꒰ cloudy book •﹆ ( slow post )

Description
━━━━━━━━━━━━━━━ • • • ✦

bonjour , welcome to ﹫cloudy .
have fun with reading <?

? random knowledge
? random stories

? meet us ᎓ @thexibot

✦ • • • ━━━━━━━━━━━━━━━
Advertising
We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 1 day, 13 hours ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 2 weeks, 2 days ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 1 month, 2 weeks ago

2 years, 6 months ago

۪۫ ଗ ᨳ ilyαnα αrissα ₎ა

ᯤ‌ ⋆ pick y✿ur fαvᨵυrιtᧉ !۪ ?۪ ? ˵ ִ ۪۫
꒰ by @tiseyypromo ૮ ˶• 0 •˵ ა

? @flofwy
?꒰ mαny αrtistic wαllpαper here ! ⩉

? @cloudyybook
?꒰ feel free to reαd ⩉

? @unsaidlove
?꒰ the moon beαutiful isn' t ⩉

? @islamicgarden
?꒰ don't be sαd, Allαh with us ⩉

? t.me/quotesmutiaraislamic
?꒰ penα si budαk pendosα ⩉

? @soundstudy
?꒰ study hαrd to αchieve your
tαrget ⩉

? @cerpenbyme
?꒰ cerpen by Lαnα Alααrα ⩉

? @NovelByHana
?꒰ romαntic novel ⩉

━ׄ━ׅ━ׄ━ׅ━ׄ━ׅ━ׄ━ׅ━
delete αfter 4 hours
━ׄ━ׅ━ׄ━ׅ━ׄ━ׅ━ׄ━ׅ━

✧ 4OO- 65O subscribers ?

ꤠ stαtus ⨾ ꒰ 6 piee left ꒱
@asptlk_bot

- `, cutiee todαy ٩۶

Telegram

✯quσtєsmutíαrαíslαmíc✯

4/7/2021***⚔️*** Not everything we want and we get, sometimes we can't things that the important to yourself,but Allah SWT give because that the good for we Partner:: @wordsinlive***🌿*** @mesejislamic :: @myislamicjourneyy ***🪴***:: @Mutiaraislamic\_bot

۪۫ ଗ ᨳ ilyαnα αrissα ₎ა
2 years, 6 months ago

**Ulek Mayang

Lagu Ulek Mayang ini cukup terkenal sehingga diketahui oleh hampir seluruh rakyat Malaysia khususnya di negeri Pantai Timur . Ikut kata orang , kita tak digalakkan atau dalam kata lain memang tak boleh nak nyanyi lagi ni . Kenapa ? Ini cerita di sebalik lagu Ulek Mayang .

Ulek Mayang merupakan lagu rakyat dalam tarian traditional Terengganu . Ulek Mayang ni dikatakan telah bermula sejak ratusan tahun lalu , apabila seorang nelayan yang dirasuk hantu laut kerana cintanya ditolak oleh nelayan tersebut . Menurut legenda , hantu laut tersebut telah merasuk nelayan ketika ribut di tengah laut . Selepas ribut reda , para nelayan lain mendapati salah seorang dari mereka hilang dipercayai diculik oleh orang bunian . Apabila bomoh dipanggil , bomoh mendapati nelayan tersebut diculik oleh puteri bunian kerana puteri bunian tersebut jatuh cinta kepada nelayan tadi .

Lagu Ulek Mayang dinyanyikan oleh bomoh yang dipanggil Tok Minduk untuk mengembalikan semula nelayan tersebut ke alam nyata , namun terpaksa berlawan dengan enam lagi puteri bunian yang lain . Sehingga lah puteri sulung yang bernama Puteri Tujuh yang paling cantik dan bijak mengajak untuk berbincang dengan bomoh bagi menyelesaikan masalah tersebut . Tok Minduk merayu agar puteri bunian mengembalikan nelayan tersebut dan akan memberikan makanan seperti pulut kuning dan ayam panggang sebagai balasannya .

Puteri Tujuh pun mengarahkan adik adiknya untuk melepaskan nelayan tersebut dan kembali ke laut . Puteri Tujuh berkata , “aku tahu mana asalmu , yang laut pulang ke laut , yang darat pulang ke darat .”

