Pemburu yang diburu.
Last updated 2 months, 3 weeks ago
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated 1 month ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 1 month, 2 weeks ago
Malam Nisfu Sya’ban telah berakhir, namun jangan biarkan ibadah kita terhenti.
Ayuh baca surah al-Kahfi. Selepas subuh adalah paling utama.
: أن قراءة سورة الكهف بعد الصبح أفضل من قراءتها بقية النهار
"dan makna (bagi ibarat kitab) : Bahawa bacaan surah al-Kahfi selepas subuh lebih baik dari pembacaan pada baki waktu siang"
[Rujuk I’anat al-Talibin]
“Nak doa apa untuk malam nisfu Sya’ban?”
Ulama’ sarankan untuk utamakan dua perkara:
1- diampunkan dosa
2- ditutup aib kita
Sebelum doa semua ini, dahului dengan taubat kepada Allah.
Rujuk Lata’if al-Ma’arif karangan Imam Ibn Rajab al-Hanbali رَحِمَهُ الله
Malam ini berhimpun dua kebaikan iaitu malam nisfu Sya'ban dan malam Jumaat.
Usahakan untuk banyakkan amal dan berdoa kepada Allah.
Semalam dalam sesi #TadabburXMuzuza saya ada sebut tentang hadith galakan menolong orang:
وَاللَّهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيهِ
“..dan Allah sentiasa menolong hamba-Nya selama mana dia menolong sesamanya” [HR Ahmad]
Insya Allah malam ini kita sambung #TadabburXMuzuza pada surah yang seterusnya, surah Quraisy.
Jemput semua di X atau di saluran Telegram: The Garden of Al-Quran pada jam 8.30 malam.
Lazimi zikir pagi dan petang.
Zikir kepada Allah, sepertimana yang Nabi ﷺ anjurkan kepada kita, akan membantu kita untuk mengukuhkan jiwa.
Kita ucap Subhanallah. Tanda kita membuang segala tanggapan buruk kita kepada Allah. Segala apa yang tidak layak dinisbahkan kepada Allah, kita sucikan dengan sebutan dan keyakinan.
Pagi dan petang kita menyebut Alḥamdulillāh. Tanda syukur atas apa yang dikurniakan semalam dan hari ini.
Kita ucapkan Allahu Akbar. Isyarat kepada jiwa kita yang memperakui kebesaran Allah. Besar mana jua ujian kita, Allah ada untuk kita memohon dan merintih. Dia Yang Maha Besar.
Agak merisaukan tengok sebahagian saudara kita sama ada dalam negara atau luar negara, berkongsi tentang tafsir tanpa rujukan. Paling tidak, jika ingin berkongsi tafsir al-Quran, bawakan sandaran ulama' tafsir.
Kata Masruq رَحِمَهُ الله :
"Takutlah kamu untuk mentafsir, kerana sesungguhnya ia (tafsir) adalah kita meriwayatkan sesuatu atasnya (kalam Allah)"
[Fadha'il al-Quran 1/377]
2 ayat dalam al-Quran yang semua huruf hijaiyyah ada padanya :
- ayat 154 surah Ali ‘Imran
- ayat 29 surah al-Fath
Mencari makanan halal lagi baik adalah usaha mulia berdasarkan suruhan al-Quran.
Maka tidak betul jika kita memperendah kecaknaan sesama muslim.
Jika ada kekurangan di sudut lain, maka sama-sama nasihat. Bukanlah mengejek “makanan je nak halal, benda lain tak peduli”.
Satu perbuatan salah, tidak menjadikan perbuatan lain juga salah.
Duka cita jika sindiran ini datang dari orang Muslim sendiri.
Allahu akbar.
Kurang lebih 180 hari bermula kini, Ramadan bakal menjelma lagi. Moga Allah berikan kita peluang lagi bertemu Ramadan.
Boleh perhatikan puasa ganti bagi yang berkenaan. Jika sudah selesai, latih diri puasa sunat, dekatkan diri dengan al-Quran.
Insya Allah.
Pemburu yang diburu.
Last updated 2 months, 3 weeks ago
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated 1 month ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 1 month, 2 weeks ago