A meme-flavoured battle arena for meme token owners
@memefi_coin_bot
Website: https://www.memefi.club/
Last updated hace 3 meses, 2 semanas
📣 one stop center for every pathway after spm
🛎️ dm us for any inquiry @upuonline_bot
🔔 do follow our tiktok page now!
📢 Disclaimer: Channel ini bukan Channel Telegram Rasmi UPU.
Last updated hace 4 días, 6 horas
Hidupkan hati dengan zikrullah & doa pada Rabb, Pemilik Langit dan Bumi 🤍
Last updated hace 1 mes, 2 semanas
Percaya bahawa pendidikan adalah asas utama dalam membentuk generasi masa depan, MyCARE dengan kerjasama Econsave berusaha membina sekolah-sekolah di kawasan yang memerlukan, termasuk di Syria, Yaman, dan Gaza.
Kami juga menyediakan pelbagai bantuan pendidikan seperti peralatan sekolah, pakaian, dan elaun untuk guru-guru yang berdedikasi. Setiap bantuan ini adalah satu langkah penting untuk memastikan anak-anak di kawasan konflik tidak ketinggalan dalam pendidikan mereka.
Seperti kata Nelson Mandela, "Pendidikan adalah senjata paling ampuh untuk mengubah dunia."
Kami di MyCARE melihat pendidikan sebagai satu jalan untuk membawa harapan dan kestabilan kepada mereka yang membesar dalam keadaan yang serba mencabar. Setiap sumbangan anda membantu kami meneruskan misi ini, memberi peluang kepada kanak-kanak untuk belajar, berkembang, dan meraih masa depan yang cerah.
Dengan sokongan anda, MyCARE akan terus melangkah ke hadapan dalam membina peluang pendidikan yang lebih baik, memastikan setiap kanak-kanak mendapat hak dan peluang yang sama untuk belajar.
Terima kasih Econsave!
Mari kita ubah dunia melalui pendidikan!
Setiap kali Handala berlabuh di pelabuhan, kapal tersebut akan dihiasi dengan sepanduk, bendera, lukisan, dan reben berwarna Palestin yang berkibar dengah megah ketika ditiup angin. Bahagian dalam kapal akan dihiasi dengan lukisan kanak-kanak, sementara bahagian luar pula akan dihiasi dengan mural indah oleh artis tempatan di beberapa pelabuhan dan ini akan menarik perhatian orang ramai. Kapal ini seterusnya kelihatan penuh meriah dan memberi sumber inspirasi, ketika orang ramai datang beramai-ramai untuk menyambut ketibaan kami dengan sepanduk, bendera, sorakan, muzik, lagu, tarian, dan rasa gembira. Orang ramai turut membawa hadiah buat kanak-kanak di Gaza dan ini termasuklah dengan ubat-ubatan, susu bayi, dan juga mainan sebagai tanda sokongan mereka dalam perjuangan kebebasan rakyat Palestin.
Selepas perjalanan selama empat bulan, Handala kini berada di lautan Mediterranean bagi menjalani penyelenggaraan persediaan untuk pelayaran berikutnya. Di saat pembunuhan beramai-ramai Israel di Gaza dan kemusnahan di Tebing Barat serta Lebanon terus berlanjutan, serta serangan Israel di seluruh rantau yang meningkat, kami seringkali akan menilai cara yang terbaik untuk memecahkan sekatan dan berjuang untuk kebebasan Palestin.
Beberapa peserta FFC telah mengambil tindakan yang berani. Ramai dalam kalanagan mereka menyertai ‘encampments’ di kampus-kampus kolej dan universiti. Seorang daripada mereka telah melaksanakan mogok lapar di hadapan Rumah Putih. Ada yang pergi ke Tebing Barat untuk menjadi sukarelawan bagi melindungi rakyat Palestin daripada tentera Israel dan serangan pendatang haram. Terdapat juga salah seorang peserta FFC yang turut berada bersama Aysenur Ezgi Eygi ketika beliau gugur sebagai syahid akibat tembakan tentera Israel pada bulan September yang lalu.
Israel dan sekutunya telah menghalang kemasukan peserta FFC ke Palestin yang dijajah. Kerajaan Jerman telah mengeluarkan lebih daripada 20 waran tangkap kepada seorang peserta dan menahannya di bawah tahanan rumah, manakala kerajaan UK mendakwa seorang lagi peserta atas tuduhan palsu.
Terima kasih kerana berdiri bersama kami dalam memperjuangkan keadilan dan hak asasi manusia. Terima kasih kepada semua yang telah menyumbang secara kewangan, fizikal, dan juga dalam talian kepada FFC sebagai penganjur, kru, peserta, atau sukarelawan. Apa yang dicapai oleh kami adalah hasil usaha bersama. Sumbangan anda telah membolehkan kami untuk membeli dan menyelenggara beberapa buah kapal dan bot yang akan digunakan bagi misi-misi yang seterusnya. Kami juga merancang untuk menggunakan sebahagian dana yang dikumpul untuk membantu rakan kongsi kami di Palestin (yang akan dimaklumkan kelak).
