Unlock a World of Free Content: Books, Music, Videos & More Await!

Astro AWANI

Description
Channel telegram rasmi Astro AWANI...


Ikuti kami di grid.astroawani.com
We recommend to visit

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa setiap hari.

Last updated 1 day, 23 hours ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 2 days, 9 hours ago

My DragonForce
-x Hak Milik Rakyat Malaysia x-

Last updated 1 month, 1 week ago

2 weeks, 4 days ago
Suatu ketika dahulu, pelita atau panjut …

Suatu ketika dahulu, pelita atau panjut kerap menghidupkan suasana laman rumah masyarakat Melayu di kampung terutama pada malam 10 Ramadan terakhir seiring usaha mengejar lailatulqadar.

Namun disebabkan perubahan masa dan teknologi, tradisi itu kini semakin sepi dan dilupakan terutama di kawasan perumahan di bandar.

Sebagai usaha untuk mengekalkan tradisi ini demi generasi akan datang, Khairul Nizam Kamaruddin atau lebih dikenali sebagai Pak Tam yang sudah berkecimpung dalam perniagaan pelita hampir 10 tahun mempelbagaikan koleksi panjutnya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews #LebaranAWANI #MZB365

2 weeks, 4 days ago
Tiga anak dan tiga cucu pemimpin …

Tiga anak dan tiga cucu pemimpin kanan Hamas, Ismail Haniyeh mati syahid dalam serangan udara tentera Israel.

Perkara itu disahkan Ismail Haniyeh kepada Al Jazeera pada Rabu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews #LebaranAWANI #MZB365

2 weeks, 4 days ago
Keganasan terus meningkat wilayah Palestin ketika …

Keganasan terus meningkat wilayah Palestin ketika Perang Gaza tiada tanda menunjukkan akan reda selepas ia kini memasuki bulan ketujuh.

Bermula pada Ramadan hingga ketibaan Syawal, Genting Gaza terus dihujani bom.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews #LebaranAWANI #MZB365

3 weeks, 3 days ago
Karya terbaru milik grup Maliq & …

Karya terbaru milik grup Maliq & D'Essentials, Kita Bikin Romantis kini menjadi salah satu lagu yang tular dan banyak digunakan dalam video milik pengguna media sosial terutama di TikTok.

Bait lirik ‘kita bikin romantis, yang paling romantis’ cukup mudah dinyanyikan oleh peminat muzik.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

3 weeks, 3 days ago
Menurut laporan The Interim Damage Assessment, …

Menurut laporan The Interim Damage Assessment, kos kerosakan adalah bersamaan dengan 97 peratus daripada gabungan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Tebing Barat dan Gaza pada tahun 2022.

Laporan itu menggunakan sumber pengumpulan data jarak jauh untuk mengukur kerosakan kepada infrastruktur fizikal dalam sektor-sektor penting yang ditanggung antara Oktober 2023 dan akhir Januari 2024.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

3 weeks, 3 days ago
Keputusan analisis makmal sama ada terdapat …

Keputusan analisis makmal sama ada terdapat kehadiran alga berbahaya terhadap kupang di perairan Port Dickson, Negeri Sembilan dijangka diketahui esok, kata Jabatan Perikanan (DoF).

Dalam kenyataan pada Rabu, DoF memaklumkan pihaknya masih menjalankan analisis makmal terhadap kupang di perairan Port Dickson.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

1 month ago
Hasrat orang ramai untuk membeli-belah persiapan …

Hasrat orang ramai untuk membeli-belah persiapan hari raya Aidilfitri di IOI City Mall Putrajaya terbantut apabila ia ditutup sementara berikutan masalah gangguan bekalan elektrik.

Perkara itu dikongsikan oleh seorang pengguna Syedewa hari ini.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

1 month ago
Seorang remaja perempuan terpaksa menahan kesakitan …

Seorang remaja perempuan terpaksa menahan kesakitan lebih 30 minit sebelum anggota bomba berjaya mengeluarkan tangannya yang tersepit dalam mesin memproses santan.

