The Garden of Al-Quran

Description
Saluran asas info Al-Quran. Moga peroleh berkat untuk terus mempelajari Al-Quran.
Advertising
We recommend to visit

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa setiap hari.

Last updated 2 weeks, 5 days ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 2 weeks, 5 days ago

My DragonForce
-x Hak Milik Rakyat Malaysia x-

Last updated 1 month, 4 weeks ago

2 weeks, 3 days ago

Carilah waktu untuk meluangkan masa bersama al-Quran, bukanlah menunggu waktu lapang dahulu baru ingin bersama al-Quran.

Kerana waktu bersama al-Quran itu sangatlah bermakna dan mampu menyelamatkan kita pada hari akhirat.

#MuhasabahQuran

2 weeks, 4 days ago

Puasa 6 Syawal, tetapi selepas bulan Syawal?

1- Para ulama' berkhilaf pandangan antara mazhab tentang pahalanya, adakah sama seperti puasa sunat 6 tersebut dibuat dalam bulan Syawal

2- Ulama' mazhab Syafi'i menyatakan tidak sama pahala dan kelebihannya jika melakukan puasa sunat 6 ini di luar bulan Syawal

3- Imam Ibn Hajar al-Haitami رَحِمَهُ الله menyatakan:

أَنَّ مَنْ صَامَهَا مَعَ رَمَضَانَ كُلُّ سَنَةٍ تَكُونُ كَصِيَامِ الدَّهْرِ فَرْضًا بِلَا مُضَاعَفَةٍ وَمَنْ صَامَ سِتَّةً غَيْرَهَا كَذَلِكَ تَكُونُ كَصِيَامِهِ نَفْلًا بِلَا مُضَاعَفَةٍ

"Sesungguhnya sesiapa yang berpuasa (6 hari di bulan Syawal) dengan Ramadhan setiap tahun, maka samalah dengan puasa fardhu selama setahun tanpa dilipat gandakan pahalanya, dan sesiapa yang berpuasa 6 hari selain pada bulan Syawal, maka sama dengan puasa sunat selama satu tahun dan tanpa dilipatgandakan pahalanya" [Tuhfah al-Muhtaj 3/457]

4- Maka, boleh untuk berpuasa sunat 6 di luar bulan Syawal, tetapi tidak mendapat pahala sama seperti dibuat dalam bulan Syawal. Bahkan dia mendapat pahala seperti puasa sunat yang lain.

Wallahu a'lam.

#FawaidFIqh

2 weeks, 4 days ago

Tips Hati Tenang

1- Allah menyatakan kepada kita bahawa semua masalah, kesusahan yang kita hadapi itu adalah dengan izinNya, maka ini isyarat penting bahawa jika kita hendak kesusahan itu berlalu, maka mintalah juga dengan Allah

2- Imam Ibn Kathir di dalam tafsir beliau menyatakan tips untuk mendapatkan bimbingan supaya hati kita terpandu ;

- kita sedar bahawa ini adalah ketentuan Allah
- sabar
- menghitung semula hidup kita (muhasabah)
- tawakkal kepada Allah

3- Ibn Abi Hatim di dalam tafsir beliau menyatakan juga bahawa “dipandu hati oleh Allah” itu ertinya istirja’ iaitu mengucapkan إنا لله وإنا إليه راجعون

‎4- Imam al-Razi menyatakan bahawa maksud kepada “memimpin hatinya” itu adalah ketika menghadapi suatu kesusahan, kematian, kesakitan, kefakiran, maka adanya tawakkal kepada Allah

‎5- Imam Abu Hayyan al-Andalusi menyatakan pula bahawa orang yang dipandu hatinya adalah ke jalan kebaikan dan hidayah

6- Apa yang kita lihat, boleh kita katakan semua tafsiran kepada ayat ini disebutkan oleh ulama’ dengan menyatakan bahawa “pimpinan hati” itu bersifat cekal dan sabar

7- Maka kita faham bahawa terkadang apa yang kita perlukan dalam menghadapi ujian bukanlah apa sahaja tetapi ketenangan jiwa, kesabaran. Jika kita katakan duit secara mutlak dapat selesaikan masalah, maka ramai sahaja orang kaya tidak tenang hidupnya, begitu juga kesenangan dunia yang lain, tanpa kita menolak manfaatnya. Kita doakan supaya Allah kurniakan kita rezeki supaya hati kita tenang dan sabar ketika susah

8- Maka tanyakan hati kita, adakah kita tenang?

al-Taghabun : 11
#FawaidTadabbur

3 weeks, 3 days ago

Antara tembok penghalang untuk kita menghayati al-Quran:

1- Menganggap al-Quran itu terhad kepada zaman tertentu. Lalu manfaat dan pengajaran al-Quran itu terbatas dan disekat dari diri kita yang hidup pada zaman ini

2- Menganggap kisah para Nabi itu hanya ada pengajaran untuk tahap orang seperti Nabi sahaja. Benar, kita bukan Nabi, tetapi pengajaran itu dapat kita ambil sekurangnya untuk mencontohi mereka

#FawaidTadabbur

3 weeks, 3 days ago

Menggabungkan fadhilat puasa. Cadangan:

- Isnin (13 Syawal)
- Selasa (14 Syawal)
- Rabu (15 Syawal)
- Khamis (17 Syawal)
- Isnin (20 Syawal)
- Khamis (23 Syawal)

Peluang kita himpunkan puasa 6, puasa hari putih dan puasa isnin khamis.

