Dive into the Ultimate Free Library: Your One-Stop Hub for Entertainment!

Tadabbur Kalamullah

Description
Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim
Advertising
We recommend to visit

🔴MENGHIMPUNKAN WEBINAR/KURSUS/WACANA/BENGKEL DAN LAIN LAIN. SEMOGA DIPERMUDAHKAN. 😬👌🏻

🔴ISU SEMASA BERKAITAN PENDIDIKAN DAN NEGARA

🔴CHANNEL INI DIWUJUDKAN PADA 28 APRIL 2021

Last updated 4 weeks ago

Software (Windows & MacOs) terkini ( Untuk android/smarphone sila ke @androidappterpilih ). Software keutamaan kepada windows. MacOs atas permintaan sahaja. (Untuk linux sila ke @newbielinux)

@software_application

Dalam group ini Sir Race akan kongsikan banyak tips belajar, ebook, info biasiswa dan macam2 lagi secara PERCUMA.

Jangan share any link dalam group ini, akan diremove and ban. Pandai pandailah hidup nanti.

Last updated 5 months, 2 weeks ago

1 week, 6 days ago

SEDEKAH JUMAAT: INFAQ PEMBANGUNAN INSTITUT TAHFIZ TURATH AL-BANNA (ITTAB), KG PULAU RAYA, KUALA KRAU, PAHANG

Klik dan sumbang:
https://toyyibpay.com/PEMBANGUNAN-INSTITUT-ALBANNA

Assalamualaikum wbt para penyumbang budiman....

Alhamdulillah, beberapa tahun sebelum ini, Geng Talaqqi pernah membuat kutipan membantu pembangunan Kompleks Pendidikan Sekolah Rendah Islam (Seri) Tahfiz al-Banna di Jalan Besar Jengka-Jerantut Jengka 11 dan Pembangunan Pondok Moden Tahfiz al-Banna (PMTAB) di Kg Pulau Raya, Kuala Krau Pahang.

Alhamdulillah fasa pembangunan tersebut telah pun selesai dan pengajian berjalan dengan jayanya. Selamat mengaut keuntungan pahala lumayan hasil sumbangan para penyumbang sekelian.

Saat ini fasa pembangunan terbaru yang sedang berjalan ialah kerja-kerja meratakan tanah, membina tapak, membina longkang dan pembinaan rumah guru/staf.

DIPERLUKAN RM35 RIBU UNTUK KERJA-KERJA AWAL MERATAKAN TANAH, MEMBINA TAPAK DAN MEMBUAT LONGKANG DALAM KAWASAN TAHFIZ.

Dengan ini, Geng Talaqqi membuka infaq/wakaf untuk kerja-kerja pembangunan fasa baru ini agar menjadi wakaf yang berpanjangan pahalanya untuk semua penyumbang.

Semoga 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗮𝗺𝗮𝗹 𝗷𝗮𝗿𝗶𝗮𝗵 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 serta berpanjangan pahalanya 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝗹𝗶𝗿 hingga ribuan 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 𝗯𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝗹𝗶𝗿 𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 ke 𝗵𝗮𝗿𝗶 𝗸𝗶𝗮𝗺𝗮𝘁! Aamiiin.
___
Kepada yang berhajat untuk infaq/wakaf, SUMBANGAN ANDA BOLEH DISALURKAN KE AKAUN TOYYIB PAY:

https://toyyibpay.com/PEMBANGUNAN-INSTITUT-ALBANNA

Atau terus ke akaun:

Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
Maybank_5629_9101_9074
Cimb_8604_7707_81
Remark: Pembangunan Institut al-Banna

SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:

📲Ust Naim: http://www.wasap.my/60196023803/PembangunanInstitutAlBanna

📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/PembangunanInstitutAlBanna

📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/PembangunanInstitutAlBanna

📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/PembangunanInstitutAlBanna

ANDA HULUR, KAMI SALUR

toyyibPay

Pertubuhan Kebajikan Ilmu Dan Amal Selangor | PEMBANGUNAN INSTITUT ALBANNA

*SEDEKAH JUMAAT: INFAQ PEMBANGUNAN INSTITUT TAHFIZ TURATH AL-BANNA (ITTAB), KG PULAU RAYA, KUALA KRAU, PAHANG*
1 week, 6 days ago

