Ustaz Shuhaib Ar-rumy Selamat

Description
Perkongsian mengenai kehidupan dunia dan akhirat
Advertising
We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 1 day, 13 hours ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 2 weeks, 2 days ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 1 month, 2 weeks ago

hace 1 año, 7 meses

Apa yang berlaku dalam kehidupan harian kita sekarang adalah hasil (natij) daripada cara fikir yang lalu.

Cara fikir kita pada waktu sekarang pula akan membentuk masa depan kita yang akan datang.

Kerana itu, anjakan cara fikir perlu sentiasa disegarkan dari masa ke semasa supaya tindakan yang kita ambil adalah berdasarkan cara fikir yang betul dan tepat.
Islam memperbetulkan cara fikir/tasawwur seorang muslim terhadap kehidupan. Tema-tema Al-Quran pada fasa awal penurunan wahyu adalah untuk memperkukukhan pegangan akidah dan memahami hakikat dan tujuan penciptaan manusia. Ia juga memberikan gambaran yang sebenar kepada manusia bahawa kehidupan yang kekal abadi adalah akhirat.

Justeru itu, perubahan yang dibawa oleh dakwah Rasulullah SAW adalah perubahan yang bersifat dasar dan menyeluruh. Sebagai contoh teguran wahyu terhadap sikap peniaga ketika itu yang tidak jujur dalam timbangan.

Meskipun pada sudut pandang dan kira-kira duniawi apa yang dilkakukannya itu mendatangkan keuntungan, tetapi Al-Quran memperbetulkan cara pandang yang salah tersebut. Keuntungan yang diperoleh daripada kezaliman terhadap orang lain akan mendatangkan azab dan siksa di akhirat.

Inilah yang dilakukan secara berterusan dan berfasa oleh risalah Islam sepanjang 23 tahun tempoh dakwah Rasulullah SAW. Meletakkan kerangka fikir yang betul sebagai seorang muslim yang menyerah diri sepenuhnya kepada syariat yang bersumberkan wahyu dan sunnah Rasulullah SAW.

Maka lahirlah generasi keemasan Islam yang membawa Islam kepada kedudukannya yang gemilang di persada dunia. Generasi kemenangan yang membuka kota-kota besar tamadun di Timur dan Barat. Generasi yang menghasilkan sumbangan besar kepada peradaban kemanusiaan dalam segala bentuk ilmu dan pengkhususan.

Sudah pasti dan penuh yakin, usaha membangunkan semula peradaban Islam di masa akan datang bermula dengan usaha memperbetulkan semula kerangka fikir ummah masakini. Itulah usaha dakwah kita kepada masyarakat supaya mereka dapat membentuk cara fikir berdasarkan Islam dan seterusnya menghasilkan perubahan besar dalam cara membuat suatu keputusan dalam hidup. Dakwah ini perlu konsisten, mengakar umbi dan bernafas panjang.

hace 3 años, 1 mes

[https://t.me/ustazshuhaibarrumy]

Allah SWT memerintahkan orang-orang beriman untuk mengingati Allah SWT dengan sebanyak-banyaknya.

Hanya dengan zikrullah akan membawa ketenangan kepada hati dan jiwa manusia.

Tabiat jiwa manusia itu sentiasa berbolak-balik. Jiwa yang tenang akan membantu diri untuk istiqamah dalam kebaikan dan dakwah.

Jiwa yang mati dan jauh daripada zikrullah sentiasa dalam kerungsingan yang tiada henti. Dirinya susah untuk melakukan amalan soleh kerana tiadanya semangat dan kehendak.

SEGALA hiburan dan kesibukan dunia akhirnya adalah untuk menghentikan jiwa ini daripada zikrullah. Lalu manusia itu bertukar umpama menjadi mayat yang berjalan.

Di Akhirat nanti tiada gunanya segala kemewahan harta dan kebanggaan nasab keturunan, hanya mereka yang jiwanya sejahtera (qalbun salim) akan selamat apabila bertemu dengan Allah SWT.

hace 3 años, 3 meses

Ukhuwah Islamiah merupakan ciri-ciri keimanan yang menjadi tiang kekuatan bagi pembinaan semula peradaban Islam.
Islam datang menghubungkan manusia dengan ikatan aqidah. Ikatan yang ada padanya hak dan tuntutan amali. Antaranya adalah memberi salam, memenuhi jemputan, memberi nasihat apabila diminta, menziarahi ketika sakit, menghantar jenazahnya ketika dia meninggal dunia.

Kemuncaknya adalah tuntutan untuk wala' (kesetiaannya kepada orang beriman) dan bara' (berlepas diri daripada bersekutu dengan orang kafir) dalam semua aspek kehidupan.

Amali dan praktis ukhuwah Islamiah secara bersungguh dalam kalangan masyarakat Islam akan melahirkan sebuah masyarakat yang saling berkasih sayang kerana Allah SWT.

