Aizat Farhan Abdul Aziz

Description
Ahlan bikum
We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 3 months, 4 weeks ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 2 months ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 2 months, 2 weeks ago

3 months, 2 weeks ago

Di Akhir 2024 ini..

🌸 Kita berhenti mengejar manusia yang sempurna di mata manusia yang lainnya.

🌸 Kita berhenti menjadi manusia yang selalu ingin diterima, sehingga sanggup mengabaikan perasaan sendiri.

🌸 Kita berhenti menjadi manusia yang bertahan dalam kesakitan hanya kerana takut membuat sebuah keputusan.

🌸 Kita berhenti menjadi manusia yang terlihay bahagia, tetapi menderita mental dan emosinya.

🌸 Kita berhenti menjadi manusia yang sanggup buang rasa malu, demi mencari perhatian dunia.

Moga 2025 ☺️

🌹 Tahun dimana kita menjadi manusia yang baik dari sebelumnya.

🌹 Tanpa membandingkan diri kita dengan sesiapa..
Tanpa membezakan jalan hidup kita dengan mereka

Aizat | 30 Dis 🤍

4 months, 2 weeks ago

PERISTIWA BERSEJARAH PADA HARI JUMAAT

  1. Penghulu sekalian hari, penciptaan Nabi Adam a.s, kematiaannya dan terjadinya kiamat.

Hadis:
Rasulullah SAW bersabda:
“Sebaik-baik hari di mana matahari terbit adalah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan, pada hari itu dia dimasukkan ke syurga, pada hari itu dia dikeluarkan daripadanya, dan tidak akan berlaku Kiamat melainkan pada hari Jumaat.”
(Riwayat Muslim)

  1. Pembukaan kota Mekah (8H)

- Peristiwa perang ini diketuai oleh Rasulullah sendiri dan seramai kurang lebih 2000 orang yang memeluk islam antaranya Saidina Abu Sufyan b Harb dan Saidina Ikrimah b Abu Jahal

  1. Wafatnya Khalifah Umar bin al-Khattab (23H)

- Khalifah Umar bin al-Khattab r.a. wafat pada hari Jumaat, setelah ditikam oleh Abu Lu’lu’ah al-Majusi ketika sedang mengimamkan solat Subuh di Masjid Nabawi. Beliau meninggal dunia akibat luka parah tersebut.

  1. Wafatnya Khalifah Uthman bin Affan (35H)

- Khalifah Uthman bin Affan r.a. dibunuh oleh pemberontak pada hari Jumaat, ketika beliau sedang membaca Al-Quran di rumahnya. Peristiwa ini mencetuskan Fitnah Kubra (fitnah besar) yang mengubah landskap politik umat Islam.

  1. Pertempuran Karbala (61H)

- Walaupun pertempuran Karbala berlaku pada hari Asyura (10 Muharram), sebahagian catatan menyatakan bahawa khutbah dan peristiwa awal yang membawa kepada pembunuhan cucu Rasulullah SAW, Sayyidina Husain bin Ali r.a., berlaku pada hari Jumaat.

  1. Pembukaan Kota Rayy (Era Tabi’in)

- Kota Rayy (kini Tehran, Iran) dibuka oleh tentera Islam pada hari Jumaat semasa pemerintahan Khalifah al-Walid bin Abdul Malik. Pembukaan ini adalah sebahagian daripada usaha meluaskan empayar Islam pada zaman tabi’in.

  1. Kemenangan Tentera Islam di Perang Zallaqah (479H)

- Walaupun selepas zaman tabi’in, Perang Zallaqah, atau dikenali sebagai Perang Sagrajas, berlaku pada hari Jumaat. Ia menyaksikan kemenangan besar umat Islam di Andalusia yang dipimpin oleh Yusuf bin Tashfin melawan tentera Kristian.

  1. Peninggalan Khalifah Harun al-Rasyid

- Khalifah Harun al-Rasyid, salah seorang pemerintah terkenal semasa era keemasan Islam (Bani Abbasiyyah), dilaporkan meninggal dunia pada hari Jumaat. Pemerintahannya dikenali dengan kemajuan ilmu pengetahuan dan tamadun.

4 months, 3 weeks ago

Tawaran Istimewa untuk Anda yang Bersedia ke Tanah Suci atau Gaya Harian!

Sama ada anda bakal menunaikan umrah atau haji, atau sekadar mencari pakaian berkualiti untuk kegunaan harian, ini adalah masa terbaik untuk berbelanja! 🌙

💸 Diskaun 5% untuk semua produk premium Hadramiyah.

