Bu bazamizda 2-sinfga oid fayllarni topishingiz mumkin
Last updated 1 month, 1 week ago
~ أهلاً بكم في شبكة ألبرت التعليمية ?.
~ Student in petroleum engineering ??♂️?️
• نقدم لكم جميع الاخبار الدراسية ، والملازم ?
• التواصل أي سؤال : @sadi_0bot ?
Last updated 3 months, 3 weeks ago
Last updated 2 months, 3 weeks ago
Nabi Ibrahim dilihat kerap berdialog dengan anak Baginda. Dalam perintah korban, Nabi Ibrahim bertanya pandangan anaknya Nabi Ismail.
Ketika perintah korban diturunkan, Nabi Ibrahim tetap memulakan perbincangan bersama anaknya sekalipun perintah itu pada hakikatnya merupakan arahan dari Allah.
Begitulah seorang ayah, perlu banyak berbicara dan berbincang dengan anaknya. Masa bersembang dengan anak perlu lebih banyak dari masa melihat telefon.
Semoga Allah membimbing kita.
Hari Jumaat bulan Rejab, banyakkan amal soleh seperti selawat, baca al-Quran, buat baik dengan orang dan sebagainya.
Rasulullah mendidik umatnya agar tidak kedekut dengan harta dunia. Bahkan baginda amat yakin bahawa tidak akan berkurang harta orang yang bersedekah.
Kita semua akan mati. Dan berita-berita kematian yang datang kepada kita seakan satu mesej peringatan buat kita.
Dalam Surah al-Talaq, Allah mengingatkan kita bahawa mereka yang bertaqwa akan dikurniakan rezeki daripada Allah dalam keadaan yang tidak disangka-sangka.
هُنَّ لِبَاسٌ لَّكُمْ وَأَنتُمْ لِبَاسٌ لَّهُنَّ
“Isteri-isteri kamu itu adalah seumpama pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka.” (Surah al-Baqarah: 187)
جعل اللباس كناية عن الزوج لكونه ستراً لنفسه ولزوجه أن يظهر منهما سوء
“Dijadikan pakaian itu sebagai satu perumpamaan di dalam al-Quran bagi seorang suami adalah kerana suami akan menjadi pelindung buat dirinya dan isterinya daripada terdedahnya keburukan mereka berdua.”
Ini adalah sebuah pengajaran yang penting dalam era dunia hari ini di mana ada pasangan yang saling mendedahkan aib sesama mereka. Mereka mungkin sekadar berniat untuk bergurau, namun ia dibimbangi mendedahkan keburukan pasangan tanpa disedari.
Malah dalam sebuah hadis, Rasulullah mencela lelaki yang mendedahkan rahsia sulit pasangan mereka. Sabda Rasulullah:
إِنَّ مِنْ أَشَرِّ النَّاسِ عِنْدَ اللَّهِ مَنْزِلَةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ الرَّجُلَ يُفْضِي إِلَى امْرَأَتِهِ وَتُفْضِي إِلَيْهِ ثُمَّ يَنْشُرُ سِرَّهَا
“Sesungguhnya di antara seburuk-buruk manusia di sisi Allah pada hari kiamat ialah seorang lelaki yang bersama dengan isterinya dan isterinya bersama dengannya (melakukan hubungan intim), kemudian dia mendedahkan rahsia isterinya.” (HR Muslim)
Semoga Allah membimbing kita.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Bu bazamizda 2-sinfga oid fayllarni topishingiz mumkin
Last updated 1 month, 1 week ago
~ أهلاً بكم في شبكة ألبرت التعليمية ?.
~ Student in petroleum engineering ??♂️?️
• نقدم لكم جميع الاخبار الدراسية ، والملازم ?
• التواصل أي سؤال : @sadi_0bot ?
Last updated 3 months, 3 weeks ago
Last updated 2 months, 3 weeks ago