Ritual ini selalu memakan masa 3 hari 3 malam . Selalunya , apabila nelayan terkena sampuk semangat laut , penduduk kampung akak bekerjasama menjaga makan minum Tok Minduk di samping memastikan mangsa berjaya dikembalikan .

Sebelum tarian dimulakan , mayang pinang akan diletakkan pada muka mangsa yang dirasuk puteri bunian tersebut . Tok Minduk kemudiannya akan membaca semah dan mantera untuk mula bertarung kuasa dengan puteri bunian tersebut . Selain itu , lilin daripada madu lebah , bunga cempaka , bunga melati , bunga melur dan bertih padi juga diperlukan untuk ritual ini . Tok Minduk akan mengikat semutar pada dahinya . Pada ritual pertarungan ini , keenam puteri tersebut menggunakan kuasa sakti untuk bertarung dengan Tok Minduk sehinggalah Tok Minduk lemah akibat kepenatan . Jadi , Tok Minduk hanya perlu bertahan sebelum kedatangan Puteri Tujuh . Selepas kedatangan Puteri Tujuh , Tok Minduk memberikan makanan berupa pulut kuning yang dipanggil 'Nasik Berwarna' dan dihanyutkan ke laut . Kepercayaan ini dikatakan pada era animisme lagi , namun strukturnya ketika Melayu masih menganut agama Hindu .

Kalau ditanya tentang lirik lagu yang telah diubahsuai ini , kenapa puteri ganjil tidak disebut ? Ianya kerana puteri ganjil lebih kuat kuasanya berbanding puteri genap . Kalau diseru namanya , dikhuatiri akan merasuk orang lain .

cr lobak merah .**

2 years, 6 months ago

FAKTA MENARIK TENTANG SAMURAI

Samurai sememangnya terkenal dengan imej katana iaitu pedang melengkung yang digunakannya . Katana merupakan pedang paling popular dan simbolik bagi samurai . Mengikut Bushido iaitu kod etika samurai , maruah seorang samurai terletak pada katana yang dibawanya .

— Bushido adalah kod etika dan peraturan yang mesti diamalkan oleh seorang samurai . Bushido menekankan kepentingan disiplin , kesetiaan , pengorbanan dan maruah diri . Konsep Bushido ini dikatakan lahir dari zaman Neo-Konfusianisme lagi . Peraturan Bushido juga berubah mengikut peredaran zaman .

— Perisai samurai biasanya dicipta daripada kepingan besi yang dicantumkan dengan lapisan kulit atau kain sutera .

— Bahagian helmet ( kabuto ) puka berfungsi untuk menangkis serangan anak panah dan pedang dari pelbagai arah .

— Wanita juga boleh menjadi seorang samurai namun mereka tidak dikenali sebagai samurai sebaliknya dengan panggilan Onna-Bugeisha dan mereka turut sama menyertai peperangan .

— Kerana tidak banyak tulisan sejarah yang menceritakan pernanan golongan wanita sebagai samurai maka oranf ramai beranggapan bahawa golongan Onna-Bugeisha hanyalah minoriti namun ujian DNA yang dilakukan terhadap mayat mayat yang ditemui di tempat berlakunya Peperangan Senbon Matsubaru pada tahun 1580 menjumpai 35 mayat wanita daripada 105 jumlah mayat yang dijumpai dan ini menunjukkan golongan ini juga memainkan peranan penting dalam peperangan .

— Sebenarnya kebanyakan samurai berbadan kecil namun perisai yang dipakai oleh seseorang samurai menjadikan mereka kelihatan mempunyai fizikal tubuh badan yang besar . Pada abad ke 16 , samurai secara puratanya mempunyai ketinggian 160 - 165 cm dan sebagai perbandingan , pahlawan Eropah pada zaman tersebut mempunyai purata ketinggian 180 hingga 196 cm .

2 years, 8 months ago
**RANDOM FUN FACT !

**RANDOM FUN FACT !

— Sebenarnya , anda tidak pernah mononton filem penuh secara teknikal kerana anda sentiasa berkelip .

— Ketam hantu betul betul menggeram ( growl ) guna gigi di dalam perut mereka .

