Ḥadīth Project

Description
Membimbing masharakat mengenal Allah, menurut kaedah Rasul berlandaskan kefahaman al-Salaf al-Salih.
Advertising
We recommend to visit

🔴MENGHIMPUNKAN WEBINAR/KURSUS/WACANA/BENGKEL DAN LAIN LAIN. SEMOGA DIPERMUDAHKAN. 😬👌🏻

🔴ISU SEMASA BERKAITAN PENDIDIKAN DAN NEGARA

🔴CHANNEL INI DIWUJUDKAN PADA 28 APRIL 2021

Last updated 1 day, 5 hours ago

Software (Windows & MacOs) terkini ( Untuk android/smarphone sila ke @androidappterpilih ). Software keutamaan kepada windows. MacOs atas permintaan sahaja. (Untuk linux sila ke @newbielinux)

@software_application

1 year, 1 month ago

Hadis: Abu Bakr al-Siddiq radiyallah 'anh berkata: Saya mendengar Rasulullah ﷺ bersabda,

مَن صَلَّى عَليَّ كُنتُ شَفِيعَه يَومَ القِيَامَة
"Sesiapa yang berselawat untukku, pasti kuakan menjadi pemberi syafaat untuknya pada hari Kiamat."

Takhrij: Direkodkan ibn Shahin dalam al-Targhib (no. 12) dan Qadi al-Marstan (w. 535H) dalam Ahadith al-Shuyukh (no. 589), kedua-duanya melalui jalur Abdullah bin Sulayman bin al-Ash'ath, daripada Ali bin al-Hasan al-Muktib, daripada Isma'il bin Yahya bin 'Ubaydullah al-Taymi, daripada Fitr bin Khalifah, daripada Abu Tufayl, daripada Abu Bakr al-Siddiq.

Dalam sanad ini terdapat Ali bin al-Hasan al-Muktib, pencuri sanad, pembuat hadis palsu; dan Isma'il bin Yahya al-Taymi, perawi yang disepakati daif, antara rukun-rukun penipuan.

Hadis ini dinilai daif oleh al-Sakhawi dalam al-Qawl al-Badi' (h. 127), ibn Hajar al-Haytami dalam al-Durr al-Mandud (j. 1, h. 146), al-Wadi'i dalam al-Shafa'ah (1/271) dan Hatim al-'Awni dalam nota kaki tahkik Ahadith al-Shuyukh.

Nota: Dalam al-Qurbah (no. 18) oleh ibn Bashkwal (w. 576H), beliau meriwayatkannya dengan sanad ibn Shahin ini, tetapi dengan tergugurnya dua perawi antara ibn Shahin dan al-Taymi, iaitu al-Muktib dan Abdullah bin Sulayman bin al-Ash'ath. Barangkali keguguran ini berpunca dari keadaan manuskrip, wallahu a'lam.

Nota Lain: Kemuliaan selawat sebagai faktor mendapat syafaat telah diisyaratkan dalam al-Quran, iaitu pada firman Allah,

وَإِذا حُيِّيتُمْ بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّوا بِأَحْسَنَ مِنْها أَوْ رُدُّوها
"Apabila kamu disapa dengan suatu sapaan, balaslah dengan sapaan yang lebih baik, atau sama baik."

Al-Razi menjelaskan: "Kemudian Allah menyuruh kita berselawat (doa rahmat) dan salam (doa kesejahteraan) untuk pihak Muhammad, dan ini adalah suatu bentuk sapaan kita kepada baginda.

Pastilah Nabi Muhammad akan membalas sapaan dengan yang sama baik atau lebih baik; inilah dia makna syafaat yang sebenar - baginda meminta kepada Allah rahmat dan kesejahteraan buat kita." [Terjemahan kesimpulan]

اللهمَّ صلِّ وسلِّم على محمَّد!

1 year, 5 months ago

"Hari Arafah esok tak tahu nak doa apa, banyak sangat nak minta!"Silakan, jambakan doa Nabi ﷺ yang sahih. Apabila baginda berdoa meminta sesuatu, sesuatu itulah yang kita paling perlukan.

Doa-doa Nabi ﷺ adalah lafaz doa yang paling berkemungkinan untuk dikabulkan, apatah lagi jika dibaca pada waktu-waktu mustajab seperti hari Arafah.

Semoga bermanfaat!

Hadith Project

1 year, 5 months ago

PDF percuma buku Sirah Kehidupan Imam Bukhari, karangan Shaykh Abdul Salam al-Mubarakfuri.

Tim terjemahan diketuai Us. Ahmad Sabiq Abdul Rahman. Terbitan Kemilau Publika, 2016. Semoga bermanfaat.

1 year, 5 months ago

[Ulang edar] Terjemahan ringkasan risalah Ahkam 'Ashr Dhil-Hijjah, oleh Shaykh Abdullah bin Abdul Rahman al-Sa'd, semoga Allah menjaganya.

