Amira Shahera

Description
Menulis adalah cara aku memujuk hati , maaf kalau ada kekhilafan. Doakan aku 🤲🏻
Advertising
We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 1 week ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 2 weeks, 1 day ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 1 month, 2 weeks ago

7 months ago

terasa ?
entah kali keberapa makan hati,
pernah aku mengadu ?
tak pernah,
bukan taknak tapi takda sebab.

tak semua orang suka kita,
tak semua orang boleh terima kita,
dan tak semua orang boleh selesa dengan kita.

kita ada pilihan,
jika tidak diperlukan,
kita sendiri gerak dan menjauh,
jika masih diperlukan,
lakukanlah yang terbaik.

manusia sifatnya mudah berubah,
bukan hak kita untuk kawal,
atau menidakkan pendapat seseorang.

bila dah buat yang terbaik,
tak perlu untuk dibalas,
cukup difahami dan saling menerima.

hidup ni mudah,
bila orang taknak,
kita tak perlu terhegeh.

cari dimana kita diperlukan,
tak perlu menagih kasih pada yang tidak memerlukan,
kita pun ada harga diri.

7 months ago

hebatkan perancangan Allah,
dalam memberi kita kesakitan,
Dia hadirkan juga ketenangan,
buktinya kita makin dekat denganNya.

“hanya dengan memgingatiKu,
hati akan tenang”

untuk hal yang kita tak pasti dan ketahui,
percayalah ia berat sangat untuk ditelan,
tapi bila hati mula berdamai dengan takdir,
insyaAllah hati dan diri kita akan baik-baik.

aku tahu tak mudah,
tapi tak bermakna kita tak boleh,
semua tu perlukan masa dan proses.

banyak perkara yang bilamana kita genggam,
makin mudah ia terlepas,
soalnya bukan seberapa kuat kita genggam,
tapi seberapa kuat keyakinan kita padaNya.

hak Allah akan dikembalikan semula padaNya,
tiada yang milik kita.

bila Allah dah berkehandak,
kita hanya perlu terima dan lalui.

sakit harini untuk bahagia kemudian hari,
tak gitu ?

belajarlah untuk menerima segala bentuk takdir,
meski ada air mata yang menemani,
semoga kekuatan ini menjadi asbab kita lebih tenang.

7 months ago

tak perlu sentiasa okey, sampai masa segala kesakitan akan tetap beransur pergi

7 months, 1 week ago
Amira Shahera
7 months, 1 week ago

setiap orang akan lalui fasa dan proses yang berbeza.
macam mana kita kawal dan tangani semuanya tak sama.
bahkan tingkat kesabaran dan kekuatan kita juga berbeza.

tuhan nampak dan tuhan tahu kita penat,
tuhan tahu setiap apa yang terbuku dalam hati.

air mata bukan kelemahan,
tapi kekuatan untuk kita bangkit kembali.

menjauh bukan sebab kita sombong,
tapi demi menjaga hati dan keadaan.

tak semua perkara perlu dihadapi,
tak semua hal perlu kita ambil tahu,
dan tak semua emosi perlu kita kawal.

bagaimana pun kita tetap manusia biasa,
senyum lah macam mana pun,
tahan lah sekuat mana pun,
kita tetap akan lemah pada titik terendah.

boleh dilayan perasaan tu,
tapi perlu sederhana.

ambil sedikit masa dan berehat,
jangan seksa mental dan jiwa yang meronta,
hubungkan semula jiwa yang sunyi,
balikkan semula rasa padaNya.

tuhan,
aku penat,
aku nak rehat.

#penat

7 months, 1 week ago

ada banyak yang terpendam tapi pendam lebih baik

7 months, 2 weeks ago
Amira Shahera
7 months, 2 weeks ago
Amira Shahera
7 months, 2 weeks ago

“Tumbuh dengan cara tersendiri”

7 months, 3 weeks ago
Setiap yang berlaku adalah proses untuk …

Setiap yang berlaku adalah proses untuk kita jadi lebih kuat.

We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 1 week ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 2 weeks, 1 day ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 1 month, 2 weeks ago