💳 Masukkan kod kupon USTAIZAT semasa checkout.

📅 Year-End Sale
berlangsung dari Isnin, 26 Nov hingga 5 Dis 2025!

Produk kami direka khas untuk keselesaan jemaah di Tanah Suci dan juga untuk mereka yang mahukan pakaian yang selesa dan bergaya di mana-mana sahaja. Jangan lepaskan peluang ini – jimat lebih dengan tawaran gandaan diskaun sempena promosi ini!

📍 Belanja sekarang di: www.hadramiyah.com

Persiapkan diri anda dengan tenang, jimat, dan berkat – untuk ibadah atau gaya harian! 🕋

5 months, 2 weeks ago
نِيَتُكَ الصالِحةُ هِيَ مِن تَجَلُّبِ لَك …

نِيَتُكَ الصالِحةُ هِيَ مِن تَجَلُّبِ لَك ِالخَيْر ِدَائِماً , فَعَلَى قدرِ النَوَايا تَكُونُ العَطَايَا لِذَا ضَع نيةَ الخيرَ فِي قَلْبِك وَسَيَتوَلَّى اللهُ أَمْرَك.

“Niatmu yang tulus adalah kunci yang sentiasa membawa kebaikan dalam hidupmu. Sebesar mana keikhlasan niatmu, sebesar itu jugalah limpahan kurnia-Nya. Maka tanamlah niat yang baik dalam hatimu, dan Allah akan menyempurnakan urusanmu.”

3 Nov | Ahad

6 months ago

PERIHATIN TERHADAP PALESTIN, ADAKAH CUKUP SEKADAR DOA?

(Kalam Habib Abdullah al-Habsyi | Pemimpin Persatuan Muwasolah Baina Ulama’ Malaysia)

? Peranan kita pada masa ini bukan lagi mengangkat senjata, namun lebih kepada mendampingi para ulama’, pendakwah, ustaz, dan orang-orang yang baik. Bersama mereka, kita harus saling berganding bahu.
Para ulama’ menyebarkan hikmah, para usahawan menyumbang melalui harta, manakala cendekiawan IT menggunakan kepakaran mereka untuk menyampaikan dakwah melalui pelbagai medium.

? Semua ini bertujuan melahirkan generasi yang teguh berpegang pada ilmu, terdidik dengan adab dan akhlak mulia, yang akhirnya mempengaruhi masyarakat dan keluarga di sekeliling mereka. Inilah erti sebenar bantuan terhadap agama Allah.

? Jika kita membantu agama Allah dengan menegakkan syariat dan sunnah Nabi SAW dalam rumah-rumah kita dan di segenap kehidupan kita, nescaya pertolongan Allah akan hadir. Andai kemenangan Palestin diimpikan berpihak kepada Islam, kita wajib menghidupkan suasana ilmu dan amal seperti mana yang wujud pada zaman panglima agung, Salahuddin al-Ayubi.

? Di zamannya, bukan sahaja ulama’ yang bangkit, malah usahawan hebat dan pemikir luar biasa turut bersatu melahirkan generasi Salahuddin yang akhirnya membebaskan Baitul Maqdis.

? Kemenangan yang Allah kurniakan kepada panglima agung Salahuddin al-Ayubi saat beliau berjaya merampas kembali Baitul Maqdis adalah hasil daripada kehebatan para pendokongnya, yang bukan hanya mahir dalam ilmu peperangan tetapi juga memiliki hubungan erat dengan para alim ulama’. Ikatan hatinya dengan ulama’ begitu utuh, laksana benang yang menyulam persaudaraan rohani.

? Salahuddin bukan sekadar panglima di medan tempur, tetapi juga seorang sufi yang teguh mengamalkan sunnah dan adab baginda Nabi SAW, sehingga pancaran keperibadian mulia itu tertanam dalam setiap jiwa tenteranya.

? Melalui didikannya, tentera-tentera beliau tidak hanya gagah secara fizikal, namun juga memiliki kekuatan spiritual yang luar biasa. Fizikal mereka digilap di medan latihan, manakala jiwa mereka disucikan dengan akhlak dan adab, menghasilkan pasukan yang tak hanya berperang dengan senjata, tetapi dengan hati yang bersandar kepada Allah. Kekuatan rohani inilah yang menjadi tunjang kepada kemenangan yang agung itu, memperlihatkan bahawa kejayaan sebenar lahir daripada kesatuan jasmani dan rohani, ilmu dan amal.

