Usrah Santai

Description
Telegram Rasmi Usrah Santai

IG Rasmi : @usrahsantai

Jiwa bergetar dengan nama Allah,
Rindu yang paling syahdu pada Rasulallah. ✨
Advertising
We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 1 week ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 2 weeks, 1 day ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 1 month, 2 weeks ago

1 month, 1 week ago
Qalbunya tenang menghadapi segalanya.

Qalbunya tenang menghadapi segalanya.

#usrahsantai

1 month, 3 weeks ago

Barangsiapa yang mengamalkan ENAM sunnah ini akan mendapatkan segala manfaat pada hari Jumaat.

Habib Kadzim juga mendoakan Allah subhana wa taala memberi berkat kepada semua pelajar, dan berpesan kepentingan bersiwak.

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

#usrahsantai

2 months, 2 weeks ago

Jangan rasakan kita sahaja berguru, bertareqat, bertarbiah kemudian kita abaikan umat yang lain. Kita tidak tahu keadaan seseorang walaupun pada pandangan zahir dia seorang gelandangan hatinya hanya Allah yang tahu. Bahkan ahli maksiat sekalipun. Jangankan abaikan, pandang rendah pun tidak boleh.

Kadangkala ada yang sampai kepada Allah dengan dosa²nya. Adab dalam hati bukan mudah hendak dilaksanakan melainkan hati kita berma'rifat kepada Allah.

Allah lebih Mengetahui.

#usrahsantai

3 months, 3 weeks ago

Rasulullah tidak pernah tidur sebelum mencium Fatimah. Pernah suatu ketika ditegur dan ditanya salah satu isterinya, kenapa engkau selalu mencium Fatimah? Rasulullah menjawab, 'Setiap kali aku rindukan syurga aku mendapatkan semerbak bau harum syurga pada diri Fatimah'.

Suatu hari Fatimah sudah masuk di kamarnya, sudah di dalam selimutnya, hendak tidur. Rasulullah mengetuk pintu kamarnya, kemudian Rasulullah masuk dan Fatimah bangun, kata Rasulullah 'Jangan, tetaplah kamu di tempat tidurmu.'

Kemudian beliau bersabda ‘puteriku Fatimah, kamu jangan tidur sebelum mengkhatamkan Al-Quran. Kamu jangan tidur sebelum menjadikan seluruh nabi memberikan syafaat untukmu. Kamu jangan tidur sebelum meredhakan atau memberi keredhaan kepada seluruh kaum mukminin-mukminat di dunia ini. Dan terakhir wahai puteriku Fatimah jangan kamu tidur sebelum kamu Umrah dan Haji.

Permintaan yang susah semuanya. Sebelum tidur khatam Al-Quran. Sebelum tidur menjadikan seluruh Nabi memberikan syafaat. Sebelum tidur meredhakan kaum mukminin-mukminat. Sebelum tidur Umrah dan Haji.

Siti Fatimah terkejut dengan perintah ini. Sebelum sempat Fatimah berkata, Rasulullah solat dua rakaat di kamar Fatimah. Fatimah duduk menanti selesai solat ayahnya untuk menanyakan tentang perintah tadi.

Setelah Rasulullah salam, Fatimah berkata, 'Ayahku, siapa yang mampu sebelum tidur khatam Al-Quran, menjadikan para Nabi memberi syafaat, merelakan seluruh kaum mukminin-mukminat, dan melaksanakan Umrah dan Haji?'

Rasulullah tersenyum kemudian beliau bersabda, bukan begitu puteriku, bukankah engkau kalau membaca Qulhuwallahu Ahad (Surah Al-Ikhlas) sebanyak 3x dihitung seperti khatam Al-Quran.

Kedua, berselawatlah kepadaku dan seluruh para nabi, nanti kami semua akan memberi syafaat.

Ketiga, doakan kaum mukminin-mukminat; Astaghfirullah lil mukminin na wal mukminat, supaya semua kaum mukminin-mukminat redha kepadamu.

Keempat, Umrah dan Haji yang ku-maksud ialah membaca; Subhanallah, Walhamdulillah, Wa Laa Ilaha Illallah, WaAllahu Akbar, maka pahalanya seperti kamu melakukan Umrah dan Haji.

Jadi inilah amalan yang diajarkan Rasulullah kepada puterinya Fatimah.??️

#usrahsantai

4 months ago

Disebutkan dalam kitab تذكير المصطفى bahawa Imam Syafi'e menyampaikan:

  1. Siapa saja yang ingin menahan amarahnya dan menjadi orang yang penyabar, maka bacalah Surah al-Insyirah setelah solat Asar 3x atau 7x.

  2. Siapa saja yang ingin makan sedikit namun dapat mengenyangkan dan kuat bersabar atas lapar maka bacalah Surah al-Insyirah setiap kali mahu makan.