1 year, 7 months ago
1 year, 7 months ago

Apabila Hari Raya pada Hari Jumaat:Ringkasan Mazhab-mazhab Ulama

Oleh Shaykh Mustafa al-SumaliPendapat Pertama: Kewajipan solat Jumaat bagi orang pedalaman yang jauh daripada masjid (ahli al-ʿawali) gugur, sekiranya mereka telah menghadiri solat sunat Hari Raya.

Ini mazhab ʿUthman bin ʿAffan, ʿUmar bin Abdul ʿAziz, dipegang oleh Imam al-Shafiʿi.

Pendapat Kedua: Kewajipan solat Jumaat gugur bagi setiap yang orang yang menghadiri solat sunat hari raya, kecuali imam, tetapi masih wajib melaksanakan solat Zohor.

Ini mazhab sekumpulan Salaf, dipegang oleh Imam Ahmad.

Pendapat Ketiga: Kewajipan Jumaat tidak gugur bagi sesiapa.

Ini mazhab Imam Abu Hanifah dan satu riwayat daripada Imam Malik, merupakan pendapat muktamad mazhabnya.

Pendapat Keempat: Kewajipan solat Jumaat dan Zohor gugur sekali gus bagi setiap yang menghadiri solat sunat hari raya. Ini mazhab ibn al-Zubayr dan ʿAtaʾ bin Abu Rabah, seakan-akan ibn ʿAbbas menyetujuinya. Ia direkodkan daripada ʿAli bin Abu Talib.

Penilaian Ringkas:Pendapat yang paling tepat berdasarkan dalil-dalil umum, selari dengan qiyas dan kehati-hatian (ihtiyat) adalah pendapat pertama.

Pendapat yang paling mendekati literal hadis Abu Hurayrah[1] dan Zayd bin Arqam[2] adalah pendapat kedua.

Pendapat yang paling jauh dari petunjuk dan literal hadis adalah pendapat ketiga.

Pendapat yang paling jauh dari dalil-dalil umum dan qiyas adalah pendapat keempat, ia adalah pendapat yang diabaikan oleh ahli fiqh. Ibn ʿAbd al-Barr menyebutkan, “Pendapat bahawa Jumaat dan Zohor gugur sekali gus adalah pendapat yang jelas sekali kesalahannya, perlu ditinggalkan, tidak boleh dipegang.” [al-Tamhid, j. 10, h. 270].

[1] Iaitu hadis:
«قَدِ اجْتَمَعَ فِي يَوْمِكُمْ هَذا عِيدانِ، فَمَن شاءَ أجْزَأهُ مِنَ الجُمُعَةِ، وإنّا مُجَمِّعُونَ»
“Ada dua raya berhimpun pada hari ini. Sesiapa yang mahu, solat raya ini sudah mencukupkannya daripada solat Jumaat. Tetapi kami tetap melakukan kedua-duanya.”

[2] Muʿawiyah bin Abu Sufyan bertanya kepada Zayd bin Arqam, “Adakah kamu pernah bersama Nabi apabila dua hari raya berhimpun dalam satu hari?” Zayd mengiakan. Muʿawiyah bertanya, “Bagaimana baginda lakukan?”

Zayd menjawab, “Baginda solat sunat raya, kemudian baginda memberi keringanan untuk tidak hadir solat Jumaat, Baginda bersabda: Sesiapa yang mahu solat Jumaat, dipersilakan.”

Terjemahan: Musaddad Shaʿlami,

1 year, 8 months ago

Terjemahan artikel lama berkenaan tadabbur, Januari 2021. Terjumpa dalam sebuah folder di laptop. Tidak pasti sudah dikongsi di laman @Hadith_Project, atau memang sudah berhabuk seperti nasib banyak terjemahan di dalam laptop ini.

Tetapi saya ulang edar semula di sini, dengan sedikit perubahan susun atur, sebagai bacaan pemanas badan sebelum memasuki bulan tadabbur, bulan Ramadan.

اللهُمَّ بلِّغْنا رَمضَانَ، ثُمَّ بارِكْ لنا فيها.

Musaddad Sha'lami

1 year, 8 months ago
1 year, 8 months ago

Membaca Surah-surah Pendek (1)

We recommend to visit

🔴MENGHIMPUNKAN WEBINAR/KURSUS/WACANA/BENGKEL DAN LAIN LAIN. SEMOGA DIPERMUDAHKAN. 😬👌🏻

🔴ISU SEMASA BERKAITAN PENDIDIKAN DAN NEGARA

🔴CHANNEL INI DIWUJUDKAN PADA 28 APRIL 2021

Last updated 1 day, 5 hours ago

Software (Windows & MacOs) terkini ( Untuk android/smarphone sila ke @androidappterpilih ). Software keutamaan kepada windows. MacOs atas permintaan sahaja. (Untuk linux sila ke @newbielinux)

@software_application