☆Tadabbur Kalamullah 16 Syawal 1445H☆

وَجَاۤءَتۡ سَكۡرَةُ ٱلۡمَوۡتِ بِٱلۡحَقِّۖ ذَ ٰ⁠لِكَ مَا كُنتَ مِنۡهُ تَحِیدُ

"Dan (apabila sampai ajal seseorang) datanglah "Sakaratulmaut" membawa kebenaran (yang telah dijanjikan, serta dikatakan kepada yang mengingkarinya sebelum itu): "Inilah perkara yang engkau selalu mengelak diri daripadanya!" [Surah Qāf 19]

#Semua kita tahu bahawa kematian itu pasti. Cuma penerimaan apabila berlaku kematian terutama pada ahli keluarga terdekat dan tersayang agak berbeza.

#Ada yang redha, tenang dan menerima segala ketentuan Ilahi tanpa sebarang rintihan dan rungutan. Ada juga yang sebaliknya, tidak redha dan tidak dapat menerima takdir Ilahi.

#Setiap daripada kita pernah menghadapi situasi kehilangan insan tersayang dalam kehidupan. Keadaan itu adalah suatu ketentuan yang tidak dapat dijangkakan. Kehilangan insan tersayang ada kalanya membuatkan seseorang itu hilang tempat bergantung dan menyandarkan pengharapan pada saat diperlukan. Kehilangan orang tersayang juga boleh menjadikan dunia tiba-tiba bagai kelam dan perasaan diselubungi kesedihan. Itulah naluri fitrah manusia. Sedih atas kematian dan kehilangan orang terdekat.

#Sayidina Anas bin Malik r.a menceritakan bahawa ketika anakanda Rasulullah saw yang bernama Ibrahim meninggal dunia, berlinanganlah kedua-dua mata baginda saw, lantas Sayidina Abdur Rahman bin Auf r.a berkata: "Kamu juga menangis wahai Rasulullah?'' Maka jawab Rasulullah saw: "Wahai anak lelaki Auf, sesungguhnya ia (tangisan) itu adalah suatu rahmat" (HRal-Bukhari)

#Islam meraikan emosi manusia namun ditegah apabila berlebihan hingga meratap, meraung dan tidak redha atas takdir tersebut.

#Walaupun sesuatu kehilangan itu amat berat untuk diterima, namun kehidupan perlu diteruskan demi kelangsungan sebuah perjuangan. Sayidina Abu Bakar al-Siddiq r.a sewaktu menghadapi kewafatan Rasulullah saw, menyampaikan ucapan, katanya:

"Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya sesiapa yang menyembah Muhammad, sebenarnya Muhammad sudah mati; dan sesiapa yang menyembah Allah, sebenarnya Allah itu Maha Hidup tidak mati sekali-kali. Seterusnya beliau membaca firman Allah swt dalam Surah Aali Imran ayat 144:

وَمَا مُحَمَّدٌ إِلَّا رَسُولࣱ قَدۡ خَلَتۡ مِن قَبۡلِهِ ٱلرُّسُلُۚ أَفَإِی۟ن مَّاتَ أَوۡ قُتِلَ ٱنقَلَبۡتُمۡ عَلَىٰۤ أَعۡقَـٰبِكُمۡۚ وَمَن یَنقَلِبۡ عَلَىٰ عَقِبَیۡهِ فَلَن یَضُرَّ ٱللَّهَ شَیۡـࣰٔاۗ وَسَیَجۡزِی ٱللَّهُ ٱلشَّـٰكِرِینَ

"Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu)" [Surah Āali-ʿImrān 144]

#Ini menunjukkan bahawa kekuatan jiwa perlu dibangunkan dengan menyerahkan kebergantungan yang tinggi kepada Allah, menjauhkan diri daripada perkara dilarang, membina sifat positif dalam menghadapi musibah iaitu sabar, redha, bersangka baik dengan Allah, berdoa memohon kekuatan dan ketabahan serta pergantian yang lebih baik.

