Suratan Diri 🌻

Description
Jika semua adalah ketentuan tuhan , maka menulis tentang suratan diriku juga antara ketentuannya .
https://docs.google.com/forms/d/1ehzxaaHlxUZojJ-0HvAU1qYvajItkrnDlMcJuh7IM7w/edit

Ig admin :
http://instagram.com/__dnsm
http://instagram.com/saraarysaa
We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 3 months, 4 weeks ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 2 months ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 2 months, 3 weeks ago

3 months, 2 weeks ago
Suratan Diri 🌻
4 months, 3 weeks ago

Hal terindah dalam kehidupan adalah bila hati mula syukur dengan apa jua pemberian Ilahi.

Kerana mengeluh hanya akan membuatkan kau lelah sendiri dengan apa yang telah ditetapkan tidak akan hadir padamu.

Jika kamu mampu bersyukur dengan apa yang kamu miliki, pasti kamu tak akan risau dengan apa yang bukan milik mu.

-iddinramli

@Suratandiriofficial

5 months ago

;🕊 "

— T A H N I A H D I R I

Situasi dan keadaan manusia itu berbeza-beza. Dan pastinya setiap dari itu memerlukan kekuatan. Apa jua keadaan yang kamu hadapi tika ini, teruslah bertahan. Agar hatimu sentiasa redha dalam berpaut pada takdirNya. Dan kekuatan itu tidak akan hadir tanpa hadirnya Allah dalam hati.

Hati, moga kuat!

- Balqis Shahidi

@Suratandiriofficial

5 months, 2 weeks ago
Combo Istimewa 3 e-Book Andani hanya …

Combo Istimewa 3 e-Book Andani hanya RM20!

Selami puisi dan cerpen motivasi yang menggugah jiwa dalam koleksi Andani:

- Seruan Merdeka: Puisi Jiwa Merdeka
- Diari Rasa: Puisi Untuk Jiwa
-Langkah Kecil Menuju Impian

Setiap karya membawa inspirasi dan kekuatan untuk terus melangkah. Jom dapatkan ketiga-tiganya sekarang dan rasai keindahan bahasa yang menyentuh hati!

? Hanya RM20 untuk 3 e-Book! ?

https://wa.me/60174116849?text=nak%20ebookandani

5 months, 2 weeks ago

Terus kuat dan jalani saja,
Nikmati semuanya,
Sehingga,
Lelah tidak akan sekali-kali membuatmu rebah,
Malah membuatmu untuk terus gagah.

Teruskan berjuang,
Jangan menyerah.

- masih mendaki):

Moga lelah kita hari ini satu hari kelak menjadi pelangi ya !

5 months, 3 weeks ago

Allah wanted me to strong. October is though.

Allah ambil nikmat sihat , Allah ambil orang yang saya sayang ..Apa pun itu semua milik Allah. Dia berhak untuk beri atau ambil semula.

Saya belajar untuk memaknai erti kata sabar dan reda dengan lebih mendalam lagi dengan mengalami sendiri ujian demi ujian.

Bahkan saya bersyukur kerana Allah memilih saya untuk diuji kerana itu tanda saya termasuk orang yang beriman (Surah Al Ankabut : 2-3).

Whatever you will for me, ya Rabb. Surely you know what the best for me. So grant me the ability to have tawakul, sabr & syukr ??

At the same time. Allah give me too much ni'mah. Ahamdulillah for everything, ya Rabb. I love you. ❤️

6 months ago
Suratan Diri 🌻
6 months, 1 week ago

Libatkanlah selalu Allah dalam segenap urusan hidupmu.

Kita hanya mampu menduga apakah sesuatu itu baik atau buruk untuk kita. Tapi Allah-lah lebih tahu apa yang terbaik.

Kerana kita memilih dengan cita tapi Allah mengatur dengan cinta.

Dan walaupun benar, memilih apa yang kita inginkan dalam hidup ini adalah hak kita, tapi pastikan dalam memilih kita merujuk kepada kebaikan Allah, bukan pandangan kita sesaat

6 months, 1 week ago

lelah itu tidak semuanya dihilangkan dengan kerehatan. terkadan ia dihilangkan dengan menghentikan segala kebergantungan kepada makhluk. selagi sedih dan gembiramu terkait makhluk, selagi itu kamu masih bersandarkan kepada mahkluk. bergembiralah dengan segala kehendak Tuhan, pasti tidak akan wujud kelelahan selepasnya.

— Ustazah Ummu Khadeeja al Kubra

6 months, 2 weeks ago
Allah sentiasa ada sebab dalam mengaturkan …

Allah sentiasa ada sebab dalam mengaturkan sesuatu.

Ketika engkau terduduk kebuntuan mengharap satu keperluan, Dia sentiasa punya cara untuk cukupkan.

Kerana Dia Allah as-Sami' Yang Maha Mendengar setiap sesuatu. Walaupun ketika mulutmu bisu, Dia tahu.

Justeru, Dia sentiasa ada sebab dalam mengaturkan sesuatu.

Dan justeru, engkau juga harus
punya sebab untuk redha dan terus tersenyum menerima apa-apapun takdir yang Allah berikan.

Percayalah takdir Allah itu sentiasa indah walau awalnya harus berteman air mata.

We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 3 months, 4 weeks ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 2 months ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 2 months, 3 weeks ago