Tadabbur Kalamullah

Description
Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim
Advertising
We recommend to visit

🔴MENGHIMPUNKAN WEBINAR/KURSUS/WACANA/BENGKEL DAN LAIN LAIN. SEMOGA DIPERMUDAHKAN. 😬👌🏻

🔴ISU SEMASA BERKAITAN PENDIDIKAN DAN NEGARA

🔴CHANNEL INI DIWUJUDKAN PADA 28 APRIL 2021

Last updated 2 weeks, 1 day ago

Software (Windows & MacOs) terkini ( Untuk android/smarphone sila ke @androidappterpilih ). Software keutamaan kepada windows. MacOs atas permintaan sahaja. (Untuk linux sila ke @newbielinux)

@software_application

3 months ago

☆Tadabbur Kalamullah 18 Rabiul Awwal 1446H☆

مُّحَمَّدࣱ رَّسُولُ ٱللَّهِۚ

"Nabi Muhammad saw ialah Rasulullah" [Surah al-Fatḥ 29]

#Allah swt menciptakan Nabi Muhammad saw, Rasulullah sebagai makhluk paling mulia dan paling istimewa yang pernah diciptakan olehNya. Semestinya makhluk termulia dan teragung ini akan memiliki keistimewaan yang tersendiri. Pelbagai penulisan para ulamak yang telah dihasilkan dalam memperkatakan berkaitan kelebihan-kelebihan Nabi Muhammad saw.

#Antara keistimewaan Nabi saw ialah walaupun Rasulullah saw merupakan rasul yang terakhir diutuskan oleh Allah swt kepada manusia, namun dari sudut kenabian, baginda adalah nabi yang paling awal dinobatkan oleh Allah dengan kenabian.

#Diriwayatkan daripada Sayidina Abu Hurairah r.a, beliau telah berkata: Mereka telah berkata: "Wahai Rasulullah. Bilakah kenabian telah menjadi wajib untuk anda? Baginda telah bersabda: “(Kenabian sudah dianugerahkan kepada saya) dalam keadaan (Nabi) Adam di antara ruh dan jasad" (HR at-Tirmizi)

#Selain itu, Allah telah memuliakan Rasulullah saw dengan menjadikan baginda daripada zuriat yang mulia. Ini supaya tidak akan ada sama sekali manusia bermulut jahat yang dapat merendahkan baginda dari sudut keturunan.

#Sabda Rasulullah saw: "Sesungguhnya Allah telah memilih Kinanah daripada anak (Nabi) Ismail. Dia telah memilih Quraisy daripada [keturunan] Kinanah. Dia telah memilih daripada Quraish akan anak-anak Hasyim dan Dia telah memilihku daripada anak-anak Hasyim" (HR Muslim)

#Hebatnya Rasulullah saw yang bukan akhlak baginda sahaja yang sangat tinggi nilainya, Allah swt juga menjadikan baginda seorang yang tidak ada sebarang cacat cela dari sudut jasad dan rupa paras baginda.

#Daripada Abu Ishaq, beliau telah berkata, saya telah mendengar al-Bara' r.a berkata: Rasulullah saw adalah seindah-indah manusia dari sudut wajah dan seindah-indah mereka dari sudut tubuh badan. Baginda bukanlah seorang yang tinggi berlebihan dan baginda juga tidaklah rendah" (HR Muslim)

#Nabi saw juga dikurniakan mukjizat yang kekal. Sedangkan nabi yang lain, mukjizat mereka tidak kekal.

#Daripada Sayidina Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: "Tidak ada daripada (kalangan) para nabi seorang nabi pun melainkan baginda telah diberikan daripada tanda-tanda (kebenaran baginda) sesuatu (mukjizat) yang seperti baginda yang manusia (pada zaman baginda) telah beriman disebabkan tanda itu. Sesungguhnya hanya sanya saya telah diberi wahyu yang Allah swt mewahyukannya kepada saya. Saya mengharapkan akan menjadi yang paling banyak pengikut berbanding dengan mereka (para nabi) pada hari kiamat. (HR Ahmad)

♡Inilah kehebatan Rasulullah saw, dari aspek mana sekalipun, tidak ada sebarang cacat cela dan wajib kita beriman dengannya dan dengan risalah yang disampaikan♡

?Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Telegram

Tadabbur Kalamullah

Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim

☆Tadabbur Kalamullah 18 Rabiul Awwal 1446H☆
3 months ago

☆Tadabbur Kalamullah 17 Rabiul Awwal 1446H☆

مُّحَمَّدࣱ رَّسُولُ ٱللَّهِۚ

"Nabi Muhammad saw ialah Rasulullah" [Surah al-Fatḥ 29]

#Baginda Nabi Muhammad saw dilahirkan dalam keadaan yatim kerana bapanya Abdullah bin Abdul Mutalib meninggal dunia di Madinah ketika baginda baru dua bulan dalam kandungan ibunya, Aminah bt Wahab.