♡Banyakkan berdoa agar dikurniakan ketabahan hati dan doakan agar simati bahagia di alam barzakh♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Telegram

Tadabbur Kalamullah

Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim

☆Tadabbur Kalamullah 16 Syawal 1445H☆
2 weeks ago

☆Tadabbur Kalamullah 15 Syawal 1445H☆

وَجَاۤءَتۡ سَكۡرَةُ ٱلۡمَوۡتِ بِٱلۡحَقِّۖ ذَ ٰ⁠لِكَ مَا كُنتَ مِنۡهُ تَحِیدُ

"Dan (apabila sampai ajal seseorang) datanglah "Sakaratulmaut" membawa kebenaran (yang telah dijanjikan, serta dikatakan kepada yang mengingkarinya sebelum itu): "Inilah perkara yang engkau selalu mengelak diri daripadanya!" [Surah Qāf 19]

#Jika ada orang yang tidak mempercayai kematian, maka dia pasti tetap akan mati juga. Inilah kebenaran yang disampaikan Allah swt kepada kita semua. Tidak ada yang dapat lari atau mengelakkan diri daripada maut.

وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلࣱۖ فَإِذَا جَاۤءَ أَجَلُهُمۡ لَا یَسۡتَأۡخِرُونَ سَاعَةࣰ وَلَا یَسۡتَقۡدِمُونَ

"Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan" [Surah al-Aʿrāf 34]

#Oleh itu, sebagai muslim kita mestilah sentiasa perlu bersiap sedia untuk menghadapi kematian dengan persiapan amalan yang terbaik dan mencukupi disamping memastikan sempat bertaubat sebelum bertemu kematian dan mati dalam keadaan Islam.

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ ٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِۦ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسۡلِمُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam" [Surah Āli ʿImrān 102]

#Pastikan diri kita pulang mengadap Allah swt dalam keadaan bersih daripada dosa. Maka kita perlu keazaman untuk bertaubat dan bertekad untuk menjadi hamba yang baik sebelum ajal menjemput.

#Rasulullah saw bersabda: "Sesiapa yang bertaubat kepada Allah sebelum datangnya saat Al-Ghargharah, maka Allah akan menerima taubatnya" (HR al-Hakim)

#Berkata Salafussoleh, keampunan dan kebaikan hadir dengan keazaman dan kesungguhan untuk berubah.

قال أبو حَازِمٍ: عِنْدَ تَصْحِيحِ الضَّمَائِرِ تُغْفَرُ الْكَبَائِرُ، وَإِذَا عَزَمَ الْعَبْدُ عَلَى تَرْكِ الْآثَامِ أَتَتْهُ الْفُتُوحُ

"Telah berkata Abu Hazim: Ketika mana dia (seseorang) itu (mula) memperbaiki akhlaknya maka akan diampunkan dosa-dosa besarnya. Ketika mana dia mula bertekad untuk meninggalkan maksiat ketika itu akan dibuka pintu-pintu kebaikan baginya". (Lihat: Kitab al-Ikhlas wa al-Niat oleh Ibnu Abi Dunya)

#Firman Allah swt:

إِنَّ ٱللَّهَ لَا یُغَیِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ یُغَیِّرُوا۟ مَا بِأَنفُسِهِمۡۗ

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri" [Surah ar-Raʿd 11]

♡Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul khatimah dan janganlah engkau akhiri hidup kami dengan su'ul khatimah. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Telegram

Tadabbur Kalamullah

Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim

☆Tadabbur Kalamullah 15 Syawal 1445H☆
2 weeks, 5 days ago

☆Tadabbur Kalamullah 10 Syawal 1445H☆

وَجَاۤءَتۡ سَكۡرَةُ ٱلۡمَوۡتِ بِٱلۡحَقِّۖ ذَ ٰ⁠لِكَ مَا كُنتَ مِنۡهُ تَحِیدُ

"Dan (apabila sampai ajal seseorang) datanglah "Sakaratulmaut" membawa kebenaran (yang telah dijanjikan, serta dikatakan kepada yang mengingkarinya sebelum itu): "Inilah perkara yang engkau selalu mengelak diri daripadanya!" [Surah Qāf 19]

#Manusia tidak boleh lari daripada kematian. Masa, tempat, keadaan dan suasana kematian telah ditentukan dan hanya menunggu tanpa diketahui. Larilah ke mana sekalipun, seseorang itu pasti bertemu kematian.

