Informasi SSTP JPN Johor

Description
Informasi Rasmi Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan (SSTP), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor
Advertising
We recommend to visit

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa setiap hari.

Last updated 2 weeks, 4 days ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 2 weeks, 4 days ago

My DragonForce
-x Hak Milik Rakyat Malaysia x-

Last updated 1 month, 3 weeks ago

1 month, 1 week ago
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saksikan Pelancaran dan Taklimat Pertandingan Pembangunan Aplikasi Android Tahun 2024 Peringkat Kebangsaan.

Para peserta dan guru pembimbing dijemput hadir secara dalam talian mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 4 April 2024 (Khamis)
Masa : 2.30 petang
Pautan :
https://bit.ly/androidapps2024 (saluran Youtube: GemaDigitalTVMelaka)

========================
Jom sertai telegram kami untuk mendapatkan pelbagai info Sumber dan Teknologi Pendidikan : https://t.me/sstpjpnjohor

1 month, 1 week ago
1 month, 1 week ago
Informasi SSTP JPN Johor
1 month, 1 week ago
Informasi SSTP JPN Johor
1 month, 1 week ago
**PERTANDINGAN PEMBANGUNAN APLIKASI ANDROID TAHUN 2024 …

PERTANDINGAN PEMBANGUNAN APLIKASI ANDROID TAHUN 2024 PERINGKAT KEBANGSAAN
Pertandingan ini merupakan salah satu inisiatif Program Pemerkasaan Pendidikan Digital Murid yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid tentang kemahiran membangunkan aplikasi Android yang boleh membantu proses pembelajaran.

Penyertaan pertandingan ini terbuka kepada murid sekolah rendah dan menengah KPM dan secara berkumpulan yang terdiri daripada tiga (3) orang murid serta seorang guru pembimbing

Sehubungan dengan itu, sesi taklimat akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 4 April 2024 (Khamis)
Masa : 2.30 petang
Pautan :
https://bit.ly/androidapps2024 (saluran Youtube: GemaDigitalTVMelaka)
Maklumat lanjut, mengenai pertandingan ini boleh diakses melalui portal DELIMa
KPM di bawah Program Pemerkasaan Pendidikan Digital Murid.

=======================
Jom sertai telegram kami untuk mendapatkan pelbagai info Sumber dan Teknologi Pendidikan : https://t.me/sstpjpnjohor

1 month, 2 weeks ago
**PENCARIAN GURU ADIWIRA DIGITAL JOHOR EDUCATOR …

PENCARIAN GURU ADIWIRA DIGITAL JOHOR EDUCATOR TEAM (GADJET) 2024/2025Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan (SSTP), JPN Johor dengan kerjasama Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan (USTP), PPD negeri Johor mengambil inisiatif untuk menubuhkan pasukan GADJET bagi sesi akademik 2024/25.

MATLAMAT PENUBUHAN
a. Mewujudkan pasukan pendidik pakar teknologi digital yang berperanan sebagai taskforce / think-tank bagi pelaksanaan Dasar Pendidikan Digital di negeri Johor.
b. Membantu mencetuskan peningkatan kompetensi guru dalam Program Profesionalisme Berterusan (CPD), khususnya Pendidikan Digital.
c. Menjadi guru adiwira pengupaya teknologi digital kepada guru dan murid di negeri Johor.

Terbuka kepada semua guru sekolah rendah dan menengah negeri Johor.

Pautan borang permohonan:
https://bit.ly/GADJET2024

📣TARIKH AKHIR PERMOHONAN:
25 APRIL 2024 (KHAMIS), JAM 11:59 MALAM
========================
Jom sertai telegram kami untuk mendapatkan pelbagai info Sumber dan Teknologi Pendidikan : https://t.me/sstpjpnjohor

3 months, 1 week ago
**PROGRAM APLIKASI KEMAHIRAN DIGITAL (AKD) UNTUK …

PROGRAM APLIKASI KEMAHIRAN DIGITAL (AKD) UNTUK MURID

Kursus dalam talian ini di bawah Program DELIMa badges atau lencana DELIMa membawa murid meneroka dan mengaplikasi kemahiran digital untuk menjadi pengguna digital yang yakin dan beretika.

Melalui kursus ini, murid boleh belajar kemahiran baru bila-bila masa dan dimana-mana anda berada. Lengkapkan kuiz di akhir setiap modul kursus untuk kumpulkan lencana DELIMa hari ini!

Ikuti empat langkah ini :
Langkah1: Daftar dahulu
Langkah 2: Mulakan Kursus
Langkah 3: Semak perjalanan
Langkah 4: Dapatkan lencana.

Apa tunggu lagi? Mari hebahkan dan beri peluang untuk murid menyertai Program Aplikasi Kemahiran Digital untuk Murid di pautan https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/pensijilan-pembelajaran-digita/utama sekarang.

=======================
Jom sertai telegram kami untuk mendapatkan pelbagai info Sumber dan Teknologi Pendidikan : https://t.me/sstpjpnjohor

3 months, 3 weeks ago
Informasi SSTP JPN Johor
3 months, 3 weeks ago
**PROGRAM AI UNTUK RAKYAT**

PROGRAM AI UNTUK RAKYAT

AI untuk Rakyat ialah program pembelajaran kendiri dalam talian yang direka untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang ‘Kecerdasan Buatan’ - Artificial Intelligence (AI). Ia bertujuan untuk memberi penjelasan tentang AI kepada semua lapisan masyarakat – pelajar, ibu bapa yang tinggal di rumah, profesional dalam apa jua bidang, warga emas - pada asasnya, sesiapa sahaja yang berminat untuk membelajari dan ingin membina ‘Minda Digital’.

Program ini dibahagikan kepada dua bahagian: ‘Kesedaran AI’ atau turut dikenali sebagai ‘AI Aware’ dan ‘Hargai AI’ atau ‘AI Appreciate’.

Apa tunggu lagi? Mari sertai Ai untuk Rakyat di pautan www.ai.gov.my sekarang.

=======================
Jom sertai telegram kami untuk mendapatkan pelbagai info Sumber dan Teknologi Pendidikan : https://t.me/sstpjpnjohor

5 months, 1 week ago
Informasi SSTP JPN Johor
We recommend to visit

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa setiap hari.

Last updated 2 weeks, 4 days ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 2 weeks, 4 days ago

My DragonForce
-x Hak Milik Rakyat Malaysia x-

Last updated 1 month, 3 weeks ago