— Gading narwhal sebenarnya adalah gigi dalam ( yang ) keluar .**

2 years, 9 months ago

**Bila aku dah leka bermain game , rasa seram tu pun hilang . Aku main game sampai lah bateri phone aku habis . Jam waktu tu pukul 11 nak masuk 12 , aku tak tahu nak buat apa . Nak tidur tak mengantuk lagi , jadi aku pun buka laptop layan movie . Tengah best layan movie , perut aku berbunyi . Hm aku belum makan malam . Nak pergi cafe , cafe dah tutup pulak . Jadi terpaksa masak mi segera . Aku rasa aku makan samyang kot time tu , nak masak samyang tapi air dalam cerek ada sikit je . Aku tengok jam dah pukul 12 lebih . Nak isi air kena pergi tandas pulak , tapi lapar punya pasal , lantaklah . Aku pun keluar bilik , memang rasa sunyi gila . Angin pulak bertiup sejuk , memang rasa seram sejuk lah . Aku terfikir , betul ke apa aku nak buat ni tapi datang pulak satu rasa yang memang paksa aku untuk ke tandas , rasa nak buang air .

Malam tu , tandas yang dekat terasa jauh . Bila sampai dekat tandas aku sempat jugak lah berharap ada student lain dalam tasdas tu . Hilang jugak lah sikit rasa takut aku ni . Tapi malangnya tak ada sorang pun . Memang aku sorang je dalam tandas tu .

Ok lah , aku tak buang masa terus letak cerek atas sinki dan aku pulak masuk tandas . Kalau ikut aku , nak masuk tandas paling dekat tapi tandas pertama tu terkunci . Terpaksa lah aku guna tandas kedua . Masa dalam tandas aku terdengar bunyi pintu tandas terbuka . Aku fikir ada orang lah jugak dalam tandas , tak ada lah aku sorang je . Selesai urusan aku , aku keluar dan terkejut nampak pintu tandas pertama tadi terbuka dan nampak makcik cleaner kat dalam tandas tu tapi mukanya tak nampak sebab dia menghadap ke dalam tandas . Aku pun terus gi sinki , tadah air . Sambil aku tadah air tu aku tengok lah makcik tu . Makcik tu berdiri tak bergerak . Lepas lama aku tengok makcik tu dari pantulan cermin sampai melimpah air yang aku tadah air tadi . Bila aku pandang cermin balik , makcik tu tengah tutup pintu dan keluar tandas . Dalam perjalanan dari tandas nak masuk bilik aku , aku rasa meremang jadi aku percepatkan jalan dan masuk bilik terus kunci pintu .

Fikiran aku masih berkecamuk fikir pasal makcik cleaner tadi , mata memang tengah tengok movie tapi otak aku kat tempat lain . Bila aku dah dapat jawapan yang logik , terus aku rasa seeam dan masuk tidur . Korang tau apa yang aku fikir ?

Hari sabtu mana ada cleaner kerja . Lagi pun masa tu dah nak pukul satu lagi kot , tak kan lah makcik tu overtime pulak . Aku terus batalkan niat aku yang nak makan samyang tadi dan terus masuk tidur . Tapi siapa yang aku nampak tadi hm . Sekian .

cr blog misteri dan cerita seram**

2 years, 9 months ago

**Title : Makcik Cleaner

Kisah misteri aku ni berlaku ketika zaman aku belajar di satu politeknik . Masa tu , aku masih berada di sem satu . Untuk pengetahuan korang , politeknik aku ni pelajar sem satu yang terpilih untuk menetap di kamsis wajib duduk kat kamsis selama satu semester dan jika semester datang nak duduk kat kamsis lagi , perlu buat permohonan .

Politeknik aku ada 6 blok asrama , 3 blok lelaki dan 3 blok perempuan masa tu . Blok perempuan ni berada kat kawasan terbuka berdekatan dengan surau sementara blok lelaki di kawasan belakang politeknik , berdekatan dengan kawasan ladang kelapa sawit . Asal tapak politeknik ni memang ladang kelapa sawit jadi aku tak rasa pelik sangat lah kalau tempat ni keras .

