Pemburu yang diburu.
Last updated 2 months, 3 weeks ago
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated 1 month ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 1 month, 2 weeks ago
🌙 SALAM NISFU SYA’BAN 🌙
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Sesungguhnya Allah melihat pada makhluk-Nya pada malam Nisfu Sya’ban, lalu Allah mengampuni seluruh makhluk-Nya kecuali orang musyrik dan orang yang bermusuhan.”
(HR. Ibnu Majah)
Malam yang penuh dengan keampunan dan rahmat ini adalah kesempatan untuk memperbaharui hati, memohon keampunan, dan memperbaiki hubungan sesama manusia.
Semoga Allah menerima setiap amal ibadah kita, melimpahkan keberkatan dalam bulan Sya’ban, serta mengurniakan kekuatan untuk menghidupkan Ramadan dengan keimanan dan keikhlasan yang sebenar.
SALAM ISRA' & MIKRAJ 1446H
Isra' Mikraj yang disambut setiap 27 Rejab merupakan peristiwa penting dalam Islam, di mana Nabi Muhammad SAW melakukan perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dan diangkat ke Sidratul Muntaha. Peristiwa ini menunjukkan kekuasaan Allah yang melangkaui ruang dan masa.
Semoga ia menjadi pedoman untuk kita bersyukur atas kasih sayang-Nya dan terus berpegang pada ketakwaan serta ubudiyah. Selamat menyambut Israk Mikraj kepada seluruh umat Islam.
'Generasi Penerus Harapan Ummah'
LIQA' ILMU PEPIAS
📚 Tajuk: "Recharge Your Imaan: Merawat Al-Futur"
🔖 Tadabbur Surah: An-Nisa' ayat 142
(Maksud ayat di poster)
👤 Pembentang: Saudari Nur Azimah Binti Adnan (Naib Presiden HELWANI PEPIAS)
📅 Tarikh: 18 Januari 2025 (Sabtu)
⏰ Masa: 7:30 pm - 10:30 pm
🏡 Tempat: Sekretariat ABIM Selangor, Petaling Jaya
https://maps.app.goo.gl/wdy8KtdkBZwSL1gS6
Ayuh imarahkan majlis ilmu PEPIAS. Atur perjalanan dengan baik dan jumpa di sana In Sha Allah.
Semua Hadirin digalakkan menelaah terlebih dahulu tajuk liqa’ sebagai perkongsian bersama.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
0104553583 (Amiir)
Pada 21 November 2024, PEPIAS telah terlibat dengan Seminar Pemahaman Konsep Halalan Toyyiban anjuran Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan MAIS (PIBK MAIS), Kluster Pemerkasaan Halalan Toyyiban di Auditorium Yayasan Restu, Kompleks Seni Islam Antarabangsa Selangor.
Seminar ini turut menampilkan tiga slot ceramah yang menarik dan mendalam, yang telah mengupas pelbagai isu berkaitan dengan konsep halal, termasuk aspek-aspek terkini dalam pematuhan dan penguatkuasaan peraturan halal, serta peranan masyarakat dan industri dalam memastikan kepatuhan terhadap prinsip-prinsip tersebut
Diharapkan dengan peningkatan kesedaran mengenai konsep Halalan Toyyiban, ia dapat memberi impak positif dalam membentuk masyarakat yang lebih peka dan bertanggungjawab terhadap amalan halal dalam kehidupan seharian.
"Generasi Penerus Harapan Ummah"
Pada 18 November 2024 yang lalu, PEPIAS telah menerima Watikah Perlantikan yang disampaikan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor dalam Majlis Pelancaran Selangor Education Summit 2024 yang bertempat di Foyer SUK, Bangunan SSAAS, Shah Alam.
Pengiktirafan ini adalah amanah besar buat PEPIAS dalam memainkan peranan strategik ke arah memajukan pendidikan dan pembangunan generasi muda di Selangor. Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan. Didoakan PEPIAS komited untuk melaksanakan tanggungjawab ini dengan dedikasi dan keikhlasan.
“Generasi Penerus Harapan Ummah”
Selamat Tahun Baharu 2025
PEPIAS mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2025 kepada seluruh masyarakat. Semoga tahun ini membuka lembaran baru yang penuh dengan peluang untuk berkembang dan memberi manfaat kepada umat manusia. Diharapkan azam yang dibina kali ini dapat menguatkan semangat kita untuk terus berjuang, menjunjung tinggi moto "Generasi Penerus Harapan Ummah."
Semoga pengalaman dan cabaran yang ditempuh pada tahun lalu memberikan kita pengajaran dan kekuatan untuk melangkah ke hadapan, lebih berjaya dan lebih bermakna.
"Generasi Penerus Harapan Ummah"
Pada 5 Oktober 2024 yang lalu telah berlangsung Pembersihan Banjir di sekitar kawasan Kampung Gombak, Kampung Melayu Sri Kundang dan Kampung Sungai Serai yang terjejas dilanda banjir kilat.
Sekitar 10 orang sukarelawan terlibat membantu kerja-kerja pembersihan rumah yang terjejas.
Jutaan terima kasih diucapkan atas semangat dan jasa yang diberikan kepada semua yang terlibat. Semoga usaha ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka yang terjejas.
? PROGRAM TEAM MALAYSIA ?
Peluang keemasan buat anak muda berumur 18-30 tahun, dari sekitar Kampung Bukit Cherakah! Sertai program ini untuk membina kerjaya serta memperkasa diri dari segi peribadi dan profesional. ?
Program 9 minggu ini bermula September hingga November 2024, dengan sesi 2 kali seminggu, dijalankan secara atas talian atau fizikal. Dan yang paling menarik, yuran adalah PERCUMA! ?
Kelebihan yang anda akan dapat:
? Peluang pekerjaan
? Pembangunan diri & profesional
Jom sertai kami sekarang! Imbas kod QR di poster atau hubungi:
? En. Kamarul AYG - 019 2770412
? En. Norafiq AYG - 018 9461234
#TeamMalaysia #SelangorYouthCommunity #AdabYouthGarage #ABIMSelangor
#PEPIAS
#ProgramBelia
PENCARIAN 25 ORANG SUKARELAWAN BAKTI KASIH
PEPIAS Kuala Selangor bersama BudiCare berbesar hati ingin mengajak anda semua untuk menyertai program Bakti KaSih. Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah Mengecat bilik di Surau Aljasera, Parit Mahang dan Membantu mengagihkan serta memberi makanan kepada warga emas di Pusat Jagaan Warga Tua Jasheira.
Butiran program adalah seperti berikut:
? Tarikh: 13 Oktober 2024 (Ahad)
? Masa: 8:30 pagi sehingga selesai
? Tempat Berkumpul: Masjid Nurul Iman, Kampung Ijok, Kuala Selangor.(https://maps.app.goo.gl/3UdsAFYJxcFwpoH56)
Klik pautan di bawah untuk mendaftar:
https://forms.gle/RkuLzSw2gLm8JE8J7
Sebarang pertanyaan, boleh hubungi:
Sdri. Wan??: http://wasap.my/60136009472
Pemburu yang diburu.
Last updated 2 months, 3 weeks ago
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated 1 month ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 1 month, 2 weeks ago