tapi jangan kau nak malukan Tuan Asy ”

“ Fyra cakap apa ni? ” ibu Amisha seakan tidak percaya dengan apa yang keluar dari mulut Datin Afyra.

“ siapa cakap Tuan Asy penganggur? ” Shyraf bersuara semula. “ ibu tahu ke kenapa dari tadi mama panggil Tuan. kenapa mama nak tunduk? Orang yang ibu cakap penganggur ni Assisten Commissioner of Police ACP Fattah Asyari atau komander Asy ”

Bunga yang dipegang Amisha jatuh ke lantai. “ apa awak cakap ni? dia penganggur sejak bila pulak dia jadi komander ni? Besar sangat ke pangkat dia? ”

“ untuk pengetahuan kau Amisha binti Khairudin, pangkat dia habis tinggi dekat unit PGK dan jasa dia lebih banyak kalau dibandingkan dengan pahala yang kau dah kumpul ” akhirnya Shyra bersuara. Dia tidak tahan dengan Amisha asyik menganggap Fattah ialah penggangur.

“ what!? ”

TBC....

8 Monate, 2 Wochen her

#mf31

Usai bangun dan solat subuh, Fattah membersihkan dirinya. Selepas itu, dia membantu ibunya menyiapkan sarapan. Pandai memegang senjata, begitu juga pandai memegang kuali. Suami idaman!

Selepas sarapan, dia keluar rumah untuk menyiram pokok bunga. Sedang ralit menyiram pokok bunga dia disapa dari arah belakang.

Figura ayu milik si gadis berjaya membuat dirinya tersenyum. Sehinggakan bukan pokok disiram tetapi kakinya sendiri.

Melihat perilaku Fattah, Amisha terseyum. Namun hanya untuk sekejap selepas itu air mukanya berubah. Padangannya tidak seredup seperti dulu. Padanggannya kini penuh dengan kebencian.

“ Assalamualaikum Isha. Ada apa nak jumpa abang? ” walaupun agak janggal namun mulut terpaksa dinaikkan untuk senyum. Tidak pernah dirinya memandang wajah Amisha sebegitu.

“ tak payah abang nak salam bagai. Isha  datang sini sebab nak bagi kad jemputan. ” kad bewarna merah velvet disuakan kepada Fattah.

Fattah kaku melihat isi kandungan surat tersebut. “ kenapa? ” hanya itu sahaja perkataan yang dapat keluar dari mulutnya.

“ Isha dah jumpa orang yang sesuai dari abang. dia kaya lepastu banyak duit. kalau setakat abang ni, beli moto yamaha R7 je mampu. takpun betulla apa orang kampung cakap, abang mencuri lepastu guna duit untuk berjoli. entah-entah abang dah takde teruna ” berbagai hamburan fitnah diberi kepada Fattah.

Fattah tidak mampu mengeluarkan kata-kata. Sedaya upaya air muka ditahan. Belum sempat dia membalas Amisha, Alia datang dari dalam rumah lalu berdiri tepat di hadapan Amisha.

Fattah disuruh masuk ke dalam. Apakan dayanya, dia hanya menuruti permintaan kakaknya sahaja.

Jari ditunding ke arah Amisha. Amisha hanya menelan air liur. Siapa tidak kenal dengan sikap panas baran Alia di kampung itu.

“ hoy perempuan! mulut kau tu jaga sikit, kau nak cakap adik aku penganggur ke? cakaplah. cakaplah lagi depan mata aku! aku nak dengar kau berani ke tak!yakin ke kau dia penganggur? ha! ”

Amisha menangis. tidak tahan dengan herdikan Alia dia menangis dan terus pergi meninggalkan perkarangan rumah Mak Ona.

Pintu bilik Fattah diketuk. “ Asyari..buka pintu ni. Baik kau buka sekarang sebelum aku robohkan. ”

“ Alia apa kau cakap camtu. nanti siapa nak baiki? ” Aulia datang dari arah dapur menerpa.

“ adik kau ni tak buka pintu sejak semalam..keluar tak makan pun tak ”

Sedang asyik berbual pintu dikuak dari arah dalam. Kelihatan figura Fattah, amat menjengkelkan.

Hidung Aulia ditutup manakala Alia hanya bersahaja. Dia telah biasa dengan bau seperti ini.

“ woiii,kau mandi ke tak ni? ” badan Fattah dipusing ke kiri dan kanan.

“ kenapa kacau aku? ” suara dia telah berubah. hanya satu malam Fattah berubah seratus peratus. sikap dan caranya telah berubah 180° sama sekali.

“ jom siap, kita pergi majlis Amisha ”

“ akak pergilah aku nak duduk rumah ”

“ kawan sendiri kahwin takkan tak nak tengok? ”

“ siapa? ” belum sempat pintu ditutup Fattah telah keluar semula.

