Pemburu yang diburu.
Last updated 2 months, 3 weeks ago
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated 4 weeks ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 1 month, 2 weeks ago
Renungan menerobos dimensi
Dengan keseimbangan, alam ini bergerak.
Dengan pergerakan, alam ini seimbang.
Kesempurnaan perhambaan terbit apabila fahamnya seseorang hamba bahawa ia perlu sentiasa 'bergerak' agar memastikan jiwanya seimbang.
Dari sudut diri, seimbang antara rasa takut dan berharap.
Dari sudut ummah, seimbang antara rasa terancam dan tanggungjawab mendepani cabaran.
Sesiapa yang memahami sifir 'keseimbangan alam' ini akan mampu meneroka ke alam yang lebih tinggi.
Sepertimana apabila difahami teori graviti, manusia akan memahami bagaimana mereka boleh terbang ke langit tinggi.
Hakikat graviti adalah pada daya tarikan yang mengawal keseimbangan pergerakan semesta.
Suatu medan magnet yang mengikat, tetapi tidak menyekat. Tersusun dan teratur, tetapi tidak melebur. Masing-masing dengan kapasiti tersendiri, kelajuan tersendiri.
Persis seperti putaran bulan mengelilingi bumi, atau bumi mengelilingi matahari.
Segala aturan alam berdiri atas sunnah keseimbangan ini.
Demikian juga, segala taklifan Tuhan juga berdiri atas sunnah keseimbangan yang sama.
Kita fahami ekosistem alam, saling melengkapi satu sama lain, hingga berputar dan kembali pada satu titik yang sama.
Hakikatnya demikianlah juga ekosistem taklif rabbani, ia adalah satu pusingan yang menjamin keseimbangan alam malakut yang sempurna.
Segala arahan Tuhan pada manusia hanyalah satu bentuk yang lain bagi arahan Tuhan pada makhluk-Nya yang lain.
Di sisi kita para planet dan bintang sedang teratur mengikut aturan alam. Di sisi mereka, mereka sedang menjalankan arahan Tuhan.
Setiap makhluk tidak dicipta sia-sia. Setiap makhluk ada makna kebertuhanannya yang sendiri. Setiap makhluk ada ujiannya tersendiri. Setiap makhluk ada hisabnya tersendiri.
Tuhan itu, adalah Tuhan seluruh alam. Bukan sahaja Tuhan jin dan manusia. Sifat Tuhan itu, bukan hanya dipamerkan pada jin dan manusia.
Apabila dimensi al-khalq (penciptaan) difahami dengan kacamata dimensi al-amr (taklifan), pelbagai pintu-pintu alam malakut akan terbuka, sepertimana terbukanya pintu penemuan baru dalam alam al-mulk.
Syariat yang kita fahami bukan lagi menjadi suatu arahan Tuhan kepada hamba-Nya semata-mata yang berkisar halal dan haram.
Tetapi ia kini berubah menjadi suatu undang-undang kewujudan, yang membawa natijah yang lebih dahsyat daripada sekadar 'keuntungan akhirat', iaitu kemusnahan ekosistem alam itu sendiri.
Lebihnya manusia adalah kerana ia memahami perkara ini, lalu Tuhan mewakilkannya bagi menyempurnakan keseimbangan dua alambitu, alam mulk dan malakut, di atas satu pertimbangan yang sempurna.
Atas sebab itu, Dia menyatakan :
'Dan langit itu, Dialah yang mendirikannya, lalu Dia menetapkan mizan (penimbang). (Maka dengan yang demikian itu) Agar kamu tidak berlaku zalim terhadap mizan itu' - Surah Ar-Rahman, ayat 7-8
Kesemuanya itu, adalah satu perjuangan dalam menyempurnakan dan mengharmonikan dua alam ini, lalu dijadikan sebagai satu bentuk 'sembahan agung' untuk dihadapkan kepada Tuhan sekalian alam.
Persis seperti kata-Nya ;
"Ketahuilah bagi-Nya segala penciptaan dan pengarahan, Maha Suci Allah, Tuhan sekalian alam" - Surah Al-A'raaf, ayat 54
Wallahua'lam bissawaab.
Al-Quran dan Jihad, adalah lambang jatidiri umat ini
Suatu hari saya berbincang dengan salah seorang murabbi ummah ini iaitu Prof. Dr Zainur Rashid Zainuddin mengenai kemenjadian para mujahidin yang hari-harinya adalah harinya yang disediakan untuk bertemu Tuhannya.
