Dakwah with Mie

Description
channel created : 22/03/22

ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ‎

❝ All praise is due to Allah, Lord of the worlds ❞

"Dan berilah peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman"[51:55]
We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 3 months, 4 weeks ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 2 months ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 2 months, 2 weeks ago

2 months ago

Buat yang terbaik, doakan yang terbaik, Insya-Allah itu yang terbaik.

♥️🖋️ - @DakwahwithMie

2 months ago

Malam ini malam nisfu Sya'ban, malam yang Allah memustajabkan doa hamba-Nya. Banyakkan berdoa dan amal ibadah kepada Allah

Tapi, ada yang bertanya, mesti ker baca surah Yasin 3 kali.

Tidak semestinya. Malam nisfu Sya'ban memang malam kita digalakkan buat banyak amal ibadah sebanyak mungkin. Baca Yasin 3 kali merupakan salah satu amal yang boleh kita buat. Cuma perkara ini tidak boleh disandarkan kepada nabi. Tapi kita boleh sahaja buat walaupun tidak disandarkan kepada nabi. Nak baca surah Yasin ker, surah al-Baqarah ker, surah al-mulk ker, dipersilakan.

♥️🖋️ - @DakwahwithMie

3 months, 3 weeks ago

If you don't create content about Palestine, at least, repost something videos or news to spread awareness to others.

♥️?️ - @DakwahwithMie

8 months ago

Tentang istiqomah

Tentunya ia bukannya mudah. Terdapat dua jenis manusia iaitu yang fokus pada halangan dan fokus pada matlamat. Jatuh bangun itu biasa. Tapi, yang luar biasa itu adalah kebangkitan dari kejatuhan.

♥️?️ - @DakwahwithMie

10 months, 3 weeks ago

Sedikit perkongsian untuk semua,

Ada sebahagian salaf pernah berkata:

Jika kau mahu arahan dan laranganmu dituruti, apabila kau menyuruh, jadilah orang pertama yang melakukannya. Dan apabila kau melarang sesuatu, jadilah orang yang pertama meninggalkannya.

♥️?️ - @DakwahwithMie

1 year ago

Cuba hitung masalah yang kita hadapi dan cuba hitung nikmat yang kita kecapi, bandingkan antara keduanya.

Adakah terlalu banyak masalah yang kita tidak dapat atasi atau lebih banyak nikmat yang tidak dapat dihitung dengan jari jemari?

Sekiranya kau hitung nikmat Allah, maka kau tidak dapat mengiranya.

♥️?️ - @DakwahwithMie

1 year, 1 month ago

Sosial media tak boleh buka sekejap sudah gelabah sedangkan Al-Quran tak buka langsung tiada rasa apa-apa pun.

♥️?️ - @DakwahwithMie

1 year, 1 month ago

Jangan terlalu berharap dengan cinta manusia. Mungkin kita hanya mencintai tapi bukan dicintai. Ingat, hanya cinta Allah dan Rasulullah yang hakiki.

♥️?️ - @DakwahwithMie

1 year, 1 month ago

Yang ketagih video maksiat tu, cuba berhenti.

Bayangkan,

Bayangkan masa anda tengah seronok layan maksiat itu tiba-tiba Allah tarik nyawa anda. Selepas itu, keluarga atau kawan-kawan anda jumpa anda yang telah mati di dalam bilik tetapi dalam keadaan video maksiat itu masih ditayangkan.

Nauuzubillahiminzalik.

Semoga kita dijauhkan daripada perkara-perkara keburukan dan mati dalam keadaan yang baik.

♥️?️ - @DakwahwithMie

1 year, 1 month ago

Kita orang Islam kita tak sebut "Hello kat mana tu" tapi kita sebut "Assalamualaikum kat mana tu".

Kita orang Islam, kalau kita bersin kita tak sebut "Haihhhh" tapi kita sebut "Alhamdulillah".

Kita orang Islam kalau kita dengar orang bersin kita tak sebut "Eeeewwww" tapi kita sebut "Yarhamukallah".

Kita orang Islam kalau kita dengar berita kematian kita tak sebut "macam mana boleh jadi macam tu" tapi kita sebut "Innalillahi wa inna ilaihirajiun".

Betulkan yang biasa, biasakan yang betul.

♥️?️ - @DakwahwithMie

We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 3 months, 4 weeks ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 2 months ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 2 months, 2 weeks ago