#Allah swt telah menetapkan ajal seseorang sejak azali lagi. Apabila sampai ajalnya, ia tidak akan dipercepatkan atau dilewatkan walaupun sesaat. Malaikat Izrail yang ditugaskan mencabut nyawa akan menjalankan tugasnya tanpa mengira masa, tempat dan keadaan seseorang samada bersedia atau tidak.

#Berkata Imam al-Ghazali rahimahullah: "Kematian itu datang tanpa meminta izin, tanpa mengetuk pintu sebelum memasukinya. Ia datang secara tiba-tiba dan amat mengejutkan".

#Oleh itu, kita perlu siapkan bekal yang terbaik untuk menghadapi kematian dan kehidupan selepasnya.

#Apabila Sayidina Uthman bin Affan r.a berdiri di perkuburan,  beliau menangis sehingga basah janggutnya. Lalu ada yang bertanya kepadanya, kenapa ketika di sebut syurga kamu tidak menangis kerinduan, ketika disebut neraka kamu tidak menangis ketakutan, tetapi kamu menangis pula kerana takutkan kubur. Beliau menjawab: "Sesungguhnya Rasulullah saw telah bersabda: "Sesungguhnya kubur itu ialah fasa pertama dari fasa-fasa akhirat. Sekiranya seseorang selamat dari (keburukan) di kubur, maka keadaan selepasnya akan lebih mudah. Sekiranya dia tidak selamat, maka keadaan selepasnya lebih dahsyat"  (HR at-Tirmizi)

#Antara tanda kematian yang diredhai ialah penutup usia kehidupan dalam keadaan baik. Pengakhiran yang baik merupakan anugerah terindah yang diberikan oleh Allah swt kepada hamba-hambaNya yang ikhlas dalam beramal.

#Maka, istiqamahlah dalam beramal agar mati dalam keadaan melakukan kebaikan dan amal soleh.

#Terdapat 3 sifat para nabi dan orang soleh yang boleh kita contohi agar mati dalam keadaan baik dan dihimpunkan di akhirat bersama-sama mereka.

عن الفضيل بن عياض قال: كان يقال: من أخلاق الأنبياء، والأصفياء الأخيار، الطاهرة قلوبهم: خلائق ثلاثة: الحلم، والأناة، وحظ من قيام الليل

Berkata Fudhail bin Iyadh: Diantara sifat para nabi, orang soleh yang dipilih Allah serta mereka yang suci hatinya ada tiga ciri iaitu:
1. Besar jiwanya
2. Besar kesabarannya serta
3. Bersungguh menghidupkan malam harinya dengan ibadah. (Lihat: Hilyatul Auliya`)

#Dengan besarnya cita-cita menjadikan seseorang itu teguh melakukan amal soleh, dengan kesabaran menjadikan seseorang itu tetap istiqamah dalam beramal dan dengan qiamullail ianya menjadi bekalan dalam beroleh kematian yang mulia.

♡Siapkan bekal yang terbaik dan mencukupi untuk menghadapi kematian yang sedang menanti♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Telegram

Tadabbur Kalamullah

Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim

☆Tadabbur Kalamullah 10 Syawal 1445H☆
2 weeks, 6 days ago

Jom rebut pahala infaq jumaat dengan bersedekah untuk Sriti Amru al-As

2 weeks, 6 days ago
Tadabbur Kalamullah
3 weeks, 6 days ago

☆Tadabbur Kalamullah 3 Syawal 1445H☆

وَلِتُكۡمِلُوا۟ ٱلۡعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا۟ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَىٰكُمۡ وَلَعَلَّكُمۡ تَشۡكُرُونَ

"Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur" [Surah al-Baqarah 185]

#Perayaan dalam Islam sepatutnya semakin mendekatkan diri kita kepada Allah swt dan seterusnya melahirkan rasa syukur.