#Ketika berusia 6 tahun ibunya membawa baginda menziarahi kubur bapanya, namun ibunya sakit ketika dalam perjalanan pulang lalu meninggal dunia di Abwa’, iaitu tempat yang terletak antara Mekah dengan Madinah.

#Baginda saw menjadi yatim piatu ketika masih kecil, namun Allah swt menghadirkan manusia mulia dalam kehidupan baginda. Meskipun Rasulullah saw anak tunggal, namun baginda mempunyai ramai saudara susuan lantaran ramai orang yang menjaga dan mengasuh baginda sejak dari bayi.

#Selain Sayyidah Aminah bt Wahab, ibu susuan baginda termasuklah Suwaibah as-Aslamiyyah dan Halimah as-Saa‘diyyah. Selain itu, baginda saw pernah dijaga oleh Ummu Aiman dan saudara susuannya iaitu Syaima’. Saudara susuan baginda pula Abu Salamah, Abdullah, Hamzah (yang juga bapa saudaranya), Abdullah dan Syaima’ (anak Halimah) dan Abu Sufian (yang juga sepupu baginda).

#Menurut Imam al-Jauzi, Sayidina Hamzah bin Abdul Mutallib (bapa saudara baginda) bertemu saudara susuan bersama Rasulullah saw daripada dua cabang yang sama iaitu Suwaibah dan Halimah al-Saa‘diyyah (Lihat: Zadul Ma‘ad).

#Selepas kewafatan bondanya pada usia 6 tahun, tanggungjawab menjaga nabi saw diambil alih oleh datuknya, Abdul Muttalib. Namun selepas dua tahun dalam jagaan datuknya, Abdul Mutallib meninggal dunia sehingga baginda dijaga pula oleh bapa saudaranya iaitu Abu Talib. Allahu...

#Sejak kecil lagi baginda saw diuji dengan pelbagai peristiwa besar, untuk menjadikan jiwa baginda sentiasa kental, tabah, sabar dan menjiwai apa yang baginda lalui untuk persiapan jiwa kerana suatu hari nanti baginda akan berhadapan dengan pelbagai ujian dan dugaan dalam kehidupan.

#Peristiwa kematian orang tersayang ini juga menyebabkan Rasulullah saw hidup semasa kecilnya tanpa mendapat kasih sayang dari ibu dan jagaan serta perhatian yang sewajarnya dari bapa. Beginilah arus hikmah Ilahi yang mahukan Rasulullah saw hidup dalam keadaan yatim piatu. Hanya arahan dan jagaan Ilahi sahaja dapat menjauhkan tangan-tangan yang suka memanjanya, menjauh wang, harta kekayaan dan yang cuba memewahkan kehidupannya. Ini berlaku supaya jangan timbul di jiwanya semangat kebendaan atau gilakan pangkat.

#Jika Rasulullah saw yang dijanjikan syurga oleh Allah swt pun ditimpa pelbagai ujian di masa kanak-kanak dan pernah kehilangan enam orang anak semasa hayatnya (kecuali Fatimah r.ha) yang meninggal selepas baginda wafat. Adakah kita harus berputus asa dengan setiap ujian yang mendatang terutama bab kehilangan insan tersayang?

♡Jika kita sering berasa susah hati dengan setiap ujian yang menimpa hingga mengalami kemurungan, tahukah bahawa kekasih Allah, Rasulullah saw tidak lari diuji biarpun diri Baginda adalah kekasih Allah dan pemberi syafaat kepada kita di hari akhirat kelak. Bersabar dan bertabahlah dengan setiap ujian yang datang!!♡

?Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Telegram

Tadabbur Kalamullah

Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim

☆Tadabbur Kalamullah 17 Rabiul Awwal 1446H☆
3 months ago
Tadabbur Kalamullah
5 months, 3 weeks ago

☆Tadabbur Kalamullah 26 Zulhijjah 1445H☆

وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ 

"Juga saling nasihat-menasihati kepada kebenaran dan saling nasihat-menasihati kepada kesabaran" [Surah al-Asr 3]

#Antara nasihat yang utama untuk dilaksanakan ialah nasihat dan teguran kepada para pemimpin umat Islam. Daripada Sayidina Abu Ruqayyah bin ‘Aus al-Dari r.a, bahawa Nabi saw bersabda:

الدِينُ النَصِيحَةُ، قُلنَا: لِمَنْ؟ لِلَّهِ، وَلِكَتَابِهِ، وَلِرَسُولِهِ، وَلِأَئِمَّةِ المُسْلِمِينَ، وَعَامَّتِهِم

"Agama itu merupakan nasihat.” Kami bertanya: “Untuk siapa?” Sabda Baginda: “Bagi Allah, Kitab-Kitabnya, RasulNya, pemimpin-pemimpin orang Islam dan masyarakat semuanya" (HR Muslim)

#Berkata Sayidina Abdullah bin Mas’ud r.a yang mengungkapkan ucapan yang penuh berharga: "Orang yang berbahagia (beruntung) adalah orang yang mengambil nasihat (pelajaran) dari (peristiwa yang dialami) orang lain" (HR Muslim).