Islam juga melarang secara tegas perkara-perkara yang merosakkan ukhuwah Islamiah. Islam melarang bersangka buruk, mengumpat, mengadu domba, menghina, menyebarkan berita palsu, dengki dan lain-lain.

Ini adalah asas-asas utama kepada pembinaan sebuah masyarakat Islam unggul.

Kerana itu, cabaran membina masyarakat yang diasaskan kepada ukhuwah Islamiah telah dilalui sendiri oleh Rasulullah SAW. Sentimen kabilah yang kuat dalam kalangan bangsa arab, sifat suka berperang, penindasan yang kuat terhadap yang lemah adalah antara halangan utama yang perlu ditangani oleh Baginda SAW.

Proses yang sama juga mesti dilakukan oleh masyarakat Islam di Malaysia bagi menerbitkan semula nilai ukhuwah Islamiah. Perpecahan dalam kalangan umat Islam hanya mendatangkan mudarat kepada agenda Islam.

Perubahan ini mesti berlaku di akar umbi masyarakat dengan menyuburkan semula nilai-nilai murni yang sudah pun menjadi amalan tradisi masyarakat Melayu. Usaha dakwah yang tersusun, berterusan akan membuahkan hasilnya. Allah tidak akan mensia-siakan ganjaran bagi hambaNya yang berbuat kebaikan.

Sebagaimana masyarakat Islam Madinah berjaya disatukan meskipun mempunyai latarbelakang sejarah yang gelap di zaman Jahiliyah, pasti masyarakat Melayu Islam di Malaysia boleh bersatu padu dengan agenda perjuangan Islam demi membina sebuah negara yang kuat dan berpengaruh di persada dunia.

hace 3 años, 6 meses

Ke mana masa muda kita dihabiskan?

Masa berlalu hari demi hari tanpa disedari ianya menghampirkan kita kepada usia senja. Dahulunya seorang anak kecil, kini dirinya sudah mula dewasa. Dahulunya dia bergantung kepada orang lain, tapi kini dirinya boleh berdikari sendiri. Dulunya dia meminta duit belanja, kini sudah ada pendapatan sendiri.

Itulah beberapa perubahan yang berlaku dalam tempoh menjadi dewasa. Perubahan fizikal lebih zahir daripada perubahan cara fikir.

Jika fizikalnya muda bertenaga tapi cara fikirnya tidak berubah menjadi matang dalam membuat keputusan dalam kehidupan, hakikatnya dia masih belum cukup dewasa.

Inilah perkara yang sering memerangkap anak-anak muda. Dirinya berada di antara 2 fasa kehidupan; antara kanak-kanak dan dewasa yang matang. Di sinilah tempoh emas yang amat berharga untuk betul-betul membentuk segala sikap positif, potensi dan kemampuan diri untuk dirinya menyumbang kepada pembangunan ummah.

Demikian pujian Allah SWT kepada kumpulan muda -fityah- yang berpegang teguh kepada tauhid di
kala kuasa peradaban ketika itu adalah syirik. Maka, Allah SWT menambahkan hidayah kepada mereka menjadi kelompok pewaris kepada perjuangan risalah wahyu.

Rahsia kebangkitan sesebuah peradaban adalah pada anak muda sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna. Di manakah kumpulah fityah ini? Di manakah anak muda yang bersemangat untuk mempertahankan akidah Islam yang kini diancam dari segenap sudut?

Mereka perlu dikumpulkan, tenaga dan usia muda ini jangan disia-siakan dalam perkara kerehatan yang melalaikan. Jiwa mereka perlu disucikan dengan ibadah hati yang kuat hubungannya dengan Allah SWT sebagaimana kisah seorang anak tabi'in yang mengadu kepada ayahnya kenapa tidak mengejutkannya untuk solat malam, lalu ayahnya menjawab: Annakku kau masih kecil, tidurlah. Lalu dia bertanya semula kepada ayahnya: Ayahku, bolehkah ayah selamatkan saya nanti daripada api neraka di akhirat? Itulah dialog generasi keemasan ummah.

Generasi muda mesti dipupuk untuk ghairah dan tamak merebut peluang dakwah. Sesuatu kejayaan tidak datang bergolek tanpa usaha yang ikhlas dan konsisten. Itulah kisah Imam Hasan Al-Banna yang mengasaskan dakwah Ikhwan Muslimin seawal usia 22 tahun. Sejak itu dia tidak pernah tidur nyenyak sehingga dakwah yang mulia ini berkembang pesat hampir ke seluruh pelusuk dunia. Musim cuti persekolahan dihabiskan dengan pelbagai aktiviti dakwah ke pedalaman bumi Mesir. Moga Allah merahmatinya.

Anak-anak muda adalah masa hadapan Islam dan perjuangannya.

We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 1 day, 13 hours ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 2 weeks, 2 days ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 1 month, 2 weeks ago