#Berkata Imam Ibn Kathir menghuraikan ayat ini:

إذا قمتم بما أمركم الله من طاعته بأداء فرائضه، وترك محارمه، وحفظ حدوده، فلعلكم أن تكونوا من الشاكرين

"Bersyukur adalah apabila kalian melaksanakan semua perintah Allah dengan ketaatan dengan melaksanakan kewajiban-kewajibanNya, dan meninggalkan keharamanNya, dan menjaga hududNya (batasan syariat). Maka menjadilah orang yang bersyukur".

#Berkata al-Hasan dalam kitab Lathaif al-Maarif:

قول الحسن من كتاب لطائف المعارف: كل يومٍ لا يُعصى الله فيه فهو عيد

"Setiap hari yang tidak ada sebarang maksiat terhadap Allah padanya, maka itulah Hari Raya"

كل يوم يقطعه المؤمن في طاعة مولاه وذِكره وشُكره فهو له عيد

"Setiap hari yang dilalui seorang mukmin dalam keadaan mentaati Tuhannya, mengingati dan mensyukuriNya, maka itulah Hari Raya baginya"

#Ini menunjukkan bahawa hari raya adalah hari untuk membesarkan Allah dan hari bagi orang-orang yang taat. Hari untuk tunduk dan patuh kepada seluruh aturan yang telah ditetapkan Allah swt bukannya hari untuk bermaksiat, berhibur, mengenyangkan kehendak hawa nafsu atau membesarkan kenikmatan dunia.

#Berkata Imam Ibnu Rajab:

"Hari Raya (yang sebenar) itu bukanlah bagi orang yang berpakaian baru, tetapi Hari Raya itu adalah bagi orang yang ketaatannya bertambah maju. Hari Raya (yang sebenar) itu bukanlah bagi orang yang bergaya dengan berbagai pakaian dan kenderaan, tetapi Hari Raya itu adalah bagi orang yang dosa-dosanya mendapat keampunan".

#Oleh itu, nikmat berada di sepanjang bulan Ramadhan dan dengan kehadiran Aidilfitri perlu disyukuri. Bersyukur kepada Allah swt dengan cara mengagungkanNya dan membesarkanNya. Inilah antara perkara yang dituntut dalam Islam agar setiap umatnya menyedari hakikat bahawa mereka adalah hamba kepada Allah swt Yang Maha Esa.

#Mengagungkan Allah swt boleh diserlahkan dengan membasahkan lidah dengan puji-pujian terhadapNya. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Umar r.a menyatakan bahawa: "Sesungguhnya Rasulullah saw keluar pada dua  hari raya bersama al-Fadl bin 'Abbas, Abdullah bin 'Abbas, al-'Abbas, Ali, Ja'far, al-Hasan dan al-Husain, Usamah bin Zaid, Zaid bin Harithah dan Aiman bin Ummi Aiman dengan menguatkan suara mengucapkan tahlil dan takbir" (Hadis riwayat Ibn Khuzaimah)

♡Kedatangan Aidilfitri patut dihayati oleh setiap umat Islam dengan perasaan syukur, gembira dengan membesarkan Allah swt. Islam menjadikan Aidilfitri sebagai satu kurniaan untuk umatnya menzahirkan kegembiraan dan kesyukuran kerana diberi peluang melaksanakan ibadah sepanjang bulan Ramadhan. Tidak ada perasaan paling gembira yang sepatutnya dirasai oleh setiap umat Islam selain apabila diri telah menerima keampunan daripada Allah swt dan diterima segala amalnya. Allahuakbar!!♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Telegram

Tadabbur Kalamullah

Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim

☆Tadabbur Kalamullah 3 Syawal 1445H☆
3 weeks, 6 days ago

☆Tadabbur Kalamullah 2 Syawal 1445H☆

وَلِتُكۡمِلُوا۟ ٱلۡعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا۟ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَىٰكُمۡ وَلَعَلَّكُمۡ تَشۡكُرُونَ

"Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur" [Surah al-Baqarah 185]

#Setiap kali kita sambut hari raya, antara perkara yang diperintahkan Allah swt kepada kita ialah melaungkan takbir bagi membesarkan Allah swt.