*Maka, menjadi keperluan untuk para ulamak meneliti sejarah terdahulu, bagaimana para ulamak menasihat pemimpin kerana sebaik-baik pengajaran adalah daripada sejarah.

#Hayati kisah nasihat Syaiban al-Ra’i kepada Khalifah Harun al-Rasyid:

Syaiban al-Ra’i ketika menasihati Khalifah Harun al-Rasyid berkenaan melantik dan mengambil penasihat yang benar, berkata:

"Wahai Amir al-Mukminin, andainya engkau bersahabat dengan orang yang menjadikan engkau rasa takut sehingga engkau berasa aman lebih baik daripada engkau bersahabat dengan orang yang menjadikan engkau rasa aman sehingga menyebabkan engkau mendapat ketakutan.”

Khalifah Harun al-Rasyid bertanya:"Jelaskan maksudnya untukku"

Jawab Syaiban: “Sesiapa yang berkata kepada engkau: "Engkau bertanggungjawab terhadap rakyatmu, takutlah Allah!" adalah lebih baik daripada orang yang berkata: "Kamu kaum keluarga Nabi, diampunkan dosa kamu, kamulah kerabat Nabi!" (Lihat: al-Adab al-Syar’iyyah oleh Ibn Muflih dan Hilyatul al-Awliya)

#Begitu juga kisah nasihat Ibn al-Wasiti kepada Sultan Nuruddin:

Imam Ibn Kathir meriwayatkan bahawa Sultan Nuruddin Mahmud bin Imaduddin Zanki bin Aq-Sunqur, salah seorang sultan yang sentiasa melakukan Qiamullail pada malam hari dan berpuasa pada siang hari.
Pernah beliau meminta bala tenteranya pergi ke Damsyiq dan beliau telah mengadakan pesta besar-besaran yang dihadiri oleh para gabenor, para menteri, dan para panglima, serta khalayak ramai dan penduduk Damsyiq. Selepas pesta ini selesai, salah seorang Ibn al-Wasiti, seorang ulamak besar pada ketika itu masuk dengan pakaian sederhananya, dan berdiri di hadapan sultan, lalu beliau berkata: "Wahai sultan yang agung, dengarkanlah dengan baik terhadap janji Allah, Maha Raja Langit dan bumi".

Tiba-tiba orang ramai terdiam dan berhenti berpesta, mereka menunggu apa yang akan di ucapkan syeikh besar ini. Tuan syeikh itu berbicara kepada sultan ketika ia berada di atas singgah sana kerajaannya:

"Wahai manusia yang tertipu, anggaplah dirimu, kini berada pada hari kiamat dan langit bergoncang, Jika dikatakan:'Nuruddin datang berserah diri Hati-hatilah engkau datang tanpa memiliki nur(cahaya)"

Akhirnya, Sultan Nuruddin pun menangis. 

#Nasihat yang tulus dari hati yang bertakwa dan takutkan Allah amat memberi kesan kepada para pemimpin.

♡Nasihati dan teguran kepada pemerintah adalah tuntutan dan tanggungjawab para ulamak dan para penasihatnya. Moga ada sinar kebaikan atas nasihat menasihati yang dilakukan dengan tulus ikhlas♡

?Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Telegram

Tadabbur Kalamullah

Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim

☆Tadabbur Kalamullah 26 Zulhijjah 1445H☆
5 months, 3 weeks ago

☆Tadabbur Kalamullah 25 Zulhijjah 1445H☆

وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ 

"Juga saling nasihat-menasihati kepada kebenaran dan saling nasihat-menasihati  kepada kesabaran" [Surah al-Asr 3]

#Maksud saling berpesan dengan kebenaran ialah: Mereka saling menasihati untuk mengerjakan amalan, sebagaimana diturunkan oleh Allah di dalam KitabNya, iaitu yang diperintahkanNya dan menjauhi apa yang dilarangNya. Manakala maksud saling berpesan dengan kesabaran pula ialah: Mereka saling menasihati untuk menetapi kesabaran dalam melaksanakan ketaatan terhadap Allah. (Lihat:Tafsir at-Tabari danTafsir al-Qurtubi)

#Antara manusia yang perlu didakwah, ditegur dan dinasihati ialah para pemimpin. Perkara yang perlu difahami bahawa redha dengan kesalahan dan kezaliman pemerintah adalah satu dosa.

