Pemburu yang diburu.
Last updated 2 days, 9 hours ago
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated 5 days, 2 hours ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 1 week, 6 days ago
[ JEMPUTAN MENYERTAI FESTIVAL NASYID & SYARAHAN AGAMA PERINGKAT INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SEMPENA MAJLIS IDUL ILMI KONVOKESYEN UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN 2024 ]
Assalamualaikum WBT,
Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni (PTNC HEPA) UniSZA dengan kerjasama Majlis Kolej Kediaman (MKK) UniSZA akan menganjurkan Festival Nasyid & Syarahan Agama Peringkat Institusi Pendidikan Tinggi (FENAS IPT 2024) yang diadakan untuk memperkembangkan serta mempopularkan seni nasyid & syarahan sebagai satu budaya masyarakat Islam yang berunsur keagamaan untuk mempromosikan dakwah bertemakan "Al-Quran Membentuk Malaysia Madani".
BUTIRAN PROGRAM ADALAH SEPERTI BERIKUT: -
📅 10-11 November 2024 : Tapak Pesta Majlis Idul Ilmi Konvokesyen UniSZA Kampus Gong Badak, Terengganu.
📍 TARIKH TUTUP PENYERTAAN : MASIH DIBUKA
YURAN PENYERTAAN NASYID :
👉RM 500.00 bagi setiap kumpulan (lelaki sahaja)
SYARAHAN AGAMA :
👉RM 50.00 bagi setiap peserta (lelaki & perempuan)
BORANG PENDAFTARAN & SYARAT PENYERTAAN :
NASYID (IPT) -
https://tinyurl.com/s6kef4ae
SYARAHAN AGAMA (SEKOLAH MENENGAH) -
https://tinyurl.com/yftzpd2z
🎙️ _HADIAH LUMAYAN MENANTI ANDA !_
SEBARANG PERTANYAAN BOLEH MENGHUBUNGI :-
👉 Saudara Hakim:
http://www.wasap.my/60189065613/FenasIPT24 - Pendaftaran
👉 Saudari Hanaa:
http://www.wasap.my/60174249361/FenasIPT24 - Pendaftaran
IKUTI KAMI DI LAMAN :
👉Facebook MKK UniSZA:
https://tinyurl.com/24pff5du
👉Instagram MKK UniSZA:
https://tinyurl.com/34n2b4h5
⚜️ MAKLUMAN ETIKA DI KAFETERIA ASRAMA ⚜️
Perhatian kepada mahasiswa/i baharu yang menginap di Kolej Kediaman UniSZA.
3 perkara penting yang perlu diberi perhatian utama.
1) ETIKA PEMAKAIAN SOPAN
Semua pelajar UniSZA adalah tertakluk kepada Etika Pemakaian Pelajar UniSZA, oleh itu diminta semua menjaga adab pemakaian & tatasusila ketika hendak turun ke kafeteria dengan berpakaian sopan & menutup aurat dengan sempurna.
2) GALAKAN PEMBAHAGIAN WAKTU MAKAN TENGAHARI HARI JUMAAT
Galakan kepada semua siswi untuk turun makan tengahari di kafeteria sebelum siswa selesai menunaikan Solat Jumaat (sebelum 1.30 petang). Galakan ini untuk memudahkan pelajar bagi mengelakkan kesesakan yang melampau di kafeteria selepas Solat Jumaat.
3) LARANGAN BERDUA-DUAAN LELAKI & PEREMPUAN KHUSUSNYA DI KAFETERIA KOLEJ KEDIAMAN
Semua pelajar hendaklah memastikan tidak berdua-duaan lelaki & perempuan khususnya di kafeteria asrama untuk mengelakkan fitnah berleluasa & kesesakan di meja makan serta perbuatan yang tidak sepatutnya. Jika terlihat mana-mana pelajar melakukan kesalahan di kawasan kolej kediaman, pelajar boleh menghantar maklumat kepada Felo Kolej Kediaman untuk tindakan demi kemaslahatan semua pelajar.
Harap Maklum.
Sekian , terima kasih .
▫️▫️▫️▫️▫️▫️▫️▫️▫️▫️
Majlis Kolej Kediaman,
Sesi 2023/2034,
Universiti Sultan Zainal Abidin.
[MEMOHON SUMBANGAN PROGRAM SAVE PALESTINE TEARS, STOP GENOCIDE DI MRSM KOTA PUTRA,BESUT]
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Persatuan Mahasiswa Pengurusan Sumber Manusia (PMPSM) dengan kerjasama Diploma Persatuan Mahasiswa Dakwah dan Media Penyiaran Islam (PERSADA) sukacitanya akan menganjurkan program yang bertemakan "Save Palestine Tears, Stop Genocide" mengikut ketetapan berikut:
📍Tempat:MRSM KOTA PUTRA,ULUL ALBAB,BESUT
📆 Tarikh:19 OKTOBER 2024
🗓️ Hari :SABTU
Oleh itu, kami ingin mengadakan kutipan sumbangan bagi menjayakan program yang diadakan ini. Sumbangan anda amat kami hargai dan akan digunakan sepenuhnya untuk memastikan kejayaan program ini. Kami yakin bahawa dengan sokongan pihak tuan/puan, program ini akan dapat mencapai matlamat yang diharapkan dan memberi manfaat kepada masyarakat.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas perhatian dan sumbangan pihak semua. Semoga usaha ini mendapat keberkatan dan membawa kebaikan bersama.
Sekian,Terima Kasih.
*‼️PERINGATAN : LARANGAN MEMASUKI KAWASAN LARANGAN DI KOLEJ KEDIAMAN (BLOK BERLAINAN JANTINA) ‼️***
Siswa/siswi/orang luar atau pelawat TIDAK DIBENARKAN berada di kawasan larangan (BLOK BERLAINAN JANTINA) dengan apa jua alasan kecuali dengan mendapat kebenaran Pejabat Kolej Kediaman.
Sebarang bentuk pencerobohan adalah kesalahan serius khususnya di Kolej Kediaman. Pelajar yang terlibat dengan perbuatan tersebut boleh didenda dan dikeluarkan dari kolej kediaman serta dihadapkan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar serta dikenakan tindakan tatatertib.
RONDAAN BERKALA AKAN DIPERTINGKAT DEMI KESELAMATAN PENGHUNI, SILA PATUHI HAD WAKTU YANG DITETAPKAN.
DEMI KESELAMATAN ANDA.
Kepada semua penghuni kolej Kediaman A
Bagi sesiapa yang ingin menghantar borang Dan kunci bilik pada hujung minggu ini, anda boleh membuat penghantaran ke rumah felo kolej Kediaman A di blok Saodah
Anda boleh letak di dalam kotak yang disediakan di atas pili Bomba ditepi rumah felo
[PERINGATAN SEMULA]
MAKLUMAN KEPADA PELAJAR YANG TINGGAL DI KOLEJ KEDIAMAN UniSZA SEMPENA CUTI AKHIR SEMESTER 2 SESI 2023 2024 BAGI PELAJAR DIPLOMA DAN IJAZAH.
[Senarai Bantuan Kewangan yang layak dinikmati pelajar UniSZA]
https://www.unisza.edu.my/ms/kemasukan/tajaan-dan-bantuan-kewangan/
Pemburu yang diburu.
Last updated 2 days, 9 hours ago
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated 5 days, 2 hours ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 1 week, 6 days ago