🔴MENGHIMPUNKAN WEBINAR/KURSUS/WACANA/BENGKEL DAN LAIN LAIN. SEMOGA DIPERMUDAHKAN. 😬👌🏻
🔴ISU SEMASA BERKAITAN PENDIDIKAN DAN NEGARA
🔴CHANNEL INI DIWUJUDKAN PADA 28 APRIL 2021
Last updated 2 weeks, 2 days ago
Software (Windows & MacOs) terkini ( Untuk android/smarphone sila ke @androidappterpilih ). Software keutamaan kepada windows. MacOs atas permintaan sahaja. (Untuk linux sila ke @newbielinux)
@software_application
Mulakan menabung dulu...
Ya, walaupun gaji tak cukup pun menabung juga. Saya tak ragu-ragu dengan apa yang saya sarankan.
Walaupun ikut logiknya, nak menabung macam mana kalau gaji tak cukup?
Nak menabung macam mana kalau hutang pun masih banyak?
Nak menabung macam mana kos harga barang makin naik?
Tak kisah apa alasan pun, saya tak ragu-ragu untuk sarankan sesiapa sahaja mula menabung.
Nak kaya, kena menabung...
Ia bukan tentang berapa jumlahnya, tapi nak tune otak kita supaya sama macam otak orang kaya; menabung dan kumpul harta.
Kita kena tune cara kita berfikir dulu supaya sama macam orang kaya berfikir.
Walaupun terpaksa korek balik tabungan tu pada pertengahan bulan pun tak apa. Koreklah dulu tabungan tu... Tak ada masalah...
Menabung dan korek balik tabungan tu lebih baik dari langsung tak berusaha untuk menabung.
Walaupun korek, kita akan korek tabungan kita dengan penuh rasa bersalah.
Tapi kalau tak menabung, kita akan belanjakan semua duit tanpa rasa bersalah. Lepas tu sentiasa justifikasi macam-macam alasan (yang semuanya betul) untuk menyedapkan hati.
Walaupun semua alasan tu betul, tak menabung memang tak akan kaya! Dan tiada siapa yang bertanggungjawab untuk perbaiki kewangan kita kecuali diri sendiri.
Kewangan kita bukan tanggungjawab boss kita. Kewangan kita bukan tanggungjawab kerajaan. Ia tanggungjawab diri kita sendiri.
Mulakan dulu menabung. Sebab dari tabungan itulah akan berlaku keajaiban dalam kewangan.
Bila otak kita sama macam otak orang kaya, kita akan cari 1001 jalan untuk jadikan kita lebih kaya. (Bukan 1001 alasan untuk justifikasikan kegagalan sendiri)
Antaranya;
Kita akan berpada-pada dalam berbelanja...
Kita tak gemar lagi buat hutang baru...
Kita lebih bermotivasi tingkat kewangan sendiri...
Dan otak kita akan mula kreatif dan ligat cari jalan tingkatkan pendapatan...
Dan tak lagi sekadar berpasrah atau berputus asa menyalahkan takdir sebelum berusaha sehabis baik.
Pengalaman saya dalam membimbing penyimpan emas, semua mereka yang berjaya dalam #MisiUbahHidup1000Keluarga adalah mereka yang mulakan langkah pertama.
Iaitu mulakan tabungan dulu dengan bajet yang kecil. Lepas tu obses mencari ilmu untuk tingkatkan kewangan diri sendiri.
Ambil langkah yang betul. Kemudian terus buat perkara yang betul dengan sabar.
Suatu hari nanti setiap kita pasti akan berjaya. InsyaAllah...
Tulisan : Tuan Mohd Zulkifli Shafie
*📢 Akaun GAP Junior: Emas Seawal Usia, Masa Depan Bercahaya!" 💰✨*
Adakah anda mencari cara terbaik untuk menjamin masa depan anak-anak tersayang? Kini dengan Akaun GAP Junior, anda boleh mendaftar anak seawal umur 1 hari! 👶🏻💖 Inilah peluang terbaik untuk membina simpanan emas sejak kecil, dan sesuai dijadikan dana pendidikan anak-anak pada masa depan. 🎓🎯
Dengan kemudahan auto debit serendah RM50, anda boleh menyimpan emas secara mudah dan konsisten setiap bulan. Simpan dengan tenang tanpa perlu rasa risau tentang urusan manual kerana semuanya automatik dan lebih teratur! 🏦✅
Layari laman sesawang kami bagi mengetahui lebih lanjut di www.publicgold.com. Tertakluk kepada terma & syarat.