Kami menyeru kepada semua pendukung FFC untuk terus menghubungi pemimpin politik masing-masing bagi menuntut kepada mereka agar menghentikan sokongan ke atas kekejaman Israel serta menuntut penjajahan dan sekatan haram ini berakhir.
Kami berharap agar Handala dan kapal-kapal kami yang lain akan kembali berlayar tidak lama lagi.
#FFC
#FreedomFlotillaCoalition
#ForTheChildrenOfGaza
#BreakTheSiege
Untuk Siaran Segera: 11 November 2024
Ketika kita mengenang mereka yang telah terkorban akibat kekejaman yang dilakukan oleh Israel dan sekutunya sepanjang tahun lalu, FFC terus berusaha memecahkan sekatan ke atas Gaza dan mendidik dunia mengenai kekejaman yang berlaku di sana.
Pada awal tahun 2024, tiga kapal "Break the Siege" telah bersiap sedia untuk menembusi sekatan haram Israel ke atas Gaza serta membawa lebih 5,500 tan bantuan kemanusiaan. Ratusan peserta FFC telah berkumpul di Istanbul dan bersedia untuk belayar pada bulan April yang lalu. Dunia terus memberikan tumpuan kepada kami, apabila, hanya dalam tempoh 24 jam sebelum berlayar, setelah melalui pelbagai pemeriksaan dan proses dokumentasi, negara Guinea Bissau telah menarik balik pendaftaran kapal-kapal kami. Penyokong di seluruh dunia berasa amat marah atas sekatan yang dilakukan ke atas operasi pelepasan Freedom Flotilla.
Tindakan kerajaan-kerajaan yang menyekat Flotilla ini telah mendedahkan keterlibatan mereka dalam kezaliman dan perlanggaran Israel terhadap keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang dikeluarkan pada 26 Januari 2024 yang lalu. Kerajaan Turki juga telah menghalang ketiga-tiga kapal tersebut daripada meninggalkan Istanbul selama hampir enam bulan. Penganjur, peserta, dan rakan solidariti FFC telah pun mengetuai protes di pintu masuk pelabuhan di Istanbul dalam usaha berterusan untuk membebaskan kapal tersebut. Sebuah kapal kargo besar akhirnya dibenarkan berlayar, namun hanya untuk dipunggahkan kargo kemanusiaan tersebut di Mesir yang kemudiannya dihalang daripada memasuki Gaza.
Tahun ini kami juga meneruskan misi kami yang lain iaitu misi ‘For the Children of Gaza’, yang telah disambung semula pada bulan Mei yang lalu setelah melawat puluhan pelabuhan antarabangsa pada tahun 2023. Kapal Handala telah menziarahi dua puluh pelabuhan di seluruh Eropah dan disambut oleh ribuan orang ramai. Misi ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran berkenaan keadaan buruk di Gaza, terutamanya buat kanak-kanak di sana dan menyeru tekanan awam antarabangsa untuk mendesak kerajaan Israel bagi menghentikan sekatan haram mereka.
Di mana sahaja kami pergi, kami telah disambut dan dihoskan oleh aktivis tempatan dan pertubuhan yang menyokong kami dengan penuh solidariti. Pelbagai acara telah dianjurkan di sepanjang persinggahan Handala, termasuk pertemuan dengan ahli politik dari peringkat majlis perbandaran hingga ke peringkat parlimen nasional, lawatan ke kem pelajar, universiti, serta sekolah. Kami turut menghadiri persidangan berkaitan migrasi dan menerima jemputan dari komuniti anarkis. Kami telah bertemu dengan ahli politik dari pelbagai parti dan sesetengah daripada mereka amat gembira untuk bergambar bersama kami, manakala yang lain memilih tanpa liputan media.
Kami telah diberikan ruang untuk berucap di gereja, pusat kebudayaan, masjid dan pusat komuniti, serta bertemu dengan ahli kesatuan sekerja, koperasi pertanian, dan juga nelayan. Di mana-mana sahaja kami pergi, kami akan turut serta dalam demonstrasi, perhimpunan, tayangan filem, serta belajar bagaimana untuk kita menuntut kebebasan Palestin “dari Sungai ke Laut” dalam pelbagai bahasa.
Perjuangan kami untuk Palestin bersifat sejagat dan menyeluruh, iaitu sebuah gerakan di mana setiap orang turut sama-sama berjuang demi Palestin. Kami membantu menghubungkan individu dan organisasi, serta mengaktifkan semula kempen-kempen akar umbi yang kini dilihat lebih kuat daripada yang sebelumnya dan kejayaan kempen ini amat ketara. Kami berterima kasih di atas sokongan padu yang kami terima sepanjang perjalanan ini.
A meme-flavoured battle arena for meme token owners
@memefi_coin_bot
Website: https://www.memefi.club/
Last updated hace 3 meses, 2 semanas
📣 one stop center for every pathway after spm
🛎️ dm us for any inquiry @upuonline_bot
🔔 do follow our tiktok page now!
📢 Disclaimer: Channel ini bukan Channel Telegram Rasmi UPU.
Last updated hace 4 días, 6 horas
Hidupkan hati dengan zikrullah & doa pada Rabb, Pemilik Langit dan Bumi 🤍
Last updated hace 1 mes, 2 semanas