#Ucapan takbir iaitu Allahuakbar (Allah Maha Besar) adalah ucapan mulia bagi membesarkan Allah swt. Apabila takbir diucapkan, kita wajib menyedari dan mengetahui bahawa Allah swt itu lebih besar dan lebih agung berbanding segala sesuatu yang lain selain daripadaNya. Malah, segala sesuatu yang lain itu tidak layak untuk dibesarkan atau ditinggikan, apatah lagi ditakutkan.

#Apabila kita bertakbir bererti kita membesarkan Allah swt dan mengecilkan yang lain daripadaNya. Oleh itu, ucapan ini disyariatkan dalam azan dan iqamah yang dilaksanakan lima kali sehari. Begitu juga ketika kita melakukan takbiratul ihram dan takbir intiqal dalam setiap ibadah solat.

#Laungan takbir ini disyariatkan dalam takbir Aidilfitri dan juga ketika sambutan hari raya Aidiladha, dua perayaan dan hari kegembiraan bagi umat Islam. Semuanya bagi membesarkan dan mentakzimkan Allah swt, Tuhan semesta alam yang mencipta dan mengurus tadbir segala makhluk yang dijadikan. Tiada yang lebih besar selain daripadaNya.

#Laungan takbir tidak hanya terbatas pada semua perkara yang disebutkan di atas. Malah, Nabi saw juga pernah melaungkan takbir ketika hendak melancarkan peperangan. Ini berlaku ketika perang Khaibar pada tahun ketujuh Hijrah ketika baginda hendak menyerang kaum Yahudi Khaibar yang melakukan pengkhianatan.

#Baginda saw bersabda: "Allahuakbar. Hancurlah Khaibar. Sesungguhnya apabila kami turun di kawasan sesuatu kaum, maka sudah tentu buruklah hari orang yang telah diberikan amaran itu." Baginda saw mengulanginya sebanyak tiga kali. (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Diriwayatkan juga bahawa baginda saw pernah melaungkan takbir ketika gembira dengan kemenangan yang diraih serta kedatangan ahli Yaman.

#Berkata Sayidina Ibn Abbas r.a, sewaktu baginda Nabi saw berada di Madinah, baginda pernah bersabda: "Allahuakbar. Allahuakbar. Telah datang pertolongan Allah. Telah datang pembukaan. Telah datang ahli Yaman, iaitu satu kaum yang bersih hati mereka lagi mudah ketaatan mereka. Iman itu bersifat Yaman. Fiqah itu bersifat Yaman. Hikmah itu bersifat Yaman" (HR Ibn Hibban dalam Sahihnya) 

*Maksudnya, diumpamakan iman, fiqah dan hikmah sedemikian adalah disebabkan sifat bersih hati dan mudah taat yang ada pada ahli Yaman terbabit.

#Bersambung...

♡Besarkanlah Allah swt dihari kebesaran ini serta banyakkan bersyukur padaNya atas nikmat iman dan Islam yang kita kecapi♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Telegram

Tadabbur Kalamullah

Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim

☆Tadabbur Kalamullah 2 Syawal 1445H☆
4 weeks, 1 day ago

☆Tadabbur Kalamullah 1 Syawal 1445H☆

وَلِتُكۡمِلُوا۟ ٱلۡعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا۟ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَىٰكُمۡ وَلَعَلَّكُمۡ تَشۡكُرُونَ

"Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur" [Surah al-Baqarah 185]

#Allah swt perintahkan kita puasa sebulan di bulan Ramadhan, membesarkanNya dan mensyukuri hidayah yang dikurniakan kepada kita. Alhamdulillah, selesai dan sempurna sudah puasa sebulan yang diperintahkanNya. Saat ini umat Islam sedang menyambut hari raya Aidilfitri. Hari kemenangan setelah sebulan berjuang melawan kehendak nafsu dan menundukkannya agar taat patuh pada perintahNya serta hari membesarkan Allah dengan gema laungan takbir.

#Di hari raya ini sewajarnya dijadikan masa untuk kita terus bersyukur dan beristiqamah menjadi hamba Allah yang soleh setelah sebulan kita bertungkus lumus berjuang melawan godaan hawa nafsu. Ingatlah bahawa hari raya bukannya waktu untuk kita kembali kepada sikap dan perangai lama yang kurang baik serta memenuhi segala kehendak nafsu samada nafsu makan atau nafsu berhibur.