_"RM50 Sebulan, Masa Depan Anak Penuh Kilauan! ✨"_
#AkaunGAPJunior #PublicGold #SimpananEmas #AutoDebitRM50 #MasaDepanGemilang
𝗕𝗔𝗭𝗜𝗥 𝗘𝗠𝗢𝗦𝗜 - 𝗣𝗮𝗻𝘁𝗮𝘂 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗻𝗮𝗶𝗸 𝘁𝘂𝗿𝘂𝗻
Pembeli emas sebagai PENYIMPAN jangan buang masa nak pantau harga emas naik atau turun. Harga emas sememangnya ada naik dan ada turun dalam jangka pendek.
Kalau naik tak turun-turun itu pelik namanya.
Fokus berapa gram yang kita nak simpan. Tentang harga emas naik atau turun jangan dipedulikan. Set dalam kepala "janji duit jadi emas".
Ada lebihan duit, tukar terus duit jadi emas untuk elak duit lebihan habis entah kemana. Tetapkan matlamat kenapa "aku simpan emas".
Contoh matlamat yang kita boleh buat ialah nak jadikan simpanan masa depan, simpanan pendidikan anak, simpanan nak kerjakan ibadah haji/umrah dan sebagainya.
Harga emas turun tu adalah satu BONUS sebab kita boleh beli emas pada harga rendah.
Waktu sesuai untuk pantau harga emas adalah bila masa kita nak gunakan tunai (rancang untuk jual). Pada masa itu baru kita pantau waktu yang sesuai untuk kita jual.
Jangan bazirkan masa dan EMOSI nak tengok harga emas naik turun jika kita hanya sebagai penyimpan emas. Fokus UTAMA adalah pertambahan gram bukan RM.
Kredit : Tuan Khaja Nazimudeen
Untung ke simpan emas sebab kena zakat?
Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Tidak wajib atas kamu sesuatu pun iaitu pada emas sehingga ada 20 dinar (85 gram) dan telah cukup haul wajib padanya setengah dinar. Apa yang lebih dari itu, mengikut kiraan yang sama.” (Hadith riwayat Abu Daud)
Kadar zakatnya adalah 2.5% dari jumlah keseluruhan nilai emas tersebut.
Emas Simpan wajib dikeluarkan zakat sekiranya berat emas tersebut menyamai atau melebihi 85 gram / 25 mayam.
Kadar zakatnya ialah 2.5% atas nilai keseluruhan emas tersebut.
Contoh pengiraan:
Jika emas yang disimpan bernilai RM35,000 (mengikut kadar nilai semasa), maka jumlah zakat yang perlu dibayar adalah seperti berikut:-
RM35,000 x 2.5% = RM875 setahun.
Gais.
Kat sini ada jadual kenaikan harga emas dalam RM. Kita boleh tengok jadual ini kat website goldprice dot org.
Anda boleh bandingkan kenaikan harga emas dalam masa setahun, lima tahun dan 20 tahun.
Kos membersihkan harta emas anda dengan zakat adalah rendah berbanding kenaikan harga emas dalam jangka masa panjang.
Insya-Allah simpan emas menguntungkan anda, walaupun kena zakat.
Gais.
Malam ini telah keluar 2 laporan yang menggerakkan harga emas ke atas ?
1) Laporan pertama keluar jam 8.15 malam waktu Malaysia.
Namanya ADP Nonfarm employment change.
Ia adalah data ekonomi bulanan yang mengukur perubahan dalam pekerjaan sektor swasta bukan ladang di Amerika Syarikat.
Dihasilkan oleh Institut Penyelidikan ADP dengan kerjasama Moody's Analytics, laporan ini memberikan anggaran jumlah pekerjaan yang ditambah atau hilang dalam sektor swasta, tidak termasuk pekerjaan kerajaan, sepanjang bulan sebelumnya.
Laporan ini berdasarkan data gaji daripada kira-kira 400,000 perniagaan di AS dan biasanya dikeluarkan dua hari sebelum laporan pekerjaan rasmi daripada Biro Statistik Buruh (BLS).
Data jangkaan = 163 ribu pekerjaan ditambah untuk bulan lepas.
Data sebenar = 150 ribu pekerjaan ditambah.
Memandangkan terdapat perbezaan 13 ribu pekerjaan, pasaran kerja US dilihat lemah.
Kelemahan pasaran kerja US = harga emas naik!
2) Laporan kedua keluar pada malam ini jam 8.30 malam adalah “Initial Jobless Claims report”
Ia merujuk kepada data ekonomi mingguan yang mengukur bilangan individu yang memohon manfaat insurans pengangguran buat kali pertama sepanjang minggu lalu.
Laporan ini dikeluarkan oleh Jabatan Buruh Amerika Syarikat dan merupakan penunjuk utama keadaan pasaran buruh.