#FawaidFiqh
#FawaidHadith

3 weeks, 4 days ago

Puasa 6 dulu atau puasa ganti dulu?

Para ulama' berbeza pandangan:

1- Kena habiskan puasa ganti baru boleh buat puasa 6. Jika belum habis ganti, maka tidak digalakkan puasa 6. [Tuhfah al-Muhtaj 3/457]

2- Boleh berpuasa 6 walaupun belum habis ganti puasa Ramadan.

Ulama' mengambil dalil dari hadith Aisyah RA:

كان يكون عليَّ الصيام من رمضان، فما أستطيع أن أقضيه إلاَّ في شعبان

"Aku masih berhutang puasa Ramadan dan aku tidak dapat menggantikannya melainkan pada Sya'ban" (Muttafaqun 'Alaih)

Bererti, puasa ganti diberikan keluasan untuk digantikan sehingga datang bulan Ramadan tahun depan. Justeru, ulama' menyatakan boleh untuk mendahulukan puasa 6 barulah puasa ganti.

3- Juga ada pandangan yang menyatakan menggabungkan puasa ganti dan puasa 6. Tetapi ulama' telah menyatakan bahawa mengasingkan adalah lebih baik.

Daripada pandangan-pandangan ini, kita dapat rumuskan bahawa:

- pandangan pertama boleh diamalkan bagi mereka yang tiada puasa ganti atau bilangan puasa gantinya tidak banyak
- pandangan kedua boleh diamalkan bagi mereka yang banyak bilangan puasa ganti

#FawaidFiqh

2 months, 3 weeks ago

FAQ Nisfu Sya’ban

#FawaidFiqh
#FawaidJawab

2 months, 3 weeks ago

Perihal waktu terbaik dan berapa kali khatam al-Quran bagi golongan tertentu

1- Al-Imām al-Ghazālī رَحِمَهُ الله di dalam Iḥyāʾ ʿUlūm al-Dīn menyatakan bahawa waktu terbaik khatam al-Quran adalah siang dan malam.

2- Sangat baik jika kita boleh jadikan khatam kita itu pada solat sunat subuh pada hari isnin atau selepas solat subuh itu.

3- Juga sangat baik jika boleh jadikan khatam kita pada solat sunat maghrib malam Jumaat atau selepas solat maghrib itu.

4- Hal ini kerana kita ingin mengundang doa dari malaikat kepada Allah supaya rahmat mengiringi kita pada awal siang atau awal malam. Ini selari dengan apa yang disebut oleh al-Imām al-Nawawī رَحِمَهُ الله di dalam al-Tibyān.

5- Jika khatam pada awal siang, maka doa itu mengiringi kita sehingga malam. Jika khatam pada awal malam, maka doa itu mengiringi kita sehingga pagi.

6- Al-Imam al-Ghazali رَحِمَهُ الله menyatakan juga :

- jika seseorang itu seorang abid yang ingin beramal, maka hendaklah dia khatamkan al-Quran 2 kali seminggu

- jika seseorang itu seorang abid namun bersibuk-sibuk dengan ilmu dan menyebarkan ilmu, maka boleh dikhatamkan al-Quran seminggu sekali

- jika seseorang itu sangat tekun mencari makna al-Quran dengan terperinci, maka memadai dia khatam al-Quran sebulan sekali, kerana dia berulang-ulang kali akan membelek mushaf dan berfikir

#FawaidQuran
#FawaidUlama

Rujuk :

- Iḥyāʾ ʿUlūm al-Dīn
- Al-Tibyān fī Ādāb Ḥamalat al-Qurʾān

2 months, 4 weeks ago

Shaykh Dr Ṣalāḥ ʿAbd al-Fattāḥ al-Khālidī رَحِمَهُ الله ketika menghuraikan kisah Talut, mengatakan bahawa:

(Mafhum): walaupun kisah ini perkhabaran buat Nabi ‎ﷺ, tetapi kita juga perlu ambil perhatian untuk tadabbur kisah ini. Semua kisah dalam al-Quran perlu kita letakkan berkait dengan kita. Tiada satu pun terpisah dari kita.

Rujuk al-Qaṣaṣ al-Qurʾānī

#FawaidTadabbur

3 months ago

Masa-masa yang dicadangkan oleh ulama’ untuk produktiviti kita.

Kata al-Imām Badr al-Dīn Ibn Jamāʿah رَحِمَهُ الله :

وأجود الأوقات للحفظ الأسحار وللبحث الإبكار وللكتاب وسط
النهار وللمطالعة والمذاكرة الليل

“waktu terbaik untuk menghafal adalah pagi (sebelum subuh), untuk membuat kajian pula adalah waktu pagi (subuh & ke atas), untuk penulisan pula pada tengah hari, manakala untuk mentelaah dan perbincangan pula pada waktu malam”

Rujuk: Tadhkirat al-Sāmiʿ wa al-Mutakallim

Penafian: Cadangan ini hanya pendapat ulama’, maka tidak mengapa untuk berbeza atau tidak bersetuju kerana waktu komitmen bagi setiap individu boleh jadi berbeza-beza.

Wallahu a’lam.

#FawaidUlama

We recommend to visit

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa setiap hari.

Last updated 2 weeks, 5 days ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 2 weeks, 5 days ago

My DragonForce
-x Hak Milik Rakyat Malaysia x-

Last updated 1 month, 4 weeks ago