#Daripada Sayidatina Ummu Salamah Hindun binti Abi Umayyah r.ha, Rasulullah saw bersabda:

ستكونُ أمراءُ. فتعرفونَ وتُنْكرونَ. فمن عَرِف بَرِئ. ومن نَكِرَ سَلِمَ . ولكن من رَضِي وتابعَ قالوا: أفلا نقاتلهُم؟ قال: لا. ما صلوا

"Akan ada para pemimpin kelak. Kamu semua mengenal mereka dan menolak perbuatan mereka. Siapa yang membenci kekeliruannya, maka ia terlepas dari dosa. Siapa yang menolaknya, maka ia selamat. Namun yang redha dan mengikutinya, itulah yang tidak selamat". Para sahabat bertanya: "Apakah kita perangi sahaja pemimpin seperti itu?" . Nabi menjawab: "Jangan, selama mereka masih solat" (HR Muslim)

#Justeru, menjadi kewajipan untuk para ulamak menegur mana-mana pemimpin yang dilihat melakukan kemungkaran atau ketidakadilan dalam pemerintahannya. Kaedah yang paling tepat untuk menegur pemimpin adalah menasihatinya. Jika nasihat dan teguran telah disampaikan, namun tidak ada perubahan maka sudah terlepas tanggungjawab para ulamak.

#Berkata Imam Sufyan at-Thauri:

لَا يَأْمُرُ السُّلْطَانَ بِالْمَعْرُوفِ إِلا رَجُلٌ عَالِمٌ بِمَا يَأْمُرُ وَيَنْهَى، رَفِيقٌ بِمَا يَأْمُرُ وَيَنْهَى، عَدْلٌ

"Tidak selayaknya mengajak pemimpin kepada yang ma’ruf melainkan dia seorang yang ‘alim (berilmu) dengan apa yang diperintahkan dan dilarang, berlemah-lembut dengan apa yang diperintahkan dan dilarang, serta bersikap adil (dalam menyampaikan)" (Lihat: Syarh al-Sunnah, Al-Baghawi)

#Kepentingan nasihat kepada pemimpin adalah agar lahir pemimpin yang bertakwa yang takutkan Allah swt serta sangat bertanggungjawab. Pemimpin yang bertakwa pasti akan menolong rakyatnya yang berada dalam kesusahan. Bermula suatu kehancuran kepada sesebuah pemerintahan apabila pemimpin mula lalai dengan tanggungjawabnya dan rakyat sudah mula ingin memberontak. Sabda Nabi saw:

مَا مِنْ عَبْدٍ يَسْتَرْعِيهِ اللهُ رَعِيَّةً يَمُوتُ يَوْمَ يَمُوتُ وَهُوَ غَاشٌّ لِرَعِيَّتِهِ إِلاَّ حَرَّمَ اللهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ

"Tiada dikalangan hamba yang diberikan kepimpinan untuk memimpin rakyatnya dan dia mati dalam keadaan menipu rakyatnya di bawah pimpinannya, melainkan Allah mengharamkan ke atasnya syurga" (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Tanggungjawab ulamak yang lebih besar ialah melaksanakan tanggungjawab nasihatuntuk para pemimpin dan menyeru mereka supaya berhukum dengan kitab Allah dan sunnah RasulNya. Sesungguhnya Allah akan menghisab mereka sekiranya mereka cuai melaksanakan tanggungjawab ini. Rasulullah saw pernah bersabda:

إِنَّ أَفْضَلَ الْجِهَادِ كَلِمَةُ حَقٍّ عِنْدَ سُلْطَانٍ جَائِرٍ

“Sesungguhnya jihad yang paling afdhal ialah menyatakan kebenaran di hadapan pemimpin yang zalim" (HR Ahmad)

#Pastikan ada ulamak yang sentiasa menasihati para pemerintah dengan ikhlas dan penuh keinsafan.

لاَ تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي؛ يُقَاتِلُوْنَ عَلَى الْحَقِّ، ظَاهِرِيْنَ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ

“Akan sentiasa ada sekelompok daripada umatku yang akan berjuang membela kebenaran. Mereka ini akan sentiasa ada sehingga hari Kiamat" (HR Muslim)

♡Para ulamak perlu sentiasa menasihati pemimpin dan menyatakan pandangan dengan jujur tanpa sebarang kepentingan dan ketakutan kepada makhluk♡

?Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Telegram

Tadabbur Kalamullah

Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim

☆Tadabbur Kalamullah 25 Zulhijjah 1445H☆
5 months, 3 weeks ago

☆Tadabbur Kalamullah 24 Zulhijjah 1445H☆

قَالَ اجْعَلْنِي عَلَىٰ خَزَائِنِ الْأَرْضِ ۖ إِنِّي حَفِيظٌ عَلِيمٌ

Yusuf berkata: "Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir); sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya" [Surah Yusuf 55]

#Sambung lagi bicara tentang isu berkaitan keghairahan untuk memegang jawatan dan kuasa.