? Jika benar mahukan bantuan dari Allah, mulakan kita membantu Allah dari didikan tarbiyah dari dalam rumah. Hindari semua perkara yang haram dan hidupkan sunnah2 baginda nabi SAW. Mudah2han agama kita peroleh kemenangan

? Andai benar kita mendambakan pertolongan dari Allah, mulakanlah dengan mendidik diri dan keluarga melalui tarbiyah yang penuh hikmah, bermula dari dalam rumah. Hindarkan segala yang haram dan jauhkanlah apa jua yang mengundang murka-Nya. Hiasilah setiap sudut kehidupan kita dengan menghidupkan sunnah2 baginda Nabi SAW.

? Sesungguhnya, rumah yang dibasahi dengan ajaran Rasulullah SAW akan menjadi benteng yang kukuh, tempat lahirnya generasi yang berpegang pada agama dengan penuh kesedaran dan keyakinan. Dari sinilah bermula kemenangan apabila hati-hati diisi dengan ketaatan, keluarga menjadi madrasah pertama yang membentuk peribadi-peribadi agung.

? Mudah-mudahan dengan usaha ini, Allah SWT akan menganugerahkan kemenangan kepada agama kita, seperti mana Dia menurunkan pertolongan-Nya kepada umat yang terdahulu.

??????

6 months ago

Kenapa di dalam al-Quran disebut perkataan langit secara gandaan (plural) dan bumi secara tunggal (singular)?

Jawapan:-

▶️ Kebesaran dan keagungan langit.

Langit merujuk kepada beberapa lapisan atau tingkat yang melampaui pemahaman biasa manusia. Dalam Al-Quran, disebutkan bahawa Allah mencipta “tujuh langit” yang menggambarkan betapa luas dan kompleksnya langit sebagai ciptaan Allah.

▶️ Satu bumi untuk manusia.

Bumi dalam konteks ini merujuk kepada tempat tinggal manusia yang unik dan satu. Walaupun ada perbezaan dalam geografi atau landskap bumi, ia tetap dianggap satu unit dalam Al-Quran, kerana ia adalah tempat manusia hidup, menjalankan kehidupan, dan menerima wahyu.

▶️ Struktur penciptaan.

Langit dianggap lebih luas dan tak terjangkau oleh manusia, sementara bumi lebih terhad dalam skopnya. Ini menjelaskan penggunaan jamak untuk langit yang mewakili sesuatu yang sangat luas dan pelbagai, sedangkan bumi yang diketahui manusia hanya satu.

▶️ Keseimbangan antara syurga dan dunia.

Dalam konteks spiritual, langit juga sering dikaitkan dengan aspek metafizik seperti tempat malaikat dan syurga, sedangkan bumi lebih berkaitan dengan kehidupan material dan fizikal manusia. Juga dapat
mencerminkan keseimbangan antara alam rohani (langit) dan alam duniawi (bumi).

Penggunaan lafaz ini mengandungi makna simbolik dan literal yang memperlihatkan keunikan penciptaan Allah dan bagaimana manusia berinteraksi dengan kedua-duanya.

? Rujukan:-
_Tafsir Ibnu Kathir, Surah Al-Mulk (67:3)_

_Tafsir Al-Qurtubi, Surah Al-Baqarah (2:29)_

_Tafsir Al-Tabari, Surah An-Naba’ (78:12)_

_Tafsir Al-Razi (Tafsir Al-Kabir), Surah Al-Baqarah (2:29)_

10 months, 4 weeks ago

Pondok tempat alfaqir memulakan pengajian alquran dan kitab di bawah tarbiah al-Fadhil Tuan Guru Ust Fadil B Hj. Ismail Al-Yamani ini diberi sedikit ujian dari Allah SWT. Sudilah kiranya berikan sumbangan yg termampu ??

10 months, 4 weeks ago

‼️
Derma Kilat

Dengan kebakaran yg menimpa madrasah Pondok Saadah Addaarain, kami bagi pihak Pondok melancarkan Kutipan Derma Kilat bagi membantu madrasah.

Sumbangan dan bantuan boleh disalurkan ke:

Akaun Maybank
Pondok Moden Saadah Addaarain
5628 7050 2950

Rujukan: Bantuan Kebakaran
Resit boleh beri kpd Ust Naim (+60 19-246 7512) sbg catitan.

Setiap ringgit yg dihulurkan moga mendapat pandangan khusus dari Allah taala, atas usaha membantu kerja2 agama.

Barakallahufiikum ajma'in

Yusoff Abd Rahman
Pondok Moden Tahfiz Saadah Addaarain
0193446060

We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 3 months, 4 weeks ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 2 months ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 2 months, 2 weeks ago