UMMAH JOM DAKWAH

Description
"Penyambung tugas Rasulullah SAW"

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِه وَصَحْبِهِ وَسَلِّم ❤

Instagram: https://instagram.com/ummahjomdakwah_official
Advertising
We recommend to visit

ঌ #Tumblr Pictures #Tumblr Quotes
ঌ # TeN TiME : @LZLLL - @PPPJP
بوت حجز تمويلات @fpbot
- قناة التمويلات | @ossss .
- لطلب التمويل | @sssso .

Last updated 2 hours ago

القناة الأكبر لزوامل المنشد المجاهد #عيسى_الليث


للتواصل مع ادارة القناه @OdaygholyBot

https://telega.io/c/zwamlallaith

قناة ميوزك الرماس 🔜🎵
التردد الجديد لقناة ميوزك الرماس 10971 - H
المدير : #حسن_سامي💛 🔚
للعلانات المموله والتجاريه 👇🏻
https://t.me/mumool

قناتي و يومياتي حسن سامي👇
https://t.me/hassan_sami25

Last updated 1 day, 11 hours ago

1 month ago
UMMAH JOM DAKWAH
1 month, 1 week ago
Salam Jumaat Semua ***✨***

Salam Jumaat Semua

2 months, 3 weeks ago

Salam Jumaat🌹

3 months, 2 weeks ago

Sempena menyambut bulan Rabiul Awwal, kita saling memperingatkan diri kita tentang etika menyambut maulid dan adab dalam majlis mawlid..

Dimulakan dengan memasang niat:
1. Menghadiri majlis salawat Rasūlullāh ﷺ.
2. Menghadiri acara yang dianjurkan oleh para ulama.
3. Mendengarkan sirah (sejarah kehidupan) Rasūlullāh ﷺ.
4. Menghadiri majlis nasihat dan petunjuk.
5. Berusaha meniru sikap terpuji Rasūlullāh ﷺ.
6. Mengisi waktu dengan kebaikan.
7. Memperbanyak golongan kebaikan.
8. Diniatkan semoga Allāh memberikan anugerah kepada kita untuk berakhlakul-karimah seperti akhlaknya Rasūlullāh ﷺ.
9.Melakukan sebahagian kewajiban kita kepada Rasūlullāh ﷺ.
10.Diniatkan semoga Allāh memuliakan dengan melihat Rasūlullāh ﷺ.
Sumber : “Kitab Niat” Al- Habīb Muhāmmad bin Alawī Al- Aydarūs

Adab2 menghadiri majlis dan sepanjang bulan:
1. Mengisi dengan bacaan-bacaan selawat kepada Rasulullah ﷺ.
Allah SWT berfirman:
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيماً
“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi ﷺ. Wahai orang-orang yang beriman! Bershalawatlah kamu untuk Nabi ﷺ dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.” (Surah Al-Ahzab: 56).
2. Berzikir dan meningkatkan ibadah kepada Allah.
Syeikh Husnayn Makhluf berkata: “Perayaan maulid harus dilakukan dengan berzikir kepada Allah SWT, mensyukuri kenikmatan Allah SWT atas kelahiran Rasulullah ﷺ, dan dilakukan dengan cara yang sopan, khusyuk ‘serta jauh dari hal-hal yang diharamkan dan bid’ah yang mungkar.”
3. Membaca and menghayati sejarah Rasulullah ﷺ dan menceritakan kebaikan-kebaikan dan keutamaan-keutamaan beliau.
4. Memberi sedekah kepada yang memerlukan atau fakir miskin.
5. Meningkatkan silaturrahmi.
6. Menunjukkan rasa gembira dan bahagia dengan merasakan sentiasa kehadiran Rasulullah ﷺ di tengah-tengah kita.
7. Mengadakan pengajian atau majlis Ta’lim yang mengandungi anjuran untuk kebaikan dan menelusuri tauladan Rasulullah ﷺ.

Jika timbul persoalan, perayaan maulid yang tibanya pada bulan Rabiul Awwal, juga bertepatan dengan bulan wafatnya Rasulullah ﷺ, mengapakah tidak ada luahan kesedihan atas wafatnya Baginda? Imam Suyuthi menjelaskan:

“Kelahiran Nabi ﷺ adalah kenikmatan terbesar bagi kita, sementara wafatnya Baginda ﷺ adalah musibah terbesar atas kita. Sedangkan syariat memerintahkan kita untuk menampakkan rasa syukur atas nikmat dan bersabar serta diam dan merahsiakan atas cubaan yang menimpa. Terbukti agama memerintahkan untuk menyembelih kambing sebagai ‘aqiqah pada kelahiran anak dan tidak memerintahkan menyembelih haiwan pada ketika kematian, maka kaedah syariat menunjukkan bahawa yang baik pada bulan ini adalah menampakkan kegembiraan atas kelahiran Rasulullah ﷺ bukan menampakkan kesedihan atau kesusahan atas musibah yang menimpa.”

