Ad-Dien Abdul Kadir

Description
Writer | Editor | Mantan Editor Majalah Solusi & al-Ustaz.

Channel yang mengumpulkan tulisan-tulisan, sisi pandang, life thoughts dan perkongsian ilmu daripada Ad-Dien Abdul Kadir.

Menjemput semua untuk join channel ini. Ahlan wa sahlan (Welcome here)!
Advertising
We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 6 days, 7 hours ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 2 weeks ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 1 month, 1 week ago

2 months, 2 weeks ago
2 months, 2 weeks ago

Ilmu sirah boleh dikatakan ilmu agama yang diremehkan, underrated, dianggap tidak penting dan "biasa-biasa je". Namun apabila kita membaca wasiat para ulama sirah dan salaf, kita akan jumpa betapa seriusnya mereka belajar, membahas dan menulis tentang ilmu sirah.

Sebahagian orang (termasuk orang agama) ingat ilmu sirah adalah ilmu cabang sahaja. Tidak penting seperti perbahasan ilmu akidah, fiqh, hadis, dan tafsir. Padahal sirah adalah ilmu usul/core dalam agama ini.

Imam al-Maqrizi (wafat 845H) antara yang lantang mengkritik orang agama yang meremehkan ilmu sirah hingga mengabaikannya. Bahkan antara syarat penting bagi ahli fatwa dan orang yang mengajar agama adalah mahir dalam sirah Nabi ﷺ. Beliau mengatakan;

فغير جميل بمن ‌تصدر ‌للتدريس ‌والإفتاء، وجلس للحكم بين الناس وفصل القضاء، أن يجهل من أحوال رسول اللَّه صلى الله عليه وسلم ونسبه وجميل سيرته ورفيع منصبه، وما كان له من الأمور الذاتية والعرضية ما لا غنى لمن صدقه وآمن به عن معرفته، ولا بد لكل من اتسم بالعلم من درايته. فقد أدركنا وعاصرنا وصحبنا ورأينا كثيرا منهم وهم عن هذا النبأ العظيم معرضون، ولهذا النوع الشريف من العلم تاركون وبه جاهلون
"Tidak sepatutnya bagi seseorang yang tampil sebagai pengajar dan pemberi fatwa, atau duduk memutuskan hukum dalam kalangan masyarakat, untuk jahil tentang keadaan Rasulullah ﷺ, nasabnya, kisah hidupnya yang indah, kedudukannya yang tinggi, dan segala keistimewaan baginda, baik yang bersifat zatiyyah (eg akhlak, tubuh badan) mahupun yang bersifat 'ardhiyyah (berubah-ubah seperti peristiwa dihadapi Nabi ﷺ), yang sangat diperlukan bagi mereka yang percaya dan beriman kepadanya. Setiap orang yang digelar berilmu wajib mengetahuinya. Kami telah menyaksikan, hidup bersama, dan berinteraksi dengan ramai di antara mereka (orang berilmu) yang berpaling daripada berita agung ini (Sirah Nabi Muhammad), meninggalkan ilmu yang mulia ini, dan jahil mengenainya.” [Imta' al-Asma' 1/3]

Perhatikan baris akhir ucapan Imam al-Maqrizi itu ditujukan kepada siapa. Bukan orang biasa, orang alim pun abaikan ilmu sirah Nabi Muhammad ﷺ dizamannya.

Itu zaman al-Maqrizi. Bayangkan zaman kita sekarang. Kita berbalah itu dan ini tentang agama dengan segala selok-belok cabangnya cukup mendalam, tapi dalam tak sedar sebenarnya kita tak berapa kenal siapa yang bawa agama ini.

Cuba tanyakan jujur kepada diri sendiri,

"Aku ini dah cukup kenal dan tahu ke sirah kehidupan Nabi Muhammad ﷺ, insan yang membawa agama yang aku anuti sekarang, insan yang aku akan jumpa ketika mengharapkan syafaatnya nanti."

"Do I truly know who he is, or have I only been aware fragments of him all this time?" _____Ad- Dien Abdul Kadir
06/10/2024
https://t.me/addien90/2909

2 months, 2 weeks ago
Berkenalan dengan atuk & moyang Nabi …

Berkenalan dengan atuk & moyang Nabi sebelah mak. Sebarkan kepada orang ramai ya!
https://www.facebook.com/share/p/8gSup7NnEN3VzWQe/?mibextid=WC7FNe

5 months, 2 weeks ago

Waktu hujan adalah waktu mustajab doa. Jika ada hajat, berdoalah ketika hujan. Kata Nabi ﷺ :

‎ثنتان ما تردان: الدعاء عند النداء، وتحت المطر
‎Dua doa tidak akan ditolak: Doa ketika azan atau selepas azan dan doa ketika hujan.” [Riwayat al-Hakim no. 2534)]

8 months ago

Y’all right now ??

8 months ago
8 months ago

Nak rasa mind blowing tak?

Okay. Al-Quran ada 114 surah kan?

Cuba tolak dengan umur kalian sekarang (mengikut tahun) kemudian tambah dengan 10.

Dua nombor dibelakang itu adalah dua nombor terakhir tahun kelahiran kalian. ?

Saya tahu ler ni magic ? ?

10 months ago
We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 6 days, 7 hours ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 2 weeks ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 1 month, 1 week ago