Pemburu yang diburu.
Last updated 1 day, 13 hours ago
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated 2 weeks, 2 days ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 1 month, 2 weeks ago
Jom kita menyumbang, semoga sumbangan kita diberikan ganjaran oleh Allah, jom kejar 10 malam terakhir
[JOM KONGSI REZEKI BERSAMA ANAK YATIM ]✨**
Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Saya Sayang USM 💜
Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Ilmu Kemanusiaan USM akan menganjurkan program Tabung Kebajikan PPIK: Tautan Mahabbah Ramadan
Sehubungan dengan itu, Persatuan Ilmu Kemanusiaan dengan rasa rendah diri ingin memohon sumbangan daripada pihak Tuan/Puan/Mahasiswa/i USM dari segi kewangan untuk berkongsi rezeki dan bagi menjayakan program ini.
Sumbangan boleh disalurkan menerusi pengisian google form dibawah :
🔗 https://forms.gle/5Mf45hmeUxbQqhdu6
💡Setiap sumbangan yang diberikan akan memperoleh mata MYCSD
Sebarang pertanyaan, boleh hubungi:
☎️ Khaty : 014-9241227
☎️ Sebastian : 014-7838564
Sekian, terima kasih ❤️
Semoga dengan sumbangan pemberian yang diberikan akan melipatgandakan segala ganjaran dan pahala kita di akhirat kelak.
di belakang sahabat , ceritakanlah kebaikannya , sembunyikan aibnya . di hadapan sahabat , perbetulkanlah dia , nasihatilah dia , jangan khianat .
Bismillah doa untuk hari ini :
"Ya Allah, permudahkanlah apa yang sulit, lapangkanlah apa yang sempit"
Don’t waste time worrying about people who don’t like you. Spend time with people who accept you for who you are. They are the ones worth keeping in your life.
Salam sejahtera, siapa berminat untuk mengambil alih channel ini sepenuhnya dengan berkongsi quotes menarik atau pengisian ilmiah
Boleh PM @@ahliseketeriatperkim_22
Thank you
SOAL JAWAB AGAMA
SOALAN: Adakah harus orang Islam meminati pelakon atau penyanyi yang bukan Islam dan adakah ini dinamakan menyerupai orang bukan Islam?
JAWAPAN: Tidak haram orang Islam suka kepada sesuatu yang tidak haram yang dilakukan oleh orang kafir seperti sukakan melihat kepandaiannya bermain bola atau kehebatannya melukis atau bakatnya berlakon.
Yang diharamkan ialah meniru perangai orang kafir yang diminatinya itu seperti apabila yang diminatinya itu suka bercakap lucah maka dia ikut sama bercakap lucah atau yang diminatinya itu berpakaian mendedahkan aurat maka diikutnya sama atau yang diminatinya itu bebas bergaul lelaki perempuan maka dia pun ikut sama kerana minat yang sangat maka minat seperti ini adalah haram.
Berkata Al-Hafiz Imam Ibnu Hajar:
قَالَ الشَّيْخُ أَبُوْ مُحَمَّدٍ بْنُ أَبِي حَمْزَةَ نَفَعَ اللهُ مَا مُلَخَّصُهُ ظَاهِرًا لِلَفْظِ الزَّجْرِ عَنِ التَّشَبُّهِ فِي كُلِّ شَيْئٍ، كَذَا عُرِفَ مِنَ اْلأَدِلَّةِ اْلأُخْرَى أَنَّ الْمُرَادَ التَّشَبُّهُ فِي الزِّيِّ وَبَعْضِ الصِّفَاتِ وَنَحْوِهَا لاَ التَّشَبُّهُ فِي أُمُوْرِ الْخَيْرِ.
Maksudnya: “Telah menyebut oleh Syeikh Abu Muhammad bin Hamzah menurut zahirnya adalah dilarang dari menyerupai orang kafir dalam setiap hal yang bersamaan juga dalil-dalil yang lain. Yang dikehendaki dengan menyerupai orang kafir itu ialah pada cara berpakaian dan berhias dan beberapa sifatnya atau seumpamanya. Dan bukanlah larangan itu pada perkara kebaikan.” [Fathul Baari]
Kesimpulan
Haram meniru perbuatan orang kafir yang bersalahan pada syarak samada kerana minat atau seumpamanya.
Jika meminati seseorang yang bukan Islam yang pandai atas melakukan sesuatu maka cukuplah sekadar pada bakatnya atau kepandaiaannya dan jangan diikut akan akhlaknya atau perangainya atau gaya hidupnya kerana orang Islam wajib berperangai dan berakhlak, berpakaian seperti orang Islam.
Wallahua’lam
Follow Instagram:
instagram.com/firdausraizen
SOAL JAWAB AGAMA
SOALAN: Ketika seorang sedang duduk membaca tahyat kemana matanya kena lihat dan masa mana angkat jarinya?
JAWAPAN: Ketika duduk membaca tahyat disunatkan meletakkan kedua tapak tangannya di atas pahanya dan digenggam jari kanannya melainkan jari telunjuknya diluruskan mengadap kiblat.
Apabila membaca syahadah maka diangkat jari telunjuk sampai kepada salam.
Ada pun matanya hendaklah ditumpukan kepada jari telunjuknya itu dari awal tahyat sampai kepada akhirnya.
Jika jari telunjuknya tidak boleh diangkat sebab sakit umpamanya maka tidak perlu diisyaratkan dengan jari yang lain.
Berkata Imam Nawawi:
قال أصحابنا : يشير عند قوله : ( إلا الله ) من الشهادة ، ويشير بمسبحة اليمنى لا غير ، فلو كانت مقطوعة أو عليلة لم يشر بغيرها لا من الأصل باليمنى ولا اليسرى ، والسنة أن لا يجاوز بصره إشارته ، وفيه حديث صحيح في سنن أبي داود ويشير بها موجهة إلى القبلة ، وينوي بالإشارة التوحيد والإخلاص . والله أعلم .
Maksudnya: “Dan telah berkata Ashab kami disunatkan mengisyaratkan ketika membaca إلا الله dalam syahadah dan hendaklah isyarat itu hanya dengan jari telunjuk tiada dengan jari lain. Maka andainya jari telunjuk seorang itu terpotong atau sakit maka tidak perlu diisyaratkan dengan jari yang lain samada kanan atau kiri.
Dan sunat matanya sentiasa meilhat isyarat jarinya itu. Dan pada hadis yang sahih pada sunan Abi Daud mengisyarat dengannya dianjurkan ke arah kiblat dan berniat dengan isyaratnya itu akan mengesakan Allah dan ikhlas.” [Kitah Syarah Sahih Muslim]
Wallahua'lam
Follow Instagram:
instagram.com/firdausraizen
Pemburu yang diburu.
Last updated 1 day, 13 hours ago
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated 2 weeks, 2 days ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 1 month, 2 weeks ago