Beliau mengenangkan syahidnya YS yang begitu membakar jiwa para umat ini untuk bangkit mempertahankan tanah air umat Islam, sekaligus mengangkat maruah kita yang telah lama jatuh di peringkat dunia.
Prof bertanya saya bagaimanakah mahu menghasilkan generasi begini?
Saya jawab : Nak tak nak, kita mesti bermula dengan Al-Quran, kita jadikan misi kita melahirkan generasi Al-Quran yang berjalan di atas muka bumi ini. Inilah yang dimulakan oleh Sh. Ahmad Yasin.
Lalu Prof menyambung : Benar, tapi bukankah sudah banyak pusat-pusat tahfiz yang melahirkan para huffaz? Saya kira kita mesti gandingkan Al-Quran ini dengan jihad dan perjuangan. Baru kita boleh membentuk saf para mujahidin yang Qurani pada masa akan datang.
Saya terdiam, dan sangat bersetuju dengan apa yang disebut oleh guru saya ini.
Benar, penghasilan para mujahidin mesti dimulakan dengan asas yang sahih (Al-Quran), di dalam satu lanskap kehidupan (perjuangan) yang sahih.
Dimulakan dengan Al-Quran, diakhiri dengan perjuangan di medan jihad.
Wallahua'lam bissawaab.
🔴 LIVE Audiosiar Pelancaran Satelit UzmaSAT-1: Langkah Malaysia ke arah Kuasa Nasional
FB - Techsamana
https://www.facebook.com/share/18ax59haiH/
YT - Pertiwi
https://www.youtube.com/watch?v=KF2EqRqknl8
YT - Pemikir
https://www.youtube.com/watch?v=40oCfrW9AfEYT
Slot saya jam 12.15 malam ini.
Mimpi yang perlu diletakkan pada kedudukannya yang sepatutnya
Antara kelebihan Islam adalah ia menjadikan sumber wahyu sebagai salah satu sumber yang muktamad, digandingkan dengan khabar yang sahih dan dapatan akal yang sejahtera.
Mimpi yang benar (ru'ya salihah) adalah sebahagian daripada saki baki nubuwwah, seperti hadis Nabi SAW bahawa ia adalah 1/46 Nubuwwah.
Kedudukan mimpi bagi para anbiya' adalah wahyu yang benar, memberinya satu bentuk pengarahan dan di sisi mereka adalah dalil yang absah untuk diikuti.
Adapun bagi selain anbiya', mimpi terdedah kepada pelbagai tafsiran, bergantung kepada kesolehan yang bermimpi, dan apa yang dilaluinya. Ia bertujuan memberi isyarat tertentu samada berita gembira, persediaan atau ancaman tertentu.
Walaupun mimpi mempunyai keistimewaan yang tertentu, kedudukannya tetap tidak mampu mencapai tahap dalil yang membawa kepada satu arahan bersifat wahyu yang tertakluk pada umat secara keseluruhannya.
Dalam masa yang sama, mimpi manusia terbahagi kepada permainan jiwa (hadith nafs), atau permainan syaitan, atau mimpi yang benar daripada Allah, yang menjadikannya tidak konsisten pada sesuatu masa berbanding masa yang lain.
Kedudukannya sebagai mubasyirat, dan berbentuk isyarat menjadikannya lemah dan tidak dapat menandingi dalil syarak yang lain yang menjadi hujjah pemutus ke atas semua manusia.
Oleh itu, mimpi orang soleh memerlukan penafsiran daripada ahli yang mempunyai kepakaran dalam ta'bir mimpi, lalu diletakkan pada tempat yang sesuai untuk tindakan yang tertentu, yang semestinya melibatkan pihak yang bermimpi itu secara langsung.
Walaupun demikian, sebarang tindakan yang terhasil dari sesebuah mimpi, tetap perlu ditapis dan dilandasi prinsip-prinsip syariah yang jelas, di samping mendapat pandangan para ulamak dalam menentukan keselariannya dengan tuntutan syarak semasa.
Umat Islam pada hari ini seharusnya dididik untuk berpegang pada perkara yang muhkamat (perkara yang tidak perlu ditafsirkan) dan musallamat (perkara yang tidak dipertikaikan) yang tiada sebarang pertikaian dan perspektif lain, berbanding didedahkan dengan perkara seumpama mimpi, ilham dan seumpamanya.