#Jika dilihat kepada sejarah salafussoleh yang terdahulu, jawatan bukanlah sesuatu yang paling penting bagi mereka. Lihatlah kepada sejarah pedang Allah (saifullah) iaitu Sayidina Khalid al-Walid r.a yang dinaikkan pangkat menjadi panglima perang pada zaman Khalifah Abu Bakar as-Siddiq r.a. Beliau terlibat dan memimpin banyak peperangan pada zaman Khalifah Abu Bakar seperti perang memerangi Musailamah al-Kazzab, peperangan Yarmuk, perang memerangi Rom Timur (Byzantine) dan empayar Parsi, dan berjaya menawan Iraq serta berjaya dalam siri-siri peperangan di Syam.

#Setelah Sayidina Umar r.a dilantik menjadi Khalifah, beliau memecat Sayidina Khalid al-Walid dari jawatan tersebut dan menggantikannya dengan Sayidina Abu ‘Ubaidah r.a. Namun, Sayidina Khalid al-Walid tetap berjuang seperti biasa walaupun sebagai seorang tentera biasa, malah tetap taat dan patuh kepada arahan Sayidina Abu ‘Ubaidah r.a sebagai panglima perang baharu dan arahan Khalifah Umar bin al-Khattab.

#Di zaman kini, berlaku kepelikan apabila manusia yang jahil, penipu dan tidak layak untuk memegang jawatan tetapi mereka berusaha bermati-matian untuk mendapat kuasa dan jawatan sehingga sampai sanggup berbohong, berbalah, bertengkar, bergaduh dan berbunuhan.

#Diingatkan, agar jangan sesekali memberi jawatan atau kuasa kepada orang yang gila kuasa. Hal ini kerana kecintaan mereka terhadap kuasa akan mengaburi mereka dari kebaikan. Adalah dibimbangi kepentingan diri sendiri lebih mereka utamakan dari kesusahan rakyat. Amat sukar mencari pemimpin yang bangkit mengutamakan rakyat dari diri sendiri dizaman kini.

#Al-Imam Abu Ayyub al-Sakhtiyani berpesan bahawa mereka yang cintakan kemasyhuran dan kepimpinan adalah mereka yang sukar dipercayai. Kata beliau:

ما صدق عبد قط فأحب الشهرة

"Tiada yang benar langsung buat si hamba yang mencintai kemasyhuran".

#Berkata juga Imam Fudail ibn Iyyad memberi pesanan:

ما من أحد أحب الرئاسة إلا حسد وبغى، وتتبع عيوب الناس، وكره أن يُذكر أحد بخير

"Tidak ada seorang lelaki yang gilakan kuasa kepimpinan melainkan dia akan terjebak dengan hasad dan kejahatan, suka mencari keaiban manusia dan dia benci untuk menyebut kebaikan orang lain".

#Usah dilantik atau diberikan kuasa kepada mereka yang gila kuasa sehingga sampai meminta-minta walaupun dirinya tidak mampu dan tidak berbakat.

#Diriwayatkan dua orang lelaki pernah bertemu Rasulullah saw lalu meminta daripada Baginda supaya diberikan kuasa sebagai pemimpin. Rasulullah saw menegur mereka dengan berkata:

إِنَّا لاَ نُوَلِّي هَذَا مَنْ سَأَلَهُ، وَلاَ مَنْ حَرَصَ عَلَيْهِ

"Kami tidak memberikan urusan kepimpinan ini kepada siapa yang memintanya, kami juga tidak berikan kepimpinan buat mereka yang terlalu bersungguh mendapatkannya" (HR al-Bukhari)

♡Sifat gilakan kuasa menyebabkan seseorang akan menjadi hasad dengki, pentingkan diri, kejam bahkan suka mencari keaiban manusia lain. Jadilah pemimpin yang baik, bertaqwa dan adil. Moga sentiasa dibimbing dengan petunjuk Allah swt. Aamiiin♡

?Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Telegram

Tadabbur Kalamullah

Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim

☆Tadabbur Kalamullah 24 Zulhijjah 1445H☆
8 months ago

SEDEKAH JUMAAT: INFAQ PEMBANGUNAN INSTITUT TAHFIZ TURATH AL-BANNA (ITTAB), KG PULAU RAYA, KUALA KRAU, PAHANG

Klik dan sumbang:
https://toyyibpay.com/PEMBANGUNAN-INSTITUT-ALBANNA

Assalamualaikum wbt para penyumbang budiman....

Alhamdulillah, beberapa tahun sebelum ini, Geng Talaqqi pernah membuat kutipan membantu pembangunan Kompleks Pendidikan Sekolah Rendah Islam (Seri) Tahfiz al-Banna di Jalan Besar Jengka-Jerantut Jengka 11 dan Pembangunan Pondok Moden Tahfiz al-Banna (PMTAB) di Kg Pulau Raya, Kuala Krau Pahang.