Oleh kerana hakikat dari perayaan maulid adalah luahan rasa syukur dan penghormatan kepada Rasulullah ﷺ, sudah semestinya tidak dinodai dengan kemungkaran-kemungkaran dalam merayakannya. Begitu juga peringatan maulid tidak seharusnya digunakan untuk saling provokasi antara kumpulan Islam yang berakhir kepada perbbalahan antara kumpulan. Jika demikian yang terjadi, maka bukanlah penghormatan yang didapati akan tetapi penghinaan kepada Rasulullah ﷺ.

-Majlis ArRaudhah?

3 months, 3 weeks ago

MERDEKAKAN DIRI DARI KELAM KEJAHILAN KEPADA TERANG CAHAYA ILMU
Apa makna Merdeka jika masih berada di dalam lautan kejahilan. Merdeka itu adalah kebebasan. Bebas dari KELAM JAHIL kepada TERANG CAHAYA ILMU.

Mengeluarkan diri dari kejahilan dengan menuntut Ilmu Fardhu Ain. Ilmu Fardhu Ain merupakan ilmu yang menjadi petunjuk untuk kita melalui kehidupan Dunia dan kehidupan Akhirat.

Tidak dipanggil Merdeka jika jiwa masih dituruti nafsu. Tidak dipanggil Merdeka jika diri masih dikawal Dunia. Inilah masanya untuk kembali kepada agama dan belajar agama.

Merdekakan diri dengan mempelajari Ilmu Tauhid permulaan agama untuk mengesahkan iman dan mengenal Allah. Ilmu Fekah (amal zohir) untuk mengesahkan ibadah. Ilmu Tasawuf (amal batin) kenali sifat keji untuk dibersihan dan sifat terpuji untuk dihiasi. Penting belajar ketiga-tiga ilmu fardu ain ini. Semoga kembali kita kepada Allah menjadi hamba yang bahagia Ahli Syurga. Ameen.

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN
DARI KAMI AKADEMI NAFAHAAT

#SelamatHariKemerdekaan67
#HariKebangsaan2024

5 months, 3 weeks ago
Sebahagian orang saleh berkata:

Sebahagian orang saleh berkata:

"Bagi siapa yang rutin membacanya setiap malam sepuluh kali dan pada malam Jum’at sebanyak seratus kali, dia akan memperoleh kurnia yang besar dan kebaikan yang melimpah dengan kehendak Allah Ta’ala.”

#selawatalaliqodri
#selawatkeatasNabisaw
#SelawatSampaiJumpaNabi

6 months, 1 week ago

SALAM AIDILADHA?
      10 Zulhijjah 1445H

،تَقَبَلَ اللّٰهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
،صِيَامَنَا وَصِيَامَكُمْ
كُلُّ عَامٍِ وَاَنْتُمْ بِخَيْرٍ
مِنَ العَائِدَيْنِ وَالفَائِزِيْنَ

Semoga kita termasuk orang-orang yang sentiasa bersyukur dan diterima amalan kita sepanjang bulan Zulhijjah termasuk pada awalnya.

We recommend to visit

ঌ #Tumblr Pictures #Tumblr Quotes
ঌ # TeN TiME : @LZLLL - @PPPJP
بوت حجز تمويلات @fpbot
- قناة التمويلات | @ossss .
- لطلب التمويل | @sssso .

Last updated 2 hours ago

القناة الأكبر لزوامل المنشد المجاهد #عيسى_الليث


للتواصل مع ادارة القناه @OdaygholyBot

https://telega.io/c/zwamlallaith

قناة ميوزك الرماس 🔜🎵
التردد الجديد لقناة ميوزك الرماس 10971 - H
المدير : #حسن_سامي💛 🔚
للعلانات المموله والتجاريه 👇🏻
https://t.me/mumool

قناتي و يومياتي حسن سامي👇
https://t.me/hassan_sami25

Last updated 1 day, 11 hours ago