Wasatiyah Islam menuntut untuk kita membesarkan perkara yang besar, dan meletakkan perkara yang kecil pada kedudukannya, agar kita tidak meletakkan sesuatu melebihi kadarnya, atau mengurangkan sesuatu daripda kadar yang sepatutnya.
Wallahua'lam bissawaab.
YS hanya menjalankan kehidupannya, sepertimana ia melalui kematiannya
Ketahuilah, syuhada' tidak lahir tiba-tiba, ia adalah sebuah pakej kehidupan yang tabie dengan penuh rencam dan masalah kehidupan seorang manusia.
Orang yang mati dalam 'syahadah', adalah mereka yang sejak hidupnya adalah dalam menegakkan 'syahadah'.
Saya membayangkan momen kesyahidan YS hanyalah episod-episod kehidupan yang biasa dilalui oleh beliau dan para syuhada' yang lain.
Tiada yang lebih, tiada yang kurang.
Kehidupan mereka adalah ribat, jihad, bersiapsiaga, tidak sekali-kali menyerah, dan sentiasa bersedia untuk bertemu Tuhan.
Benar, mereka tidak memerlukan 'stimulan' seperti umat Islam hari ini, yang disajikan ribuan gambar dan berita yang menghiris hati, namun insafnya hanya seketika, sedihnya hanya sekian masa, demonstrasi sebulan dua, muktamar dan konferens beberapa, kemudian meneruskan kehidupan seperti biasa dengan gelak tawa, hiburan dan kelalaian.
Ya, umat hari ini tidak layak membebaskan P. Selagi rutin harian tidak dipenuhi dengan agenda para mujahidin dan murabitin, selagi mana umat masih memerlukan stimulan-stimulan luaran untuk membangkitkan dan menghidupkan, selagi itu kita masih jauh dalam menjadi umat yang layak membebaskan P.
Kita perlu hidup untuk misi 'syahadah', baru kita layak mendapat 'syahadah'. Hanya umat yang bersifat syuhada' yang layak membebaskan P.
Moga Allah memilih kita menjadi para syuhada' dalam misi besar pembebasan kali ini.
Sampaikan salamku pada Rasulullah SAW dan para sahabat RA, wahai Abu Ibrahim !
InsyaAllah kami akan menyusul di kemudian hari.
Mencintai hingga menuruti, dicintai hingga diaturi
Semalam saya duduk bersama sahabat-sahabat, berbincang mengenai kisah Abu Ayyub yang menyerahkan nasibnya pada Tuhan hingga diminta oleh beliau untuk meninggal di tanah yang dijanjikan sedangkan sahabat yang lain mahu membawa jasadnya pulang ke Madinah.
Saya menyatakan : Sepertimana Allah telah menetapkan bahawa unta Rasulullah SAW akan berlabuh di hadapan rumahnya, hingga baginda SAW menjadi tetamu berbulan lamanya, demikianlah juga jasadnya apabila telah ditetapkan oleh Allah SWT untuk berlabuh di Kota Konstantinopel, lalu beliau redha dengan ketentuan takdirnya, bahkan sentiasa mencari sebab nabawi untuk dikuburkan di sana.
"Aku mahu mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik tentera yang digambarkan Rasulullah SAW"
Hakikatnya, perasaannya lebih besar daripada perkataannya. Dalam dirinya adalah memori bersama Rasulullah SAW, yang menjadikan rumahnya sebagai batu asas permulaan kehidupan Rasulullah SAW dalam membina sebuah peradaban yang besar.
Seolah-olah beliau mencari bagaimana mungkin unta itu 'disuruh' oleh Allah SWT untuk berlabuh di rumahnya, sedangkan berapa ramai lagi orang-orang lain yang rumahnya lebih besar, lebih luas, dan rumahnya hanya seringkas mungkin, setingkat di atas dan setingkat di bawah. Bilik yang mungkin cuma 4 x 4m sahaja, tetapi tetap dijadikan sebagai salah satu kesan sejarah yang memahat sebuah kegemilangan.
Benar, hakikatnya apa yang dilalui adalah sebuah persediaan.
Persediaan untuk melakukan satu 'langkah' yang pastinya memerlukan lebih dari sekadar sebuah arahan atau keimanan, tetapi suatu perasaan yang mendalam, yang mencari-cari jawapan bagi sebuah persoalan kewujudan dirinya sendiri.