Laporan ini memberikan gambaran mengenai kesihatan pasaran pekerjaan dengan menunjukkan berapa ramai orang yang kehilangan pekerjaan dan memohon manfaat pengangguran.
Tuntutan yang lebih tinggi daripada jangkaan boleh menunjukkan kelemahan dalam pasaran pekerjaan, manakala tuntutan yang lebih rendah daripada jangkaan boleh menunjukkan kekuatan.
Data jangkaan = 234 ribu tuntutan
Data sebenar = 238 ribu tuntutan.
Memandangkan tuntutan sebenar lebih tinggi daripada jangkaan, maka pelabur melihat pasaran kerja US semakin lemah dan membuat andaian ekonomi US lemah.
Jadi harga emas naik!
Sebab itu anda melihat harga emas menaik bermula 8.15 malam ini.
Kenaikan harga emas malam nie agak ketara.
Sebab harga emas GAP berpotensi naik antara RM4 dan RM5 segram.
Jadi untuk anda yang bercadang nak beli emas, sila topup akaun GAP anda dengan senyuman ?, sebelum jam 12.00 malam.
Saya doakan anda dapat harga yang terbaik.
Sekian melaporkan.
#NotaEmasSyukorHashim
3/7/2024 9.30 malam
Jangan buang masa dengan turun naik harga emas.
Pengalaman 13 tahun saya dengan emas menunjukkan mereka yang sibuk dengan turun naik harga emas tak ke mana-mana.
Tak kaya-kaya.
Mereka sibuk dengan turun naik harga emas dalam jangka pendek. Kalau berbeza pun tak seberapa.
Harga naik pun tak kaya. Kalau harga jatuh pun tak miskin.
Tapi sebab sibuk dengan harga, tabungan emas mereka tak bertambah-tambah. Mereka takut rugi dengan turun naik harga emas, tapi mereka tak sedar duit mereka bocor sebab tak cepat-cepat ditukarkan kepada emas.
Akhir sekali yang kaya dengan emas ialah mereka yang konsisten menabung emas. Harga tinggi mereka menabung, harga rendah mereka menabung lebih banyak!
Akhir sekali mereka inilah yang semakin kaya. Mereka yang tak peduli tentang harga sebab mereka tahu, harga emas confirm akan naik dalam jangka panjang.
Kalau harga nasi lemak Makcik Bedah pun confirm akan naik. Inikan pula emas, rumah, tanah dan aset-aset fizikal yang lain.
CABARAN - Duit Ditangan -
Cabaran paling utama bila ada duit ditangan adalah kita lebih cenderung untuk fikir nak "BELANJA". Walaupun pada asalnya kita tak ada niat nak beli sesuatu pun.
Tapi bila ada duit ditangan, biasanya otak kita mulalah gatal fikir nak belanja macam-macam dan akhirnya kita TERbelanja juga duit tu.
Lebih-lebih lagi bila kita dengar sana sini ada "SALES". Kita akan mudah terpanggil untuk membeli belah, selagi tak habis duit selagi itu kita tak blah. Sebab harga murah berbanding sebelumnya.
Walaupun pada hakikatnya kita tak ada keperluan pun untuk membeli pada waktu itu. Dan last sekali kita menyesal sebab dah terbeli.
Ada kesan yang BESAR bila duit itu kita tukarkan kepada emas. Kita secara automatik dah tak terfikir untuk belanjakan emas itu. Sebab emas itu sendiri sifatnya sayang untuk dijual (dibelanja) dan akan disimpan elok-elok.
Inilah manfaat TERBESAR menyimpan emas, sebab duit simpanan (jangkapanjang) dapat bertahan lebih lama berbanding kita biarkan ia dalam bentuk tunai (cash) ditangan mahupun dibank.
Untuk kita membina kekayaan, duit yang bertambah itu penting, tapi apa yang lebih penting adalah duit simpanan kita yang sediaada tu dapat bertahan daripada BOCOR.
Kredit: Tuan Khaja Nazimudeen
🔴MENGHIMPUNKAN WEBINAR/KURSUS/WACANA/BENGKEL DAN LAIN LAIN. SEMOGA DIPERMUDAHKAN. 😬👌🏻
🔴ISU SEMASA BERKAITAN PENDIDIKAN DAN NEGARA
🔴CHANNEL INI DIWUJUDKAN PADA 28 APRIL 2021
Last updated 2 weeks, 2 days ago
Software (Windows & MacOs) terkini ( Untuk android/smarphone sila ke @androidappterpilih ). Software keutamaan kepada windows. MacOs atas permintaan sahaja. (Untuk linux sila ke @newbielinux)
@software_application