Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid

Description
Perkembangan Terkini Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid
We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 2 months ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 1 week, 4 days ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 4 weeks, 1 day ago

1 month, 3 weeks ago
Darul Murtadza Berselawat 2025: Maulid Ad …

Darul Murtadza Berselawat 2025: Maulid Ad Dhiya Al Lami

• Jumaat, 3 Januari 2025
• Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa

Muslimin & muslimat dijemput hadir.

2 months ago
Tidak pernah komplen kepada Allah SWT …

Tidak pernah komplen kepada Allah SWT apa pun musibah yang dihadapi. Ada musibah dia bersabar, ada nikmat dia bersyukur.

Masalah dihadapi dengan bijak dan tidak protes kepada Allah SWT, kebahagiaan disingkapi dengan dia berkongsi kegembiraan dengan orang lain dan syukur kepada Allah SWT.

Keredhaan bukan hanya pada lisan. Ketika diuji dengan dugaan, itulah tempat untuk menampilkan redha. Untuk kita mendapat redha Allah nanti di sana (akhirat) kita kena mendapatkan redha Allah di sini.

Sebagaimana redha dijadikan pemberian yang lebih hebat berbanding nikmat Syurga, kita kena ambil ‘sebab’ untuk mendapatkannya.

Apa amalan yang boleh dapatkan redha di akhirat nanti dari Allah? - Kita redha kepada Allah di dunia.

Habib Ali Zaenal Abdidin Al-Hamid
______________________

Infaq pendidikan 👉 ezy.la/semanisinfaq
Maybank - 5640 1663 7026

2 months, 2 weeks ago
Kalau kita belajar dulu ada ‘cause’ …

Kalau kita belajar dulu ada ‘cause’ (sebab) dan ‘effect’(musabbab). Kadang-kadang orang keliru bila ada sebab mesti ada musabbab.

Dalam agama kita, tidak selalunya sebab itu mendatangkan musabbab. Tetapi yang mendatangkan musabbab itu adalah Allah sama ada dengan ‘sebab’ atau tanpa ‘sebab’.

Dan Allah jadikan ‘sebab’ supaya kita beribadah kepada Allah dengan mengambil ‘sebab’, baik kita capai apa yang kita inginkan dengan melalui ‘sebab’ ataupun tidak.

Orang yang ingin sembuh dengan berubat mengambil ‘sebab’ (iaitu ubat) dikira sebagai ibadah kerana dalam syari’at diperintahkan untuk mengambil ubat.

Berubatlah kamu (jika kamu sakit) kerana Allah tidak menurunkan penyakit kecuali Allah menurunkan penawarnya.
(Hadith Riwayat Ibnu Hibban)

Walaupun kita tahu dan kita yakin tidak semua orang berubat itu akan sembuh, dan tidak semua orang yang tidak berubat itu tidak akan sembuh.

Habib Ali Zaenal Abdidin Al-Hamid
__________________________

Infaq pendidikan 👉 ezy.la/semanisinfaq
Maybank - 5640 1663 7026

3 months, 1 week ago
JOM SERTAI DAURAH "BEDAH BUKU" NAILUL …

JOM SERTAI DAURAH "BEDAH BUKU" NAILUL MUNA SYARAH KITAB KHULUQUNA.

Akhlak merupakan anugerah agung kurniaan Allah ﷻ kepada setiap umat manusia. Selami kefahaman mendalam betapa penting dan mahalnya akhlak ini bersama Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid sebagai pembimbing melalui penjelasan yang mudah difahami.

? Tarikh: Ahad, 8 Disember 2024
? Masa: 8.00 pagi – 1.00 petang
? Lokasi: Surau Al Abrar (TAWFIQ), Kg Sg Pencala, Kuala Lumpur
? Yuran ??
- Pendaftaran Tanpa Kitab : RM20
Atau :
- Pendaftaran & Kitab : RM58

Ayuh daftar segera!

? Daftar Melalui Website: http://ezy.la/nailulmuna
? Sebarang pertanyaan WhatsApp: https://w.app/Nailulmuna

Mari bersama-sama meningkatkan ilmu dan akhlak kita melalui Daurah ini untuk memperbaiki diri dan memberi manfaat kepada ummah!

3 months, 2 weeks ago
Dilarang kita untuk memberikan ‘label-label’ itu …

Dilarang kita untuk memberikan ‘label-label’ itu tanpa memastikan dengan ilmu yang luas ketika menghukum orang lain.

Orang pergi ziarah kubur, diubah katakan ‘ziarah’nya menjadi ‘puja’.”Tengok ini orang puja kubur, perbuatan orang kafir.” Dia buat kesimpulan dengan pemahaman yang sangat cetek, dengan menghukum dan menilai dengan keterbatasan ilmu yang sangat dangkal.

Siapa yang bagi autoriti kepada kita untuk menilai orang dengan apa yang kita faham, apa yang kita lihat, atau dengan apa yang kita rasa. Bila kita sudah menjadi neraca untuk menghukum orang lain?

Pepatah mengatakan; “Carilah kemungkinan bagi saudara kamu itu sampai 70 kemungkinan.”

Tapi zaman kita sekarang, kemungkinan yang positif sudah masuk dalam laci, yang ada kemungkinan negatif.

Habib Ali Zaenal Abdidin Al-Hamid
__________________

Infaq pendidikan ? ezy.la/semanisinfaq
Maybank - 5640 1663 7026

4 months ago
Live Majlis Ta'lim Darul Murtadza [25 …

Live Majlis Ta'lim Darul Murtadza [25 October 2024] - https://www.tiktok.com/@darmedia.tv/live

6 months, 4 weeks ago

Maulid Majlis Ta'lim Darul Murtadza
https://www.facebook.com/share/v/6Uu9PiA9DosnJ5LM/?mibextid=CmRSLE

Facebook

Log in or sign up to view

See posts, photos and more on Facebook.

We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 2 months ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 1 week, 4 days ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 4 weeks, 1 day ago