“ mandi dan siap dulu, nanti sampai sana kau tengok sendiri”

9 Monate, 2 Wochen her

Syameer terus menegakkan batang tubuhnya. Bebola matanya berputar apabila gadis yang dia menyinis masih lagi duduk bersimpuh dan mengusap kepala sendiri. Sakit sangat ke?

"Girl, boleh berdiri tak?" tanya Syameer. Mula timbul perasaan risau dalam dirinya.

"Boleh kut..." Sedaya upaya gadis itu berdiri keseorangan. Sudah Syameer tawarkan diri untuk membantu, namun ditolak baik oleh gadis genit tersebut.

Mata Syameer sekadar melihat kaki gadis itu menapak pada lantai dan perlahan berdiri dengan sebaiknya. Kekok gadis itu menggariskan senyuman.

"Kau...okay?" Lembut pertanyaan Syameer menerjah pendengaran gadis buatkan mata cantik itu menatap dirinya.

"Okay, terima kasih."

Syameer memberikan anggukan kecil. Setapak langkah dibuka namun suara gadis tadi membantutkan pergerakannya.

"Ya?" Kening Syameer terjungkit seketika.

"Untuk ibu awak?" tanyanya selari jari telunjuk gadis itu terarah pada bungkusan yang berada dalam troli.

"Hm yang mana, girl?"

"Yang bungkusan jatuh atas kepala saya tadi la..."

Syameer terdiam kejap. Matanya menghala pada bungkusan 'lampin bayi' yang menjadi pilihannya. Yang itu kah gadis ini maksudkan? Bukan kah itu lampin bayi? Tak akan lah gadis itu tak perasan? Aku tak perlu tengok nama pun dah tahu tu lampin bayi. Tengok saja bentuknya yang lembut.

"Kau kenapa? Tu lampin bayi lah. Tak kan lah untuk ibu aku? Ingat ibu aku ni kecik lagi ke?" perli Syameer selari menjeling gadis tereebut. Berapa kali dah dia menang dalam berbahas mulut dengan gadis ini? Well, ini Syameer Fakhri lah. Apa pun kemenangan mesti berpihak padanya walau apa pun terjadi.

Terkatup seketika mulut gadis itu mendengar penjelasan daripada Syameer. Terguris hati dengan sindiran Syameer? Tak langsung. Bahkan hatinya digeletek dengan perasaan lain. Ingin mengetawakan Syameer.

"Awak fikir tu lampin bayi?!" tanya gadis itu sedikit lantang sehingga perhatian orang ramai tertumpu pada mereka berdua. Gadis itu mula tersenyum- senyum. Giliran dia pula mengenakan jejaka yang kuat memerli orang ini. Muka je tampan macam setiausaha pengawas sekolahnya. Tapi perangai hm, lebih kurang seperti dirinya.

Syameer menggarukan dahinya yang tidak gatal. Pandangannya dibuang menoleh manusia yang berada di sekelilingnya. Semua kaum hawa memberikan reaksi yang berbeza- beza. Ada yang tersenyum, ada yang tersengih dan ada yang menggelengkan kepala. Adakah semua reaksi ini tertuju pada dirinya atau gadis ini?

"Kenapa kau ni?" tanya Syameer dengan perasaan geram. Kornea matanya kembali dihiasi bungkusan yang dikatakan 'lampin bayi' tadi. Rasanya dia dah betul. Ini memang lampin bayi tapi kenapa ramai memandangnya seakan apa yang dia katakan adalah palsu.

"Ini dikatakan lampin bayi? Seriuslah cik abang? Rabun ke atau memang tak boleh bezakan?" sindir gadis itu cukup sinis mengundang ketawa insan di sekelilingnya. Senyuman senget tergaris pada bibir mungilnya.

"Itu tuala wanita cik abang."

Dam!

Terus darah menyerbu wajah tampan Syameer ketika mendengar kenyataan tersebut. Keras lidah Syameer kala ini. Patutlah ramai yang ketawakan dia, rupanya dia tersilap meneka. Aduh, malu la dia kalau mukanya terpapar di media sosial dek tidak dapat membezakan mana satu tuala wanita dan lampin bayi.

"Betul ke apa yang minah penguin ni cakap, mak cik?" Tak puas hati lagi, Syameer melemparkan soalan pada wanita yang sudah menjangkau usia darinya. Jarinya ditunjukkan pada bungkusan tebal tersebut.

"Betul, nak. Benda yang kamu pegang ini merupakan tuala wanita yang khas buat kaum hawa yang didatangi darah haid. Bukan lampin bayi. Rupanya langsung tak sama," jelas mak cik tersebut seraya melakar senyuman manis buat Syameer.

Syameer menjatuhkan kepalanya beberapa kali tanda faham. Maklumat baru padanya. Rupanya, selama ini ibunya menggunakan tuala wanita untuk menampung darah haid yang keluar. Ingat ke ibunya memakai tuala sebagai halangan daripada darah keluar.

We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 2 months, 3 weeks ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 3 weeks, 6 days ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 1 month, 2 weeks ago