Alhamdulillah fasa pembangunan tersebut telah pun selesai dan pengajian berjalan dengan jayanya. Selamat mengaut keuntungan pahala lumayan hasil sumbangan para penyumbang sekelian.

Saat ini fasa pembangunan terbaru yang sedang berjalan ialah kerja-kerja meratakan tanah, membina tapak, membina longkang dan pembinaan rumah guru/staf.

DIPERLUKAN RM35 RIBU UNTUK KERJA-KERJA AWAL MERATAKAN TANAH, MEMBINA TAPAK DAN MEMBUAT LONGKANG DALAM KAWASAN TAHFIZ.

Dengan ini, Geng Talaqqi membuka infaq/wakaf untuk kerja-kerja pembangunan fasa baru ini agar menjadi wakaf yang berpanjangan pahalanya untuk semua penyumbang.

Semoga ??????? ???? ?????? ???? ?????????? serta berpanjangan pahalanya ???????? hingga ribuan ????? ?????? ???? ????? ???????? ?????? ke ???? ??????! Aamiiin.
___
Kepada yang berhajat untuk infaq/wakaf, SUMBANGAN ANDA BOLEH DISALURKAN KE AKAUN TOYYIB PAY:

https://toyyibpay.com/PEMBANGUNAN-INSTITUT-ALBANNA

Atau terus ke akaun:

Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
Maybank_5629_9101_9074
Cimb_8604_7707_81
Remark: Pembangunan Institut al-Banna

SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:

?Ust Naim: http://www.wasap.my/60196023803/PembangunanInstitutAlBanna

?Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/PembangunanInstitutAlBanna

?Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/PembangunanInstitutAlBanna

?Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/PembangunanInstitutAlBanna

ANDA HULUR, KAMI SALUR

toyyibPay

Pertubuhan Kebajikan Ilmu Dan Amal Selangor | PEMBANGUNAN INSTITUT ALBANNA

*SEDEKAH JUMAAT: INFAQ PEMBANGUNAN INSTITUT TAHFIZ TURATH AL-BANNA (ITTAB), KG PULAU RAYA, KUALA KRAU, PAHANG*
8 months ago

☆Tadabbur Kalamullah 16 Syawal 1445H☆

وَجَاۤءَتۡ سَكۡرَةُ ٱلۡمَوۡتِ بِٱلۡحَقِّۖ ذَ ٰ⁠لِكَ مَا كُنتَ مِنۡهُ تَحِیدُ

"Dan (apabila sampai ajal seseorang) datanglah "Sakaratulmaut" membawa kebenaran (yang telah dijanjikan, serta dikatakan kepada yang mengingkarinya sebelum itu): "Inilah perkara yang engkau selalu mengelak diri daripadanya!" [Surah Qāf 19]

#Semua kita tahu bahawa kematian itu pasti. Cuma penerimaan apabila berlaku kematian terutama pada ahli keluarga terdekat dan tersayang agak berbeza.

#Ada yang redha, tenang dan menerima segala ketentuan Ilahi tanpa sebarang rintihan dan rungutan. Ada juga yang sebaliknya, tidak redha dan tidak dapat menerima takdir Ilahi.

#Setiap daripada kita pernah menghadapi situasi kehilangan insan tersayang dalam kehidupan. Keadaan itu adalah suatu ketentuan yang tidak dapat dijangkakan. Kehilangan insan tersayang ada kalanya membuatkan seseorang itu hilang tempat bergantung dan menyandarkan pengharapan pada saat diperlukan. Kehilangan orang tersayang juga boleh menjadikan dunia tiba-tiba bagai kelam dan perasaan diselubungi kesedihan. Itulah naluri fitrah manusia. Sedih atas kematian dan kehilangan orang terdekat.

#Sayidina Anas bin Malik r.a menceritakan bahawa ketika anakanda Rasulullah saw yang bernama Ibrahim meninggal dunia, berlinanganlah kedua-dua mata baginda saw, lantas Sayidina Abdur Rahman bin Auf r.a berkata: "Kamu juga menangis wahai Rasulullah?'' Maka jawab Rasulullah saw: "Wahai anak lelaki Auf, sesungguhnya ia (tangisan) itu adalah suatu rahmat" (HRal-Bukhari)

#Islam meraikan emosi manusia namun ditegah apabila berlebihan hingga meratap, meraung dan tidak redha atas takdir tersebut.