  3. Jika ingin tidur sebentar namun tidak ngantuk maka bacalah Surah al-Insyirah 3x atau 7x setiap kali baring untuk tidur.

Khusus amalan agar tidak ngantuk, selain membaca Surah al-Insyirah sebelum tidur juga ditambah dengan do'a berikut:

اَللَّهُمَّ ارْزُقْنِي سَهَرًا فِي طَاعَتِك وَ أَشْبِعْنِيْ مِنَ النَّوْمِ بِالْيَسِيرِ، اللهم لاَ تُؤْمِنِّيْ مَكْرَكَ وَلاَ تُنْسِنِيْ ذِكْرَكَ وَلاَ تَجْعَلْنِي مِنَ الغَافِلِينَ

Setelah baca do'a tersebut kemudian niat dalam hati mahu bangun pukul berapa, maka dengan izin Allah ﷻ akan bangun pada jam yang diinginkan dan tidak mengantuk walaupun hanya tidur sebentar.

Bi Iznillah.

#usrahsantai

4 months, 3 weeks ago

Jika waktu telah memasuki hari Khamis malam, maka para malaikat turun dari langit dengan membawa pena yang terbuat dari emas dan juga lembaran-lembaran yang terbuat dari perak.

Mulai hari Khamis malam itu, hingga terbenamnya matahari di Hari Jum'at, para malaikat tersebut tidak menulis apapun diatas lembaran-lembaran yang terbuat dari perak dan bertintakan emas itu kecuali amalan bacaan selawat kita kepada Baginda Rasulullah ﷺ. (As Sayyid Al Imam Abu Abdillah Ja‘far Ash Shadiq Radiyallahu‘anhu)

Sesiapa yang memperbanyakkan berselawat kepada Rasullullah ﷺ akan mendapatkan syafaat di hari kiamat nanti, sebab, itu adalah, satu cara untuk kita tunjukkan kasih sayang & cinta kita kepada Rasullullah ﷺ

Bila satu majlis yang banyak berselawat kepada Rasullullah ﷺ bekas selawat tersebut akan berterusan sehingga hari kiamat. Selawat itu akan menjadi sinaran cahaya sewaktu berada di dalam kubur yang gelap,

Seseorang yang berselawat kepada Rasullullah ﷺ, Allah akan turunkan rahmat kepadanya, kerana, dengan berselawat itu akan memberikan kita hidayah & petunjuk ke jalan yang benar.

Dengan Memperbanyakkan selawat itu akan membuat kan kita tetap teguh di jalan Allah. Memperbanyakkan selawat akan selamatkan diri kita dari api neraka.

Memberi jaminan atas keselamatan kita di dalam kubur nanti. Tanda seseorang itu melakukan Sunnah adalah, mereka selalu memperbanyakkan berselawat kepada Rasullullah ﷺ,

Sesiapa yang memperbanyakkan Selawat kepada Rasullullah ﷺ, itu adalah satu sebab untuk mendapat minuman di Telaga Kautsar sebelum kita masuk ke syurga.

Dengan Memperbanyakkan selawat juga, dapat menyelamatkan kita dari fitnah & kita di jauhkan dari orang yang mengata buruk. Cara untuk mendapat kan karakter Rasullullah ﷺ di dalam diri kita ialah, sewaktu kita berselawat ke atas Rasullullah ﷺ, kita bayangkan bahawa kita berselawat kepada Beliau secara depan²

Dengan Memperbanyakkan selawat, itu adalah salah satu cara untuk kita meninggal dengan pengakhiran husnul khotimah, pengakhiran yang baik

Berselawatlah, sehingga kamu dapat berjumpa dengan guru yang boleh membawa mu dekat menuju kepada Allah. Jika seseorang itu di iringi dengan Selawat sentiasa, mereka itu, tidak mempunyai kesusahan, & keraguan, tetapi, mereka mempunyai kebahagiaan yang lebih di dalam kehidupan nya lebih-lebih lagi di akhir zaman ini. Semoga kita semua diberikan kesempatan oleh Allah سبحانه و تعالى untuk dapat memperbanyak Selawat dan bermuhasabah diri.

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

#usrahsantai

6 months, 1 week ago

Hari Arafah adalah hari yang istimewa buat umat Islam. Dalam al-Quran, Allah bersumpah dengan hari Arafah. Firman Allah:

“Dan makhluk-makhluk yang hadir menyaksikan hari itu, serta segala keadaan yang disaksikan.” (al-Buruj : 3)

Ketika menghuraikan ayat ini, Rasulullah menyebutkan: "Yang dimaksudkan dengan hari yang dijanjikan itu (al-Maw’ud) adalah hari kiamat, manakala hari yang disaksikan itu (masyhud) itu adalah hari Arafah".

Begitu tinggi kedudukan Hari Arafah sehingga Allah bersumpah dengan hari ini dalam al-Quran.