Dalam kejadian jam 9.11 malam Rabu itu mangsa berusia 18 tahun dipercayai sedang mengisar kelapa dengan menggunakan mesin itu di rumahnya di Kampung Padang Durian, di Pendang.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

1 month ago

Hari ini 1,443 tahun Hijrah yang lalu, berlangsungnya Perang Badar.

Pertempuran ini adalah ujian besar pertama umat Islam selepas Nabi Muhammad SAW & pengikutnya di Mekah baru berhijrah ke Madinah, serta dianggap sebagai detik terpenting yang menentukan masa depan perkembangan Islam.

Ia bermula apabila Rasulullah SAW mendapat tahu ada rombongan karavan dagang, yang ditaja daripada hasil jualan harta umat Islam yang ditinggalkan ketika mereka berhijrah, sedang dalam perjalanan dari Syam (Syria) ke Mekah.

Maka Rasulullah SAW menghantar 313 orang untuk menyerang karavan tersebut di lembah Badar, kawasan di pertengahan laluan dagang antara Syam, Madinah & Mekah. Namun, pelan itu diketahui oleh Abu Sufyan RA, yang mengetuai rombongan karavan itu.

Lalu Abu Sufyan RA, yang ketika itu memusuhi Rasulullah SAW, menghantar utusan untuk memaklumkannya kepada pemimpin Quraisy di Mekah. Abu Jahal yang berang kemudian mengumpulkan sekitar 900 orang & berarak ke Badar untuk memusnahkan angkatan Islam.

Tentera Islam mendirikan kem di bahagian utara dekat laluan ke Syam, yang mana telaga air di situ dirosakkan lebih awal oleh tentera Quraisy yang berkampung di selatan, di pertengahan antara laluan menuju Mekah & Madinah.

Pertarungan bermula pada pagi 17 Ramadan tahun ke-2 Hijrah dengan tradisi kombat 3 lawan 3, yang berpihak ke tentera Islam. Berang, barisan hadapan tentera Quraisy Mekah menyerang dengan keyakinan dapat menghancurkan tentera Islam dengan mudah.

Bagaimanapun, angkatan kecil Islam itu dibantu dengan kehadiran ribuan tentera malaikat, sepertimana difirmankan Allah SWT dalam Surah Al-Anfal ayat 12, yang menyebabkan tentera Quraisy gugur semangat lalu akhirnya lari dari medan tempur.

Pertempuran berlangsung hanya dalam beberapa jam & berakhir menjelang tengahari. 14 orang tentera Islam gugur syahid, sementara 70 tentera Quraisy terkorban termasuk Abu Jahal & 70 lagi menjadi tawanan.

*Gambar lokasi pertempuran yang juga tapak persemadian mereka yang terkorban dalam Perang Badar.

Sumber: New World Encyclopedia, Al-Arabiya

#PeristiwaHariIni

1 month, 1 week ago
Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia …

Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) T. Saravanan berkata pihak berkaitan khususnya yang mengawal sempadan negara perlu lebih tegas bagi memastikan tiada pihak yang mengambil kesempatan daripada penurunan harga itu.

"Ketika ini, harga beras di luar negara mencecah RM38 dan ia merupakan perbezaan harga yang ketara di negara kita (selepas penurunan harga). Kami khuatir ada pihak yang akan menjual semula dengan kaedah pembungkusan semula serta penyeludupan ke sempadan negara," katanya.

Terdahulu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu mengumumkan penurunan harga BPI antara RM2 hingga RM3 berkuat kuasa pada Rabu, yang dimuktamadkan melalui Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL).

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

We recommend to visit

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa setiap hari.

Last updated 1 day, 23 hours ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 2 days, 9 hours ago

My DragonForce
-x Hak Milik Rakyat Malaysia x-

Last updated 1 month, 1 week ago