#Sewajarnya kita jadikan bulan Ramadhan yang dilalui sebulan sebagai pendidik untuk kita 
terus menjadi hamba Allah yang Rabbani dan bukan semata-mata hamba Ramadhani yakni kenal Allah hanya di bulan Ramadhan sahaja.

كُنْ رَبَّانِيًا وَلَا تَكُنْ رَمَضَانِيًا

"Jadilah hamba Allah, bukan hamba Ramadhan"

#Firman Allah swt:

وَلَـٰكِن كُونُوا۟ رَبَّـٰنِیِّـۧنَ

"Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala dengan ilmu dan amal yang sempurna)" [Surah Āli-ʿImran 79]

#Ini sesuai dengan matlamat berpuasa itu sendiri agar kita menjadi hamba Allah swt yang beriman dan bertakwa dengan sebenar-benarnya.

#Berkata Imam Ibnu Rajab rahimahullah dalam kitabnya Lata’if al-Ma‘arif: 

"Hari Raya adalah musim kegembiraan dan keceriaan, namun kegembiraan dan keceriaan orang mukmin di dunia ini hanyalah semata-mata demi Tuhan mereka, iaitu hanya apabila mereka berjaya 
menyempurnakan ketaatan terhadapNya dan memperolehi ganjaran amalan mereka, melalui kepercayaan penuh mereka terhadap janjiNya ke atas amalan tersebut, yang semata-mata dengan limpahan kurnia dan keampunanNya jua".

#Jadilah hamba Allah yang  sentiasa mengingati dan membesarkanNya bukan semata-mata hanya pada bulan Ramadhan atau di Hari Raya sahaja, tetapi ianya perlulah dilakukan secara berterusan pada setiap masa dan ketika.

#Marilah sama-sama kita mengambil semangat Ramadhan yang telah kita lalui sebagai tarbiyah untuk menambahkan lagi semangat kita sebagai hamba Allah swt yang sejati.

♡Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. Taqabbalallahu Minna Wa Minkum♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Telegram

Tadabbur Kalamullah

Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim

☆Tadabbur Kalamullah 1 Syawal 1445H☆
2 months, 3 weeks ago

☆Tadabbur Kalamullah 2 Syaaban 1445H☆

إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَاتِ

"Sesungguhnya kebaikan akan menghapus kesalahan" [Surah Hud 114]

#Setiap kebaikan yang dilakukan yang ikhlas akan menghapus kesalahan-kesalahan yang pernah dibuat. Inilah jaminan daripada Allah swt bagi hamba-hambaNya.

#Di dalam sahih Muslim, terdapat sebuah hadis yang menceritakan kisah seorang wanita yang melakukan dosa besar telah diampunkan oleh Allah swt akibat daripada kebaikannya memberi minum seekor anjing yang kehausan.

#Diriwayatkan daripada Sayidina Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi saw bersabda:

أَنَّ امْرَأَةً بَغِيًّا رَأَتْ كَلْبًا فِي يَوْمٍ حَارٍّ يُطِيفُ بِبِئْرٍ، قَدْ أَدْلَعَ لِسَانَهُ مِنَ الْعَطَشِ، فَنَزَعَتْ لَهُ بِمُوقِهَا فَغُفِرَ لَهَا

"Seorang wanita yang melacur telah melihat seekor anjing pada suatu hari yang panas sambil mengelilingi sebuah perigi. Anjing tersebut juga menjelirkan lidahnya kerana kehausan. Wanita tersebut menanggalkan kasutnya lalu memberinya minum maka telah diampunkan dosanya"(HRMuslim)

#Dalam riwayat yang lain, Sayidina Abu Hurairah r.a berkata:

بَيْنَا رَجُلٌ يَمْشِي، فَاشْتَدَّ عَلَيْهِ العَطَشُ، فَنَزَلَ بِئْرًا، فَشَرِبَ مِنْهَا، ثُمَّ خَرَجَ فَإِذَا هُوَ بِكَلْبٍ يَلْهَثُ يَأْكُلُ الثَّرَى مِنَ العَطَشِ، فَقَالَ: لَقَدْ بَلَغَ هَذَا مِثْلُ الَّذِي بَلَغَ بِي، فَمَلَأَ خُفَّهُ، ثُمَّ أَمْسَكَهُ بِفِيهِ، ثُمَّ رَقِيَ، فَسَقَى الكَلْبَ، فَشَكَرَ اللَّهُ لَهُ، فَغَفَرَ لَهُ "، قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، وَإِنَّ لَنَا فِي البَهَائِمِ أَجْرًا؟ قَالَ: فِي كُلِّ كَبِدٍ رَطْبَةٍ أَجْرٌ

"Terdapat seorang lelaki sedang berjalan lalu dia berasa haus maka dia turun ke sebuah perigi dan minum daripadanya. Apabila dia keluar, terdapat seekor anjing yang sedang mengeluarkan lidahnya lalu menjilat tanah kerana kehausan. Maka dia berkata: Anjing ini kehausan sepertimana aku alami sebentar tadi. Disebabkan itu, dia memenuhkan kasutnya dengan air dan dia memegang kasutnya (yang diisi dengan air) dengan mulutnya. Kemudian dia memberi anjing itu minum. Dengan itu, dia bersyukur kepada Allah swt maka Allah swt mengampuninya”. Mereka (para sahabat) bertanya: “Wahai Rasulullah saw, adakah bagi kami ganjaran jika kami berlaku baik pada haiwan?”. Rasulullah saw bersabda: “(Berbuat baik) setiap yang bernyawa itu akan diberi pahala" (HR al-Bukhari)

#Dalam hadis daripada Sayidina Mu’awiyyah bin Qurrah r.a, daripada bapanya, beliau berkata:
قَالَ رَجُلٌ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، إِنِّي لَأَذْبَحُ الشَّاةَ فَأَرْحَمُهَا، أَوْ قَالَ: إِنِّي لَأَرْحَمُ الشَّاةَ أَنْ أَذْبَحَهَا، قَالَ: وَالشَّاةُ إِنْ رَحِمْتَهَا، رَحِمَكَ اللَّهُ، مَرَّتَيْنِ.

Ada seorang lelaki berkata: "Wahai Rasulullah saw, apabila aku menyembelih seekor kambing maka aku merasa belas kasihan kepadanya. Atau (syak perawi hadis) dia berkata: Aku merasa belas kasihan kepada kambing apabila aku hendak menyembelihnya. Baginda saw bersabda: "Kalau dengan kambing pun engkau ada rasa belas kasihan maka sudah tentu Allah akan mengasihimu”. Baginda saw mengulanginya sebanyak dua kali" (HR al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad)

#Dalam hadis diatas menunjukkan bahawa dengan berbuat baik kepada haiwan, akan menghapuskan dosa, diampuni oleh Allah swt dan mendapat kasih sayang Allah swt.

♡Orang yang berbuat baik samada sesama manusia ataupun dengan binatang, maka kebaikan itu akan menghapuskan kesalahan dan dosa. Jom lakukan kebaikan!!♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Telegram

Tadabbur Kalamullah

Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim

☆Tadabbur Kalamullah 2 Syaaban 1445H☆
We recommend to visit

🔴MENGHIMPUNKAN WEBINAR/KURSUS/WACANA/BENGKEL DAN LAIN LAIN. SEMOGA DIPERMUDAHKAN. 😬👌🏻

🔴ISU SEMASA BERKAITAN PENDIDIKAN DAN NEGARA

🔴CHANNEL INI DIWUJUDKAN PADA 28 APRIL 2021

Last updated 4 weeks ago

Software (Windows & MacOs) terkini ( Untuk android/smarphone sila ke @androidappterpilih ). Software keutamaan kepada windows. MacOs atas permintaan sahaja. (Untuk linux sila ke @newbielinux)

@software_application

Dalam group ini Sir Race akan kongsikan banyak tips belajar, ebook, info biasiswa dan macam2 lagi secara PERCUMA.

Jangan share any link dalam group ini, akan diremove and ban. Pandai pandailah hidup nanti.

Last updated 5 months, 2 weeks ago