#Walaupun sesuatu kehilangan itu amat berat untuk diterima, namun kehidupan perlu diteruskan demi kelangsungan sebuah perjuangan. Sayidina Abu Bakar al-Siddiq r.a sewaktu menghadapi kewafatan Rasulullah saw, menyampaikan ucapan, katanya:

"Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya sesiapa yang menyembah Muhammad, sebenarnya Muhammad sudah mati; dan sesiapa yang menyembah Allah, sebenarnya Allah itu Maha Hidup tidak mati sekali-kali. Seterusnya beliau membaca firman Allah swt dalam Surah Aali Imran ayat 144:

وَمَا مُحَمَّدٌ إِلَّا رَسُولࣱ قَدۡ خَلَتۡ مِن قَبۡلِهِ ٱلرُّسُلُۚ أَفَإِی۟ن مَّاتَ أَوۡ قُتِلَ ٱنقَلَبۡتُمۡ عَلَىٰۤ أَعۡقَـٰبِكُمۡۚ وَمَن یَنقَلِبۡ عَلَىٰ عَقِبَیۡهِ فَلَن یَضُرَّ ٱللَّهَ شَیۡـࣰٔاۗ وَسَیَجۡزِی ٱللَّهُ ٱلشَّـٰكِرِینَ

"Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu)" [Surah Āali-ʿImrān 144]

#Ini menunjukkan bahawa kekuatan jiwa perlu dibangunkan dengan menyerahkan kebergantungan yang tinggi kepada Allah, menjauhkan diri daripada perkara dilarang, membina sifat positif dalam menghadapi musibah iaitu sabar, redha, bersangka baik dengan Allah, berdoa memohon kekuatan dan ketabahan serta pergantian yang lebih baik.

♡Banyakkan berdoa agar dikurniakan ketabahan hati dan doakan agar simati bahagia di alam barzakh♡

?Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Telegram

Tadabbur Kalamullah

Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim

☆Tadabbur Kalamullah 16 Syawal 1445H☆
8 months ago

☆Tadabbur Kalamullah 15 Syawal 1445H☆

وَجَاۤءَتۡ سَكۡرَةُ ٱلۡمَوۡتِ بِٱلۡحَقِّۖ ذَ ٰ⁠لِكَ مَا كُنتَ مِنۡهُ تَحِیدُ

"Dan (apabila sampai ajal seseorang) datanglah "Sakaratulmaut" membawa kebenaran (yang telah dijanjikan, serta dikatakan kepada yang mengingkarinya sebelum itu): "Inilah perkara yang engkau selalu mengelak diri daripadanya!" [Surah Qāf 19]

#Jika ada orang yang tidak mempercayai kematian, maka dia pasti tetap akan mati juga. Inilah kebenaran yang disampaikan Allah swt kepada kita semua. Tidak ada yang dapat lari atau mengelakkan diri daripada maut.

وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلࣱۖ فَإِذَا جَاۤءَ أَجَلُهُمۡ لَا یَسۡتَأۡخِرُونَ سَاعَةࣰ وَلَا یَسۡتَقۡدِمُونَ

"Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan" [Surah al-Aʿrāf 34]

#Oleh itu, sebagai muslim kita mestilah sentiasa perlu bersiap sedia untuk menghadapi kematian dengan persiapan amalan yang terbaik dan mencukupi disamping memastikan sempat bertaubat sebelum bertemu kematian dan mati dalam keadaan Islam.

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ ٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِۦ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسۡلِمُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam" [Surah Āli ʿImrān 102]

#Pastikan diri kita pulang mengadap Allah swt dalam keadaan bersih daripada dosa. Maka kita perlu keazaman untuk bertaubat dan bertekad untuk menjadi hamba yang baik sebelum ajal menjemput.

#Rasulullah saw bersabda: "Sesiapa yang bertaubat kepada Allah sebelum datangnya saat Al-Ghargharah, maka Allah akan menerima taubatnya" (HR al-Hakim)

#Berkata Salafussoleh, keampunan dan kebaikan hadir dengan keazaman dan kesungguhan untuk berubah.

قال أبو حَازِمٍ: عِنْدَ تَصْحِيحِ الضَّمَائِرِ تُغْفَرُ الْكَبَائِرُ، وَإِذَا عَزَمَ الْعَبْدُ عَلَى تَرْكِ الْآثَامِ أَتَتْهُ الْفُتُوحُ

"Telah berkata Abu Hazim: Ketika mana dia (seseorang) itu (mula) memperbaiki akhlaknya maka akan diampunkan dosa-dosa besarnya. Ketika mana dia mula bertekad untuk meninggalkan maksiat ketika itu akan dibuka pintu-pintu kebaikan baginya". (Lihat: Kitab al-Ikhlas wa al-Niat oleh Ibnu Abi Dunya)

#Firman Allah swt:

إِنَّ ٱللَّهَ لَا یُغَیِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ یُغَیِّرُوا۟ مَا بِأَنفُسِهِمۡۗ

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri" [Surah ar-Raʿd 11]

♡Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul khatimah dan janganlah engkau akhiri hidup kami dengan su'ul khatimah. Aamiiin♡

?Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Telegram

Tadabbur Kalamullah

Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim

☆Tadabbur Kalamullah 15 Syawal 1445H☆
8 months ago

☆Tadabbur Kalamullah 10 Syawal 1445H☆

وَجَاۤءَتۡ سَكۡرَةُ ٱلۡمَوۡتِ بِٱلۡحَقِّۖ ذَ ٰ⁠لِكَ مَا كُنتَ مِنۡهُ تَحِیدُ

"Dan (apabila sampai ajal seseorang) datanglah "Sakaratulmaut" membawa kebenaran (yang telah dijanjikan, serta dikatakan kepada yang mengingkarinya sebelum itu): "Inilah perkara yang engkau selalu mengelak diri daripadanya!" [Surah Qāf 19]

#Manusia tidak boleh lari daripada kematian. Masa, tempat, keadaan dan suasana kematian telah ditentukan dan hanya menunggu tanpa diketahui. Larilah ke mana sekalipun, seseorang itu pasti bertemu kematian.

#Allah swt telah menetapkan ajal seseorang sejak azali lagi. Apabila sampai ajalnya, ia tidak akan dipercepatkan atau dilewatkan walaupun sesaat. Malaikat Izrail yang ditugaskan mencabut nyawa akan menjalankan tugasnya tanpa mengira masa, tempat dan keadaan seseorang samada bersedia atau tidak.

#Berkata Imam al-Ghazali rahimahullah: "Kematian itu datang tanpa meminta izin, tanpa mengetuk pintu sebelum memasukinya. Ia datang secara tiba-tiba dan amat mengejutkan".

#Oleh itu, kita perlu siapkan bekal yang terbaik untuk menghadapi kematian dan kehidupan selepasnya.

#Apabila Sayidina Uthman bin Affan r.a berdiri di perkuburan,  beliau menangis sehingga basah janggutnya. Lalu ada yang bertanya kepadanya, kenapa ketika di sebut syurga kamu tidak menangis kerinduan, ketika disebut neraka kamu tidak menangis ketakutan, tetapi kamu menangis pula kerana takutkan kubur. Beliau menjawab: "Sesungguhnya Rasulullah saw telah bersabda: "Sesungguhnya kubur itu ialah fasa pertama dari fasa-fasa akhirat. Sekiranya seseorang selamat dari (keburukan) di kubur, maka keadaan selepasnya akan lebih mudah. Sekiranya dia tidak selamat, maka keadaan selepasnya lebih dahsyat"  (HR at-Tirmizi)

#Antara tanda kematian yang diredhai ialah penutup usia kehidupan dalam keadaan baik. Pengakhiran yang baik merupakan anugerah terindah yang diberikan oleh Allah swt kepada hamba-hambaNya yang ikhlas dalam beramal.

#Maka, istiqamahlah dalam beramal agar mati dalam keadaan melakukan kebaikan dan amal soleh.

#Terdapat 3 sifat para nabi dan orang soleh yang boleh kita contohi agar mati dalam keadaan baik dan dihimpunkan di akhirat bersama-sama mereka.

عن الفضيل بن عياض قال: كان يقال: من أخلاق الأنبياء، والأصفياء الأخيار، الطاهرة قلوبهم: خلائق ثلاثة: الحلم، والأناة، وحظ من قيام الليل

Berkata Fudhail bin Iyadh: Diantara sifat para nabi, orang soleh yang dipilih Allah serta mereka yang suci hatinya ada tiga ciri iaitu:
1. Besar jiwanya
2. Besar kesabarannya serta
3. Bersungguh menghidupkan malam harinya dengan ibadah. (Lihat: Hilyatul Auliya`)

#Dengan besarnya cita-cita menjadikan seseorang itu teguh melakukan amal soleh, dengan kesabaran menjadikan seseorang itu tetap istiqamah dalam beramal dan dengan qiamullail ianya menjadi bekalan dalam beroleh kematian yang mulia.

♡Siapkan bekal yang terbaik dan mencukupi untuk menghadapi kematian yang sedang menanti♡

?Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Telegram

Tadabbur Kalamullah

Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim

☆Tadabbur Kalamullah 10 Syawal 1445H☆
We recommend to visit

🔴MENGHIMPUNKAN WEBINAR/KURSUS/WACANA/BENGKEL DAN LAIN LAIN. SEMOGA DIPERMUDAHKAN. 😬👌🏻

🔴ISU SEMASA BERKAITAN PENDIDIKAN DAN NEGARA

🔴CHANNEL INI DIWUJUDKAN PADA 28 APRIL 2021

Last updated 2 weeks, 1 day ago

Software (Windows & MacOs) terkini ( Untuk android/smarphone sila ke @androidappterpilih ). Software keutamaan kepada windows. MacOs atas permintaan sahaja. (Untuk linux sila ke @newbielinux)

@software_application