Pada suatu malam yang tenang dan sejuk , aku dengan roommate aku lepak kat luar bilik sebab dalam bilik agak bahang . Aku tak ingat masa tu hari apa tapi aku ingat dalam pukul 10 lebih kitorang tengah rancak borak , gelak gelak . Tiba tiba ketua blok ( kb ) aku tegur , dia kata duduk luar boleh tapi jangan lama lama . Kitorang jadi pelik lah kan , kenapa tak boleh duduk lama lama dan roommate aku pun tanya . “Kenapa bang , nanti warden marah ke ?” . KB tu cakap , “Eh tak lah , dulu sini blok lelaki kat sini semua blok perempuan tapi lepas dah macam macam jadi , pihak politeknik tukar blok ni jadi blok lelaki .” Dia ada cakap jugak yang blok kitorang duduk memang keras jadi KB kitorang tak galakkan duduk luar lebih dari pukul 12 . Aku dengan roommate aku percaya macam nak tak nak je tapi kitorang layankan aje .

Kisah misteri aku ni berlaku di hujung minggu seingat aku hari sabtu . Aku duduk sorang time tu sebab roommate aku balik rumah dia kat JB . Aku okay jd lah duduk sorang sebab blok laki ni riuh . Student lelakikan so faham faham je lah . Kebiasaannya dah subuh baru senyap sunyi . Tapi pada hari sabtu tu aku macam pelik kenapa blok aku sunyi eh .

Aku pun macam tak kisah lah , tak ada fikir bukan bukan . Lagipun tenang sikit rasa . Selepas aku selesai solat isya' , aku wasap roommate aku . Aku kata , “Malam ni blok ni dia punya rasa sunyi lain macan lah , tenang je rasa” . Roommate aku jawab , “Oh sebab ramai balik kot ”. Aku baru teringat , minggu depan kan kitorang ada program FKK untuk blok . Pastu masa aku keluar bilik untuk pastikan dan apa yang aku nampak adalah banyak bilik gelap , itu bermakna bilik tu kosong tiada orang . Bilik yang menyala pun kebanyakkannya bilik AJK blok , diorang memang tak boleh balik sebab ada beberapa persiapan untuk diselesaikan . Aku rasa seram lah sikit waktu tu . #s0tw54**

2 years, 9 months ago
2 years, 9 months ago

morningg warga cloudy ! rasa macam dah lama tak post story kann ( walaupun memang ya ) insha'allah malam ni nis post yaa . hsvsdv maaf semua ! have a nice day < 3

2 years, 9 months ago
**FRANCE ( PERANCIS )

**FRANCE ( PERANCIS )

— Perancis merupakan negara terbesar di Eropah , ia mempunyai keluasan tanah 547 000km persegi .

— Walaupun Perancis ialah 'rumah' croissant tetapi sebenarnya ia dicipta di Australia . Kipferl , iaitu nenek moyang ( pengasas ) roti croissant dilahirkan pada abad ke-13 . Kemudian ( setelah mencipta resepi roti croissant ) , kipferl melintasi sempadan ke Perancis yang menjadikan croissant terkenal .

Croissant merupakan roti manis pagi yang berbentuk bulan sabit , ia diperbuat daripada doh yang lebih padat dan kurang mengelupas .

— Wajar jika negara yang sangat menyukai makanan seperti Perancis menjadi yang pertama meluluskan undang - undang yang membuang makanan yang masih baik tidak sah . Sehingga 2016 , sebarang makanan yang tidak terjual tetapi masih boleh dimakan mesti didermakan dan jangan dibuang , atau ia boleh melawan undang - undang .**

2 years, 9 months ago
**FUN FACT – FRANCE !

**FUN FACT – FRANCE !

— Sebuah perlumbaan basikal paling berprestij di dunia , Tour de France telah dijalankan pada setiap bermula tahun 1903 kecuali ketika dua perang dunia dan pernah ditangguhkan pada 2020 namun ia masih diteruskan . Kini , perlumbaan basikal tersebut telah berjalan selama lebih 100 tahun .

— Louvre yang terletak di Paris merupakan muzium seni yang paling banyak dikunjungi di dunia . Pada 2019 , rekod seramai 10.2juta orang telah melawat Muzium Louvre Paris tersebut .

— Perancis telah memenangi hadiah Nobel paling banyak untuk sastera .

— Perancis merupakan destinasi pelancongan paling popular di dunia . Ia mengalu - alukan kira - kira 89juta pelawat setiap tahun .**

We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 1 day, 13 hours ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 2 weeks, 2 days ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 1 month, 2 weeks ago