Malah pada hari ini jugalah, hari yang Allah paling banyak membebaskan hamba-hambanya dari neraka. Perkara ini disampaikan oleh Rasulullah dengan sabdanya: "Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya dari neraka seperti Hari Arafah. Pada hari tersebut Allah mendekati mereka dan berbangga dengan mereka (hamba-hambanya) di sisi malaikat dan berkata: Apa yang mereka mahukan?" (Sahih Muslim)

Menurut al-Imam Ibn Abd al-Barr, hadith ini menggambarkan mereka yang wuquf pada hari Arafah akan diampunkan dosa mereka. Bahkan menurut al-Imam Ibn al-Qayyim, Allah mendekati mereka pada hari tersebut dan memperkenankan doa mereka.

Justeru pada Hari Arafah ini, perbanyakkanlah berdoa. Ini kerana, menurut Rasulullah, sebaik-baik doa adalah doa pada Hari Arafah. Bagi yang mampu berpuasa, maka berpuasalah. Kerana Rasulullah bersabda, mereka yang berpuasa pada Hari Arafah, Allah akan menghapuskan dosa mereka. Sabda Baginda ; "Puasa pada hari Arafah, aku berharap Allah akan mengampunkan dosa tahun terdahulu dan dosa selepas daripadanya." (Sahih Muslim)

Semoga Allah makbulkan segala permintaan kita & terima keampunan kita semua, Amin bijahi Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam

#usrahsantai

6 months, 3 weeks ago

Syirik Khafi adalah mukmin yang berbuat dosa sama ada besar atau kecil. Contonya,  adanya perasaan riya' dalam diri seseorang.

Riya' apabila melakukan sesuatu perbuatan bukan kerana Allah, tetapi kerana makhluk. Atau meninggalkan sesuatu perbuatan bukan kerana Allah, tetapi kerana makhluk.

Manakala Syirik Alfal Khafi pula adalah dosa yang amat tersembunyi iaitu seperti Ananiyah (ke'Aku'an) iaitu mencari keberadaan diri, bukan Allah. Segala yang diperlakukan, diperolehi adalah dengan usahanya, bukan dari rahmatNya Allah.

Dan untuk melepaskan diri dari syirik ini, perlulah sentiasa melakukan solat Taubat. Setiap orang awam tidak dapat lari dari kelemahan ini apabila 70ribu lapis hijab untuk menghilangkan ananiyah dalam diri.

Maka, wajiblah kita mempelajari ilmu Tasawuf untuk membersihkan diri dari segala bentuk syirik.

Allahu Yahdik~

#usrahsantai

8 months, 2 weeks ago

Insiden 3
Ambang Moreh.
Solat tarawih berhenti selepas 4 rakaat, ada penceramah jemputan sedang memberi tazkirah. Seorang lelaki separuh usia yang sedang duduk di beranda surau memanggil anak-anaknya yang sedang bermain dan berlari dari arah dewan makan surau itu.
Lelaki itu menyuruh anak-anaknya agar jangan bermain dan duduk sahaja dalam surau. Anaknya memberitahu tadi mereka pegi minum air. Lalu ayahnya berkata, kalau dah siap air boleh la bawakan satu cawan untuk ayah. Dua anaknya pegi semula ke dewan makan. Tak lama kemudian kembali bersama satu cawan kertas berisi air minuman sejuk. Salah seorang anaknya berkata, “Tadi pakcik yang kat dapur tu tanya kenapa datang ambil air dua kali?”
Anaknya bercerita, “Saya ambil untuk ayah saya.” Pakcik tu tanya lagi, “Ayah kamu tak boleh berjalan sendiri ke?”
Anak tu bercerita, "Ayah saya sakit kaki."
Pakcik tu kata lagi, “Suruh ayah kau datang sini pakai tongkat!” Anak tu buat tak endah dan tetap bawakan ayahnya secawan air minuman.
Kelihatan ayahnya minum air dengan tawar hati. Mungkin air yang sejuk terasa “panas” dan air yang manis itu terasa “tawar”.
Mungkin ayah itu seorang yang ada jasa dalam masyarakat atau pernah berkhidmat seperti pakcik kat dapur tu. Mungkin dia pernah memegang jawatan di masjid yang lebih besar dari surau terpencil itu.

Sebenarnya banyak lagi kisah-kisah yang seperti ini berlaku dalam masyarakat kita.

Nasihat saya kepada mereka yang sedang dan masih mahu berkhidmat kepada para tetamu yang datang ke surau dan masjid, ikhlaskan diri anda dan jagalah akhlak dan tutur kata.

Anda rasa macam sedang membuat pahala, sebenarnya anda sedang mengumpul dosa.

Kalau tak reti layan orang, jadi jemaah biasa je la datang solat dan balik. ?

Credit : Ustaz Imran Al-Malizi

Muhasabah bersama.

#usrahsantai

We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 1 week ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 2 weeks, 1 day ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 1 month, 2 weeks ago