Dahulu yang ditunjukkan di hadapannya adalah ketetapan Tuhan kepada seekor unta, lalu Rasulullah SAW redha akan di mana sahaja berlabuhnya unta baginda SAW.
Kini, jasadnya adalah unta itu. Dan dirinya di posisi Rasulullah SAW, samada mahu menerima aturan yang telah tersusun cantik, atau memaksa diri meneruskan aturan sahabat yang lain yang bakal membawa jasadnya agar dikuburkan di maqam para sahabat di Madinah, berhampiran dengan Rasulullah SAW.
Benar, pilihan yang sangat sulit. Siapa yang tidak mahu bersama Rasulullah SAW? Siapa yang tidak mahu dikuburkan bersama sahabat Rasulullah SAW?
Benar, sepintas congakan orang awam akan menatijahkan keberbaloian yang pertama iaitu dibawa ke Madinah, walau apa pun harganya.
Tetapi tidak bagi Abu Ayyub Al-Ansori RA, jauh di lubuk hatinya menyatakan bahawa jasadnya ada tugas yang lain. Meskipun terpaksa berjauhan dengan tubuh baginda SAW, beliau menerima takdir dan hikmah Tuhan, sambil tetap diselitkan memori-memori kenangan bersama Rasulullah SAW, iaitu seperti beliau berkata :
"Jika tidak pun jasadku berhampiran dengan Rasulullah SAW, paling kurang di sini aku dapat mendengar derapan kuda yang dikhabarkan Rasulullah SAW".
Kini kuburnya dijadikan mercu tanda sebuah makna kesungguhan, kesabaran, dan kecintaan, kepada sebuah peradaban yang bertahan ratusan tahun lamanya.
Itulah kisah sang pencinta.
Mencintai Tuhan, lalu Tuhan yang mengatur hidupnya.
Mencintai utusan Tuhan, lalu dibawa kenangan dan memori bersamanya hingga ke akhir hayatnya.
Moga Allah merahmatimu wahai Abu Ayyub Al-Ansori.
Moga Allah mewariskan kepadaku ketabahanmu, kesungguhanmu, dan kecintaanmu kepada Rasulmu, Sallallahu alaihi wa sallam.
Wallahua'lam bissawaab.
Kejelasan pandangan Syeikh Ahmad Yasin dalam membina generasi, menghasilkan Asy-Syahid Ismail Haneya dan sahabat-sahabatnya yang sedang memperjuangkan isu Palestin hingga ke peringkat antarabangsa.
Majulah wahai Yahya !
Permulaan fasa baharu bagi perjuangan pembebasan, dengan pelantikan Yahya Sinwar sebagai orang no. 1 HMS.
Persoalan asasi yang patut ditanya bukanlah siapakah yang menggantikan Ismail Haniyeh, tetapi adakah kita tersenarai sebagai anggota dalam perjuangan pembebasan ini?
Jika tidak, mari bersama lakukan persediaan. Bina kekuatan, hilangkan alasan, luaskan kefahaman, tingkatkan kemampuan, kurangkan keterikatan remeh temeh, dan tinggikan keazaman.
Jika Tuhan lihat pada kita ada kebaikan, Dia akan memilih kita untuk sertai projek pembebasan.
Ya, ia adalah pilihan Tuhan, bukan pilihan dan kriteria bersyarat buatan insan.
Manusia hakikatnya hanya mengambil sebab dan musabab, membina keserasian dan kelayakan, akhirnya jika Tuhan dapati ia setara, sesuai, setimpal, pilihannya tetap akan tiba.
Jika mahu dipilih-Nya, maka pilihlah Dia, dalam menetapkan segala penghujung matlamat. Jika mahu dipilih sebagai pejuang, pilihlah jalan perjuangan sebagai landasan kehidupan. Mudah-mudahan kita juga terpilih akhirnya.
Tuhan tidak pernah memungkiri janji, Dia juga tidak pernah dikalahkan dalam apa jua perbandingan.
"Jika dia datang kepada-Ku berjalan, Aku datang kepada-Nya dalam berlari" - Hadis Qudsi
Wallahua'lam bissawaab.
https://www.facebook.com/share/r/DW18CyqxHvDMaGmZ/?mibextid=Q8wGK1
Log in or sign up to view
See posts, photos and more on Facebook.
The one who learns from anything, is the teacher for everything.
Pemburu yang diburu.
Last updated 2 months, 3 weeks ago
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated 4 weeks ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 1 month, 2 weeks ago